Salam alaik..
2 hari lepas berpeluang call mak selepas hampir 3 minggu tak call (aish pe punya anak nih) sekadar mesej-mesej je selama ni. Rilek rilek. Jangan tuduh tuduh. Masih ingat keluargalah. Maybe rasa homesick tu langsung tak ada. Tu pasal tak call sangat. Mak pun dah faham. Well, anak lelakilah katakan. Perasan tabah! dapatlah meluangkan masa melepas rindu mengumpul semangat kira-kira 45 minit.
Sepanjang 45 minit tu duk cakap dengan mak je. Yang lain semua dah tido. Mak pon dah tido act tapi terpaksa bangun balik (ampun ma, hapih rasa kol 11.30 mlm masih awal time duk Malaysia dulu). Dengan abah pon tak sempat cakap. Takpe, abah kalau ada apa apa, dia sendiri yang call anaknya di sini hihi
apa cerita family? apa cerita kampung? apa cerita kaytee? hmm semuanya baik-baik. Ya, sangatlah suka bila mengetahui mak dah masuk kelas arab. Tahun lepas dah masuk tapi mak semacam blur je, susah nak dapat paham. Kali ni mak cakap yang mak dah mula minat dan senang paham, Alhamdulillah. Moga mak dapat berlatih dengan 2 lagi anak mak yang sekolah agama tuh. Yang duk sini tak leh tolong, kang menganga mak nak paham (eceh macam terer je hihi)
Lagi, mak duk sebut-sebut pasal dia. Bukan tak suka, cuma sedar siapa hapih ni. Tak mungkin dapat. Tak mungkin tertanding. Dia layak bagi hapih dapatkan sumber kekuatan je. Hapih tak leh lawan dia. Dia bukan orang biasa dengan apa yang telah dia capai. Moga dia terus sukses! Dan dia dapat terus kekal dengan keperibadian solehahnya dan kepandaiannya, insyaAllah.
Mak ada tanya pasal balik.. dan jawapan dia ni, TAK PASTI dan kemungkinan besar TAK AKAN
Mak pesan apa lagi..? hurm
Biasalah, tiap kali call, kerohanian akan terisi. Walaupun pesanan yang serupa, terus diulang agar tersemat dan diamalkan. Biasalah manusia mudah lupa kan (terutama dia ni)
Mak juga ingatkan supaya ‘blaja rajin-rajin’
4 hari lepas time abah call, abah jugak pesan ‘blaja betul-betul’
Senang kata, tak kira abah atau ma, semua akan pesan camtu.
Dulu pernah janji nak buat terbaik, tapi terleka
Dulu pernah buat silap, kini tetap berulang
Dulu pernah nak berubah, tapi masih seakan sama
Ma, abah, anakmu ini sungguh berdosa pada kalian
Janji yang ditabur, hanya di bibir tidak pada amalinya
Dia tahu kesengajaannya menempah maut,
Kini dia cuba nak lari balik
Menyesal! Tapi agak terlambat
Walau apa sekalipun, berusaha!
Moga doa ma abah terus mengiringi perjuangan hapih dan kengkawan ke akhirnya, ameen~
*******************************************************************************
Erm semalam exam 2nd assessment (2nd block ) anatomy. Malam sebelum exam langsung tak tengok buku. Tengok gitu-gitu je time on da way nak g exam. Pulak tu diri dan beberapa rakan yang lain antara yang lambat masuk ke dewan periksa. Semua pelajar dan lecturer tengah duk tunggu kami yang lambat ni. Maaf semua, sebenarnya seiyes tak tahu pon semalam exam besar :(
Overall exam, tak tahu nak cakap. Ok je kot, ditambah persedian yang ala kadar je. Jadi tak leh mengharap lebih.
Seusai exam je, terus dapat tahu dah salah 2 lepas bincang dengan kawan..arghhh!(bkn bermakna 2 je salah ok). Yang tak puas hati sebab 2 soalan tu asalnya jawapan awal yang dibuat dah betol, tapi langsung tak yakin dan dengan suka hati pergi tukar jawapan lain
Maybe benar kata ma dulu ,
“kalau jawab objektif, yakin pada jawapan pertama sebab masa tu naluri kita kuat. Bila kita mula rasa nak tukar jawapan, syaitan dah mula mainkan peranan menyebabkn kita rasa was-was dengan jawapan awal dan terus buat jawapan baru yang berkemungkinan tinggi tak tepat”
jangan ikut kata syaitan!!!!
Menyesal tak ikut kata hati. Rugi je (menepuk dahi)
Hmm oklah. nak bersiap g ramsis. nak check sim card celcom yang abah pos dah ada ke tak. pejabat pos mana entah nak kene cari ni. Aduhai mesir mesir. Haru dibuatnya. Sekian..
Gotta go. Wassalam.
panggilan diri:
hapih = family
lukpi = kawan-kawan
muhammad = untuk orang arab je..hihi
7 pandai kritik:
Lagi, mak duk sebut-sebut pasal dia. Bukan tak suka, cuma sedar siapa hapih ni. Tak mungkin dapat. Tak mungkin tertanding. Dia layak bagi hapih dapatkan sumber kekuatan je. Hapih tak leh lawan dia. Dia bukan orang biasa dengan apa yang telah dia capai. Moga dia terus sukses! Dan dia dapat terus kekal dengan keperibadian solehahnya dan kepandaiannya, insyaAllah.
icik lukpi....jgn ar rendah diri gitu..dia tu manusia je pun..mane tau kan??
nak myibuk jugak ni...sape dia tu??hehe..x habaq no...
sapa die tu lupy.. kbo la.. nk tau nihh
saye:
wah2..bkn rndh dri la wak eyh..
sedar kmmpuan dri..
mne mmpu nk bsaing dgn org bjak2..
dgn kamu pn da kalah..hayya
wardah-asliani:
erk..dia tu tiada ketan dgn khdpn pribdi sy..
cuma kagum je dgn pe yg dia capai baru ni..
Nadhirah Ahmad:
huhu..rujuk jwpn di ats
x balik ke.. baru je brharap..
sob3
pepun.. chayoo..
alahai...bkpe la mu bru kabo skrg pesan ma mu tu-yakin pd jwpn ptama!
klu dop,msti soklan objektif aku btul blake sblum nie...
haha!
prosaspurians92:
bru je berharap??
act tak tahu lagi camne..
to uzair:
haha..
silap zer..
tp lau aku kabo awal, btol lake r mu jwb..x aci r g2..hehehe
Post a Comment