assalamualaikum..
sekadar mencoret coz lately rase macam aku ni dah malas nak update..tu la galak sangat nak berblog..
hurm..btw alf mabruk untuk abang kadir n kak zaatil yang baru je melangsungkan perkahwinan pagi tadi..aku doakan semoga ikatan yang mereka bina terus berkekalan dan terus dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah SWT..tengah hari tadi aku sempat r menyibuk kat rumah pengantin perempuan(kak zaatil) untuk makan makanan free..teringat lagi ustaz zaidi tanya kitorang masa sekolah dulu..makanan apa paling best??..macam2 kitorang jawab..makanan itu la, ini laa...last2 ustaz zaidi bagi jawapan paling simple tapi bernas iaitu MAKANAN FREE laa paling best..boley tahan jugak lawak ustaz zaidi ni..so berbekalkan ilmu yang ustaz zaidi perturunkan ni, aku beramal la dengan penuh yakin tengah hari tadi..pergi menjamu selera sekenyang-kenyangnya sambil memenuhi jemputan walimah..alang2 free, terpaksa r datang kan..
kedatangan aku bukan berseorangan tapi turut ditemani kawan2 seperjuangan dari mesir iaitu pok gad, duan n ezaan..aku ni bukan ape kalau majlis2 macam ni malu sikit nak pergi n makan sorang2 walaupun tahu rezeki free..ish3..patut ke malu?? xbertempat laa malu aku ni..setelah bermacam2 halangan terpaksa ditempuhi untuk mendapatkan masa free, lebih kurang pukul 2 lebey barulah dapat pergi ke majlis tersebut..dalam pukul 2.15 tibalah muka2 penyibuk yang reti nak makan je kat rumah pengantin perempuan ni (nanti masa majlis 9hb kat rumah pengantin lelaki, terpaksa r menyibuk sekali lagi..abg kadir dah bagi kad jemputan..sukenyer!!)
selepas bersalaman dengan tuan rumah, terus kami menyerbu hidangan yang disediakan..tapi nasib baik masih sempat mengalunkan bacaan doa makan dan basmalah secara sendirian sebelum nak suap nasi tadi..sambil aku mengunyah sambil tengok keadaan sekeliling..sambil tengok keadaan sekeliling sambil aku mengunyah..kunyah punya kunyah punya kunyah baru la telan (xde kerje..bende macam ni pon nak kene bagitau..ish3) sepanjang 'pemakanan' aku, terserempak gak r dengan beberapa orang guru dan senior seangkatan2 dengan abg kadir n kak zaatil..walaupun diorang x kenal aku, tapi memori aku yang ciput2 ni masih boley ingat wajah2 diorang..waa, sume dah lain..sume da segak2, lawa sumenyer..cayalah senior shams aku..mantoop!!
seusai jer makan..terserempak laa dengan cikgu razak (sape yang kenal boley anggukkan kepala sambil berkata yer, aku kenal jugak!!)..aku penah tuisyen dengan dia dulu2 masa form 4 n form 5..so sembang laa sikit2 n aku cerita r kehidupan dan pembelajaran aku sekarang..
then dia bagi pandangan pasal tempat yang aku belajar sekarang..iaitu mesir..dia cakap dia penah ke sana..n dia cakap kehidupan kat sana agak tak tersusun..aku akui, betol cikgu!!..n dia cakap gak pasal perangai2 pak arab yang pengotor n penjijik ni..dia cakap Islam sarankan kita untuk menjaga kebersihan coz korang sume dah tahu kan yang kebersihan sebahagian dari iman..tapi kenapa kita x beramal dengannya..sebab sikap orang Islam macam ni r cikgu razak cakap umat Islam terus dipandang rendah..yer, aku setuju jugak!!
sembang punya sembang sampai laa dia bagi pandangan pasal medic di mesir..dia cakap medic mesir ni x standard n baik study dalam negara je coz nanti bila balik malaysia susah nak handle alat2 yang x de kat mesir dulu2..
pasal pendapat ni, aku agak x setuju (tapi aku berpura2 angguk jer depan dia nanti..xnak r berdebat depan orang ramai..huh) aku x setuju sebab aku rasa sepatutnya perubatan kat malaysia patut belajar macam mana mesir ni boleh maju dalam perubatan dengan alatan2 yang langsung x standard..meaning? memaksimumkan kepakaran dengan peralatan minimum!!hurmm kat malaysia alat bukan main canggih tapi mutu perubatan masih kurang berbanding mesir..mesir ni boley dikatakan setiap u yang meng'offer'kan medic mempunyai kepakaran2 tertentu dalam bidang medic..meaning satu u, satu kepakaran berbeza!!..bayangkan..pasal itulaa kerajaan still hantar student2 kita belajar kat sini..(pe yang aku bagitau ni datang dari senior2 medic gak..papepon, blaja medic kat mana2 pon mesti ade kelebihannya..aku x cakap kat malaysia x bagus k!!..jangan silap paham lak) dan bagi pandangan aku sendiri, belajar di sebuah negara yang agak 'mundur' ni lebih mengajar kita cara 'berdikari'..xley r nak demand2 macam kat malaysia..bersyukur n redha je dengan apa yang ada..lagipun enjoy pe duk kat mesir ni walaupun kadang2 tu macam tertekan dengan layanan dan sistem2 diorang amal..(sape suh ko gatal2 belajar kat cni..rasekan laa..banyak songeh pulak!!)
then kami mitak izin dengan cikgu razak coz nak jumpe pengantin pulak..'sedang molep' abang kadir berada x jauh dari kitorang..terus kitorang serbu, bersalaman, mengucap tahniah dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga beliau..act kalau korang nak tau, abang kadir ni merupakan senior aku di shams dulu n senior pada aku kat universiti sekarang ni..dia dah nak tahun last, aku pulak baru nak masuk tahun dua..huh..jauhnya beze..malangnya aku x sempat nak bergambar dengan pengantin coz langsung x terlintas di fikiran masa tu..aduiii..bukan senang nak tengok abang kadir pakai segak macam tu..so kesimpulan nya, len kali buat reminder awal2 kat handphone untuk make sure boley bergambar dengan pengantin..pasal pengantin perempuan lak..senior shams aku gak n kakak kepada sorang student batch aku..xsempat jugak nak berjumpa untuk ucap tahniah tadi coz masa tu beliau tengah solat..so hari ni, aku x sempat nak manfaatkan peluang yang ada..rugi betol..bukan senang nak bergambar dengan diorang dengan baju2 pengantin..kan3..huh..padan muka!! (takpe..majlis 9hb kat umah pengantin laki ni..siap r..akan aku manfaatkan peluang sebaiknya..hihi..tu pon kalau dapat datang..insyaAllah)
pasal pernikahan ni jugak..aku sebenarnya dari akt mesir ag 'usha' abang kadir..usik dia..aku selalu tanya bila nak kawin?? dengar kata nk kawin laa..macam2 aku tanya..abang kadir selalu mengelak n malu2..last2 alhamdulillah hari ni, terjawab segala persoalan..nampaknya xley r nak usik2 abang kadir lepas ni coz dah xde soalan aku nak tanya
so demikianlah berlalunya peristiwa bersejarah bagi presiden perubatan mesir abang kadir dan akak zaatil..tahniah sekali lagi..alf mabruk!!..memang pinang dibelah-belah..secocok sangat2..dan diharap berkekalan ke anak cucu hendaknya..ameen~
kami pon mintak diri la nak balik..tapi ada sumtin yang bermain di fikiran aku..coz masa nak balik tadi..masuk jer dalam kereta..baru je beberapa putaran roda kereta aku putarkan..masih lagi di gear 2 kalu x silap..ade salah seorang kawan aku bertanya soalan yang aku sendiri x dapat nak jawab..(padahal soalan ni tiada kaitan pun dengan sains mahupun sastera..susah sangat ke nak jawab!!)..berbunyi begini:
best ke kawen?? napok best jer tengok orang kawen..
oopppss..killer punyer soklan ni..agak2 sape yang bertanya sedemikian rupa ek..teke2..hmm bagi aku, aku xmampu nak jawab persoalan ni coz belum sampai lagi tahap tu..tapi nampak gaya dari penanya soalan ni, ade peluang aku nak makan nasi minyak sekali lagi..harap2 dipercepatkan..sekian sahaja..xde masa nak taip panjang2 (rasa macam da terlebih panjang je) coz aku banyak ag nak kene pikir pasal program yang kitorang nak buat untuk junior2 form 5 shams nanti..adeiii..peningg kepala aku..sape nak tulun picit??..huh..ok la..sekian dulu..wslm..adios~
Alf Mabruk!!!..Jutaan Tahniah!!!
dibebelsesukahati
lukpi
label mylifemymaxis
2 pandai kritik:
"best ke kawen?? napok best jer tengok orang kawen.."
aku rasa aku tau sape kate gitu o..pok gard???kah3
memang serba tahu r mg!!!
salutee~~
Post a Comment