bukan bengang..

asyik dengar lagu raya je.. jadi inilah hasilnya

bila raya menjelma. bermakna syawal tiba (memang lah wei..raya kan bulan syawal) dan itu juga bermakna ramadhan yang mulia akan mula membawa diri. tak ramai yang sedih (serius! jauh beze dgn alim ulama’). yang happy kompem ramai kan (kita lah tu). ya lah, bukan duk fikir sangat pasal puasa, tapi sibuk pikir sal raya. kan3. jangan tipulah.

bila raya menjelma je, pekerja-pekerja mula rajin. keje semua cepat je siap. yang bos bagi, semua siap buat. yang bos tak bagi lagi pon dah buat jugak(aikk). ye la kan, nak bodek bos untuk approve cuti raya. beruntunglah sapa yang jadi doctor, boleh bagi MC untuk diri sendiri :P

bila raya menjelma jugak, parent mesti pening. nak-nak si bapak. banyak betol permintaan yang mencabar poket derang. duit raya pon nak kene pikir. si anak pulak duk bodek je. but they mmg deserve pon. yang si ibu pulak lebih kurang je. sibuk bagitau promosi raya. sibuk demand macam-macam. “bang, langsir kita mcam dah usang je”. “ ayang tengok tadi jiran kita beli sofa baru,cantik sangat bang”(nama pon baru, mane tak cantik).”pesal gelang ayang ni cam pudar je bang”. persoalan yang penuh kesasteraan yang puitis bernada melankolik (erk?!). macam-macam. hmm nasib baik aku takde bini lagi. anak ade lah. i mean anak tekak ya.

tak kurang jugak. adegan gaduh manja suami isteri. berebut nak balik kampung masing-masing. its better kalau gilir-gilir. pandai-pandailah bincang ya. haishh. tanak lah aku masuk campur. tu lah, sape suruh kawen yang jauh-jauh. ambillah yang satu negeri ke, satu daerah ke, kan senang bole balik kampung sama-sama. ingat tu kawan-kawan. cari dekat-dekat udah. XD (tapi kalau yang jauh, baru rasa cam balik kampung kan)

bila raya menjelma, jalan raya mula sesak. semua sibuk nak balik kampung. mulalah mengaku berasal dari kampung, anak jati kampunglah. haishh. kalau tak kerana raya, susah betul nak balik kampung. haishh. sedih! sekali setahun je tok/nek dapat jumpe cucu. kesian! harap-harap kita tak camtu

raya yang menjelma juga bermakna pihak polis tak dapat duduk diam. gelisah semacam seolah-olah ade bisul. terpaksa mulakan ops sikap. ya la kan, semata-mata nak make sure yang drivers malaysia yang ‘tersangat budiman’ ni tak melakukan kesalahan yang mungkin membahayakan nyawa derang. to all malaysian drivers, bawak leklok ya. pandu cermat nyawa selamat. biar lambat asal sampai. btw cepat-cepat pon nevermind asal sampai sude (i mean selamat sampai..bukan sampai ajal ya..kalau sampai jugak,tak dapek den nak nolon eh). patuhi had laju. kalau nak bawa lebih pon, masa polis takde je. lau polis ade, berpura-pura lah ya (bijak punya tip). yang penting ingatlah orang tersayang yang sedang bersama kita (keluarga) dan orang yang sedang menanti kita (orang di kampung). nak cepat sangat pon tak guna kalau membahayakn nyawa. papepun mulakan perjalanan dengan doa, moga diberkati dan selamat tiba.

buat student-student yang belajar jauh dari halaman sendiri (dalam negara ya) mesti sibuk nak balik raya kan. nak jumpa family, kawan-kawan. konfem sibuk urus tiket bas lah, tiket kereta api, tiket flight, tiket wayang pon mungkin ada. bagi yang menggunakan perkhidmatan awam, gunakan hak anda sebetulnya untuk memastikan keselamatan. kalau nampak driver bas bawak laju giler dan merbahaya, dengan segediknya pegi depan kat driver tu, ask him “bang, ni betul ke bas nak ke Terengganu, pesal nampak cam nak gi kubur je?” tanya dia camni k. samaada dia jawab dengan kata-kata keinsafan, atau kamu yang kene halau keluar, nasiblah ya.

pulak tu, si ibu sibuk buat kuih raya. macam-macam jenis ade. kaler macam-macam. tapi biasanya kalau yang dijual tu, design lawa, kaler menggoda semacam, tapi rasa takde beze pon. indah rupa dari rasa. yang best kalau mak buat kuih sendiri. bolehlah tangan gatal kita join sama. bukan menyibuk, tapi nak tolong je walaupun kekadang tak membantu. lain disuruh, lain pulak jadinya. paling best bila main dengan acuan dia, dapat design macam-macam bentuk. maybe dak-dak designer utp belom tentu dapat lawan. heee. buat menara la, kereta la, bentuk-bentuk yang unik. best2! (masa aku kecik-kecik..design macam-macam tapi bila siap, tak makan pon. XD)

adoii. off topic pulak (knon). nak cakap sal malam 7 likur act. tersilap cakap bab raya yang masih awal sangat-sangat ni (tersilap??!). sedikit pengisahan pasal malam 7 likur. ini bukan malam sibuk pasang pelita k. sebenarnya nama ini diambil sempena 27 ramadhan. Hadith sohih yang diriwatakan oleh Imam Ahmad, Rasulullah bersabda, ”barang siapa yang hendak mencarinya (malam al qadr) maka carilah ia pada malam ke 27”



Inilah pendapat ramai ulama, yang mengatakan malam al qadr pada 27 ramadhan (orang kita panggil 7 likur). adapun bilakah malam mulia iu semua di bawah urusan Allah. kita sekadar terus istiqomah dalam beribadat dan moga-moga malam yang lebih baik dari seribu bulan itu (lebih baik ya, buka sama) menjadi milik kita. insyaAllah

sekian je lah. takde idea nak update sebenarnya. buat sape suh aku hapdet tu, nah,amek ko! moga baki hari-hari terakhir di bulan ramadhan ini diisi dengan amalan yang berlipat ganda. tak salah nak buat persiapan raya, tapi luangkan lebih masa untuk beribadat. dah amal banyak-banyak, barulah leh raya dengan syok. kan2.

tak lupa.. nanti aku buat entry khas untuk budak-budak raya kat overc.. yang kat Mesir, Jordan, France, Indon dan untuk bakal ke overc.. semualah.. dan entry khas ucapan raya aku (kerek nya mamat ni).. sape nak kad raya, bagi alamat k. bagi emel pon ok. tapi tengoklah aku bagi ke tak.kui3 (atas desakan masa lah ya). ok lah, nak tido lah pulak. esok nak sahur. nanti lau tido lewat-lewat, takut ade pulak mimpi pelik-pelik.
Hihi


mood : 50.1% happy 49.9% remuk redam..

6 pandai kritik:

Unknown Wednesday, September 24, 2008 12:06:00 PM  

hahaaaa dkt part dialong laki bini...

Anonymous Thursday, September 25, 2008 8:33:00 AM  

wey....
aku rase artikel ni patut letak dlm berita harian la...
baru la lg ramai org bace....
biar sedar sket....

Anonymous Thursday, September 25, 2008 9:11:00 AM  

nk ckp sal mlm 7 liku..
kadang ye g pusing puah ati..

lukpi Thursday, September 25, 2008 10:59:00 AM  

to saya :
bab tu je lah cik nadia suke..:P

to mi-g :
mg mmg sengal mi-g..
eit, i want my money back~

to irsyad :
bese r..hahahaha

Anonymous Thursday, September 25, 2008 1:38:00 PM  

aaa, yg entry utk raya di perantauan tu amat ditunggu-tunggu. jgn lupa plak buat entry utk itu yer.. haha..

lukpi Friday, September 26, 2008 11:51:00 PM  

to anonymous :
menunggu..penantian kan menyeksakan..
takyah ler tggu..hehe

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,