the 8th miracle on earth..

tolongggg..asal penyakit demam bola selalu berlaku time exam penting..kenapaa?
time PMR - euro 2004
time SPM - World Cup 2006
time exam final 1st year - euro 2008 dgn final champions league
time exam final 2nd year - final champions league
memang menguji betulla..isk
ok2..kita terus ke tajuk asal..hehe


Since 1878, there were 7 miracles in the world which are The Great Pyramid of Egypt (Honorary Candidate), Great Wall of China (China), Petra (Jordan), Christ The Reedemer (Brazil), Machu Picchu (Peru), Chitchen Itza (Mexico), Roman Colosseum (Italy)and finnaly Taj Mahal (India).

tapi, sejak tahun lepas, entah macam mana tetiba disenaraikan keajaiban yang kelapan di dunia.

Nak tahu, check out video bawah nih or di sini (kalau streaming ada problem, better download dulu then tonton puas-puas)


A club with the greatest history, a club with legends, a club with outstanding supporters, a club with trophies..
this is MANCHESTER UNITED. “my love, my soul, my club”.
This is where the winner rules the world!!

hihi..glory Manchester United glory. bayangkan, sampai dinobatkan keajaiban yang ke lapan tu. hebat tak hebatnya MU. hahaha suka suka :)

dan ini membuatkan aku tak sabar-sabar nak tunggu esok, sebab esok, andai Arsenal dapat dikalahkan, atau hanya seri, mahkota Liga Perdana Inggeris akan sah menjadi milik MU. mengesahkan lagi keajaiban kelapan dunia. hihi kompem sangat boleh dapatnya. dah berapa kali Arsenal jadi mangsa belasahan MU tahun ni. esok mesti kena belasah lagi. haha. buat peminat Liverpool, simpan je lah angan angan nak potong MU tahun ni. mana mungkin juara bertahan nak mengalah dengan Liverpool. cuba tahun depan je lah yer.


dan makin tak sabar jugak, nak tengok perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah. MU vs Barcelona. huishh juara La Liga lawan juara EPL, mesti best! tahun lepas MU dah menewaskan Barcelona di peringkat separuh akhir. tahun ini sejarah indah itu bakal berulang kot. hehe. Dan yang pasti sokonganku tetap pada MU, kelab yang mempunyai peminat yang paling ramai di dunia. walau apa yang berlaku, aku tetap menyokongmu (tapi tahun ni jersi MU tak beli pon :D). kalaulah MU menang juara eropah nanti, memang membuktikan MU ni keajaiban kelapan dunialah.(sshhhhh, jangan peduli apa orang lain cakap, dia jeles dengan MU tu)

lupa plak nak bagitahu, actually esok ada exam. pastu practical histology pulak. pastu practical anatomy menyusul. masuk bulan 6 dan 7, final written and oral exam pulak. entah tak tahu kenapa bersemangat lebih-lebih pasal MU. apapun exam exam juga, bola pon layan juga. takpelah bersemangat sikit je pon. moga semangat MU menular dalam diri untuk exam esok dan seterusnya (walaupun hakikatnya banyak lagi tak cover tuk esok..aduilaa). jadi, tolong doakan kami ya hingga final exam menutup tirainya di awal bulan 7 nanti. owh esok abis exam, meh ramai-ramai kita tengok MU menang liga. hehehe. Gambate kudasaii MU!! Glory Glory Manchester United.

p/s 1 : lukpi, semangat betul dia ek kalau pasal MU. dia tu dahla nak exam final tak lama lagi. kalaulah boleh salurkan semangat tu untuk final exam kan bagus..huhuhu ya ampunn

p/s 2 : MU sebagai perkara kelapan ajaib di dunia memang patut kan? takyah lah kutuk-kutuk..terima je seadanya..hihi

air mata kekasih

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.
Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan.
Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan.
Namun setitis air mata kerana takut kepada Allah persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan RasulNya.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata keinsafan.

Tangisan adalah basahan hidup.
Hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.

Setiap manusia punya dua pilihan tangisan.
Tangisan yang akan mengakibatkan dirinya menangis lebih lama atau tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah.”


Nabi Muhammad bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda, “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Orang-orang soleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya,
Sebaliknya kita masih ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita??

Nabi ada bersabda, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau apa yang kita citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Menangislah wahai diri, agar mampu senyum di kemudian hari.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur?
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah”

Biarlah kita menangis di sini, agar tidak menangis di sana!!!

*moga bermanfaat buat diri dan semua* :)
dipetik dari dhiya


ya Allah, Kau rawatlah hatiku ini..hatiku sakit,ya Allah..sakit

hanya Kau sahaja yg mampu menyembuhnya..hanya engkau..

Kau ubatlah hatiku dgn cintaMu..

jadikanlah diri ini sentiasa mengingatiMu,
sentiasa mengingati keindahan syurgaMu,
sentiasa takut apabila mengingati nerakaMu,
sentiasa redha dgn qada' dan qadarMu,
sentiasa bersyukur dan bertawakkal padaMu.


ya Allah,
jadikanlah aku pengemis cintaMu..
jadikanlah aku seorang hamba yang tidak akan putus asa demi meraih cinta agungMu..


bila-bila sahaja diri ini akan tumbang jika Kau membawa kekuatan itu pergi dari diriku..
oleh itu Kau peliharakanlah diriku moga selalu dalam rahmatMu..

aku hanyalah insan yg dhaif..
yang sentiasa mengharap kekuatanMu..ya Allah

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,