Visa?
Ini bukan visa electron pada kad-kad bank kita.. Bukan juga band visa..
Tapi..
Sejenis pengesahan yang sangat-sangatlah penting bagi pelajar luar negara.
Visa ni orang cakap suatu keizinan khas yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang asing yang ingin memasuki negara mereka sama ada atas tujuan melancong, belajar,kerja atau tujuan lain. bahasa mudah, orang panggil permit. Senang citer.
So kami di sini sangatlah perlu kepada visa. Dengan adanya visa, membuktikan kami adalah pendatang yang sah. Jika belaku apa-apa, amatlah mudah. Mudah bagi pihak mesir, mahupun kedutaan Malaysia di sini. Jadi hendak atau tidak, visa kena buat jugak.
(amaran: ini sekadar cerita yang bosan..hanya untuk berkongsi pengalaman)
Di Mesir ni, lau untuk tujuan belajar, hanya dapat extend setahun sahaja. Maknanya kena renew each year. Jadi kenalah rajinkan diri setahun sekali nak settlekan visa ini.
Tahun lepas, kitorang satu-satunya pelajar perubatan bukan azhar yang menguruskan visa di tempat yang dikhaskan (bu’uth) untuk pelajar azhar (pelajar agama) sahaja. Pelik tapi itulah hakikatnya. Kami diarahkan menyambung visa di situ. Keizinan berurusan untuk pelajar Malaysia adalah hanya pada setiap sabtu. Ditambah pulak, pelajar Indonesia juga perlu berurusan pada hari yang sama. Jadi kompem penuh r. Setiap minggu kompem beratus melainkan hampir dengan musim peperiksaan, barulah lengang. Tu pon tak lengang mana gak r.
Masa kerja kat mesir ni, 8pg sampai jam 2ptg je. tapi biasanya belum tentu jam 8 derang mula bertugas. Kompem ade yang baru nak makan lah, nak itulah, inilah. Memang tade disiplin r (bukan di semua tempat r).time balik pulak sharp semacam. Arghh. jadi memang terseksa giler r. Datang awal sebelum jam 7, bediri sejak dari datang, system beratur bukan no giliran, beratur panjang, kekadang bediri sampai ke tengah hari, silap-silap haribulan visa tak siap jugak. Huh. Pengalaman tahun lepas, makan masa 4 minggu untuk siap. Kekadang kecewa sebab salah sikit je dah kene suruh datang minggu depan pulak. teingat lagi, salah tulis tarikh je, terus derang tanak urus. Padahal bole je padam sekejap. Sekali perkataan “usbu’ gai”(datang next week) tu keluar dari mulut arab, cakap r papepun, pujuk r camne pon, memang kene datang minggu depan. Jadi setiap kali berurusan dengan arab, memang selalu ada pergaduhan kecil. Tapi nak buat camne, negara dia, kene ikut je r.kang masuk penjara pulak. tanakk...
Jadi tahun ini, tempoh visa dah hampir tamat. Berurusan lagi lah nampaknya. Dan yang pasti akan menimbulkan tekanan yang besar. Macam biasalah, tempat sama. Sekali dengan pelajar al azhar. Dahlah hari sabtu ade kelas tahun ni. Jadi nak taknak ponteng jugak akhirnya.
Sabtu baru ni, awal-awal pagi dah pergi. Time pergi tu, gelap lagi. “orang cakap time tu pon lembu pon reti duk dalam kandang lagi.” hahaha. Jadi dapatlah barisan depan sikit. Sampai turn aku dan kawan aku, derang cakap tak dapat buat sebab bukan al azhar. Kene buat kat abbas (nama tempat). Bengang semacam, terus tak puas hati, masuk jumpe bos pejabat tu (giler ah..haha). bincang punya bincang, dia arahkan kami sambung kat abbas. Pelik jugak, tahun lepas ok jer buat kat sini, tahun ni takleh pulak. sedangkan file kami konfem ada kat sini dah. Mesti lagi rumit.
So pergi lah abbas hari tu jugak. Pikir gak terpaksa ponteng kuliah hari tu, rugi nya. Terpaksa cover sendiri kat umah. Dahla diri ni malas. Huh. Sampai-sampai kat jawazad abbas (bahagian imigresan), slow-slow cakap apa yang bos kat bu’uth tu arahkan. Tapi penjaga kaunter kat luar tu cakap tak boleh sebab file kitorang kat bu’uth (tempat berurusan sebelum ni). Bengang. Terus masuk dalam jumpe bos.(bos lagi..haha) Tapi polis suh keluar. Bengang lagi. tapi dah nekad, kene jumpa bos gak. Akhirnya dapat. Bos tu cakap akan settlekan segalnya dan suh datang “bukroh”(esok). Haishh boleh tahan. Bukroh ni pon satu perkataan yang boleh menimbulkan kemarahan kalau arab tu sebut. Suka-suka hati je suruh datang lain kali. Ingat orang tade kerja ke. adoii. Seb baik bos cakap camtu, kena la ikot.
So esok tu(ahad) awal-awal lagi datang. Macam biasa r, terpaksa skip kelas lagi. dah takde pilihan. Nasib kami baik giler, tak payah berebut sebab tak ramai mana pon. Tulis nama tunggu giliran. Siap ada tempat duduk lagi. Dalam 3 jam jugak, baru nama dipanggil. 1st kawan aku. Dia dah gaduh-gaduh dengan mama tu sebab mama tu cakap takleh buat. Tapi bila Tanya bos baru settle.
Next giliran aku, dapat pekerja lain pulak. jadi kompem lah ada masalah. Aku pon cakap yang kes aku sama dengan kawan aku yang berurusan dengan kawan ko kat sebelah tadi. Puas aku cakap, dia still bagi jawapan, ‘tak leh buat sini, file kamu tu kat bu’uth, takde kat sini, kena pergi buat sana”. Then aku balaslah “bos kat sana yang suruh buat sini”. Dia cakap tak boleh. Bla bla bla bla. Lama gak r. Aku suh tanya boss dia tanak. Last-last nasib baik time aku pandang kat bos, dia pon terpandang kat aku. Aku pon buat isyarat ada masalah. Pe lagi, settle r lepas tu. Tapi pekerja ni muda lagi, banyak sangat tak tahu. Macam-macam tanya aku padahal semua dah ada dalan borang aku isi. (macam mana lah bole jadi perkerja) Adoii. Almost 1 jam bediri berurusan. Tapi di penghujungnya, Alhamdulillah settle. Tapi tu baru borang permohonan. Untuk dapatkan cop sambung visa, kena datang lagi 3 minggu. Tak tahu r berapa lama lagi nak dapat ke siap. Dan yang pasti kena skip kelas lagi. haishhh. Dugaan..dugaannn
kalau visa itu untuk 6 tahun sekali gus, kan best. Lagi best kalau tak memerlukan visa macam kat UK.
Jadi kesimpulan pada kali ini,
1) buat visa awal-awal sebab kena denda nanti kalau lewat.
2) Sabar dalam berurusan..(sedang berusaha)
3) Kuatkan stamina untuk berdiri lama-lama...(boleh je)
4) Kalau ada masalah, buat macho je masuk jumpe bos. Takyah tanya orang lain dah
5) Perkemaskan vocab arab untuk bergaduh. cakap BI tak layan. bos je paham BI
6) Kena rajinkan diri mencover apa yang dipontengkan. arghh
ni la pompuan yang sangat membengangkan aku. tapi last-last settle secara baik. time kasih. dan gambar ini dicuri dengan penuh ketakutan. haha. silap-silap kena tahan polis nih.
tu je lah..
saje update sebab bersawang sangat..
musim imtihan datang..
jadi terpaksa jadi rajin..wawaaaa
p/s: visa dan passport ada beza..