cukuplah sekali

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dapat menyempurnakan assignment psychology. Almost 2 months kot untuk disiapkan. Maklumlah kami di sini tak biasa dengan assignment (a.k.a. dimanjakan).

Tahun lepas tak pernah ada walau satu assignment pon. Tapi disebakan kitorang tahun lepas ‘gatal mulut’ pergi minta U suruh adakan assignment, tahun ini U mula bagi kerja research untuk setiap subjek. Setiap kerja tu akan bagi effect untuk marks final nanti. Jadi suka atau tak, kena buat jugak.

Tapi, dengar cerita budak junior ada minta pihak U bagi banyak lagi assignment. Alahai junior ni, rajinnya anda-anda. Hyper ’semangat’ ek?

Kerja sekolah anatomy - lect tak kata pape pon ag..
Kerja sekolah biochemistry - prof heba juga menyilentkan diri..
Kerja sekolah physiology - senyap jugak..
Kerja sekolah histology - nazmi dah siapkan semua untuk kitorang..hihi
Kerja sekolah psychology - done slide untuk presentation!

Hurm, harap-harap tahun depan biarlah dimanjakan kembali. Susah rasanya bila kehidupan bersama kerja sekolah ni. Cukuplah sekali sahaja. Padahal kerja tak banyak pon, tapi still taknak buat. :P

Owh semalam lepas solat isya’ berjemaah, diadakan pula solat hajat untuk mendoakan keselamatan semua pelajar Malaysia di Mesir. Puncanya kerana baru mendapat berita berlakunya sebuah letupan di Hussein yang mengorbankan seorang dan mencederakan 23 yang lain (sumber Al Jazeera).

Di Hussein, terdapat main campus untuk University Al Azhar. ‘Khan el Khalily’ juga terletak di sini. Khan el Khalily inilah tempat biasanya pelancong mendapatkan cenderahati mesir. Pelajar Malaysia sangat suka ke sana (terutama akhawat :P) sebab di sini harganya berpatutan (kena pandai tawar-menawarlah) dan banyak pilihan. Kitorang pun selalu ke sana juga sebab tak jauh pon.


Di Hussein juga terdapat sebuah masjid yang bersejarah (pic atas). Kalau tak silap, masjid Hussein ni adalah masjid Negara mesir. Di sini terdapat makam Sayyidina Hussein, cucu kepada Nabi Muhammad SAW (pic bawah).


Dengan berlakunya insiden letupan malam tadi, mengulang kembali letupan yang pernah berlaku di kawasan yang sama pada tahun 2005 yang telah mengorbankan 2 orang, dan mencederakan 18 yang lain. Nowdays, tiada lagi tempat yang selamatkan, betul tak?

Aduhai Mesir, mungkin ini ada kaitan dengan pentadbiran Husni Mubarak kot. Ramai yang tak puas hati pasal pendiriannya tentang isu Palestin. Apapun saya bukan penganalisis politk, cume mengagak sahaja. Semoga tiada lagi letupan selepas ini. Cukuplah sekali. Semoga aman khendaknya. Teruslah mendoakan kesejahteraan bersama.

Saya lutfi melaporkan berita dari kaherah, mesir untuk semua.
Sekian, wassalam.

lagi berita di Al Jazeera (klik sini) dan Bloomberg (klik sini)

pasrah atau berubah?

(tak rajin nak cerita kisah cuti 2 minggu baru-baru ni..nak amek kesempatan membebel kat diri sendiri ni..maaf yer..harap maklum)

Menjadi pelajar medic..mungkin mereka pernah berhadapan dengan ayat-ayat sebegini..
“awak mesti pandai kan”..”wah, budak pandai rupanya”

Mungkin ada juga yang ‘perli’..
“kita takde r bijak cam die”..”layak ke kite berkawan nih”..“kalaulah saya bijak cam awak, kan best”

Tak kurang juga yang ‘main-main’
“budak medic mesti cari yang bijak-bijak je”..”orang medic tak pandang bidang lain, mesti nak yang medic gak”

Series..aku bosan dengan semua ini. Aku ni biasa je..
Aku langsung tak bijak!
Aku langsung tak pandai!
Aku langsung tak genius!
Aku langsung tak kisah dengan gelaran budak medic!
Aku langsung tak kisah pasal kawan atau jodoh dengan bidang apa pun!
Aku cukup benci bila orang ingat budak medic tu pandai sangat!(untuk aku je)
Aku tak layak dipuji (selayaknya manusia langsung tak berhak untuk dipuji)
Cukup benci dengan pujian yang tak sepatutnya..tak suke 3x!!

Aku tak nafikan, best students ramai je jadikan medic ni pilihan derang. Sebab apa? Kesusahan medic ni memang layak dengan kebijaksanaan mereka kot.i guess.. Dan bagi aku, aku tak layak.Aku tak sebijak derang. Aku tak pernah mengidam untuk masuk bidang ini. Dan apa aku takut, aku tak mampu menghabiskan bidang ni. Tapi, apakan daya, perancangan Allah lebih baik. Dia bagi peluang kat aku belajar medic, sedut udara luar negara.

Status medic bukan untuk dibanggakan. Ada orang cakap, bergelar pelajar medic menyebabkan kita semacam disegani dalam kelompok masyarakat. Aku tak nafikan. Tapi kalaulah korang dapat rasa sendiri susah ke tidak blaja medic, mungkin anda tak sanggup mengaku anda pelajar medic.

Bagi aku, bukan bidang medic je susah rite! Pepatah arab ada menyebut, berbunyi, hanya jauhari mengenal manikam (translate sendiri r lau nak dalam arab). Hanya orang yang dalam bidangnya tersendiri lebih arif akannya. Tanya budak medic, derang akan cakap susah. Tanya dak dentistry, jawapan mereka akan cakap susah gak. Tanya dak engine, susah jugak jawapannya. Tanya orang yang bergelar doctor pon, still jawapan mereka medic itu susah. Tanya yang jadi engineer pon, mereka pon menghadapi kesukaran untuk sampai kepada cita-cita mereka. Semua bidang ada kesukarannya.

Dan yang paling penting, bila my parent tanya pasal pembelajaran aku, dan apabila aku jawab blaja sangat susah, dengan cepatnya parent aku reply, “blaja mana ada senang, bukan blaja namanya kalau senang, nak senang semua kena usaha”

Yup! setuju. Terkena batang hidung sendiri. Konklusinya blaja apa pun susah. Tapi bagi aku, medic paling susah lah kot. Tempoh belajar pon dah bayang mediclah yang paling susah. Rasanya tade lagi ijazah yang lagi lama untuk dapat dari medic (lau kena repeat, bayang r..tua dalam belajar je..a’uzubillah). aku sebenarnya takut sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Seriyes aku dapat rasa beban yang sangatlah berat.

Seorang doctor dari sebuah hospital pernah berpesan..(mestila doctor di hospital..takkan kat workshop..)

”bergelar pelajar medic, anda sepatutnya bersyukur yang anda dipilih.Allah pilih anda dan tidak kepada orang lain yang bercita-cita nak amek medic jugak.dan apa yang pasti, Allah bagi ruang untuk anda lebih dekat denganNya.apa yang anda akan belajar, akan melihatkan kebesaranNya dalam penciptaan manusia.manfaatkanlah peluang yang anda miliki ini.seandainya suatu hari pesakit mati di sebabkan kecuaian anda sendiri, dosa anda seperti seorang yang membunuh dengan sengaja kerana anda orang yang dipilihNya untuk memahami tentang penyakit dan manusia.dan ingatlah, Allah bagi pinjam ilmu perubatan milikNya untuk membolehkan anda mengubati orang yang lebih memerlukan.jelaslah ini semua amanah yang harus anda pikul.nampak medic tu sekadar suatu bidang dan menjanjikan perkerjaan, tapi sebenarnya ia lebih dari itu.cita-cita anda bukan sekadar harapan untuk agama, keluarga, masyarakat dan negara sahaja, malah amanah dari Allah.pegang kata-kata saya ni..”

(doctor tu takdelah cakap skema macam ni tapi maksudnya macam inilah lebih kurang..lupa bawa tape tuk rakam time tu..sorry)

Apa yang aku takut..aku takut kat ‘amanah’ tu.
Kenapa aku takut? Sebab aku semacam tak mampu nak bagi komitmen 100% lagi dengan study aku..

Mungkin aku tak cukup dekat denganNya mnyebabkan ada hijab untuk aku dapat ilmuNya (jawapan paling tepat!!) aku tak cukup bijak macam kawan-kawan aku yang lain. Mereka cukup sekadar kuliah tapi bagi aku kuliah sahaja tidak memadai. Aku harus sedar akan hakikat itu. Mereka layak untuk bersuka-suka kerana faham sebaiknya di kuliah. Kenapa aku perlu bersuka-suka sedangkan pemahaman aku tidak seperti mereka?



Aku langsung tak cukup senang dengan prestasi aku sekarang. Tapi tetap santai-santai lagi. Nak dekat exam barulah nak betul-betul. Ibarat tengah nazak, baru nak bertaubat. Tolonglah sedar cik lukpi!!!! Macam mana nih..takut sangat-sangat. Kene struggle betul2 tapi aku macam tak betul lagi. Jeles gila dengan kawan-kawan yang aku kategorikan luar biasa. Malu r nak kawan dengan derang. Kenapa aku seolah tak mampu bersaing dengan mereka. Huhuhu

Susah ke tak? Itu bukan persoalannya. Kerna lau susah, tiada lah orang yang mampu jadi doctor, jadi pakar-pakar. Bermakna kesusahan dapat diatasi. Allah tahu kemampuan manusia. Cuma manusia (lukpi) kena explore dan manfaat kemampuan diri sendiri. Dengan doa, usaha, istiqomah dan tawaakkal (aka D.U.I.T) insyaAllah dapat apa yang diimpikan.

Apapun, semua kembali kepadaNya. Ilmu medic itu milik Allah. Ibarat kata romate aku, “nak ilmu, mintaklah dengan tuan punya ilmu”. Nak dapat ilmu medic, nak jadi pandai, semua kena mintak kat Dia. Kena jaga hubungan dengan Dia rite. Mungkin itu yang aku kena cari…dan itulah yang patut aku cari..

Yuk, bangkit yuk..fightingg...!!!

erk.tak sedar pulak bazir masa kat blog nih.cakap tadi nak berubah kan lukpi.kenapa duk bazir masa lagi.ish3.nampak sangat omong-omong kosong.doakanku berubah.sikit pon jadilah.paksakan diri anda berubah, lukpi!!sori membebel.kerna terlalu kesal dengan sikap sendiri.sekian wassalam
-nak blaja medic, kena jadi pelajar medic!!(klik sini)- dan klik sini juga

p/s: rasa klakar pulak blog ni..satu dua entry je untuk sebulan sejak 3 4 bulan kebelakangan nih..patut ke aku terus berblog??!

away..holiday!

assalamualaikum..
alhamdulillah saya sihat lagi..(jawapan bagi yang bertanya khabar)

hurm..kesian kat blog nih. tak ade perkembangan langsung. maklumlah exam baru habis, jadi sekarang ni masa cuti, bukan masa untuk berblog. rite?
inilah masa untuk rileks dan enjoy!
diulangi..
masa untuk rileks dan enjoy!!
ulang suara..
masa untuk rileks dan enjoy!!!
(biarpun exam baru ni macam entah pape)
cuti tetap cuti!

so, cuti 2 minggu nih, bertambah kuranglah kasih sayang pada blog nampaknya. InsyaAllah kalau rajin, akan dikongsikan apa yang dilakukan sepanjang cuti cuti mesir nih.

buat kawan-kawan di mesir, jordan dan yang lain-lain , selamat bercuti!
cuti cuti jugak, jangan lupa saudara kita yang tak dapat cuti dan bergembira.

terimalah...



p/s : pengalaman maarod yang best..hampir ditemu bual egyption television tapi sempat melarikan diri..kui3

wassalam

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,