asap

Semalam hari rabu. Seperti biasa, life sebagai seoang pelajar, takkan duk baiki kereta pulak, mesti r kena pergi kuliah. Begitulah perjalanan hidup dia di sini. Walaupun kuliah di sini tak diwajibkan untuk hadir, dia tetap ‘rajin’.

Semalam kuliah bermula jam 8 pagi. Dimulai dengan praktikal biochemistry. Mungkin kelas praktikal terakhir sebab next week praktikal exam untuk final akan menjelma. Seperti biasa, kalau kelas mula jam 8, takkan lah kena sampai jam 8 jugak. Itu sangat mustahil bagi dia. Dan pagi tadi, 8.30 baru dia sampai terkebil-kebil keseorangan.

Kelas praktikal tadi, masing-masing sibuk mempraktikalkan diri dengan eksperimen yang bakal keluar dalam final praktikal exam. Harap-harap apa yang telah dipraktikalkan di kelas praktikal terakhir semalam dapat dipraktikkan dengan baik semasa exam praktikal nanti (ayat ini berbelit)

Then, macam biasalah. Blaja blaja jugak, perut kena topup jugak. Café kat u bukan lagi menjadi pilihan. Dia dan kawan-kawan dia ada jumpa kedai yang lagi best dari café dalam u. jadi melepaklah dia di kedai ‘baru’. Tapi hari ni berdua je, sebab kawan yang lain ada presentation. Takpelah, berdua lebih baik.

Di kedai tu, dia dan kawan dia pon order menu wajib, iaitu fatiroh tuna (ala ala pizza tuna). Sambil nak tunggu siap, dia dan kawan dia masing-masing diamkan diri, bukak buku, pamerkan kerajinan yang di luar kebiasaan.

Sedang duk khusyuk membaca, datanglah seorang pak cik tua bertongkat (dalam b.arab kita panggil ammu). Jadi dia pon bagilah kerusi kat ammu tu untuk ammu duduk. Baik tak dia? Ammu ni duduk sekali dengan meja kami. Pak cik nih tak cakap apa-apa, cuma duk tengok kami je(kagum dengan kerajinan hipokrit kami agaknya). Kami pun jadi kaku. Tak tahu nak cakap apa dengan ammu ni, jadi kami pun buat biasa, terus je menatap buku.

Sebelum tu, kami dah tanya ammu nu nak minum apa-apa tak, nak minum syai (teh) tak? Ammu ni cakap ‘takpe..takpe”. jadi kami concentrate balik kat buku kami. Sesampainya fatiroh tuna, kami pon mula melahap. Tak lupa, kami ajak ammu tu makan. Tapi dia taknak jugak. Takpelah ammu, kami makan dulu ya.

Dah almost nak abis kami makan, ammu tu tetiba bersuara. Kami dengar tak dengar je. Biasalah orang tua bercakap, mulut macam taknak bukak. Dengar macam ‘sya sya..’ Kami agak dia nak syai (air teh). Kami pon orderlah untuk ammu nih. Untuk pengetahuan, orang arab dengan teh diibaratkan seperti isi dengan kuku.

Sampainya syai kat ammu tu, dia pon mintak sumtin kat pelayan yang antar air tadi. Rupanya dia nak shisha (patut lah bunyi ‘sya’ je tadi) nak hisap kejadah tu rupanya. Ni yang buat rasa geram nih, dah tua, bertongkat pulak tu, masih nak sedut asap.

Bagi yang tak kenal shisha, tak tahu nak explain camne. Kat KL senang jumpa r. alat yang hisap-hisap tu. Dia tak macam rokok, sebab shisha ni dia hisap asap berperisa, tak tahulah kesannya camne. Orang cakap tak bahaya tapi bagi dia, sebarang bentuk asap adalah bahaya melainkan a.s.a.p.

Macam nak marah je kat ammu ni. Tua-tua pon nak telan asap je. Ajak makan sanggup tolak. Sanggup nak lepas gian kat asap tu. Apa faedahlah telan asap, baik telan pizza kami tadi, best jugak. Ni duk isap asap, eeiii bengang bengang. Pesal tak gi kat ekzos kereta, sedut puas-puas, senang citer.

Nak marah, tapi rasa homat masih ada. Habis dia hisap, dia terus cakap syukran. Bangun dengan susahnya, berjalan meninggalkan kami. Haa, nampak sangat yang dia sedut dan minum tadi kami kena bayar. Wah wah, indahnya hidup. Pergi rapat sikit dengan orang lain, terus dapat makan minum free. Syok r hidup camtu. Dahlah kedarah asap tak faedah tu. Geram geram.


Actually tak kisah sangat pasal bayar. Bukan sebab kaya, tapi sebab murah je. Tak jadi miskin pun belanja lebih. Cuma geram sebab ammu tu patut sedar dan kisah pasal kesihatan. Dia perasan ammu tu ada batuk batuk dalam duk isap benda kejadah tu. Kenapa masih tegar jugak isap benda yang boleh bagi effect kat paru paru yang Allah pinjamkan tu?

Kesimpulannya, dia anti rokok dan shisha. Belia benci dadah! Jagalah kesihatan!

(dia tengah sakit-sakit sejak dua menjak nih.doakan kesihatan dia)

******************************************************************************

Semalam jugak, ada kelas praktikal physio. Mula jam 2 ptg, kebiasaannya dalam 3.30 da habis, tapi itu tak berlaku semalam. Dalam pukul 4, masih tak habis. Dia pon mula memberontak dalaman. Dia seolah tak dengar lagi apa doctor cakap kat depan, dia hanyut dengan dunia dia. Ditambah lagi dengan rasa kemengantukan yang dasyat.

Khayalannya mula menjelma bila jam menunjukkan hampir jam 4. Aah takleh focus dah!! Dia pun tak senang duduk, conteng macam-macam kat buku dia. Tengok sana, tengok sini. Diselang seli dengan renungan kat cikgu sambil hati berdetik “doctor, when we can finish our class?”. Tapi doctor macam tak dengar je bisikan hati dia menyebabkan dia cirrhosis, kecik hati dan makin takde mood nak layan apa yang diajarkan walaupun dia tahu doctor tengah revise untuk practical exam physiology. Terukkan dia?

Tiba tiba hp dia vibrate. Dia ingatkan kawan sekuliah men miskol miskol. Tapi vibrate itu berlaku lama. Dia syak ini mesti call betul betul atau ada arab salah nombor. Dia pon periksa hp dia.

Tertera pada skrin hp..

“Abah calling”….

Apakah? Semacam abah tahu je anak dia nih tengah duk khayal dalam kelas. Huhuhu ampun mak abah. Dia sangat tak kuat..

Terus sorok-sorok jawab panggilan abah dia. Terpaksa bagitau masih di kelas. Sori.

Sejak itu, dia terfikir. Mungkin Allah nak buktikan sesuatu. Mungkin Allah nak ingatkan dia yang dia datang sini ada amanah. Dia bawa harapan mak ayah. Dia juga bawa harapan kawan-kawan, guru guru, masyarakat, Negara mahupun agama.

Kenapa dia perlu main-main dalam kelas.?
Kenapa dia perlu tak puas hati bila kelas habis lambat?
Kenapa dia tak piker harapan orang lain?
Kenapa dia dah teruk sekarang?
Kenapaaaa??!!!

I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry
I can't be perfect

4 pandai kritik:

Liyana Friday, April 10, 2009 11:49:00 AM  

salam hapih luppy,

mungkin sebab org tu tataw sangat bab rokok2 nih..die tau tp die lupa. tak pun die igtkan kesan die setakat sikit2 je..

pe kata tunjuk gamba org cancer yg mmg kritikal gile bg kat die..pastu bg satu karton rokok suro die perabih sehari je.

mane tau nnti die boring

hmm kan best klu boleh wat camtu kat student yg blaja medic tp dgn banggenye makan asap depan org dgn banggenye..[kat sini la]

p/s: kim salam kat 'die'. cakap, semangat selalu2..pembahagian mase tu penting..kne kreatif...ok?

lukpi Friday, April 10, 2009 2:49:00 PM  

~*puding caramel*~:

wslm..
kt cni kat kotak rokok dia..
da ada pic org skit jntung yg gne alt bntu pnfsn..
ayt pringtn kt kotak rokok pn mmg mnakutkn..mybe pmbli rokok x pnah baca kot..lau x, msti x isap!!

Liyana Friday, April 10, 2009 8:20:00 PM  

ohh maybe pic org sakit guna bantuan alat penafasan tu xcukup seram lagi kot.

hmm maybe laa kot dorang xbace..tak pun mmg dorang da plan nk sakit.

lukpi Friday, April 17, 2009 10:48:00 PM  

maybe dan maybe dan maybe..
derang akn isap jugak!!

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,