di sebalik 'bulan' ini

update untuk sebulan...
(senang citer)

""congratz untuk adik aku yang dapat 5A baru-baru ni (baru la sangat..im very proud of u. tak sia-sia takleh jalan sangat masa balik mesia baru ni sebab ayah suh ajar adik..huhu)""

""all da best untuk adik aku yang satu lagi yang tengah berjuang dengan SPM..(da nak abes pon..keep fighting n praying)""

""musim sejuk semakin tak sejuk. tataw kenapa (semakin kebal kah??!). hurmmm tp best!!""

""sakit-sakit di awal bulan oktober ni. skang da sihat""

""cubaan belajar buat puding. tapi asyik gagal. tak macam puding je. lembik semacam. yucks!! dan kepada cikgu, anak murid cikgu ni da givap..""

""aku makin malas nak pergi cc. sbb tu lama tak update. wifi yang ade kat umah ganu memang **mn!! ""

""musim exam dah tiba lagi walau aku tak penah undang. memang tak malu!! doakan aku dan kengkawan berjaya ya..""

""ketibaan musim exam tetiba je menaikkan mood layan lagu jepun dan korea..tamaki nami la. yui laa. uishhh pengaruh kawan-kawan..""

""kelas kitorang dan berpindah lagi. kelas yang lagi besar, lagi best!! macam bukan mesir je. seat pon best. dan lagi best untuk tido tanpa kantoi!!! time kasih vice dean!!""

""beberapa orang pelajar malaysia di tahan polis mesir. dengar cite penjara bawah tanah. mengerikan!! mungkin ada kaitan pasal masalah visa dan penglibatan dengan IM. kemungkinan dihantar pulang ke tanah air..(hmm watch out sume!! libat YM udah..)**

""kes bunuh dan rogol dua gadis arab. orang russia didapati bersalah. menyebabkan polis mesir meningkatkan kawalan di kawasan kami..(ohh banyak polis..sangat tidak best!! dan ustazah dan doktorah, awas..asyir black area!!)""

""semakin kerap buat kerja gila. keluar jalan-jalan dengan kawan pukul 3 4 pagi sebab tak leh tido aka da terlebey tido (bukan bermakna aku liar..pergi keluar pon..g makam, g cc buat kuiz on9..mak abah, apih tak nakal pon..)""

""pengajaran. jangan main dengan hati orang lain.."

""tataw kenapa tahun ni website uniV aku da maju semacam. latihan on9, exam on9, upload download nota dan borak-borak lecturer..hmmm""

""lesen antarabangsa dah ada di tanganku..boley la jalan-jalan lepas ni..yeaaaa""

-sekian laporan dari kaherah-

**********************************************************************************

(Tension dengan biochem sampaikan subjek lain terabai)

(Enjoy blaja embroyology. Banyak keunikan dalam penciptaan manusia. Subhanallah!!)

(Kagum ngan 2 junior ain shams yang berpurdah tu. tade pape feeling tapi respek!!)



nota diri sendiri:

1. kurangkan tido..
2. banyakkan study..
3. jangan asyik makan luar je..
4. jangan layan blog!!

sekian..wassalam~

laki..amek ko!!

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ni, banyak sangat kaum perempuan kene ‘sound’. Kalau buka artikel-artikel, kalau baca puisi-puisi, mesti perempuan yang kene. Jadi kali ini, aku ada terbaca satu sajak yang best dan aku nak share lah. Aku sanggup taip balik untuk kita hayati bersama (bukan bermakna kaum perempuan leh senyum bila baca nanti). Terimalah..... Lelaki!!

Lelaki..

Dulu..Bila disebut lelaki..
Wanita mendongak megah..
Lelaki kami Asadullah, Saifullah..
Kini..Bila diesebut lelaki..
Wanita menunduk lemah..
Tokoh kami sedikit sekali..
Ramainya boneka yahudi..

Dulu..bila disebut lelaki..
Wanitanya tenang dihati..
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini..bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari..
Lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu..bila seorang wanita teraniaya..
Sepasukan kuda putih datang membela..
Al Mu’tassim kebanggan wanita..
Kini..ribuan wanita suci dipenjara..
Fatimah diperkosa minta dibela..
Lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu..bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki memagari sehabis daya..
Tiada siapa berani menggoda..
Kini..bila wanita di bawah jagaanya..
Lelaki tak kisah auratnya terbuka..
Wanita dibiar bebas, binasa..



Dulu..lelaki bermatian mencipta sejarah..
Kental berjihad tekun berdakwah..
Kini lelaki hanya menyanjungi sejarah..
Diri bermalasan tenaga tak dikerah..

Dulu..lelaki memperjuangkan agama dan ummah..
Al farouq, Zunurain mati terbunuh..
Kini..lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
Hingga sanggup membunuh..

Dulu lelaki bersatu menghadapi musuh..
Angkatanya kuat dan teguh..
Kini..lelakinya berpuak dan berpecah..
Sesame sendiri saling bertelingkah..

Kembalikan lelakiku..
Pada kelakianmu..
Kami rindukan lelaki dulu..
Acuan madrasah Rasul..

Fatimah Syarha Mohd Noordin..
Syabab Musafir Kasih..
( kak Fatimah..mitak izin copy yerp..:D)

Bestkan??
Ouchhh... tak tahu kenapa tetiba pulak aku rasa pedih
Ada tak orang lain rasa pedih sama cam aku..??

***********************************************************************************

nak berdating dengan buku pulak..
chaiyok chaiyok!! (asyik dari dulu guna ungkapan ni :P)

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,