Duhai mata, kenapa asyik nak koma je. Time lecture je mesti ngantuk. Aduiii. Tapi bila lecturer keluar tak sampai sekaki lagipun, mata automatic segar bugar lagi bulat. Pe kes nih?? Kalau tiga subjek sehari, subjek first aku masih focus, subjek kedua sedikit keawangan. Masuk subjek ketiga, fikiran dah melayang ke macam-macam tempat. Hendak-hendak kalau subjek histology. Seingat aku, setakat 3 minggu kuliah ini, aku boleh kira dengan jari berapa kali aku revise subjek histo kat rumah (sangat sedikit nak mamp**).
Kenapaaaa? Sebab rasa cam tahun ini tak best je subjek ini. Plus lecturer yang....hmm cemanalah aku nak describe (jangan nak salahkan orang lain lukpi!!!). Actually lecturer okay je, English dia bagus sangat-sangat, slang macam orang putih je, tapi cara dia mengajar kot buat aku tak minat. Hakikatnya aku tak boleh salahkan lecturer. Kalau kawan-kawan sekuliah aku boleh focus, kenapa tidak aku?? Jadi salah aku lah maknanya. Duhai mata, bantulah daku. Huh. Lukpiii!!!
Dan semalam, mata aku buat hal lagi (baca: aku buat hal). Rasa geram dengan diri sendiri. Mula dengan physiology, boleh lagi focus sebab fresh lagi kut (sampai lewat 15 minit..lewat lagi!!). Lepas tu, anatomy, aku focus lagi sebab lecturer best. Subjek last! Histology. Mata aku sangatlah berat. Dahlah keadaan kelas yang agak gelap dek kerana semua kene focus ke slide kat depan (lampu sume off). Pulak tu ditambah keadaan 3,4 orang rakan seperjuangan yang telas tewas. Lecturer pulak baut nampak tak nampak je. Dan aku pon join sama. Dam*!!
Setengah jam pertama aku melayan perasaan mengantuk. Banyak kali kawan sebelah aku duk tepuk-tepuk sebab asyik tersengguk je (lain kali tampar je..aku tak marah..janji!!) Lepas tu, mata dah fresh tapi mood macam dah takde sebab tak dengar dari awal, jadi ketinggalan sangat jauh. Pastu buat kerja gile pergi online ym gune hp. Duk chatting-chatting. Owh bodohnya diri ini. Nak salahkan teknologi, dia tak bersalah kalau kita pandai guna tapi aku ni salah guna. Huh!!!! Banga** betul!! Sekejap sedar, sekejap lupa (baca: sekejap sedar, banyak lupa).
Buat ma dan abah, jika ma abah tahu apa hapih buat kat sini, tentu ma abah kecewa dan menyesal. Konfem!! Mintak ampun sangat-sangat. Bukan bermakna hapih lupa semua pesan ma abah. Hapih ingat!! Dan memang hapih sendiri nak belajar sungguh-sungguh. Nak lagi bagus dari tahun lepas. Jeles dengan kawan-kawan. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan kawan-kawan. Malu dengan lecturer, malu dengan rakan-rakan azhar dan adik-adik baru. Sebab itu kalau boleh nak lagi bagus. Nak sungguh-sungguh. Hapih dulu pernah bangkit sebab tahu ma abah kecewa masa sekolah rendah dan form 3 dulu, tapi buat masa ini, Hapih rasa masih tak mampu. Kekadang hapih atas landasan, tapi banyak kali hapih tergelincir. Ampun sangat-sangat. Ma dan abah berhak untuk kecewa dengan apa yang berlaku buat masa ini....(arghhhh!! macam tak guna je aku rasa)
Aku rasa mungkin aku..
Aku dah tak kuat..
Aku tak mampu..
Aku tak upaya..
Aku dah tak tahan
Sebab aku asyik hanyut..
Aku asyik jatuh..
Aku asyik tewas..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Berilah aku kemudahan. Berkatilah hidupku dan ilmu yang aku telah, sedang dan akan pelajari. Dan buatlah aku terus teguh atas landasanMu.
***********************************************************************************
Aku tanya nazmi (best student) pasal doa elak mengantuk dalam kelas. Beginilah bunyinya. “Ya Allah ya Tuhan kami, Kau jauhkanlah mata kami dari rasa tidak pernah kenyang dari rasa mengantuk” (versi arab nanti aku bagi..kene konfemkan balik). Jadi jom amal sama-sama terutama buat diri sendiri. dan malam tadi Tuan Guru Haji Hadi (beliau ke mesir) ada pesan yang setiap orang tak terlepas dari berjuang menegakkan agama Allah tak kira azhari/riah mahupun doctor...
peringatan : tolong berubah!!!!!!!
bila nak sedar ni??!
label bebel dan leter , mylifemymaxis
wanita dan malu..
Assalamualaikum wbt..
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."
(Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita,
Apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,
kalau dia berbuat baik, dikagumi (respek)
apabila berbuat jahat diminati (erk?)
apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan (a'ah)
apabila berpakaian tidak menutup aurat dilihat menggoda (seksa)
senang cerita, semua yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian (yup)
Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak. Kalau hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya. Kalau hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengushanya (musyrif, cepattttt!).
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi yang jenis tak tahu malu pasti tidak memepudilakan akan itu semua. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mungkin mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu (jenis-jenis perasan).
Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal sekali pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Ambillah contoh sepreti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah Az Zahra bahawa setiap wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek:
awalan
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh (selamat mencuba) Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (malu pada tempatnya).
tsaanian,
Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim (bukan bermakna silat mahupun taekwandoo ya)
taasi'an,
Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
wa akhiiran
Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja (ingat! balikkkk)
Jadi, kepada akhawat mahupun wanita ataupun muslimat, jom MALU! (laki pon sama)
************************************************************************************
susahnya belajar! (mana ada senang dalam belajar cik lukpi)
************************************************************************************
nota kaki : pelik dengan sistem perparitan di mesir..hujan setahun sekali pun boleh banjir kecil-kecilan sampai zahmah habis..nasib baik iklim dia asyik panas je..kalau asyik hujan, cannot bayang lah!! papepun musim untuk hibernasi bermula..winter, aku suka padamu!
tazkirah ini dipetik dari artikel di halaqahonline.com (picit saya)
label mylifemydakwah
life dan makan...
Assalamualaikum..
Life hari ini yang sempoi..
Mula dari pagi tadi. Terkejut lewat. Kuliah pukul 8, tapi terbangun pukul 7.30. Cemas dan cuak. Cepat-cepat bersiap. Yang bagusnya, satu rumah aku (3 dak medic) semuanya tak terkejut sebab tertidur. Jadi kami sama-samalah melewatkan diri hari ini. Dalam pukul 8, barulah duk tahan tramco nak ke abasiyya (kuliah).
Tahan punya tahan, takde dan banyak yang penuh. Dah lah kalau nak ke kuliah tu, lama jugak jaraknya. 20 minit kalau naik tramco, 45 minit naik bus. Disebabkan terdesak, terus naik teksi. Ingat ke dapatlah cepat, rupanya driver tu pergi isi minyak pulak. Lambat lagi lah nampaknya. Dalam hati ini duk berkira-kira sempat tak masuk kelas physiology yang habis 8.50pg. jalan punya jalan, biasalah waktu pagi, walaupun naik teksi, jalan tetap zahmah (sibuk).
Akhirnya dalam pukul 8.40 baru sampai. Kami pun decide taknak masuk takut melukakan hati lecturer (elelele). Terus ke kedai buku untuk beli buku-buku yang masih tak cukup. Seusai je beli, terus tunggu depan pintu bilik muhadarah kami dan masa itu jugak, lecturer subjek anatomy dan terpacak menunggu giliran dia. Tak dapat tak, kene mengaku jugak kami ini terlewat dan ponteng kelas physiology. Tapi, at least dapat ambil peluang cakap dengan prof anatomy tadi. Kepada prof physiology, kami tak sengaja lewat. Huhu. Ruginya terlepas kuliah tadi, kene cover sendiri lah nampaknya.
Lepas anatomy, histology pulak. Hari ini belajar pasal stomach (teori). Kelas habis dalam 10.45pg. masalahnya kelas makmal histology pukul 2.50. Adui. Lambat lagi tu. Campur puasa lagi. Nak lepak mana lagi. Nak balik jauh sangat. Kalau tak puasa, boleh gak lepak kat kafe. Jadi decide duduk kat musolla. Buat revision dengan kawan-kawan. Sepanjang 4 jam masa lapang tu, macam-macam aku buat. Sejam pertama lepak tak tahu apa. Pastu rajinkan diri ke library study mana patut dalam sejam lebih. Pastu kembali ke musolla balik discuss dengan kengkawan. Pastu sejam terakhir tersilap tidur. Hehe.
Pastu, pergilah dengan hati yang suci murni tulus ikhlas lagi mata yang tak mengantuk (yucks)ke makmal histology. Belajar pasal struktur lip and tongue. Best dan menarik lagi seronok. Sudah-sudah je dah pukul 4.15. Jadi cepat-cepat solat asar sebab dalam 5 lebih dah masuk maghrib. Seusai solat, decide nak berbuka hari ini kat luar. Sebab selalu kalau balik, orang azan dalan perjalanan (tramco), so selalu jadi lambat berbuka. Silap-silap haribulan sampai rumah takde lauk. Untuk selamat, decidelah nak berbuka makan nasi hadraul maut kat abbas akkad (a’at). 10 minit sebelum berbuka dah sempat duk rehat-rehat dulu, menghadap makanan dengan penuh keghairahan.
On the way nak pergi kedai hadraul maut ni, kene usha di budak-budak arab sebab aku sorang je jalan lambat-lambat belakang. Dia tak kacau sangat cuma buat-buat baik jer dengan aku. Aku layan je lah. Last-last mintak duit, haha. Aku tak kasi sampai sudah. Dahtu dia pergi kat kawan-kawan aku yang jalan depan dari aku, minta duit jugak. Haishh derang ini. Ending dia, sebelum kitorang masuk kedai hadraul maut tu, budak budak tadi ditampar oleh seorang arab (pak arab yang ada kaitan dengan kedai tu). Mungkin sebab sikap kurang ajar budak-budak tu kot. Kesian.
Nasi hadraul maut ni sejenis nasi berasal dari yaman. Makanan yang femes jugak kat mesir. Beras basmati dan ayam kukus bersama acar mesir (nama apa aku lupa la). Overall nasi ni best dan berpatutan. Siapa yang datang mesir memang wajib kene makan nasi hadraul maut ni. Maut habis (Maaf tak sempat tangkap gambar, next time insyaAllah)
Lepas je azan dan berbuka, terus pergi lepak rumah sabah. 1st time pergi. Sangat best. Solat magrib dan isya’ kat sana. Dilayan mostly oleh azmi dan nizam. Kami duk lepak bilik azmi, korek rahsia-rahsia dia. Haha. Memang open habis. Pulak itu, aku duk kacau seorang kenalan azmi menerusi YM. Best berlakon jadi orang sabah tapi guna bahasa indon. Pelik pelik. Asyik duk gelak je. duk usik-usik aka bergurau aka ‘mapuh’ sesama sendiri. Lupa pulak yang kene balik rumah untuk study. Hehe.
Dalam pukul 9, bertolak lah balik. Singgah kedai asir (jus) minum jus ruman (delima). Pulak tu dibelanja. Lagi lah best. Kemudian demand kibdah wa seguk (roti isy bersama hati dan daging cincang). Dibelanja lagi. Haha. Indahnya jadi macam anak raja. Pastu sampai rumah, aku tibai makan sekali lagi. Takut ahli bait terasa tak makan masakan dia. Makan lah jugak. Kiranya hari ini duk makan je.Buku kemana, masa kemana. Macam bukan pelajar medic pulak sebab terlampau rilek sangat walaupun mengerti hati ini sengsara mengenangkan susahnya belajar. Huhu.
Sekarang ini pulak, dapat call yang mengatakan ada sumone nak bagi kek coklat. Wahahaha. Terima kasih dan moga beri lagi lain kali. Hehe. Terpikir bilalah junior pulak nak bagi makanan kat 'abang-abang'. Hahaha. Dan nampaknya akan makan lagi. Ohh banyaknya makan. Silap-silap haribulan fundus stomach aku pon ada makanan (walau hakikatnya tak akan berlaku).
Okay lah. Sekadar berkongsi cerita yang agak bosan tapi aku enjoy melaluinya. Malam ini ada match MU vs Celtic. Nasib baik aku sedar diri tak pergi tengok, kalau tak, nampak gaya merajuk lah buku sebab aku tak bersama dia. Okay lah, nak bersama buku pulak (konon). Moga ketemu lagi ‘baa’ (perkataan sabah..Haha)
Jom hancurkan buku!!!
Nota kaki : makan dan makan dan makan tapi tak besar-besar. Metabolisma aku tinggi melangit sangat ke? dan jangan bangun lewat lagi ya lukpi!!!
label mylifemymaxis
benci gambar..
Pertamanya, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dan pujian dipanjatkan, kerna keizinanNya yang telah memudahkan segala urusan kami untuk sampai ke bumi ardhu kinanah ini. Perjalanan hari tu segalanya lancar. Terima kasih kepada para pilot singapore airlines kerana bijak melandingkan pesawat yang kitorang naik. smooth semacam. Tak lupa kepada para pramugari/a yang sudi melayan karenah kami yang tak menyusahkan..:P
Hmm, ketibaan di Mesir ni, overall okay. Cuaca pon baik je, boleh adapt dengan baik dan sedang memasuki fasa peralihan ke musim sejuk. Sangat best!! Suasana kat sini, macam biasa, kelam kabut tapi masih boleh tahan. Tak banyak berubah @ tak berubah langsung kot. Hari jumaat sampai, hari sabtu terus mula kuliah.
Hmm untuk first entry aku kat bumi mesir ni, terimalah... beberapa gambar terbaik sepanjang minggu ini...(walaupun aku tahu aku tidak suka bergambar)
bersama hamilton pemandu F1 McLaren Mercedes..dia beriya-riya nak bergambar dengan aku..walaupun aku sokong ferrari, tapi layan jer laa..
itu je lah nak kongsi..sebab malas nak tulis..tengok gambar je lah ya..cantik-cantik semua model dalam tu..:P
selamat berjuang semua kawan-kawanku..jom gempaqkan result..buat junior-junior aka adik-adik, pandai-pandailah bawa diri..nak mintak tolong 'abang' pon okay..kiddin~
WaSSaLaM..
label mylifemymaxis , takde kerja
ku pergi jua..
Semilir angin petang menjamah angin dedaunan kering seperti halnya aku menjamah wajahku, membelai hujung-hujung rambutku. Detik-detik ini aku hanya boleh berbicara dalam diam, merungkaikan kata dalam lisan yang bisu. Ku lirik wajah ayah yang juga diam dan hanya berjalan sejajar dengan langkah kakiku. Ibu juga kulihat begitu. Diam dan lisannya turut kaku.
Tapak kakiku sudah menginjak lantai bermozek KLIA. Satu persatu jaluran mozek ku pijak-pijak. Menuju ke suatu destinasi yang sungguh memeritkan. Ku palingkan badan, ku termangu. Ku tatap tulisan yang dulu pernah menyambutku “Balai Ketibaan / Arrival Hall”. Di sinilah dulu aku mula melepas rindu, menatap wajah-wajah yang buat sekalian lamanya aku tinggalkan. Disinilah juga mataku sebak, pertama kali ku tilik wajah-wajah insan yang amat ku sayangi.
Ku hela nafas. Ku pejamkan mata. Dan ku ucapkan selamat tinggal pada tulisan yang bererti itu. Entah bila lagi tulisan itu akan menyambutku. 3 bulan yang kurasakan lama dan perit pada mulanya, namun di hari-hari terakhir, sangatku berharap agar masa itu berhenti. Tidak dapat tidak, detik ini tetap tiba jua. Tak dapat disekat, tak dapat dihalang, putarannya tetap berdegil. Dan aku, harus menerima hakikat, perjuanganku belum selesai dan tidak akan pernah selesai.
Pernah jua ku lintaskan di fikiran, adakah Malaysia sudah tidak sudi menerimaku. Atau aku yang tidak sudi berpijak di bumi sendiri. Seperti kebanyakan orang lain yang turut sama pergi merantau mencuri ilmu dari luar. Atau mungkin rezekiku tidak di tanah sendiri. Bermacam andaian melintasi ruang fikiranku. Aaah, buat apa hendak ku fikirkan lagi. Itulah penentuan yang aku sendiri pilih, tak perlu dipersoal, tak perlu diragu. Bukan bereti Malaysia ini membenciku tapi mungkin rezekiku telah tercatat sejak azali ke tempat yang mewah dengan sejarah purba zaman keagungan Cleopatra.
Demi sesungguhnya, berat untukku meninggalakan tanah tumpah darahku, di sinilah ku mulakan segalanya. Sungguh, sekiranya boleh, ku tidak ingin meninggalkan bumi bertuah ini, membawa perbedaan, meleraikan simpul-simpul pertentangan, antara dua dunia yang berbeza namun di paksi yang sama. Aku ingin kekal disini seolah-olah seorang yang sudah benar-benar lulus, yang telah mengenggam segulung ijazah yang diimpikan setiap yang bergelar mahasiswa, dan meyandang gelaran idaman hati, berstatus doctor. Tetapi apa yang hendak ku lisankan, takdirku ternyata belum mengizinkan. Usiaku terlalu mentah, jiwaku masih cetek untuk merasai semua itu. Banyak lagi ku harus tempuhi pada usia 5 tahun dari sekarang.
“Anakku...kini saatnya kita berpisah” demikian berat kata-kata yang terlontar daripada kedua orang tuaku. Tidak terucap di mulut, namun dapat ku baca di hati. Ingin ku nyatakan, biarpun pertemuan mata kita hanya di sini, namun di hati, mata kita tetap bertemu dan bertentangan, tidak kira di celah mana aku berada, bayangan diri insan bergelar ayah bonda mengiringi jejak perjuanganku.
Ku rasakan seolah-olah air mata ingin mencurah, membasahi segenap ruangan bumi pijakan ku. Namun ku tahankan jua, bukan ku tak sudi tapi aku tidak sanggup membuatkan ibuku terus bersedih. Walau hatiku ini telah menangis sepuasnya.
Ku dakap erat ayahku, umpama bayi yang masih kecil yang sangat memerlukan belaian kasih sayang. Ku pohon doa restunya, memperkenankan langkah-langkahku di sana nanti. Belakangku di tepuk-tepuk manja, diiringi bisikan-bisikan yang jelas dapat ku dengari. Ku tahu, itulah azimat berharga, pendorong semangat selamanya, menjadi bekalan sepanjang aku di bumi orang nanti.
Kemudian ku rangkul ibuku, yang aku perasan sungguh muram sejak tadi lagi, jelas terpancar di wajahnya. Ku dapat baca, malah dapat ku rasakan bersama. Aku terlalu menginginkan hangatnya kasih seorang ibu, ingin terus dibelai semacam waktu kecilku dahulu. Namun, itu bukan untuk selamanya, saat aku berdiri atas kaki sendiri sudah tiba, bukan masanya medambakan yang indah-indah belaka.
Dakapanku pada ibu, nyata membuahkan titisan jernih dari kelopak matanya. Aku juga tak mampu menahan, namun ke paksakan jua agar air mataku tidak tumpah. Terdengar suara-suara emas keluar dari mulutnya, bisikan yang aku selalu ingin dengar dan terus hangat di telingaku agar aku tidak dibuai kelalaian, tidak hanyut tika berjauhan, tidak leka, lupa mahupun alpa akan perananku di bumi orang nanti. Ku harapkan doa yang tidak putus-putus darinya. Moga setiap saat aku dirahmati, setiap detik aku diberkati dan setiap masa aku dijauhkan dari musibah yang tidak aku impikan.
Pesanan ayah bonda, ku sematkan erat-erat jauh ke dalam lubuk hati yang paling dalam agar tiada siapa yang dapat menggalinya keluar, ku ikat kuat-kuat agar tidak terlepas ke awangan, ke balut kemas-kemas agar tiada yang bisa merosakkannya. Itulah satu-satunya iringan perjalanan. Ku harus sedar, pergiku bukan mainan, pergiku adalah untuk berjuang, seperti berjuangnya para sahabat dahulu menegakkan kalimah Islam yang mulia dari diguris insan-insan yang cuba mencalarkannya.
Ku tatap jam di tangan kanan dan ku semak tiket penerbanganku, SQ 109 G bertarikh 9 Oktober, jam 2.30 petang KUL ke SIN. Ya, tidak salah lagi. Inilah detik perpisahan yang sungguh meragut jiwa ini. Dan aku terus melangkah, setapak demi setapak meninggalkan insan-insan, yang selama ini aku membesar dengannya. Penghawa dingin yang di pasang tidak mampu menyejukkan hatiku. Keindahan pemandangan tidak cukup untuk memadamkan sebak di mataku. Aku terus membisukan kesedihan. Dan aku, terus hanyut dalam langkah-langkah paksaan yang sungguh longlai, diringi kawan-kawan senasib denganku menuju destinasi yang telah terpateri.
Segalanya-galanya pasti akan berubah kurang dari 24 jam dari saat ini. Harapanku, moga segalanya selamat, dan aku dikuatkan untuk terus tabah, terus cekal, terus sabar dalam memanjat tembok pengajian yang cukup tinggi, menempuh hari-hari yang mendatang, menjalani detik-detik waktu, bersama kawan-kawan seperjuangan yang sudi bersamaku biarpun tanpa hadirnya insan yang jauh lebih mengerti akan erti sebuah kasih sayang. Salam mujahadah!!
*tiada lam gambar..my abang (sbb tlg amek gambar) n adik aku form 5 (duk kt mrsm, sekolah)*
Changi International Airport, Singapore..
Jam 9.46 malam..dalam penantian detik 2.20 pagi ke bumi harapan, Mesir..
Semoga doa kalian mengiringi perjalanan dan perjuangan kami. Ameen~
label mylifemymaxis
kau pergi jua..
aku sendiri tak pasti..
aku sendiri tak tahu..
aku sendiri tak mengerti..
kenapa lagu ini aku pilih..
label mylifemymaxis , sengal , takde kerja