nak buat maksiat ke..

salam 'alaik..

Hurm.. Dah lama x post sumtin yang bermanfaat kan.. Asyik cerita pasal peribadi jer.. Mana perginya peranan sebagai khalifah di muka bumi ni.. Mana perginya title sebagai hamba kepada yang satu.. Islam kan menggalakkan kita supaya selalu nasihat-menasihati, ingat-mengingati sesama sendiri..

hadis Rasulullah SAW..

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه, أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ» قلنا: لمن؟ قال: «لله, ولكتابه, ولرسوله, لأئمة المسلمين وعامتهم». رواه مسلم

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)

Nak bagitau kat sini bahawa siapa2 yang bergelar muslimin tu, menjadi hak ke atas dirinya untuk menasihati sesama muslim yang lain..

Plus.. Mesti korang pernah dengar ayat Quran ni..

Fadzakkir, fainna dzikra tanfaul mu’miniin

Maka berilah peringatan sesungguhNya peringatan itu sangat berguna untuk orang-orang yang beriman..

Jadi senang cerita.. Kalau nak jadi seorang muslim yang mukmin, salinglah ingat-mengingati sesama saudara seagama kita



so aku nak ambil kesempatan kali ini untuk bagi sedikit peringatan yang maybe korang dah pernah baca tapi mungkin tak ramai yang ingat dan beramal dengannya..
Aku post r sekali lagi agar korang leh refresh balik, beringat dan beramal dengan penuh yakin..

suatu penceritaan..

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"

sekadar penceritaan yang boleh memberi peringatan kat kita bahawa kita ni sebenarnya milik siapa dan untuk apa kita diutuskan ke dunia dan ke manakah arah tujuan hidup kita selepas ni dan bermacam-macam persoalan lain lagi.. Diharapkan sedikit pembacaan yang x seberapa ni dapat menghasilkan perubahan yang besar.. Sama-samalah bermuhasabah diri kita.. InsyaAllah.. Allahu 'alam.. Wassalam.. Adios~

kembalilah bertaubat kepadaNya


1 pandai kritik:

ab Tuesday, August 18, 2009 8:16:00 AM  

bestt..
semoge dikau selalu menjadi penasihat
hehe

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,