aku pernah takut dia..
aku selalu berharap dia tak datang kacau aku..
aku takut kalau bertemu dia..
masa kat hospital hari tu, aku hampir dipertemukan dia..
nasib baik dia tiada dalam peti tu..
dan penjaga tu berjaya mendebarkan hati aku..
jika ada upacara melibatkan dia..
aku selalu cuba mengelakkan diri..
setidaknya aku akan cuba tak memperhatikan dia..
akan membelakangi dia..
kerna aku takut bersemuka dengan dia..
takut jika dia akan menghantui aku..
tapi kini..
aku dan dia seakan senang bersama..
hari-hari seakan sempurna bersama dia..
aku dapat paham dengan adanya dia..(izin Allah)
aku terkadang bermain-main dengan dia..
belajar pun dengan dia..
walaupun dia tak bagi respon..
aku senang dengan dia..
aku hormat dia..
terkadang aku kesiankan dia..
dia kini sangat bermakna..
bukan sahaja padaku, juga pada temanku..
sehinggakan exam pon, dia diperlukan..
dia membolehkan aku dan kengkawan memahami insan lain..
dia sungguh berjasa..
dia...
bersamanya boleh mengingatkan kita akan kematian
******************************************************************************
walaupun dia berjasa
kita tak mahu la badan kita jadi macam badan dia kan
dirobek-robek
dihiris-hiris
disiat-siat
sakitnya hanya dia yang rasa
na'uzubillah
tak tahu nak update apa..cuma nak bagitau yang kami di sini belajar bersama dia..dia pembahagi antara kami dan lecture..dia betul-betul di depan kami setiap kali pembelajaran di makmal..dia tempat kajian kami..alhamdulillah dia tak pernah bangun atau cuit sesiapa lagi setakat ni..moga dia kekalkan peribadinya itu..semalam result spm keluar, tahniah kepada yang berjaya..dan yang berminat untuk bersama dia, ini bidang anda..selamat berjaya~
oklah
dah jam 2 pagi
esok ade meeting
kena bangun awal
gotta go
wassalam
p/s : untung u kami..dapat sentuh-sentuh secara live..mungkin ada u lain yang just dapat tengok dari balang kaca..dan ada yang sekadar main dengan yang plastik je..tak real tak best! papepun awasi etika bersama dia
done updated!!
7 pandai kritik:
saya tak pernah belajar dengan dia. cuma pinjam organ sikit2 and belajar pasal tengkorak dia saja
kamu bertuah dpat berkenalan dengan dia. tahniah
"..dan yang berminat untuk bersama dia, ini bidang anda..selamat berjaya~ "
yana x pasti adakah ini bidang yg sesuai untuk diri ini..
tgk result SPM thn depan ~~
insya-allah..
Laaaa.... ingatkan sape la si 'dia' tu. Huhu. Tahniah Dr. Lutfi kerana menjadikan 'dia' tu amat misteri.
Lebih2 lagi apabila 'dia' berada di Mesir.
'Badan dia kadang-kadang menjadi tempat letak buku-buku lecturers.' :)
Al-Fatihah utk seluruh umat Islam y telah meninggal dunia...
Dulu sambil hirup bau pedih pengawet, aku pernah terpikir. Oh my God! Sapalah mamat ni? Dulu apa kerjanya? Macam manalah hidupnya? Matinya kenapa? Anak beranak tak ada?
to ~*puding caramel*~:
future dentist mmg ptut men dgn tengkorak..xkn nk men dgn lower limb kn..xde kaitan plak
to -m!ss_yaNa-:
yana, jemputlah masuk bidang ini..
believe in urself..u can make it!!
chayok2~
to Usrah Medic Terengganu :
alamak..junior2 bsatu buat blog
kamu pon dpt rasa hdup dgn dia kn..
mesti sonok abes~
to anak nah:
a'ah..cmne lah dgn kluarga n life die sblum ni..
misteriiii
selamat berjaya bersama 'dia'
chayoo!! dr
ameen ya Robb..anda juga ya
Post a Comment