kunun berubah

kempen solat berjemaah di masjid/surau


Assalamualaikum..

Biar betull.. Cam tak caya jer.. Kunun-kunun dah berubah.. Haish pelik jugak ni.. Kalau yer pon jangan la mengejut sangat.. Aku pon pelik dengan pe yang berlaku..

Ha!! Mesti ada yang tertanya-tanya ek..(kalau ada yang tertanya-tanya apa semua ni, maknanya aku berjaya menyelitkan unsur suspens yang telah diplejari berkurun lama dahulu..hehe..sedikit rasa bangga mula menyinari diri)


Actually takde papepon.. meh aku story sikit tapi panjang laa..Malam tadi aku tidur awal.. Belum sembahyang isya’ terus tertidur..Nak cakap letih takde la sangat sebab bukan buat papepon semalam..Buat-buat sibuk jer..Mungkin sebab kekenyangan kot sampai tertidur.. Hehe

Tup-tup bangun-bangun dah pukul 4.. Aiseyyh!! Cepat-cepat la membangunkan diri mengerjakan apa yang patut dan menambah munajat kepadaNya..Alhamdulillah

Pastu pulak, perut buat hal.. Merengek laa.. Merintih la.. Merajuk la.. Adeii mana ada makanan pagi-pagi buta ni.. Nak goreng sumtin pon rasa cam malas jer.. Buat la air teh untuk alas perut.. Apa yang spesyelnya pasal ‘syai’ yang aku buat ni adalah aku praktikkan apa yang orang arab buat.. satu cawan satu uncang.. Waa kelat jugak yer rasanya.. Rindu lak nak minum syai orang arab.. Huhu..(tapi ibu-ibu kita buat act lebih sedap dari diorang buat..hakikatnya!!)

Then dengar mak aku keluar dari bilik untuk prepare apa yang patut subuh-subuh buta ni.. Tengok-tengok jam, patut r! dah dekat nak subuh.. Bila nak subuh ni, mulalah timbul satu konflik.. Nak pergi ke tidak??! Pergi ke tidak??!.. tanpa disedari mencapai tuala dan terus mensiapkan diri lagi sekali.. Tapi hati ni masih berbolak balik nak pergi ke tidak??!

Yer la.. pergi mana?? (adeii..sorang ni dah bengang ngan aku..rilek-rilek!!..satu persatu r gua cerita..sabar yer!!)

Actually aku tengah berkira-kira nak pergi surau ke tidak.. Bukan nak tunjuk baik tapi nak bagitau yang aku lama dah tak jejakkan kaki kat surau subuh-subuh..Teruknya.. Kalau malam-malam rajin jugak laa aku pergi.. Tapi bab subuh ni selalu macam buat-buat tak dengar laa..(sebab biasa2 parent aku kejut suruh pergi surau dengan diorang, nak-nak kalau pagi jumaat..tapi aku selalu jawab..”yer la, yer la..nak bangun r ni!!”..tapi tak bangun-bangun pon..last-last tertido balik and perent aku pon pergi je meninggalkan aku..pastu mulalah lewat subuh sebab tertido..pukul 6 lebih baru nak solat..kalau pergi surau kan bagus boley sembahyang awal..kadang-kadang tu, adik2 aku pergi sekali ngan parent aku tapi aku tak pergi..teruk laa aku ni..baik bagi title abang tu kat adik-adik aku jer sebab aku ni tak menunjukkan contoh terbaik pon..abang ke tu??!!)

Dan pagi tadi.. Pergi jugak laa menunjukkan muka yang lama tak datang subuh.. Drive sorang-sorang agak menakutkan tapi radio ikim jadi peneman.. Huhu.. Plus apa yang menarik hari ini ustaz faveret yang dijadualkan bagi kuliah subuh.. Ustaz Azhar Idrus!! Kompem time dia bagi tazkirah, penuh surau tu! Pagi tadi pon ramai jugak datang.. Tapi kalau malam-malam, lagi ramai yang datang..

Selain dapat solat berjemaah subuh, dapat dengan kuliah subuh pulak..best2!! Sebenarnya aku pon pelik kenapalah aku tetiba je ada hati nak pergi surau tadi..ni ke tanda sebelum 40 hari yang ‘ehem’ tu.. Mintak-mintak jangan.. Amalan ciput dosa menggunung.. Huhu.. Kalau kat Mesir dulu, berebut-rebut jugak pergi solat berjemaah subuh terutamanya.. Jalan sorang-sorang pagi-pagi buta pon tak takut sebab suasana sana yang agak selamat.. Tak pernah jumpa kutu malam yang ganas atau pon makhluk-makhluk pelik (hantu laa)..Time rajin, pergi masjid, time tak berapa nak rajin, pergi surau satu kompleks jer.. Tapi balik Malaysia ni mood nak solat berjemaah subuh kat surau/masjid berkurang laa.. Tapi pagi tadi Alhamdulillah Allah izin untuk bersama orang-orang yang berjaya melawan hasutan syaitan yang selalu suruh kita pekakkan telinga dengan azan subuh dan selimutkan diri dengan selimut..

Akhirnya jawapan bagi soalan dalam diri aku tadi terjawab.. Nak pergi ke tidak??!! Pergi jugak akhirnya.. Alhamdulillah.. Plus dapat munajat di tengah malam yang lama aku tak buat.. Alhamdulillah!! Berubah jugak la walaupun setapak jer.. Tapi aku ni teruk lagi!! Banyak ni baru, dah kepoh.. Orang lain buat hari-hari tak bagitau pon.. Yer la, aku harap hari ini menjadi titik tolak bagi aku untuk terus berubah.. insyaAllah..

Tapi agak kecewa jugak laa.. Pagi tadi Ustaz Azhar takde.. Ada kat kemaman kata imam surau.. Ramai yang datang kecewa jugak tapi itu bukan niat utama pergi surau semata-mata nak dengar ceramah beliau.. Tak betul tu!! Tapi yang paling utama dapat solat berjemaah dan rasa lebih dekat denganNya.. Kuliah subuh tu niat sampingan je sebagai peringatan di permulaan hari.. Jadi perasaan kecewa tu takda la sangat.. Kuliah hari ini diganti dengan bacaan tafsir surah At Takwir

Surah At Takwir..mengandungi 29 ayat surah ke 81 juzu’ 30 muka surat 586(Al Quran)..)Apa yang kelakarnya adalah masa nak cari page surat ni kat Quran terutama sekumpulan pakcik-pakcik yang duduk dekat dengan aku.. Maklum laa nombor page Al Quran dalam bahasa arab.. For me, Alhamdulillah dapat cari cepat jer.. Bagi pakcik-pakcik ni, bermasalah sikit.. Ada la aku dengar macam ni cara diorang ingat..586..no 5 bentuk macam huruf ‘O’..yang no 8 bentuk V terbalik.. no 6 lawan bentuk ngan no 2 arab.. Macam tu diorang nak ingat.. Kelakar jugak yer!! Tergelak sorang aku macam tengok raja lawak je.. Tapi Alhamdulillah diorang ada inisiatif sendiri.. Bagus r tu.. Tak la buta arab sangat.. Dan tak payah la aku tunjuk terer nak tolong mereka.. Cuma agak kelakar laa.. Hahaha

Berbalik pada surah tadi.. Sedikit pengisian aku nak share walaupun ramai yang dah tahu apa makna di sebalik ayat-ayat surah ni.. Penceritaan tentang sebahagian peristiwa yang akan berlaku di hari kiamat kelak... Selamat membaca!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ apabila matahari dilingkari cahayanya
وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ dan apabila bintang-bintang gugur berselerak
وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ dan apabila gunung ganang diterbangkan ke angkasa (setelah hancur menjadi debu)
وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ dan apabila unta-unta bunting terbiar
وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan
وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ dan apabila lautan meluap-luap bercampur baur
وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya
وَإِذَا الْمَوْؤُودَةُ سُئِلَتْ dan apabila anak perempuan ditanam hidup-hidup ditanya
بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ dengan dosa apakah ia dibunuh?
وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ dan apabila surat-surat amal dibentangkan
وَإِذَا السَّمَاء كُشِطَتْ dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya
وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ dan apabila neraka dinyalakan menjulang
وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ dan apabila syurga didekatkan

Sampai ayat 13 je r..Sorry..Rujuk tafsir sendiri k..Rujuk sini.. Apa-apa pon nak kata sini pelbagai peristiwa dahsyat akan berlaku di hari kiamat kelak.. tak takutkah??.. Ramai yang sanggup nak mati dahulu kalau diberi pilihan untuk berhadapan dengan peristiwa hari kiamat kelak sebab terlalu dahsyat gambarannya.. Waa.. Nak mati tapi cukup kah amalan-amalan yang dibawa.. Renungkan bersama.. Agak panjang entry kali ni tapi hope u guys dapat sumtin yerp.. Sekian wassalam.. Adios~

awek ni la yang selalu tarik aku untuk ke a&w


p/s : jumpa ustaz azhar kat a&w hari tu.. tak boikot r maknanya..hehe..nak makan sana selalu r..satu lagi, selamat belajar bagi my mum yang baru nak terkebil-kebil belajar bahasa arab..hehe..chaiyok2!! aku pulak jadi sumber pertanyaan beliau..macam la aku ni mahir sangat..aduii)

6 pandai kritik:

Liyana Saturday, August 16, 2008 6:49:00 PM  

ini satu perubahan... ke?

lukpi Saturday, August 16, 2008 10:01:00 PM  

huhuhuhu...permulaan kot~ agaknya laa...=(

Liyana Sunday, August 17, 2008 7:25:00 AM  

risau kalau berubah tp semakin mnjurus ke arah xbaik... :(

lukpi Sunday, August 17, 2008 2:14:00 PM  

hopefully not..insyaAllah

Liyana Sunday, August 17, 2008 9:31:00 PM  

alhamdulillah...selamat menyambut nisfu syaaban...pegi solat kat msjid x?

lukpi Tuesday, August 19, 2008 10:15:00 AM  

solat laa..
nak2 kalau solat jumaat..;p
xde r..main2 jer
jgn mrh2 nnti cpt tua..XD

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,