yeaa..dia datang lagi

Alhamdulillah..bersama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang, masih punya kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini..segala-galanya adalah kerana dengan nikmat dan inayah dariNya..tak lupa juga kita ucapkan lafaz kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya atas nikmat yang paling besar bagi seorang hamba iaitu nikmat Iman dan Islam..dan yang paling kita syukuri adalah kita masih diberi ruang dan peluang, masa dan waktu, dipilih menjadi tetamu di bulan yang sungguh mulia ini..bulan Ramadhan Al Mubarak..alhamdulillah~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan kini menjelma lagi..
Bersyukur kita bertemunya kembali..
Dapat beribadat di bulan suci..
Bersama-samalah ikhlaskan hati..
Saling bermaafan di bulan ini..
Moga segala amal kan diberkati..

diriwayatkan bahawa Rasulullah dan para sahabat menangis kegembiraan menyambut kedatangan bulan yang membawa kelebihan dan kerahmatan melebihi 1000 bulan ini..masing-masing berebut dan bersaing meningkatkan amalan ibadah semaksima yang boleh..sementara pemergian Ramadhan ditangisi kerana terlampau takut akan ketidak sempatan untuk bertemu di masa akan datang..

berbanding dengan kita..ada yang mengeluh panjang dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini..puasa laa..terawih laa..segalanya seolah-olah terbatas..padahal Rasulullah dan sahabat siap berperang menegakkan kalimah Islam di bulan puasa..nak perang banyak guna tenaga tapi diorang boleh je buat..betapa lemahnya iman kita..suruh puasa je pon dah mengeluh..kalau suruh berperang, mesti bantahan beramai-ramai nanti kan atau mungkin mogok lapar...
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

diceritakan juga Rasulullah dan para sahabat beribadat terawih dan bermunajat di waktu malam di bulan Ramadhan sehingga hampir masuk waktu subuh..menandakan begitu lamanya mereka menghambakan diri di hadapan Allah di bulan yang penuh mulia ini..sehinggakan para-para isteri mereka terpaksa pergi membawa bekalan sahur ke masjid-masjid bagi membolehkan suami-suami mereka tidak meninggalakan bersahur..bayangkan!!

kalau kita..dahla kalau terawih tu nak kalau boleh abis cepat..lagi cepat sesebuah surau atau masjid tu abis, lagi ramai jemaah..kompem!!..kalau nak bangun bermunajat malam tu..makin la susah..beberapa kerat je sanggup bangun..padahal boleh sangat nak bangun..musim bola eropah yang perlawanan di tengah-tengah malam tu, boleh pulak bangun..tapi bangun untuk beribadat sangatlah payah.
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

fadhilat Ramadhan..segalanya amalan kebajikan dan amal ibadah digandakan pahala berkali-kali ganda..hakikatnya ramai yang mengerti..namun berapa ramai yang merebut apa yang telah dijanjikan Allah ini..

Misalnya..di bulan Ramadhan..setiap amalan anak Adam itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda..tetapi kenapa masih ramai yang tidak melakukannya..apakah nilaian gandaan pahala itu lebih rendah jika berbanding dengan wang yang digandakan..kalau melibatkan duit semua berebut..yer la kan! duit tu benda yang nampak..bende duniawi..sama dengan kemahuan nafsu..sementara pahala ni benda ghaib..benda ukhrawi..berlawanan dengan kehendak nafsu..sebab tu macam nak tak nak je..
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

Bersama-sama..mempertingkatkan amalan..banyakkan dzikir..teruskan berdoa..dan harapan kita semoga Ramadhan kali ini dapat ditempuhi jauh lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu..bersama-sama lah merebut ganjaran yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan sementara masih diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkannya..andai kata tahun depan tiada lagi kesempatan dan ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita, bagaimanakah kesudahan kita agaknya..renung-renungkanlah dan selamat beramal!!

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

0 pandai kritik:

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,