saya sangat sengal..

-nak menyengalkan diri dengan berbahasa budak sekolah-

Hari ini saya sangat gembira kerana saya dapat bermain badminton. Saya pergi bermain bersama 3 rakan saya yang lain. 2 daripadanya rakan seperjuangan saya di Mesir iaitu dr aiman dan ustaz marwan. Seorang lagi kawan saya ialah dr syukri. Beliau merupakan pelajar pergigian di sebuah universiti di Jordan.

Saya berasa sangat seronok. Ini merupakan kali pertama saya bermain badminton selepas kali terakhir bermain setahun setengah yang lalu. Walaupun saya tidak sehebat mana, saya tetap datang sekadar mengisi masa lapang di samping merapatkan ukhwah antara kami.

Kami memulakan aksi lebih kurang jam 9.30 pagi. Namun hakikatnya kami merancang untuk bermain pada jam 9.00 pagi. Tapi paham-paham sajalah janji orang melayu. Hanya ustaz marwan yang datang tepat pada masanya. Mungkin disebabkan beliau merupakan pelajar Al Azhar, menyebabkan beliau lebih memahami persoalan janji menurut agama Islam. Saya menyusuli beliau diikuti dengan dr syukri dan dr aiman.

Tapi apa yang sedihnya, saya seorang sahaja yang berpakaian seperti bukan seorang ahli sukan. Saya bert-shirt, berseluar jeans dan memakai selipar. Seperti mahu ke bandar dan bukannya hendak pergi bermain.
Bukan niat dihati saya hendak berpakaian seperti itu. Saya sudah cuba sedaya upaya mencari seluar track dan kasut yang sesuai. Namun hampa. Kebanyakan pakaian sukan saya ditinggalkan nun jauh di mesir. Keadaan yang terdesak ini menyebabkan saya pergi ke gelanggang badminton dalam keadaan bersahaja.

Ditambah dengan stamina yang lemah dan gaya permainan yang tidak bermutu. Bayangkanlah setelah sekian lama tidak memegang raket dan menebah bola badminton. Rasanya seperti orang yang baru hendak mengenali dunia badminton rasanya. Rasa malu pula kerana banyak sangat mengkritik Lee Chong Wei tempoh hari sedangkan diri saya ini jauh lebih teruk. Di mesir, saya tidak pernah bermain badminton dek kerana kemudahan yang sangatlah terhad dan uzur. Harga tempahan juga agak mahal. Ini membataskan saya.

Pada mulanya kami sekadar memanaskan badan. Seterusnya kami memulakan perlawanan regu. Saya dipasangkan dengan dr shukri manakala dr aiman bersama dengan ustaz marwan. Agak memalukan perlawanan itu kerana kami tewas dengan mudah. Rasanya saya sudah memberi yang terbaik tapi apakan daya, masih banyak kekurangan yang ada. Seusai sahaja 2 game, saya terus mendapatkan setin air 100Plus dan setin air LemonTea. Letih sangat rasanya. Apakah yang berlaku pada tenaga saya kerana baru bermain sekejap tapi sudah penat. Memalukan je. Tapi itulah hakikat yang terpaksa saya akui kerana sudah lama tidak bersukan.

Seusai melepaskan rehat, saya dan dr syukri berentap. Permainan single yang berlangsung kali ini amat memalukan kami jika disiarkan secara live di espn mahupun starsport. Walaupun saya berjaya menewaskan beliau, tapi seolah-olah beliau bermain bukan pada kemampuan sebenar. Beliau juga sudah lama tidak bermain badminton seperti saya. Kelihatan saya menang disebabkan nasib semata-mata. Sadisnya dirasai apabila diperbuatkan seperti ini. Huhu

Tamat sahaja 2 game, kami berehat panjang sekali lagi memandangkan masa tempahan kami hampir tamat iaitu tepat jam 11 pagi. Kalau bermain di tempat lain, kami tidak akan punctual dan bebas berhenti bila-bila masa walaupun masa tempahan sudah tamat tapi di dewan ini, lampu akan ditutup sebaik sahaja masa habis menandakan menghalau keluar. Untuk makluman, sebenarnya nama kami dan beberapa kawan yang lain telah disenarai hitamkan di kompleks belia dan sukan kuala terengganu dek kerana selalu melebihkan masa permainan tanpa membayar. Nakalnya kami ni. bukannya apa, kelihatan kompleks belia tersebut seolah-olah tidak ramai yang menggunakannya. Membazir sahaja kan. Sebab itulah kami selalu melebihkan masa permainan kami. Hihi. Itu sejarah dahulu. Tapi rasa-rasanya itu semua sudah berlalu agaknya.

Walaupun sempat bermain sekejap sahaja tapi kepenatan yang saya alami sangatlah dasyat. Teruknya stamina dan gaya permainan saya kali ini. Tapi tak mengapalah, sekadar melepaskan rindu bermain badminton bersama kawan-kawan memandangkan selepas ini bulan Ramadhan menjelma. Jadi tak dapat la hendak bermain lagi kerana terpaksa menyimpan tenaga di bulan Ramadhan.

Lebih kurang jam 11.30, sekumpulan pelajar dari UMT datang ke dewan badminton berkenaan. Ramai jugakla pakcik-pakcik dan gadis-gadis dari universiti berkenaan. Mereka telah menempah keseluruhan gelangang dalam dewan berkenaan iaitu sebanyak 5 gelanggang. Bunyinya agak tamak tapi tak mengapalah. Mungkin hendak mengadakan latihan agaknya.

Disebabkan hendak menjaga ‘siqoh’, kami perlahan-lahan mengorak langkah keluar. Sebenarnya niat di hati, hendak sangat menonton anak-anak remaja yang kiut miut ini beraksi. Tapi tak mengapalah, apa pulak kata orang nanti. Sangatlah hipokrit diri saya ini.

Selepas itu, kami melepak di kafe yang terletak di luar dewan badminton berkenaan untuk melepaskan penat. Banyak rehat pula rasanya berbanding bermain. Entahlah, saya memang sangat-sangat letih kali ini. Mungkin selepas ini saya terpaksa meningkatkan lagi stamina saya. Saya akan berusaha. Doakan saya. Go go Lukpi. Malaysia boleh Lukpi boleh!!. Begitulah bunyi sorakan pon-pon gurl terhadap saya.

Hurm, lusa insyaAllah bulan Ramadhan akan menjelma. Takkan lah hendak bermain di bulan puasa. Tentu letih. Lebih baik duduk di rumah sahaja dan meningkatkan amalan. Bukankah itu yang lebih dituntut. Nampaknya ini mungkin kali terakhir bermain badminton di bumi Malaysia kerana pada bulan syawal nanti saya insyaAllah akan berangkat pulang ke Mesir untuk meneruskan pengajian setelah sekian lama cuti bersalin di Malaysia. Sangat sedih rasanya. Tapi itulah lumrah orang yang galak sangat nak merantau.

Esok pula (ahad), jika anak bulan malu untuk memperlihatkan dirnya, ini bermakna belum puasa. Dan insyaAllah ex-pelajar batch shams 2006 akan mengadakan reunion. Tak sabar rasanya bertemu kawan-kawan lama setelah sekian lama membawa diri dan mengikut haluan masing-masing. Bagaimakah rupa mereka agaknya, adakah ada yang semakin montel, semakin tinggi, semakin gelap atau bagaimana. Adakah yang sudah berkahwin atau bertunang. Tunggu dan lihat sajalah.

Apapun pesanan saya, janganlah makan banyak sangat ya kerana di malamnya pula insyaAllah kita akan mengadakan solat terawih yang pertama. Jika terlampau kenyang, akan malas pulak rasanya. Tak usahlah begitu. Saya turut mengingatkan diri saya juga. Huhu

Apa-apa pun, saya sangat gembira hari ini. Tapi agak keletihan. Badan pun sakit-sakit rasanya. Plantar kaki saya juga agak kesakitan. Maklum sahajalah berkaki ayam ketika bermain. Huhu. Saya rasa saya hendak berehat sekejap. Perut pun lapar. Saya hendak berhenti dahululah. Izinkan saya ya. Maafkan saya kerana saya menulis seperti karangan budak darjah 4. Saya harap adik saya yang kini di darjah 4 dapat membaca penulisan abangnya yang sangat sengal ini.

Sebenarnya bukannya apa, saya amat rindu untuk kembali ke zaman itu. Mahu jadi muda kembali walaupun saya mengerti itu semua tidak mungkin berlaku. Lagipun saya dapat rasakan yang saya ini masih muda. Hehe. Saya rindu awak semua, kawan-kawanku. Kemanakah kamu menghilang. Kepada ex SKSS1 batch 96-01, janganlah main sembunyi-sembunyi. Kita main lah polis entry ke atau main kawin-kawin ke atau masak-masak. Huhu

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak kisah berulang
Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanam cintaku dan kasihku
Agar ku bahagia
Huhu..windunyaaa!!

Tak lupa..salam Ramdahan Al Mubarak ya. Nak raya, kene puasa tau. Tahun ni azam saya nak puasa penuh. Tahun lepas dah penuh. Tahun lepas-lepas dah penuh. Tahun lepas-lepas-lepas penuh juga. Takkan lah tahun ni tanak teruskan. Hihi. Nak lawan dengan adik saya lah. Nak tengok siapa yang puasa penuh. Apa kejadahnya abang seperti saya ni. Aiyaa. Diharapkan juga saya dapat meningkatkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini. Rebutlah sebelum terlambat kerana Ramadhan yang akan datang(tahun depan) belum tentu milik kita. Malahan Ramadhan kali ini pun belum tentu milik kita. Mana lah tahu sebaik sahaja membaca entry ini, terus dijemput Ilahi. Doakanlah semoga dipanjangkan umur ya. Huhu

More RAMADHAN graphics
yea yea.. ramadhan dah datang


Sekian dahulu. Wabillahi taufeq wal hidayah, wassalamu‘alaikum warahmatullah..adios~

p/s : saya tidak menyangka pembebelan saya kali ini mencecah 4 helaian Microsoft Word. Macam cerpen pulak rasanya. Boleh lah nak masuk pertandingan selepas ini. Kepada sesiapa yang menghabiskan bacaan entry kali ini, ternyata anda memang pembazir masa yang sejati. Maafkan saya ya.

4 pandai kritik:

Anonymous Saturday, August 30, 2008 2:54:00 PM  

busank wa ngatuk. sowi. kutukan membina ni

Liyana Saturday, August 30, 2008 2:56:00 PM  

yeah...saya pembazir masa sejati!!!~

selamat menyambut ramadhan bulan yg mulia..bulan yg penuh keberkatan..

cuti da habis...

all the best untuk anda...

lukpi Saturday, August 30, 2008 3:49:00 PM  

to anonymous..

tak kisah..lalalala
saja nk mengarut

to miss yana..

udah2 ler..
membazir masa je..uishh


(kenapa aku tak pasan yg ada error kt blog sdri ni..aiyaa..entry xleh dh nk buat read more..ade mslh..kdg2 jd blank..apekaa yg terjadi)

Anonymous Saturday, August 30, 2008 5:34:00 PM  

clap to lukpi
yay!.. 4 sheet?
that mean u r a hardworking person..
tkpe, walau pe pn, msg ko ttp smpai..
truskn mem-belok

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,