wahai diri

nampak lain kan?
inilah hasilnya bila sepetang bersama blog..wat a waste kan!!
erm tak kisah apa pandangan orang tentang layout nih
asalkan tuan dia suke oklah kan..kan?
cari color oren susah sangat..kuning pon jadilah


******************************************************

buat renungan bersama..
wahai diri!

lahirmu kerna satu tujuan
hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
kemanisan dunia tidakkan berkekakalan
jangan sampai kau sesat di hujung jalan

wahai diri
hari-harimu berlalu tanpa kau sedari
bulan dan tahun silih berganti
Ramadhan, Syawal..Muaharam
kehidupan semakin dijauhi
kematian pula datang mendekati

wahai diri
alam dan makhluk sukar mengasihanimu
masa turut terus meninggalkanmu
manusia tidak akan selamanya bersamamu
yang pasti hanya Tuhan bisa sentiasa menemanimu

wahai diri
mengapa wujud takbur dan berbangga
sedang kau hanya satu ciptaanNya
yang tiada upaya lemah tidak bermaya

wahai diri
mengapa kau masih ingkar
berani suruhan dan larangaNya kau langgar
kau nahi yang ma'ruf kau amar yang mungkar
sungguh berani kuasaNya kau cabar
mujur Tuhanmu Maha Bersabar

wahai diri
mengapa kau biar dirimu terleka
yakinkah kau akan satu perkara
satiap amal pasti akan dibalasNya
maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya

wahai diri
buanglah ego dan sombongmu
mintalah keampunan dari TuhanMu
andai selamat yang kau mahu
di hari yang dahsyat lagi tidak menentu
wahai Tuhan, terimalah ampunanku..




-bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba-

rasa balikless

Setakat 12.57 tgh hari kat sini. Seramai 29 367 orang dah melangkah kaki keluar dari Mesir pulang ke tanah air. Yang tinggal cuma 3457 orang je lagi masih mengcekalkan diri menahan panas kering di sini. Daripada jumlah itu, seramai 679 orang masih tak selesai lagi exam bemakna perlu terpaksa merajinkan diri merebus buku-buku untuk hidangan otak. (angka mengikut rasa hati)

Soalan wajib ketika ini
roman 1 Imtihan dah habis ke belum?
roman 2 Balik Malaysia tak tahun ni?

Jawapan skema setakat ni..
roman 1 Ada 2 madah lagi. 9hb 7 ni baru merdeka
roman 2 Err tak kot..nope..rasa macam tak

t.u.7.u.h. alasan kenapa saya rasa macam ‘balikless’ (take note = rasa)

s.a.t.u. Saya tak leh balik!!
d.u.a. Saya suka cuaca panas even lebih 40 darjah celcius!! (tak tak tipu)
t.i.g.a. Mak ayah saya bagi kebebasan memilih. Saya rasa tak nak tak tak balik (take note = rasa)
e.m.p.a.t. Ramai sangat balik tahun ni, bistu sapa nak duk tengok-tengokkan sini (kenapa nak kisah)
l.i.m.a. Saya tanak apa yang berlaku berulang kembali kat saya tahun ini jika saya balik. (saya nak jalan-jalan, bukan duk rumah!)
e.n.a.m. Saya rancang nak jumpa yang tersayang.
t.u.j.u.h. Saya tanak balik kalau sekadar bawa kegagalan. (saya malu!)

"kemungkinan itu tetap ada" (keliru)

2 more paper left. One of it “killer subject”. Another one “sempoi kot”. in between, melepak di alex ^.^Y
Apapun berusaha!!

Harap-harap lepas ni dapat guna masa time exam untuk jawab semua soalan sebaiknya. Bukan tulis surat cinta kat belakang kertas soalan untuk habiskan masa!!

saya mohon maaf kepada semua..
saya sayang mak abah saya..
saya saya adik beradik saya..


sekian.
ass apa?
assalamulaikum wbt
-ciplakje-

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,