assalamulaikum wbt
final FA Cup dah habis
final Champion League pun dah habis
yang tak habis habis final exam kitorang je
so di kesempatan ini, macam ayat biasa orang nak hadapi exam la kan..
maafkan kesalahan dan kesilapan kami (saya) sebelum ini dan yang paling penting, doakan kejayaan kami semua di sini..harap sangat-sangat..buat apa belajar kalau takmo berjaya kan
berikut disertakan jadual peperiksaan fakulti perubatan ain shams university tahun 2 untuk rujukan pihak tuan/puan
ANATOMY
Written – 7 June
Oral – 8 June
Practical – DONE!
BIOCHEMISTRY
Written – 15 June
Oral – 16 June
Practical – DONE!
HISTOLOGY
Written – 22 June
Oral – 23 June
Practical – DONE!
PHYSIOLOGY
Written – 1 July
Oral – 2 July
Practical – DONE!
PERCUTIAN SAMBIL BELAJAR PYSCHO DI ALEXANDRIA
3 – 6 July
PSYCHOLOGY
Written – 9 July
hah..ini je lah jadual exam kami..5 subjek je (tapi baca macam 20 subjek)
sekali lagi diingatkan, tolong doakan kami..huhu
satu lagi peringatan, kalaulah penulis tak update blog (delete kot), mahupun tak reply mesej mesej anda di fb mahupun YM, ketahuilah dia sedang berada dalam keadaan final exam syndrome yang kronik.
segala kesulitan amatlah dikesali.
Buat teman seperjuangan, selamat berjuang dan selamat Berjaya.
Doakan kejayaan kita bersama.
Gambatte!!
buat mak abah
-now its really too late, and im sorry I cant be perfect!!-
final countdown
dibebelsesukahati
lukpi
label doc-to-be
3 pandai kritik:
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Untuk para pelajar yang akan diperiksa ilmunya, di waktu ini anda akan sibuk membaca buku sambil sekali sekala menjeling entry post saya ini. Tidak mengapa. Dalam kadar masa 5 minit ini saya mahu kongsikan bersama anda satu teknik membakar semangat di musim peperiksaan. (Dan sememangnya semangat terhadap pelajaran mula membakar di waktu peperiksaan, tidak diwaktu lainnya - maaf jika gurisan itu timbul dihatimu..)
Ciptakan satu ayat PANAS yang memang anda tidak boleh duduk senang setelah membacanya WALAUPUN hanya sekali! Ingat ya.. ayat PANAS, bukan ayat GANAS.. Bina satu ayat yang dapat menakutkan anda sekiranya anda tidak lulus peperiksaan. Sebagai contoh "Jika aku tidak lulus pada tahun terakhir ini, kekasih ku nekad untuk berkahwin dengan orang lain" Barangkali ini tidak sesuai. Cuba pula yang ini.. "Jangan kerana aku lalai sesaat, aku terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan ini". Ini sesuai untuk mereka yang mengikuti peperiksaan mengikut fasal, atau tahun. Di Universiti alAzhar ini contohnya, andai anda gagal 3 mata pelajaran sahaja pun, anda layak menerima satu tahun tambahan semata-mata untuk meluluskan 3 mata pelajaran yang gagal. Jadi ayat ini amat sesuai. Ciptakan apa saja yang membuatkan anda tidak senang duduk setelah membacanya. Lekatkan di dinding, di daun pintu almari, di tulis di telefon bimbit dan di mana saja yang di rasa mudah terlihat.
InsyaAllah, di musim peperiksaan, tingkatkan motivasi anda pada setiap saat. Sama ada memberikan motivasi atau pun menerima nasihat dari orang lain terutamanya mutiara kalam ulama-ulama. Ingatlah dahulunya mereka juga seorang pelajar!
-muhrizrahmat.blogspot
all da best my fren!!!
Allah does not require u to be the best, but He require u to do the best..
maa taufiq wa najah...akh lutfi
caiyokkk...gambatte (pengaruh cite jepun)
Post a Comment