menabung..

keluar hari ini lebih tepat pagi ini bersama si mi-g. banyak destinasi’s’. Mulanya merantau ke Tokyo semata-mata hendak mencuci gambar empunya diri yang skema, kemudian balik semula ke bandar Terengganu terchenta untuk ke Bank Islam dan Bank HSBC. seterusnya menyelesaikan urusan visa yang sangat menjengkelkan. yaawrks!!

tak cukup dengan itu, masih belum kepenatan (ditegaskan saya puasa ya tapi saya kuat). teringatkan diri yang akan membawa diri (merajuk)ke Mesir tak lama lagi. ingin lah jugak membeli ole-ole untuk diri sendiri. Kedai ARENA dan KASUT AWAK (translate awak ke dalam BI ya) menjadi pilihan. berulang-alik entah berapa kali. semata-mata untuk mendapat harga yang cute dan tidak merasa ditipu. tidak mahu kalau ada yang mengambil kesempatan ke atas kesucian diri ini. hajat ingin window shopping sahaja tapi nafsu yang meliar bijak memujuk dompet mengeluarkan wang secuma RM200.

kasut adidas yang biasa sahaja. sungguh susah membuat pilihan untuk memujuk kasut itu menerima empunya diri seadanya. bayangkanlah ini baru pilihan kasut, sudah susah. bagaimanalah agaknya membuat pilihan “ehem” nanti. hampir satu jam untuk sepasang kasut. Kesian pulak si adik cumell tadi melayan karenah pembeli budiman ini. tiba di kaunter, tiada masalah kerana duit terlebih. keluar dari kedai dengan senyuman lebar tapi berpada. namun terperasan sesuatu dari kejauhan.

“apa tu kertas pink (awww!)diselitkan pada wiper kerete tu??”

pelbagai andaian dibuat. adakah surat cinta? surat peminat? kad raya? kertas iklan kurma YUSOF TAYYOUB? cabutan bertuah? surat layang? ataupun mungkin kertas yang tak sengaja singgah berehat menumpang kasih. sungguh teruja untuk mengetahui..

dengan perasaan yang cemas... ya Allah ‘duit raya’ free buat MBKT!!


sejuta penghargaan saya tujukan khasnya buat pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. sejujurnya saya mengakui saya bersalah di atas apa yang telah berlaku. sebegitu mudah duit melayang. ohh sungguh sadis sekali.

keterlupaan untuk memasukkan duit kedalam 'tabung' menjadi sebab utama. padahal masa parking di bank pada awal tadi, saya bersedekah dengan jayanya tetapi tidak di tempat parking ini, saya lupa pula untuk beramal jariah. diingatkan saya tidak kedekut ya cuma terlupa. tidak kedekut. tidak dan tidak dan tidak sama sekali!

nilaian 10 sen, 20 sen atau 50 sen terpaksa dibayar dengan RM 40. owh pelaburan yang merugikan lagi penuh dengan unsur riba (haa??? saja) moralnya, selalulah menderma pada tabung-tabung parking dan bayar zakat untuk ramadhan kali ni ya.

owh ini adalah nahas yang kedua menimpa saya sejak kepulangan dari bumi sana. kali pertama ayah yang bayarkan. kali kedua rasanya ayah lagi kot. :P

masih menunggu bila lah nak dapat saman dari polis mahupun jpj. asyik-asyik dari pembandaran je. :P

************************************************************************************

cetusan idea ku:

apa yang seronok dengan adanya kertas pink ini, selagi kertas ini berada di tangan kita (belum bayar), dapatlah parking bebas tanpa bersedekah untuk tempoh kurang dari 2 minggu. caranya mudah sahaja. parking kereta kemudian selitkan sahaja kertas pink tadi pada wiper. penguatkuasa yang datang mungkin akan merasakan bahawa kereta ini telah disaman walaupun pada hakikatnya kertas saman berkenaan adalah yang lama punya. erm bijak tak?? (tapi kalau kantoi, sendiri tanggung ya)

lupa. sila jelaskan sebelum 14 hari ya (pesanan kepada diri sendiri yang terkilan)
kalau tak, masuk mahkamah. eerrrrr

to my abah : maaflah bulan ni ade kenaikan pembelanjaan sedikit. tolong jelaskan ya. tanak masuk lokap mahupun mahkamah.

yang benar :
anak mithali :d


mood : suka dalam duka, tangis dalam sebak

7 pandai kritik:

Anonymous Wednesday, September 17, 2008 6:03:00 AM  

encik lukpi......
saya la penguatkuasa tu.....
saya mmg jujur.....
taat pada negara.......
mintak maaf yer.....
jgn luper tau......
byr dlm maser 14 hari....



p/s:jgn nk try ltak kertas saman atas cermin lg....
terutama kalau parking dkat yayasan terengganu.....
nanti sy bg double..... hahahahahahahahaha......



kirim salam kt member sorang lg tu...

lukpi Wednesday, September 17, 2008 11:28:00 PM  

guwa pikir lu ni da melampau bro..
kes guwa jalan dgn lu r..
guwa kene..
bad luck betol..
guwa ikut lu jugak r wa tsilap bazer duit..
adoiii..
guwa rase lu kne belanja guwa kfc sekali lg r..
takpon mo'men kt mesir nnti..ngeh3

Anonymous Thursday, September 18, 2008 2:22:00 AM  

aku kene gop saman 2 ari 2..
sib baek kete ang..wakakak
jahat2

kerokimi Saturday, September 20, 2008 12:15:00 PM  

irsyad: "aku kene gop saman 2 ari 2..
sib baek kete ang..wakakak
jahat2"

mg mmg jahat syad...
ngaku gop op..
wakaka..

lukpi Sunday, September 21, 2008 1:38:00 AM  

to irsyad :
kete org..best r..huk2

to kero :
tak baik ngate org lain..inni soim

Anonymous Tuesday, September 23, 2008 1:34:00 AM  

hahhahhahahhahahahahahhahahahaah
wahahahhahaha
u r sooooo funny!!

lukpi Tuesday, September 23, 2008 4:25:00 AM  

to anonymous:
am i funny? sikit2 je kot..
loyar buruk ade r..
huhuhu

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,