medic dan lakonan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini hari jumaat kan. Yang laki jangan lupa pergi solat jumaat ya. Okay, terus ke tajuk. taknak mengarut panjang-panjang.

Kalau kita semua perasan, dunia lakonan sekarang ni semakin banyak mempersembahkan berkenaan dunia perubatan. Pelbagai permasalahan berkaitan 'medic' yang dipaparkan kepada masyarakat.

Yang pasti, pentas drama malaysia pun tak ketinggalan untuk mempertontonkan drama bersiri bercorak perubatan. Ya, mungkin ingin mengikut jejak langkah drama-drama tv di eropah, amerika mahupun jepun (asyik nak ikut orang lain je..huhu)

Bagi pendapat peribadi, bukanlah senang nak hasilkan sebuah cerita berunsurkan 'medic' yang seakan real. Yalah, dunia medic ni kan berkaitan di hospital, medical stuffs yang banyak sangat termasuk jenis2 scanner, darah (perlu nampak darah real), pesakit, dan banyak lagi. Dan bukan senang nak bagi nampak kecederaan yang real, nak bagi nampak organ-organ badan yang tak normal. dan cukup susah juga bagi pelakon yang perlu menghafal terms perubatan dan drugs yang cukup pelik. Dia ini pon kadang-kadang rasa givap nak ingat istilah-istilah yang cukup menyusahkan itu.

Apapun sekarang ini makin banyak cerita-cerita perubatan. asyik-asyik duk ulang cerita pasal dunia korporat dan cerita-cerita komedi, bosan jugak kan. tak lupa cerita cintan-cintun yang tak berkesudahan yang diri sendiri tak pasti kat mana kebaikannya.

Bukan lah nak cakap cerita perubatan tu banyak kebaikan, tapi at least boleh sedikit sebanyak sedarkan masyarakat tentang info-info kesihatan. Terkadang ramai tak endah pasal kesihatan. Dah sakit teruk baru nak terkial-kial pergi hospital (takkanlah nak gi hospital masa sihat pulak..kan kan heee).

Sejak termasuk bidang medic ni, semakin banyak pulak tertonton cerita-cerita medic. mungkin atas dasar nak meminatkan diri. silap-silap dapat jugak ilmu-ilmu medic sambil-sambil tonton (berhibur sambil mendapat ilmulah konon). Lagipun, boleh berangan yang seolah-olah diri sendiri yang tengah berlakon :P. Yalah, nak rasa pengalaman sebenar, lambat lagi nak boleh semua tu. Berangan kira okaylah kan.

Jadi disebabkan hari ini sport's day perubatan dan tak mengambil bahagian langsung even sebagai penyokong (lambat booking), jadi nak share beberapa cerita medic yang orang medic boleh tengok dan orang tak medic boleh tonton (apa kaitan dengan sport's day ni)

Buat yang medicmania, boleh tengok cerita-cerita ini jika ada masa..(budak medic jarang ada masa kan..dia je yang pelik)


ini nama dia cerita H.O.U.S.E. tajuk nama rumah tapi jalan cerita dia memang berkaitan dengan medic. suka tengok cerita ni. semua seakan real. kadang-kadang kalau taknak study, tengok cerita ini je. konon cukuplah untuk tampung study. hahaha. setakat ni, tv series ini je lah yang betul-betul medic. terms dan drugs dia memang real semacam. kan best dapat jadi cam dr house. selamat menonton ya

******************************************************************************


ini pulak cerita GREY'S ANATOMY. tajuk cerita sama semacam dengan judul buku rujukan anatomy. lau rasa-rasa sangat malas nak buka buku setebal 1058 m/s, boleh rujuk cerita ni je (jangan ikut sangat dia ni)

******************************************************************************


ini cerita medic jepun. sila download dengan subtitle english sekali okay. kalau tak, anda akan senyum sorang-sorang bila tengok nanti. cerita ini best jugak. isu dia lebih kepada jantung je tapi tetap best! sudah-sudahlah tengok cerita jiwang korea jepun tu, tengok cerita ni lagi elok rasanya :)

******************************************************************************


tajuk drama ni SCRUBS. cerita ini lebih kepada komedi. ada jugaklah info medic yang ciput. kalau tension belajar, bole relaxkan diri tonton cerita ini. lepas rasa dah relax, sambung study balik yer.

******************************************************************************


yang ini pulak CODE BLUE. satu lagi versi jepun. tapi takpe best jugaklah. diri sendiri pun tak abes tengok lagi. selain dapat ilmu medic, boleh jugak belajar bahasa. (yerla tu :P)

******************************************************************************


ER..emergency room kot. tak pernah tengok. tengah google tadi, tetiba terjumpa. yang pasti cerita ini ada kaitan dengan mediclah (main agak je). sapa yang pernah tengok, takyahlah tengok lagi yer

******************************************************************************


yang ini versi melayu. CINTA MEDIK. tak perlu subtitle. tengok yang season 1 dulu time sekolah menegah tak silap. tapi rasa-rasa tak banyak sangat pasal medic. kes-kes diorang pon biasa sangat. lebih kepada percintaan. nak galakkan percintaan sesama golongan medic kot. ooppsss

******************************************************************************


satu lagi versi melayu medic. AMPANG MEDIKAL. orang cakap versi greys anatomy malaysia. entahlah. tak tengok. sebab mesti tak banyak sangat pasal medic. produk malysia lah katakan. hahaha. jahat betul dia ni merendahkan buatan malaysia. takyah balik malaysia lah kalau gitu :P (tapi Medik TV best)

******************************************************************************

haa, boleh tahan banyaklah kan. sedikit sebanyak boleh membantu mereka-mereka yang jatuh hati kat bidang medic ni (jatuh hati kat bidang okay, bukan orangnya) heee. asyik-asyik tengok cerita jiwang-jiwang, cerita kelakar-kelakar, apa kata cuba tengok yang versi medic pulak (eceh peromot pulak dia).

cerita versi dentist tak ada ke ha? hmm pape je lah.
nanti kalau banyak masa dan rajin, nak hasilkan jugak cerita medic untuk budak-budak kat sini. hihi

erm jadual final exam dah keluar. road to da final exam semacam berliku juga. hahaha. tapi tak apa selepas 9 Julai segalanya akan berakhir harap-harap.

disebabkan final dah dekat, jadi bolehlah memperbanyakkan lagi tengok cerit-cerita medic. hahaha. ooppsss sedar diri lukpi

okay2..tanak mengarut lagi. kene berusaha lebih gigih.
dah banyak bazir masa google imej untuk update kali ni. cukuplah tu.
okay gotta go. wassalam

p/s: semua imej gari google. segalanya di hujung jari anda jika berinternet lah.

8 pandai kritik:

Nadhirah Ahmad Saturday, March 07, 2009 4:21:00 PM  

Im a Big fan of HOUSE! citer die bes. cume kdg2 rs cm dr house ni so pushing, mulut laser n kurang ethics.
kalu jd dr. cameron, mmg dah lame terase hati. n dr cmeron mmg lawo. cm sesuai sgt2 dgn dr chase. ha.. ni dah kes prcintaan. bkn medik dah. ni la pngruh cite mesia r ni. msti tjuk cite nk ad pkataan cinte. klu x ada kt tjuk, element cinta msti ad lam cite tu.

ER, is bosan. sbb cm pening j tgk cte tu. xtesusun j rse. pndpt sy la.

grey's atnmy?? em. house lg bes lh. sbb dtmbh dgn tv axn, jd lawa tgk house lg.

ha. luppy, ingt. fnal dh dkt. (sy pom sme).. mggu dpn 4 paper mid terms.

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tlg doa2 ye

Nadhirah Ahmad Saturday, March 07, 2009 4:22:00 PM  

ha. lupy, jgn jd ge dr house. jd cm dr chase. swit je

Anonymous Sunday, March 08, 2009 1:07:00 PM  

tgk grey`s anatomy yg btol ke??
or anatomy yg laen??
cz byk sgt part2 dlm blik..
xsheshuai DR. muslim cm kte tgk..
btol ke??

Anonymous Sunday, March 08, 2009 3:35:00 PM  

ye k. xprnh tgk la pl0p ad part2 gtu. sbb?? bue sjp je skali n bsan.jd xtgk2 dh pas 2 cte GA,

lukpi Sunday, March 08, 2009 10:50:00 PM  

Nadhirah Ahmad :
entah..house bijak~
cinta2 x men..huhu
k all da best tuk anda jg

anonymous:
tgk season 1 shj..
tp x mnat sgt sbb xbyk info medic..
house gak best!!
psl bnde2 yg x ptut, akui mmg ada..tp pndai2lh kawal

Nadh:
nadhirah jgk ke ni..

Anonymous Monday, March 09, 2009 10:53:00 PM  

Kalau budak engine cam aku tgk cite Transformers ngan Iron Man cukup ah kan, hahaha. Top Gear pun best gak.

Nadhirah Ahmad Friday, March 13, 2009 9:26:00 AM  

mmg bijak. tp xgune kalau bijok tp annoying n irritating cm tu. so, jd lah bijak, tp menyenangkn org ramai

lukpi Monday, March 30, 2009 12:34:00 PM  

yerla nadhirah..
tamo jd sape2..
jd dri sdri ckup..kn?

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,