salam 'alaik. chat?
owh minggu exam dah masuk. dengan exam second block, diselang seli dengan exam practical untuk final, juga ditambah lagi dengan bebanan untuk mengulangkaji yang semakin mendesak, terus menyebabkan dia sedikit tidak terurus dan dalam keadaan tertekan, sehinggalah 2, 3 hari yang lepas dia diserang sejenis penyakit kulit.
pada mulanya dia tidak kisah sangat dek kerana seakan perkara biasa, namun penyakit itu makin mengganas, menyebabkan kulit semakin sensitive. kulit tersentuh pakaian pun boleh merangsang kesakitan yang amat dahsyat. terkena air ketika mandi pun menimbulkan sedikit kengiluan (betul ke eja ni?). adakah ini hyperalgesia? Huhu
lantas malam tadi dia ke klinik kerna bimbang akan kesihatannya. ‘taisir tibbi’ (klinik taisir) menjadi pilihan kerna adanya doctor pakar. alhamdulillah dapat doctor baik hati. Siap Tanya lagi, nak kut arab ke English. disebabkan arab tak masyi, jadi prefer English. (dia masih lemah arab)
selepas pemeriksaan dijalankan, doctor cakap dia ni kena herpes zoster @ shingles. Macam pernah baca je pasal penyakit ni. Penyakit ala-ala kayap. Berdebar jugak. Nasib baik doctor tu cakap tak bahaya, Cuma ia mengambil masa. fuhh legaaa...
Apa itu herpes zoster atau shingles? (kulit macam di atas)Ia sebenarnya berpunca dari kuman chicken pox yang pernah kita hidapi. Selepas mendapat chicken pox, virus ini akan menjadi dormant (fall asleep) untuk sekian waktu. Virus ini akan kekal dalam nerve ganglion mahupun nerve fibers di sesetengah bahagian badan kita. Apabila kita dalam keadaan tertekan ataupun dihidapi sesuatu yang boleh melemahkan imuniti badan, virus yang menidurkan diri itu tadi kembali terjaga dan menyerang. Lalu menyebabkan painful skin rash with blisters in a limited area of the body (ayat ala-ala medic sikit..emm bila dah sakit, baru dia reti nak google pasal sakit..ada hikmah jugak)
Untuk tambahan maklumat sila tekan sini mahupun sini. Moga bermanfaat.
Owh doctor tu cakap banyak gak.
dia pesan banyakkan makan makanan berkhasiat. Bukanlah bermakna sepanjang duk Mesir ni, permakanan dia tak terurus, Cuma kadang-kadang dia buat kisah tak kisah, men tibai je. Jadi kepada ahli bait dia, tolong masak best best dan bagi makan makanan yang berkhasiat. kawan-kawan terdekat nak hulur makanan best pon takpe jugak. dia kedarah je. hihi (peachcobbler ke, pudding ke..best jugak tu..haha)
doctor tu pesan jugak jangan main panas. part ni yang suka ni. Mesir sekarang dah masuk musim panas yang boleh dikategorikan agak melampau. Jadi bila doctor pesan takleh main panas, kalau camtu macam mana nak pegi kuliah. Nak pegi kuliah kena berpanas jawabnya. nampaknya dia mencari alasan taknak ke kuliah. haha. takpe doctor, dia bawak payung ke kuliah pasni. biar semua orang arab buat muka ‘orang asli yang terkejut bila tengok KLCC’=)
doctor pon pesan makan ubat. ikut peraturan. semua sekali ada 3 jenis ubat. 1 untuk sapu, 2 bentuk kapsul (pil). bila dengar je doctor cakap macam tu, dia masih selamba. tapi bila doctor cakap kena datang 2 hari sekali untuk suntikan, dia memang tak tahan. bukan tak tahan untuk datang, cuma tak tahan kena suntik. taknakkkkkkk! (takde option lain ke?). dan semalam dah dapat satu. eusa akan dapat satu lagi. mungkin akan berlarutan sampai 2 minggu doctor cakap. Aduh, sakitttt. (walaupun minat jadi doctor, dia tak suka kena suntik dan menyuntik..menyeramkan)
time kena suntik semalam, doctor siap cakap ‘don’t move’. hahahaha. Seriyes sakit. dahlah lama gila doctor cucuk. siap dia tanya pastu, 'is it hard?'. ada 7, 8 kali lagi lah nampaknya kena ‘don’t move’. kan best kalau boleh cucuk sendiri. Dan taklah malu sangat. nasib baik doctor yang menginject tuh post graduate university ain shams. jadilah seperti senior merawat junior.
antara ubat yang kena kedarah!!
- neuroton - untuk suntikan
- ketorolac tromethamine - untuk analgesic..ubat tahan sakit
- thiotacid compound - untuk polyneuropathy
- bringo lotion - antiseptic @ anti inflammatory
(dia tak tahu pape pon pasal ubat..salin kat kotak ubat je..mana tau bermanfaat ke untuk orang yang baca..hihi)
owh buat mak ayah, anak mak nih tengah sakit. doctor suh jaga kesihatan, jaga makanan, jaga semuanya. mak ayah jangan risau. Bukan bermakna anak mak ni memerlukan TEMAN HIDUP yang boleh jaga dia. dia boleh jaga diri sendiri. jangan risau. hihihi
okay. doakan dia sihat. lebih cepat dia sihat, tak payat inject banyk-banyak. dia tak suka dan sangat menyakitkan.
Gotta go. Wassalam.
4 pandai kritik:
I hope that you will get well soon...
p/s:sbb mu mitok doc tu ckp english,so aku pun wish lam english la..hehe=)
omg semoga cepat sembuh and jaga kesihatan! :)
(wah guna 'semoga' gila skema ayat)
salam..
semoga cepat2 sembuh..
take care of urself..
~ SMILE~
uzer:
syukran
(kut arab skalih..haha)
pinksterz:
baik kak El..
kak El pon sma
proaspurians92:
wslm..ameen~
jga dri anda juge
Post a Comment