inilah hasilnya bila sepetang bersama blog..wat a waste kan!!
erm tak kisah apa pandangan orang tentang layout nih
asalkan tuan dia suke oklah kan..kan?
cari color oren susah sangat..kuning pon jadilah
******************************************************
buat renungan bersama..
wahai diri!
lahirmu kerna satu tujuan
hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
kemanisan dunia tidakkan berkekakalan
jangan sampai kau sesat di hujung jalan
wahai diri
hari-harimu berlalu tanpa kau sedari
bulan dan tahun silih berganti
Ramadhan, Syawal..Muaharam
kehidupan semakin dijauhi
kematian pula datang mendekati
wahai diri
alam dan makhluk sukar mengasihanimu
masa turut terus meninggalkanmu
manusia tidak akan selamanya bersamamu
yang pasti hanya Tuhan bisa sentiasa menemanimu
wahai diri
mengapa wujud takbur dan berbangga
sedang kau hanya satu ciptaanNya
yang tiada upaya lemah tidak bermaya
wahai diri
mengapa kau masih ingkar
berani suruhan dan larangaNya kau langgar
kau nahi yang ma'ruf kau amar yang mungkar
sungguh berani kuasaNya kau cabar
mujur Tuhanmu Maha Bersabar
wahai diri
mengapa kau biar dirimu terleka
yakinkah kau akan satu perkara
satiap amal pasti akan dibalasNya
maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya
wahai diri
buanglah ego dan sombongmu
mintalah keampunan dari TuhanMu
andai selamat yang kau mahu
di hari yang dahsyat lagi tidak menentu
wahai Tuhan, terimalah ampunanku..
-bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba-
3 pandai kritik:
nice blog~~
kadang2 kiter lalai dgn diri kite ini..sekadar tertumpu kepada kehidupan di dunia..
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba---- nak curi ayat ini buleh tak?
apa pun, blog dah lain!!!!!!!
- m!ss_yaNa -:
aah..tu namanya manusia
sama-sama beramal untuk dunia akhirat
~*puding caramel*~:
tade masalah..
apepon blog lain ckit je
Post a Comment