sempena 27 Rejab 1429

assalamualaikum..
sekadar sedikit pengisian sempena ketibaan 27 rejab 1429H..
so boley r kita ingat2 balik ape sebnarnya peristiwa isra' mikraj ni..
coz banyak ikitbar dan pengajaran yang kita boleh dari peristiwa ni..
hop u enjoy reading dis entry~

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut(pembersihan hati) yang dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W.. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan)



Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung. Di samping itu Baginda dilihatkan oleh Allah dengan beberapa peristiwa2 yang aneh.

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (penyiisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya termasuk bayi yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan)...[bila terkenang balik cerita ni..sedih sgt2..seorang ibu yang terpaksa melihat kematian suami dan anak2nya depan mata sendiri..plus..kuasa Allah yang menyebabkan bayi yang Masyitah pegang dpt bercakap demi mempertahankan iman pada Masyitah..bayi tu sendiri suruh mak dia(Masyitah) campakkan sahaja dia ke dalam periuk yang tengah bergelegak demi mempertahankan keimanan si ibu..macam mana la Masyitah dapat mengawal perasaan masa tu..terpaksa campak bayi yang masih kecil sangat2..huh..betapa mulianya Masyitah di sisi Allah kan..kita semua mcm mana la agaknya..tepuk dada tanya iman]
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian diulang berkali-kali. Jibril bagitau ini lah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril..inilah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril..inilah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril inilah orang yang makan riba`
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril inilah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril inilah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril inilah orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril inilah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril inilah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibril inilah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril inilah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril, Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat..(tapi tengok sekarang ramai sangat umat2 'Islam' minum arak)

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Untuk Menemui Allah )

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)

  1. Langit pertama Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit kedua Nabi SAW bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  3. Langit ketiga - bertemu dengan Nabi Yusuf A.S
  4. Langit keempat - bertemu dengan Nabi Idris A.S
  5. Langit kelima - bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit keenam - bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Kemudian Rasulullah disuruh mengangkat kepala oleh Jibril lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang sangat ramai dan dan ada diantaranya yang berjumlah 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab...(bestnye..)
  7. Langit ketujuh - bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat akhir zaman dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)
  8. Tangga kelapan - Di sinilah disebut "al-Kursi" yang kebetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak dapat dibayangkan oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat Malik, penunggunya.[betapa indahnya syurga Allah walaupun kat dunia ni kita banyak dengar..syurga membeli belah la, syurga tempat pelancongan laa..semua ni tipu jer..yang kat akhirat nanti sebenarnya yang betul2 abadi..berjuanglah untuk mendapatkannya]
  9. Tangga kesembilan - di sini kebetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya..[lelaki idaman ni..korang xnak jadi macam ni ke??]
  10. Tangga kesepuluh - Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud..dan berlaku dialog antara Allah dan Rasulullah.

kemudian Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam..(tengoklaa betapa sayangnya Rasulullah kat kita..dia tahu umat dia ramai yang xmampu nak tunaikan 5o waktu jika disyariatkan..tapi kita sekarang ni..dan diringankan 5 waktu pon tapi kadang2 ada yang masih tinggal..xsembahyang langsung berlambak2..'Islam ke tu'??..Allah dah fardhukan 5 waktu je..xkan tu pon xmampu..sedih betulla..]

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

banyak manfaat yang kita boleh ambik dari kisah di atas..balasan dan ganjaran yang Allah janjikan kat kita di akhirat kelak adalah benar dan pasti..so xkan xnk rebut peluang lagi..yang Allah suruh, pakat2 la kita buat..yang dilarang tinggalkanlah..dan kalu buat gak larangan, terima r balasan seperti mana yang dah diceritakan dalam kisah di atas..gunakan kesempatan masa yang ada ni untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana kita xtahu ajal kita bila..mungkin lepas baca entry ni, terus kita dijemput Allah..bersediakah kita dengan amalan2 yang telah kita lakukan selama ni..renung-renungkan dan selamat beramal~

bulan rejab dah nak sampai kat penghujung..so byk2 la beribadat kerana bulan rejab ni besar fadhilatnya..bulan sya'ban lepas ni pon banyak kelebihannya..so jom r mempertingkatkan amalan kita..sekian..wslm..adios~


0 pandai kritik:

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,