moga Ki bahagia di sana..AL FATIHAH

(post kecemasan! sangat panjang, biarlah..)

Jumaat, lebih kurang jam 4 petang waktu mesir (10 malam Malaysia), tetiba je mesej masuk. Mak menghantar no topup. Aku sedikit hairan kerana sebelum ini, jika hendak membuat panggilan, baru aku akan meminta kedua ibu bapaku untuk menghantar no topup. Tetapi petang itu, mak aku sendiri yang memberinya tanpa aku minta. Hati ini menduga sesuatu yang tidak kena. Lantas terus aku membuat panggilan kepada ibuku.

Ucapan salam sebagai pembuka kata. Tanya khabar menyusul. Lalu mak menyatakan sesuatu

hapih, ma nok balik doh ni dari dungun(kampungku) ni, erm baru sudoh
Aku pelik kenapa tetiba je mak aku bagitau ada kat dungun seolah-olah aku perlu tahu akan persoalan itu

Mak meneruskan bualannya.
Ma nok kabo ke apih ni, yang ki tadok doh.ki ninggal doh..apih kene terima

Haaaa! Innalillah..........., ki ninggal bila ma?

Ki ninggal lama doh. Hari rabu jam 2.45 pagi mesia (8.45 malam mesir-selasa-) kat hospital besor

Owh..lidahku terkelu. Mulut membisu. Hati seolah terpaku. Dan aku biarkan mak aku menceritakan segalanya kerana mungkin mak perasan aku diam di sebalik panggilan itu. Ya, aku diam! Kerana terkejut baru mengetahuinya pada petang jumaat itu. Kenapa sudah begitu lama, baru aku dapat mengetahuinya. Hati sedikit berkecil. Aku tanyakan mengapa, mak lalu berkata.

Ma saja takmboh kabo apih mase tu..sebab apih kan nok pekse pagi rabu tu..jadi ma takmboh apih jadi sedih, mikir sangat, jadi dokleh tumpu ke pekse

Ya, aku terima alasan ibuku. Sedikit terharu kerana memahami situasiku. Mungkin jika aku tahu di saat itu juga, buku mungkin aku tinggalkan. Terima kasih mak. Love u so much mom.

Ku bertanya lagi, “bakpe dok kabo pas apih abih pekse rabu tu?, hari jumaat baru ma kabo..lambatnye

Mak lalu menjawab, “mase tu ma sibuk, sume sibuk, letih, ngurus ki, ngurus tahlil, duk dengan moktok (nenek), tido pon dop cukup..ni pon baru sudoh ngemas umoh sebab wak tahlil tadi..tengoh kemas-kemas barang nak balik umah (ktganu)..tunggu abah ngan naqid (abangku) sapa je dari KL nok mari ambik, pastu balik r

Aku diam. Ya, aku silap. Kenapa hendak menyalahkan mak sendiri. Aku paham perasaan mak. Mak mesti sedih. Ya lah. Aku yang sekadar kehilangan datuk pon sudah cukup sedih. Inikan pula mak yang kehilangan ayah (datukku). Jadi mesti bertambah sedih. Masa aku call mak tadi, mak tak nangis, maybe sebab mak tanak bagi aku sedih, maybe sebab semua tu dah 3 hari berlalu atau maybe mak memang kuat. Entah lah, tapi aku bersyukur, mak memahamiku. Sengaja dirahsiakan walaupun bagiku, soal sebegini harus dipercepatkan kerana aku juga berhak tahu walaupun berjauhan.

Atas apa dibagitau oleh doctor,punca kematian adalah disebabkan lelah (asthma) dan jangkitan paru-paru. Di lewat hari selasa, atukku terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bekalan oksigen dari mesin untuk bernafas. Keadaan ketika itu seolah tiada lagi harapan. Buat pengetahuan, atukku telah keluar masuk hospital dungun sejak seminggu sebelum raya haji. Disebabkan kurang kelengkapan dan tidak dapat mengenal pasti penyakit atukku, lalu dipindahkan ke hospital besar ktrg pada hari sabtu (17hb/1). Atukku dimasukkan terus ke bahagian unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaan agak tidak stabil. Dan hari Rabu, tepat jam 2.45 pagi Malaysia (selasa, jam 8.45 malam Mesir), atukku telah pergi buat selamanya dijemput menghadap penciptanya. Jenazah dibawa pulang ke dungun, selamat dikebumikan di perkuburan berhampiran kubur anak-anak Ki yang meninggal time kecik.

KEPADA SESIAPA YANG SEDANG MEMBACA, MOHON DISEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT ATUKKU YANG TERCINTA YANG TELAH KEMBALI KE PEMILIKNYA. DAN MOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN...AL FATIHAH~

Atas ujian ini, aku terima. Ditambah pula di waktu fatrah imtihan. Sungguh perit. Inilah yang sangat aku takutkan apabila berada jauh di bumi orang. Tidak dapat bersama di saat-saat kematian orang terdekat. Dan ini kematian pertama bagiku melibatkan ahli kerabat terdekat sejak keberadaan di Mesir. Apapun, moga diri ini terus tabah menghadapinya.

Untuk arwah Ki, terimalah
TAG SPECIAL BUAT ATUK...

Nama :
Abdullah bin Omar

Hubungan :
Datuk sebelah mak

Tarikh Lahir :
11 September 1935

Tarikh Meninggal :
21 Januari 2009 (24 Muharram 1430H)

Umur :
74 tahun

Tempat tinggal :
Jalan Delima, Dungun aka kampungku dan tempat lahirku sendiri.

Bilangan anak :
10 orang (5 meninggal sewaktu kecil dan ibuku merupakan anak sulung)

Pekerjaan :
banyak sangat. macam-macam kerja. selepas bersara, atukku dapat hidup dengan duit yang dia kumpul sendiri. siap dapat beberapa kali pergi umrah dan haji. alhamdulillah..

Bilangan cucu :
18 setakat ini (aku yang ketiga paling besar)

Panggilan kepadanya :
Kitorang panggil Ki

Kenangan terindah bersamanya :
Banyak. Ingat lagi, time balik kampung, selalu ikot Ki pegi solat kat masjid, tak kira waktu, best sangat sebab pergi masjid kayuh basikal sama-sama. Selalu gak menyibuk ikut Ki pergi pasar. Dapat naik basikal lagi. suka gune basikal Ki (basikal tua yang tinggi tu) buat main keliling rumah dan kampung. Ki tak suka sangat naik kereta atau motor. Selain itu, kalau Ki datang kat umah, selalu ajak Ki jalan g bandar dengan naik bas, saja tak naik kereta.seronok jalan dengan Ki. Lagi, disebabkan Ki banyak kali dah sampai tanah suci, selalu suruh Ki cerita pengalaman kat sana dengan soalan aku yang pelik-pelik. Ki layan je. banyak lagi laa..

Kali terakhir bertemu :
Raya aidilfitri baru ni...seb baik aku balik tahun lepas..alhamdulillah sempat jumpa

Gambar terakhir :
Gambar ni aku snap untuk kenangan time kat airport sebelum fly ke mesir 2 tahun lepas...huhu


Perasaan ketika ini :
Tipu lah kalau aku cakap tak sedih..sedih sangat..sebab takleh jumpe buat kali terakhir..takleh cium tangan mintak maaf..takleh bersama di saat terakhir..nanti kalau balik, mesti tak best..kesian kat moktok (nenekku) sebab duk sorang-sorang..tapi apa boleh buat kan

Harapan :
Semoga roh Ki ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..harap-harap dapat jumpa Ki kat taman syurga nanti..insyaAllah

Nak tag sape-sape:
Tak sebab aku buatkan khas untuk arwah Ki..sayang Ki..sedih tak dapat jumpa..huhu

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hurm, yang pergi tetap pergi. Yang hidup tetap kena teruskan hidup. Moga Ki tenang di bumi abadi. Janjiku doa buat Ki tidak akan ku lupa walaupun kita di dua dunia berbeza. Salam sayang dari cucumu, apih..

AL FATIHAH..

p/s : entah lah.seingat aku.pada hari isnin atau selasa baru ni, aku ada buat status “kenapa hati ini tidak sedap” kat YM aku..serius aku rasa lain waktu tu..mungkin ini petandanya..apapun semuanya telah diatur dengan sebaiknya..

*exam physiology next!..mood study tetibe pergi!!*

kekadang air mata itu perlu gugur

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,