i quit..

from dis moment..
saya takkan buat pape entry lagi..
takkan update blog lagi..
takkan bergelar blogger lagi..!


lau lepas ni tade sape nak view page ni pon..
saya tidak kesa!!
buat sume yang penah singgah lepak-lepak sini..
thanx ya..

dan da reason saya stop blogging ni..
adalah kerana dia..
saya serik asyik dikecewakan dia..
most of da time saya cuba nak dapatkan dia..
saya sanggup spend masa lama-lama disebabkan dia..
tapi banyak kali saya tewas dengan dia..
jadi kali ini, saya berangan nak kembali dapatkan dia..
(berangan dan bercita-cita lain yer)
dan untuk itu saya kena lupakan yang lain..
saya mahu diaaaaaaaaaaaaa...!


inilah dia..saya nak berjuang untuk dia lah


"orang cakap sumtime, gambar itu bole menceritakan segalanya, boleh memahamkan orang lain even tiada suatu ayat pon menerangkan tentangnya..harap korang paham.."

tak lupa..
SALAM MAAL HIJRAH 1430..
titikkan noktah untuk tahun sudah..
dan mulakan perenggan baru untuk tahun ini..
moga lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
moga lembaran baru ini juga membawa perubahan dalam hidup saya..
kullu 'am wa antum toyyibin..:)

dan

jangan lupa masukkan nama saya dan kawan-kawan dalam doa kamu yer..
saya nak dia wak ehh..tolonglah doakan saya~

from dis moment..
saya takkan buat pape entry lagi..
takkan update blog lagi..
takkan bergelar blogger lagi..
sampailah saya dah abes berjuang untuk dia..


what hurts the most..

assalamualaikum..salam sejahtera
berita utama..
Ramai doktor luar taknak kerja

berita selanjutnya..
Ramai doktor luar taknak kerja kat Malaysia..

Foreign Doctors Not Interested Working In Malaysia ..

Foreign doctors and medical specialists regard Malaysia as the last choice to work although the Malaysian government offers them various incentives.

Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad said the lack of doctors was a global problem currently.

“We try to attract doctors from India to work here but they are more interested to serve in first-choice countries like the United States and in Europe or the second choice, the Middle East,” he told reporters after opening the Methadone Conference, here, today. ( india mali..india mali..tapikan pelik..middle east second choice..awak biar betul??!)

He said the shortage of doctors in Malaysia had forced the government to look for an alternative by inviting foreign doctors and medical specialists to work in this country but it was not easy.

“Only an attractive package will make them come here but this will be very expensive for us.

“In fact, getting doctors from Indonesia to serve in Malaysia is also difficult as they are each being paid a monthly salary of 40-50 million rupiah (about RM15,000) while for the same position in government service in Malaysia, they will earn only about RM6,000 monthly despite having to work overtime. (bapak aah..tak aci woo..same profession, same suffer..nak keje indon ah camni..*i luv Malaysia*)

“In contrast to the salary scheme in Malaysia, the Indonesian provinces which produce oil pay high salaries to the doctors there,” he said.

Malaysia would need 2,000 doctors, 1,000 assistant pharmacists and thousands of nurses in 2009, he said, and the best way to fill the vacancies for doctors was to hire foreigners. (takpe..abang-abang tahun 6 kat Mesir ni ramai..dah nak abes pon..bole la tampung ciket-ciket..heee)

However, the country would be able to overcome the shortage of doctors by 2016, he added. (the most secure job..konfem xde menganggur..cuma belajar lah betul-betul..ingat tu saya!)

Dr Abdul Latiff was also asked about the criticism by the opposition that the government was willing to spend billions of ringgit on defence equipment and not the same amount on improving the medical facilities. (a’ah..keselamatan dan kesihatan sama penting lol)

To this, he said other than on hospital buildings and equipment, some expenses could not be seen such as on training and recruitment of doctors, nurses and other medical personnel.

“The common public complaint is the unsatisfactory service and the long wait at the hospitals to be seen by a doctor. (maafkan mereka..bukan mudah nak puaskan semua tau)

“Due to the shortage of doctors, many of them have to work overtime, but they are human beings, not robots. (yeah..we’re not transformer..we’re not iron man too)

“So, we hope the public will understand. After so many hours at work, they should not feel slighted or annoyed if the doctor is not putting on a smile,” he said. (me too *sooner*, jika saya macam ni, ketahuilah saya sedang bersedih yer..)

[saya bukan membela warga perubatan..tapi saya juga sebahagian warga perubatan..doc in the making orang filem cakap..doc to be orang biasa cakap..insyaAllah]

Artikel ni depetik dari PERUBATANonline..(tekan sini awak)
PERUBATANonline memetik dari News Strait Times..(news link no longer available)
sapa yang nak petik lagi..petik dari saya okay..*wink wink*

cant wait 30/1/2009-14/2/2009..
tapi tanak exam mid year nih..
banyak ag tak study woo..
malasnya diri saya..huh

kepada cik saratoga (nama manja dia sara), awak bole pergi dari saya sekarang..saya tak memerlukan awak lagi dah..kita terpaksa saling membenci buat masa ni..maafkan saya awak
*what hurts the most*

********************************************************************************

tahukah awak..hanya 25% dari kidney mass awak yang melakukan clearing functions sume darah-darah awak..75% dari kidney mass kita tidak diperlukan sangat (loss of >75% functioning kidney mass lead to renal failure *saket buat pinggang*)..25% tu dah memadai..jadi tak paham-paham lagi ke??

_MEDICAL INFO_ brought to u by *learning*

*******************************************************************************

p/s : kenapa setiap kali hendak cuti panjang itu, kita perlu derita dahulu sebelumnya..kenapaaa??! cant sumbedy angsa mee?!

orang arab itu memeningkan..

Visa?
Ini bukan visa electron pada kad-kad bank kita.. Bukan juga band visa..
Tapi..
Sejenis pengesahan yang sangat-sangatlah penting bagi pelajar luar negara.
Visa ni orang cakap suatu keizinan khas yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang asing yang ingin memasuki negara mereka sama ada atas tujuan melancong, belajar,kerja atau tujuan lain. bahasa mudah, orang panggil permit. Senang citer.

So kami di sini sangatlah perlu kepada visa. Dengan adanya visa, membuktikan kami adalah pendatang yang sah. Jika belaku apa-apa, amatlah mudah. Mudah bagi pihak mesir, mahupun kedutaan Malaysia di sini. Jadi hendak atau tidak, visa kena buat jugak.

(amaran: ini sekadar cerita yang bosan..hanya untuk berkongsi pengalaman)

Di Mesir ni, lau untuk tujuan belajar, hanya dapat extend setahun sahaja. Maknanya kena renew each year. Jadi kenalah rajinkan diri setahun sekali nak settlekan visa ini.

Tahun lepas, kitorang satu-satunya pelajar perubatan bukan azhar yang menguruskan visa di tempat yang dikhaskan (bu’uth) untuk pelajar azhar (pelajar agama) sahaja. Pelik tapi itulah hakikatnya. Kami diarahkan menyambung visa di situ. Keizinan berurusan untuk pelajar Malaysia adalah hanya pada setiap sabtu. Ditambah pulak, pelajar Indonesia juga perlu berurusan pada hari yang sama. Jadi kompem penuh r. Setiap minggu kompem beratus melainkan hampir dengan musim peperiksaan, barulah lengang. Tu pon tak lengang mana gak r.

Masa kerja kat mesir ni, 8pg sampai jam 2ptg je. tapi biasanya belum tentu jam 8 derang mula bertugas. Kompem ade yang baru nak makan lah, nak itulah, inilah. Memang tade disiplin r (bukan di semua tempat r).time balik pulak sharp semacam. Arghh. jadi memang terseksa giler r. Datang awal sebelum jam 7, bediri sejak dari datang, system beratur bukan no giliran, beratur panjang, kekadang bediri sampai ke tengah hari, silap-silap haribulan visa tak siap jugak. Huh. Pengalaman tahun lepas, makan masa 4 minggu untuk siap. Kekadang kecewa sebab salah sikit je dah kene suruh datang minggu depan pulak. teingat lagi, salah tulis tarikh je, terus derang tanak urus. Padahal bole je padam sekejap. Sekali perkataan “usbu’ gai”(datang next week) tu keluar dari mulut arab, cakap r papepun, pujuk r camne pon, memang kene datang minggu depan. Jadi setiap kali berurusan dengan arab, memang selalu ada pergaduhan kecil. Tapi nak buat camne, negara dia, kene ikut je r.kang masuk penjara pulak. tanakk...

Jadi tahun ini, tempoh visa dah hampir tamat. Berurusan lagi lah nampaknya. Dan yang pasti akan menimbulkan tekanan yang besar. Macam biasalah, tempat sama. Sekali dengan pelajar al azhar. Dahlah hari sabtu ade kelas tahun ni. Jadi nak taknak ponteng jugak akhirnya.

Sabtu baru ni, awal-awal pagi dah pergi. Time pergi tu, gelap lagi. “orang cakap time tu pon lembu pon reti duk dalam kandang lagi.” hahaha. Jadi dapatlah barisan depan sikit. Sampai turn aku dan kawan aku, derang cakap tak dapat buat sebab bukan al azhar. Kene buat kat abbas (nama tempat). Bengang semacam, terus tak puas hati, masuk jumpe bos pejabat tu (giler ah..haha). bincang punya bincang, dia arahkan kami sambung kat abbas. Pelik jugak, tahun lepas ok jer buat kat sini, tahun ni takleh pulak. sedangkan file kami konfem ada kat sini dah. Mesti lagi rumit.

So pergi lah abbas hari tu jugak. Pikir gak terpaksa ponteng kuliah hari tu, rugi nya. Terpaksa cover sendiri kat umah. Dahla diri ni malas. Huh. Sampai-sampai kat jawazad abbas (bahagian imigresan), slow-slow cakap apa yang bos kat bu’uth tu arahkan. Tapi penjaga kaunter kat luar tu cakap tak boleh sebab file kitorang kat bu’uth (tempat berurusan sebelum ni). Bengang. Terus masuk dalam jumpe bos.(bos lagi..haha) Tapi polis suh keluar. Bengang lagi. tapi dah nekad, kene jumpa bos gak. Akhirnya dapat. Bos tu cakap akan settlekan segalnya dan suh datang “bukroh”(esok). Haishh boleh tahan. Bukroh ni pon satu perkataan yang boleh menimbulkan kemarahan kalau arab tu sebut. Suka-suka hati je suruh datang lain kali. Ingat orang tade kerja ke. adoii. Seb baik bos cakap camtu, kena la ikot.

So esok tu(ahad) awal-awal lagi datang. Macam biasa r, terpaksa skip kelas lagi. dah takde pilihan. Nasib kami baik giler, tak payah berebut sebab tak ramai mana pon. Tulis nama tunggu giliran. Siap ada tempat duduk lagi. Dalam 3 jam jugak, baru nama dipanggil. 1st kawan aku. Dia dah gaduh-gaduh dengan mama tu sebab mama tu cakap takleh buat. Tapi bila Tanya bos baru settle.

Next giliran aku, dapat pekerja lain pulak. jadi kompem lah ada masalah. Aku pon cakap yang kes aku sama dengan kawan aku yang berurusan dengan kawan ko kat sebelah tadi. Puas aku cakap, dia still bagi jawapan, ‘tak leh buat sini, file kamu tu kat bu’uth, takde kat sini, kena pergi buat sana”. Then aku balaslah “bos kat sana yang suruh buat sini”. Dia cakap tak boleh. Bla bla bla bla. Lama gak r. Aku suh tanya boss dia tanak. Last-last nasib baik time aku pandang kat bos, dia pon terpandang kat aku. Aku pon buat isyarat ada masalah. Pe lagi, settle r lepas tu. Tapi pekerja ni muda lagi, banyak sangat tak tahu. Macam-macam tanya aku padahal semua dah ada dalan borang aku isi. (macam mana lah bole jadi perkerja) Adoii. Almost 1 jam bediri berurusan. Tapi di penghujungnya, Alhamdulillah settle. Tapi tu baru borang permohonan. Untuk dapatkan cop sambung visa, kena datang lagi 3 minggu. Tak tahu r berapa lama lagi nak dapat ke siap. Dan yang pasti kena skip kelas lagi. haishhh. Dugaan..dugaannn

kalau visa itu untuk 6 tahun sekali gus, kan best. Lagi best kalau tak memerlukan visa macam kat UK.

Jadi kesimpulan pada kali ini,
1) buat visa awal-awal sebab kena denda nanti kalau lewat.
2) Sabar dalam berurusan..(sedang berusaha)
3) Kuatkan stamina untuk berdiri lama-lama...(boleh je)
4) Kalau ada masalah, buat macho je masuk jumpe bos. Takyah tanya orang lain dah
5) Perkemaskan vocab arab untuk bergaduh. cakap BI tak layan. bos je paham BI
6) Kena rajinkan diri mencover apa yang dipontengkan. arghh



ni la pompuan yang sangat membengangkan aku. tapi last-last settle secara baik. time kasih. dan gambar ini dicuri dengan penuh ketakutan. haha. silap-silap kena tahan polis nih.

tu je lah..
saje update sebab bersawang sangat..
musim imtihan datang..
jadi terpaksa jadi rajin..wawaaaa

p/s: visa dan passport ada beza..

khas dari perlembahan nil..

Assalamualaikum wbt

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah..pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma..memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah..yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb..di samping kesabaran seorang anak.. dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah..

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati.

Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri..?

Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri..

Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang..

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya...

"saat berderai jatuh titisan air mata IBRAHIM melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL, dikala itulah bermulanya ERTI SEBUAH PENGORBANAN"

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

************************************************************************************
"dan bagi tiap-tiap umat Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurnianNya kepada mereka (iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk dan taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk dan taat"
-surah Al Hajj : 34-



SALAM AIDILADHA 1429H..
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHEIR..

jom berkorban....!!(tekanlah saya)

p/s : sonoknya raya korban tahun ni..banyak tuuuu!!

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,