hurm, dulu time sekolah menengah, time ade program kerjaya or motivasi or apa-apa je lah, selalu dengar pemotivasi tu (betul ke?) or motivator tu cakap, SPM adalah segalanya. Dia cakap SPM ni penentu masa depan, kena jawab betul-betul. Dia siap cakap yang SPM lah exam paling susah, salah teknik, kita tak dapat apa yang kita nak. Dia menambah lagi, bila dah masuk U nanti, semuanya mudah. tak de susah-susah lagi. cuma ikut track je, tercapailah cita-cita kita tuh.
itu apa yang aku dengar dulu, time tu tak masuk U lagi. Bila dah masuk U, aku baru perasan yang kebanyakan motivator tu cakap adalah TIPU semata-mata. tipu aku bulat-bulat tuh. haha. bila masuk U, tak mudah pon macam dia cakap. lagi susah ada la. benci betul aku. dan aku baru rasa yang SPM tu tak sesusah final exam kat U. memang hampeh la penceramah tuh. kalo aku jumpa, nak je aku sekeh kepala. mentang-mentang time tuh aku sekola lagi, bulat-bulat dia tipu aku. Eee geramnyer!!
hurm, aku pon tak faham apa kes aku nak geram dengan motivator nih. mungkin sebab kesusahan pembelajaran di peringkat U yang dikatakan mudah dari sekola menengah, dem! aku rasa blaja kat U lagi kena rajin dari sekola dulu. huh!
apa-apa je lah. malas aku nak fikir. otak masih letih gile duk kuliah dari 9 pagi sampai 5 petang tolak rehat setengah jam. ni pon baru balik dari epot antar sorang ustaz balik mesia, dah tamat dah blaja dia, jeles betul aku. hurm bilalah turn aku pulak..lambat betul!
***************************************
baru-baru ni, charger hp aku rosak. dahla tak bawak spare dari mesia. ditambah ketidak yakinan terhadap berangan elektrik mesir. waaa susah betul.
solutionnya, aku dan sorang lagi kawan aku pegi la ke CS. sebab kat CS banyak pilihan kedai, dan kedai-kedai dia agak ternama dan bole dipercayai. survey lah harga charger ori, around 115LE. mak ai, bole tahan menipu. haha. pastu macam tak puas hati. g kat radioshack, usha-usha harga lebih kurang je. ok2. kedai mula-mula tu tak menipu.
tiba-tiba, terfikir idea yang lagi bernas. kat kedai no dua ni (radioshack), ade jugak jual hp. fikir-fikir, kalo beli hp baru, mesti dapat charger baru yang pasti ori. kan kan. so kami apa pun lagi. mengangkut lah sebijik/sebuah/sebutir hp. amek yang murah je sebab matlamat asal nak charger tu. hihihi.
kenapa kami beli hp baru tu? sebabnya harga dia cume kena tambah 50LE dari harga charger. maknanya 165LE sahaja.
kalo dibandingkan
115 = charger ori
165 = hp plus charger ori
tengok tengok! berbaloi tak? aku tahu sume akan jawab berbaloi. itulah cara membeli yang bijak. hahaha. sampai tuan kedai tu pon naik heran bila kami cerita tujuan kami beli hp tu. hihihik
nak charger, hp pon dapat.
****************************************
aku tade motif nak update actually. tu pasal mengarut. tapi takde la mengarut sangat kan?
saje hilangkan stress. lusa ade exam microb. omg, aku memang tak prepare. sebab aku yakin tak sempat. hahaha
dahla, aku nak tido. penat2!!
okla. saya adios dulu. wassalam.
p/s I : macam dah tade idea nak update blog. patut delete je kan? kan2? p/s II : doakan kami yang nak exam MICROBIoLOLGY & IMMUNOLOGY. sengal nye subjek nih. huhu p/s III : saya mitak maaf. memang salah saya. sorry!
(entry kali ni bosan, panjang dan tak menarik langsung!!!!)
apabila exam final menghampiri, simptom-simptom pelik mula melanda.. daripada terus taip mengarut, baik buat nota (salin nota)
ANATOMY (Thorax)
The heart is supplied by the Right and Left Coronary Artery.
Right Coronary Artery
Origin : Anterior Aortic Sinus Course : Passes between pulmonary tunk and right auricle..then passes in the anterior part of coronary groove till the inferior border of the heart..then it runs in the posterior part of the coronary groove where it ends by anastomosing with circumflex branch of the Left Coronary Artery.
Branches :
- Sinoatrial (SA) nodal artery – supplies the SA node of 65% of people - Right Conus artery – supplies the infandibulum (conus arteriosus) of the right ventricle - Right Marginal artery – supplies the right ventricle - Arterial and Ventricular branches to both atria and right ventricle - Posterior Interventricular Artery – passes along the post interventicular groove accompanied by the middle cardiac artery. It supplies Atrioventricular (AV) node in 80% of people, both ventricles and post 1/3 of ventricular septum.
Left Coronary Artery
Origin : Posterior Aortic Sinus Course : Passes between pulmonary trunk and left auricle..on reaching the coronary groove, it gives the Anterior Interventricular Artery and continues as the Circumflex Artery
Anterior Interventricular Artery
It descends in the anterior interventricular groove accompanied by Great Cardiac Vein down to the apex of the heart where it anastomoses with Posterior Interventricular Artery (br of Rt Coronary At).
It supplies the infandibulum and the right ventricle through the conus artery, both ventricles and anterior 2/3 of ventricular septum
Circumflex Artery
It is the continuation of Left Coronary Artery. It curves around left border of the heart and runs in the posterior part of coronary groove where it anastomoses with the Right Coronary Artery.
Branches :
- Sinoatrial (SA) Nodal Artery in 35% of the people - Left Marginal Artery in 90% of the people. It supplies the left ventricle. - Atrioventricular (AV) Nodal Atery in 20% of the people. - Atrial and Ventricular branches to the left atrium and left ventricle.
Clinical notes:
Occlusion of these arteries wil lead to…
(a) Gradual occlusion : Angina Pectoris ( condition of suffocating constricting retrosternal cardiac pain). Its pain is referred to an area of skin over the middle of the sternum and the medial side of arm and forearm.(sakit kat dada secara mengejut lah senang cakap) (b) Sudden occlusion : Lead to cardiac infarction (scar formation resulls of death for the area of the cardiac muscle) (c) Thrombosis of large artery if not treated at once : sudden death (pergi tak kembali orang cakap)
Treatment for preventing occlusion : catheter or coronary stent
Perhaps patient has just met her doctor, within the seconds, she tells the doctor very intimate personal details about her health. And within a minute, she is prepared to remove it clothes and submit to a physical examination.
senang citer, hubungan doctor pesakit ni berlaku dalam tempoh yang sekejap, tak perlu pergi dating dating ke (haram alaik), chatting ke, tengok gambar ke tapi sekadar cukup di bilik pemeriksaan kesihatan di klinik mahupun hospital. Adapun diingatkan bahawa perhubungan yang terbina dengan baik antara doctor dan pesakit bole memberi kesan yang positif terhadap kesihatan pesakit. Dan pesakit perlulah mengetahui hak-hak mereka (common sense) semasa di rawat oleh doctor agar tidak berlaku seperti ini (klik saya)
BIOCHEMISTRY (Metabolism of Purine and Pyrimidine Nucleotides) Gout (hyperuricemia)
It is caused by elevated uric acid concentrations in blood (hyperuricaemia) and in urine (uricosuria). It is due to metabolic abnormalities lead to overproduction of purine nucleotide by de novo pathway. Hyperuricaemia is defined as increased serum uric acid concentration more than 7 mg % (male) and 6 mg % (female).
Increased uric acid forms insoluble urate crystals (tophii) which can precipitate in the joint resulting in arthritis (gout) as well as in the kidney tubules resulting in renal dysfunction.
Gout is effectively treated by (a) Allopurinol drug : inhibit xanthine oxidase enzyme which is needed to produce uric acid (b) Probenicid drug : drug which increases uric acid secretion (c) Colchicine and non steroidal anti inflammatory drug : prevent acute attacks in gout’s patients (d) Avoid eating food rich in nucleotides and nucleic acids such as liver
Hormones secreted by the placenta 1. Human Chorionic Gonadothropin (hCG) 2. Human Chorionic Somatomammotropin (hCS) 3. Estrogen 4. Progesterone 5. Relaxin hCG hormone
- prolong life span of corpus luteum - testosterone secretion of male embryo - steroid synthesis in fetal adrenals - responsible for morning sickness liker vormitting (alaa macam dalam cerita2 tu, asal pregnant muntah, asal muntah pregnant) - responsible for the sign of pregnancy (nak tau mengandung ke tak, through this hormone lah kia check kut urine)
hCS
- it decrease glucose utilization by the mother by decreasing insulin sensitivity. So glucose is available for the fetus - lipolytic action for alternative source of energy Placental Estrogen
- stimulate growth of myometrium - enlargement of breast and growth of ductal system - enlargement of external genitalia - relaxation of pelvic ligaments
Placental Progesterone
- suppressing myometrium contraction to prevent spontaneous abortion - development of embryo - promote storage of nutrient for nutrition of the embryo - prepare the breast for lactation by developing the mammary acinar and alveolar system
Ok, baca dan HAFAL. Aku memang tade kerja buat nota (salin nota) ni. Kalau ada tak paham, sila google sendiri ok! Huhuhu
Samekom (read : assalamualaikum wbt) Alhamdulillah. Tahun ini, jika tiada aral melintang, tiada ajal mendatang, penulis yakni saya aka aku dapatlah beraya bersama keluarga tercinta dan di kampungku. Oo yeahhh. Tahun lepas di perantauan dah. Tak best! Ngeee. Apepon, setinggi kesyukuran ku panjatkan kerana Dia masih memberi peluang untukku bersama keluarga, saudara mara-jpa-petronas-yayasan, rakan-rakan, guru-guru, serta seluruh warga Malaysia.
Namun, ada beberapa kilanan (terkilan) walau dapat beraya di tanah air. (ada aje yang tak puas, oh Lukp! bersyukurlahh)
Kilanan first of all, adalah kerana merasa sedikit (sedikit je,okay!) cemburu berbau jeles, melihatkan kawan-kawan sekuliah (gurls only) berjaya menyelitkan muka tak malu derang ke dalam akhbar di sudut salam perantauan. Kenapa tak bagi gambar satu batch, kan lagi sweet :P Kadang-kadang tertanya, macam manalah derang ni terpilih. Hehe. Tapi, disebabkan tahun ni beraya di tanah air, maka saya dengan dengan penuh kesivikan tanaklah membazir ruang kat paper. Sedar diri ya, dah balik tanah air, takyahlah salam perantauan, salam tanah airlah pulak.
Kilanan secondly, mengenangkan nasib kawan-kawan overc’s’ yang terpaksa pulang lebih awal ke tempat belajar derang. Konon rajin lah tu :P Adapun inilah lumrah apabila galak sangat nak belajar jauh (tapi best kan) Heee. Ingat ke tahun ni dapatlah gathering sama-sama, konvoi sama-sama. Adapun perancangan Allah itu lebih teliti. Tak usah bersedih ya. Korang kan laki, macho-machokanlah diri. Buat yang perempuan, tak usah bazir banyak sangat air mata tu, coz korang kalau tak raya pon nangis jugak. Hahaha. Mulut takde insurans. XD
Kilanan thirdly, mengenangkan nasib diri yang tak lama lagi akan melarikan diri ke Mesir. Rasa macam sekejap la pulak duk kat Malaysia. Dulu bukan main kata bosan. Heee. Tapi, perpisahan yang bakal berlangsung pada 9hb Oct ni, benar-benar menduga jiwa ini. Kalau diberi pilihan, tak mahu rasanya, tapi malulah kat junior, nanti dikatakan aku ni manja pulak. Im not pampered okay! Apepon warga mesir, nantikan kedatangan aku. Aja-aja fighting for 2nd year Lukp!! Dahla barang satu habuk pon tak beli lagi. Nak balik ke idak Lukp weh??! ...
Kilanan forthly, memandangkan sekarang ni usia macam dah sangat besar, dah dua angka :P, jadi rasa-rasa tak dapat banyak sangat duit raya. Kepada yang nak bagi, tolonglah bagi sekali dengan yang tahun lepas coz aku tak ambil lagi yang tahun lepas punya XD. Aku rasa sepatutnya orang melayu ikut style Chinese, lagi besar lagi banyak. Kan best tu...
Kilanan last but not least, tahun ni tak dapatlah dengar takbir raya pak-pak arab, tak dapatlah solat kat su’ sayyarat. Takbir raya kat Mesir sangatlah tak best hahaha. Seiya sekata senada sechorus tapi dengar banyak-banyak kali, rasa best dan kelakar. Solat raya kat su’ sayyarat pulak, peluang bertemu dengan seluruh warga hayyu asyir dan dengar khutbah yang langsung aku tak paham XD. Tapikan silap-silap haribulan dapat tengok minah arab pakai niqob tapi mata biru. Lawa tu. Tapi penulis takdelah skodeng sesuka hati ya. Jangan salah sangka, tak baik. Cepat minta maaf!...
Sekian je lah. Ohh sebelum terlupa, buat yang akan pergi/kembali ke overc lepas raya ni macam aku, dia, awak, kamu dan anda, manfaatkanlah perayaan kali ini. Nak nangis pon okay. Mungkin kali terakhir, siapa tahu (minta-minta tak). Jadi, hargai betul-betul. Bersyukurlah dapat lagi bersama, mintak maaf setulusnya, rayalah sepuasnya tapi awas, jaga pemakanan ya! . Bagi yang belum prepare apa-apa macam aku, cepattt! cepattttt! Kang ade pulak yang tertinggal itu ini. Ingat, kapal terbang tak layan kalau kita suruh dia reverse tau even Malaysia Airlines atau Singapore Airlines sekali pon...
Nanti aku buat ucapan raya dan minta maaf. Bukan sekarang ya sebab aku rasa masih terlalu awal. (owh egonya awak..hahaha)
Buat anda, kamu, awak dan dia, Selamat beribadat semua. Selamat berhari raya. Kepada semua, tolonglah, I’m begging, jaga diri, pandu kete leklok, coz aku tanak kepulangan kita kali ini ditangisi dengan air mata kesedihan dek kehilangan orang tersayang mahupun beraya di hospital. Plizzz... [iklan khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (bagi la can kat doc’s’ and doc to be nak rehat time raya ni..heeee)]
Lagu buat sahabat-sahabat di rantauan..aku bersama kalian (yucksss hahaha)
..di sini noktahku..
Mood : ada rindu, ada cemburu, ada senda, ada riang, ada resah, ada gelisah, ada takut, ada ada aja
bila raya menjelma. bermakna syawal tiba (memang lah wei..raya kan bulan syawal) dan itu juga bermakna ramadhan yang mulia akan mula membawa diri. tak ramai yang sedih (serius! jauh beze dgn alim ulama’). yang happy kompem ramai kan (kita lah tu). ya lah, bukan duk fikir sangat pasal puasa, tapi sibuk pikir sal raya. kan3. jangan tipulah.
bila raya menjelma je, pekerja-pekerja mula rajin. keje semua cepat je siap. yang bos bagi, semua siap buat. yang bos tak bagi lagi pon dah buat jugak(aikk). ye la kan, nak bodek bos untuk approve cuti raya. beruntunglah sapa yang jadi doctor, boleh bagi MC untuk diri sendiri :P
bila raya menjelma jugak, parent mesti pening. nak-nak si bapak. banyak betol permintaan yang mencabar poket derang. duit raya pon nak kene pikir. si anak pulak duk bodek je. but they mmg deserve pon. yang si ibu pulak lebih kurang je. sibuk bagitau promosi raya. sibuk demand macam-macam. “bang, langsir kita mcam dah usang je”. “ ayang tengok tadi jiran kita beli sofa baru,cantik sangat bang”(nama pon baru, mane tak cantik).”pesal gelang ayang ni cam pudar je bang”. persoalan yang penuh kesasteraan yang puitis bernada melankolik (erk?!). macam-macam. hmm nasib baik aku takde bini lagi. anak ade lah. i mean anak tekak ya.
tak kurang jugak. adegan gaduh manja suami isteri. berebut nak balik kampung masing-masing. its better kalau gilir-gilir. pandai-pandailah bincang ya. haishh. tanak lah aku masuk campur. tu lah, sape suruh kawen yang jauh-jauh. ambillah yang satu negeri ke, satu daerah ke, kan senang bole balik kampung sama-sama. ingat tu kawan-kawan. cari dekat-dekat udah. XD (tapi kalau yang jauh, baru rasa cam balik kampung kan)
bila raya menjelma, jalan raya mula sesak. semua sibuk nak balik kampung. mulalah mengaku berasal dari kampung, anak jati kampunglah. haishh. kalau tak kerana raya, susah betul nak balik kampung. haishh. sedih! sekali setahun je tok/nek dapat jumpe cucu. kesian! harap-harap kita tak camtu
raya yang menjelma juga bermakna pihak polis tak dapat duduk diam. gelisah semacam seolah-olah ade bisul. terpaksa mulakan ops sikap. ya la kan, semata-mata nak make sure yang drivers malaysia yang ‘tersangat budiman’ ni tak melakukan kesalahan yang mungkin membahayakan nyawa derang. to all malaysian drivers, bawak leklok ya. pandu cermat nyawa selamat. biar lambat asal sampai. btw cepat-cepat pon nevermind asal sampai sude (i mean selamat sampai..bukan sampai ajal ya..kalau sampai jugak,tak dapek den nak nolon eh). patuhi had laju. kalau nak bawa lebih pon, masa polis takde je. lau polis ade, berpura-pura lah ya (bijak punya tip). yang penting ingatlah orang tersayang yang sedang bersama kita (keluarga) dan orang yang sedang menanti kita (orang di kampung). nak cepat sangat pon tak guna kalau membahayakn nyawa. papepun mulakan perjalanan dengan doa, moga diberkati dan selamat tiba.
buat student-student yang belajar jauh dari halaman sendiri (dalam negara ya) mesti sibuk nak balik raya kan. nak jumpa family, kawan-kawan. konfem sibuk urus tiket bas lah, tiket kereta api, tiket flight, tiket wayang pon mungkin ada. bagi yang menggunakan perkhidmatan awam, gunakan hak anda sebetulnya untuk memastikan keselamatan. kalau nampak driver bas bawak laju giler dan merbahaya, dengan segediknya pegi depan kat driver tu, ask him “bang, ni betul ke bas nak ke Terengganu, pesal nampak cam nak gi kubur je?” tanya dia camni k. samaada dia jawab dengan kata-kata keinsafan, atau kamu yang kene halau keluar, nasiblah ya.
pulak tu, si ibu sibuk buat kuih raya. macam-macam jenis ade. kaler macam-macam. tapi biasanya kalau yang dijual tu, design lawa, kaler menggoda semacam, tapi rasa takde beze pon. indah rupa dari rasa. yang best kalau mak buat kuih sendiri. bolehlah tangan gatal kita join sama. bukan menyibuk, tapi nak tolong je walaupun kekadang tak membantu. lain disuruh, lain pulak jadinya. paling best bila main dengan acuan dia, dapat design macam-macam bentuk. maybe dak-dak designer utp belom tentu dapat lawan. heee. buat menara la, kereta la, bentuk-bentuk yang unik. best2! (masa aku kecik-kecik..design macam-macam tapi bila siap, tak makan pon. XD)
adoii. off topic pulak (knon). nak cakap sal malam 7 likur act. tersilap cakap bab raya yang masih awal sangat-sangat ni (tersilap??!). sedikit pengisahan pasal malam 7 likur. ini bukan malam sibuk pasang pelita k. sebenarnya nama ini diambil sempena 27 ramadhan. Hadith sohih yang diriwatakan oleh Imam Ahmad, Rasulullah bersabda, ”barang siapa yang hendak mencarinya (malam al qadr) maka carilah ia pada malam ke 27”
Inilah pendapat ramai ulama, yang mengatakan malam al qadr pada 27 ramadhan (orang kita panggil 7 likur). adapun bilakah malam mulia iu semua di bawah urusan Allah. kita sekadar terus istiqomah dalam beribadat dan moga-moga malam yang lebih baik dari seribu bulan itu (lebih baik ya, buka sama) menjadi milik kita. insyaAllah
sekian je lah. takde idea nak update sebenarnya. buat sape suh aku hapdet tu, nah,amek ko! moga baki hari-hari terakhir di bulan ramadhan ini diisi dengan amalan yang berlipat ganda. tak salah nak buat persiapan raya, tapi luangkan lebih masa untuk beribadat. dah amal banyak-banyak, barulah leh raya dengan syok. kan2.
tak lupa.. nanti aku buat entry khas untuk budak-budak raya kat overc.. yang kat Mesir, Jordan, France, Indon dan untuk bakal ke overc.. semualah.. dan entry khas ucapan raya aku (kerek nya mamat ni).. sape nak kad raya, bagi alamat k. bagi emel pon ok. tapi tengoklah aku bagi ke tak.kui3 (atas desakan masa lah ya). ok lah, nak tido lah pulak. esok nak sahur. nanti lau tido lewat-lewat, takut ade pulak mimpi pelik-pelik. Hihi
hmm. adelah suatu hari tu. bosan sangat-sangat.so pegi la jalan-jalan dengan member.pulak tu baru teringat aku nak kene buat greeting card untuk kawan aku.so aku ajak lak member aku join sekali teman aku.alah paham-paham je lah.derang bukan suka buat keje leceh camni.so derang cakap nak blah dulu.pastu baru jumpa balik...
so aku beratur laa kat greeting card machine.tunggulah sampai turn aku.sampai la giliran aku.disebabkan aku dah biasa gune machine ni, sekejap je.bile aku nak blah je, ade la suatu suara manja panggil aku. “Hellooo cik”.ish dalam hati pun pikir.awek mana pulak ni.
aku pon pusing tengok.nampak kaki dia.fuhh sikit punya putih.pelan-pelan aku pandang atas.nampak je muka die, fuhh cun habes.terdiam aku. dia pon sekali lagi ucap “Hello”.aku terus je balas “Haiii” sambil senyum lebar.pulak tu dia cakap, “Hii, Im Lina Arliyana”.perghhh sikit punya sedap nama dia.dahla muka pon lawa.memang padan r.aku senyum je..
Lina : Awak,boleh mintak tolong tak? saya nak buat card tapi tak pandai guna machine ni.awak tolong buat boleh?? Aku : Ohh boleh je..takpe biar saya tolong awak.. Lina : Thanx awak.time kasih banyak-banyak
dalam hati aku.mase ni la nak tunjuk skill lagi-lagi depan awek cun ni.selesai je, dia ajak aku jalan-jalan.dia cakap dia baru balik dari Singapore.balik sini untuk shooting modelling.dia ni pon dari golongan berada.
aku bangga la jugak kan.sebab aku pon bukan lah handsome sangat.dapat kenal dengan model pon okeylah.jalan punya jalan dengan bangga.dia pon ade cakap suka orang cam aku sebab aku ni baik.tolong dia.padahal aku baik baik ada makna.hehe.dekat sejam setengah aku jejalan dengan dia teman dia shopping.barulah teringat kawan aku tengah tunggu..
Aku : Lina, Im really sorry.not everyday i have a pleasure to meet as beautiful girl as u.i admire ur kindness and softness and really want to spend more time with u.but i have to go now as my frens are waiting for me.thanx for everything n i hope i can meet u again and treat u for dinner someday.i hope u don’t mind.
fuulamakk.sikit punya power ayat aku.dalam BI tu.sebelum aku chow, dia bagi kad dia.pastu aku chow tinggalkan dia kat mall.punya lah tak sabar nak citer kat member-member aku.bila jumpe jer, muka aku sengih semacam.member aku sume pelik.aku pon citer lah.sikit punye hot derang.sume tak pecaya.
aku pon decide nak bawak member aku sume ni g kat mall tadi.nak cari balik awek cantik tadi.usha punya usha nampak lah dia tengah turun dari escalator.aku pon bgtau member aku
Aku : haa, tu pon dia yang pakai skirt hitam tengah turun tu. Member : eleh..poyo r ko..cube ko tegur kitorg nak tengok.. Aku : ok..no hal..aku pergi..korang tengok ek..
dekat-dekat je dia nak turun dari escalator tu,aku pon pegi dekat dia.aku pon tegur r."Hai Lina".sekali dia pandang aku semacam.member-member aku duk gelak je.aku punyalah bengang.ade ke si Lina ni buat-buat tak kenal.sombong nak mampus.
member aku sound.”kenal konon, blah la weh.setakat muka cam ko,sepuluh dia boleh cari”.ak blur.aku tengok dia, dia langsung tak layan.dia tenung aku semacam je.fuhhh.hampeh punya orang.mentang-mentang lawa, tak pandang orang cam aku.bengang betol.dalam hati aku memang sume pompuan lawa camni ke ha??
sekali kuasa Allah tu, tak jauh dia jalan tinggalkan aku,dia terpeleot.jatuh.bertabur barang shopping dia.dia tersembam dan menjerit kesakitan.aku pon tetibe jadi baik pegi tolong.aku yang belajar medic ni buat-buat la concern.tengok-tengok la mana-mana patut nak tolong.aku pon tolong angkat beg shopping dia.
tetibe je dia jerit.”pencuri!pencuri!”pakcik guard pon cepat-cepat datang.ramai yang nampak aku tengah pegang beg shopping dia.aku pun cuak.member-member aku pon risau pasal aku.habislah aku kali ini.”Pap!”aku kene pegang di pak guard tuh.
Pe nih.aku nak tolong je.tak pasal-pasal kene pulak.check punya check, HP dia hilang.
Lina : Bang, HP saya takde.mesti dia yang ambik Pak Guard : Cik,mana HP dia? Aku : mana saya tahu.saya cuma tolong awak je lepas nampak awak jatuh. Lina : Alah.mesti awak yang curi kan. Bang, camne ni? Aku : Saya tak ambik lah.bulan-bulan pose ni buat pe saya nak curi.
Aku mula panic..
Aku : Tadi sikit punya baik saya tolong awak.jejalan dengan awak.tetibe je tuduh saya pencuri Lina : Since when i jalan dengan u.i takkan keluar dengan orang muka cam u.muka cam pencuri je. Aku : Aku pon bengang.dia cakap muka aku pencuri.panas-panas.aku keluarkan kad dia bagi tadi.then what is this?camne i ade kad u kalau u tak bagi Lina : Haa, ni dapat mana kad i ni.amek dari beg tangan i kan.bang,i told u dia yang amek HP i.mesti ada tu
aduii terjerat beb.aku dibawak ke pejabat guard.member-member aku ikut sama.aku memang takut gila.dahla malu kene cekup depan orang ramai.sepanjang aku duk dalam tu, aku kene soal HP dia mana.aku cakap aku tak tahu.aku tak ambik.dia duk maki hamun aku.aku diam je.sebab bukti business card dia ada kat aku.memang naya betol aku.
dushh! aku kene tampar.tapi aku buat rilek je.aku cakap aku tak ambik.office tu dah kecoh.dia dah marah-marah kat aku.”hey,orang cam u ni tak layak jadi manusia tau tak.bang, saya tak kira.saya nak dia kene tahan polis.tak guna laki camni”
aku dah takut.aku dibiar je pastu.pak guard n awek tadi tu duk bincang-bincang.siap buat call.call polis kot.habeslah aku.then ade sorang laki cukup punya smart datang,seluar jeans,kemeja hitam.dia terus je pegi kat Lina tadi.dia pon cakap..
Laki : Pe yang kecoh-kecoh ni sampai call Abang. Lina : Abang, HP Ina hilang.laki ni curi. Laki : Betol awak ambik HP adik saya? Aku : Mana ada.saya tak ambik lah.
Sesi soal jawab ni pon makan masa lama jugak.tapi aku still tak ngaku.sebab aku tak ambik.abang dia tadi sibuk call call orang.bape kali call pon tak tahu.sekali abang dia pegi kat Lina n bisik kat dia sesuatu.aku dah tak sedap badan.tido lokap la nampaknya bulan pose ni.
Then laki tu datang kat aku.dia pon slow-slow cakap.”cik,HP adik saya sebenarnya ade kat rumah.dia tak bawak pon.orang gaji kami cakap HP dia kat rumah.maaflah ya.salah paham”
Aku kelu.diam.tak tahu nak buat pe.aku pon terus bangun keluar camtu je.keluar je,member-member aku serbu.aku citer dengan marah-marah.pastu derang hasut aku.takkan nak lepas je camni.aku dah kene macam-macam.kene tampar, malu lagi, kene maki.aku pon pikir betul jugak.
Aku masuk balik.kali ini penuh dengan kejantanan.aku tengking kat pompuan tadi.sekarang ni aku tengok dia dah tak lawa langsung.semakin benci pon ade aku rasa.
Aku : Ooiii.aku tak kira.ko dah buat macam-macam kat aku.aku nak report polis. Abang Lina : rilek bro, rilek.settle cara baik k.pe kata kitorang bagi ko rm300 Aku : Arghhhh
tapi dalam hati aku, banyak jugak tu.tapi..
Aku : excuse me.ko ingat aku takde maruah ke.aku tak kira.aku nak keadilan. Abang Lina : ok ok.pe kata rm3000.dia pon bagi cek kat aku. Aku : Woii.ko ingat aku ni boleh dibeli beli cam pemain bola ke.
aku koyak je cek tu.sorry r.aku ada maruah beb!si Lina tu pon mula cakap.
”eyh, u ni.tak sedar diri.dah bagi duit ambik je lah.kalau rasa nak call polis sangat,call r.i tak heran lah.nanti i bagitau papa.i tak takot.u nak call polis,sile r.nak saman pon saman r.tak heran”
tetiba abang dia pegi kat aku.ni rm10000 ribu.”ambik, pastu blah k”
aku lagi la marah.membuak-buak gila.menyampah betol pompuan tadi.tapi.pikir-pikir balik, duit banyak tu best jugak.Yayasan pon belum tentu bagi free.aku pon ambik je r.kebetulan je ak nak blah, si Lina tu bunyi.
"alah,muka cam u.tengok duit banyak sikit terus senyap.tak malu betul!
fuhhh.bengang gila aku.ingat ke dah settle.rupanya awek ni memang cari pasal.harap muka je cantik,tapi perangai busuk nak mampus.aku bengang sangat.aku terus campak je cek tadi.kali ini aku tak kira.aku tak pernah lagi berkasar dengan pompuan.tapi kali ini memang aku tak bagi can.pompuan ni memang patut kene.aku terus pegi kat dia.aku angkat je tangan aku, tetibe je ade orang tahan aku.....
.... .... .... ....
Hapihhhh, bangunnnnn laaaa...bangun sahurrr..da lewat nii!!duk mengigau pulak.. (adik aku kejut aku untuk sahur)
mesti ramai tensen ni.. moral of da story ni : selawa mana pon seorang pompuan itu, sebanyak mana pon duit, sekaya mana pon kita..tak de gune kalau tak BANGUN SAHUR sebab itu sunnah(entah pape aku mengawot)
(sikit punya melampau drama ni.. :P)
Selamat Bersahur. Selamat Berpuasa. Selamat Berbuka dan Selamat Beribadah di sepuluh malam terakhir..:-)
keluar hari ini lebih tepat pagi ini bersama si mi-g. banyak destinasi’s’. Mulanya merantau ke Tokyo semata-mata hendak mencuci gambar empunya diri yang skema, kemudian balik semula ke bandar Terengganu terchenta untuk ke Bank Islam dan Bank HSBC. seterusnya menyelesaikan urusan visa yang sangat menjengkelkan. yaawrks!!
tak cukup dengan itu, masih belum kepenatan (ditegaskan saya puasa ya tapi saya kuat). teringatkan diri yang akan membawa diri (merajuk)ke Mesir tak lama lagi. ingin lah jugak membeli ole-ole untuk diri sendiri. Kedai ARENA dan KASUT AWAK (translate awak ke dalam BI ya) menjadi pilihan. berulang-alik entah berapa kali. semata-mata untuk mendapat harga yang cute dan tidak merasa ditipu. tidak mahu kalau ada yang mengambil kesempatan ke atas kesucian diri ini. hajat ingin window shopping sahaja tapi nafsu yang meliar bijak memujuk dompet mengeluarkan wang secuma RM200. kasut adidas yang biasa sahaja. sungguh susah membuat pilihan untuk memujuk kasut itu menerima empunya diri seadanya. bayangkanlah ini baru pilihan kasut, sudah susah. bagaimanalah agaknya membuat pilihan “ehem” nanti. hampir satu jam untuk sepasang kasut. Kesian pulak si adik cumell tadi melayan karenah pembeli budiman ini. tiba di kaunter, tiada masalah kerana duit terlebih. keluar dari kedai dengan senyuman lebar tapi berpada. namun terperasan sesuatu dari kejauhan.
“apa tu kertas pink (awww!)diselitkan pada wiper kerete tu??”
pelbagai andaian dibuat. adakah surat cinta? surat peminat? kad raya? kertas iklan kurma YUSOF TAYYOUB? cabutan bertuah? surat layang? ataupun mungkin kertas yang tak sengaja singgah berehat menumpang kasih. sungguh teruja untuk mengetahui..
dengan perasaan yang cemas... ya Allah ‘duit raya’ free buat MBKT!!
sejuta penghargaan saya tujukan khasnya buat pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. sejujurnya saya mengakui saya bersalah di atas apa yang telah berlaku. sebegitu mudah duit melayang. ohh sungguh sadis sekali.
keterlupaan untuk memasukkan duit kedalam 'tabung' menjadi sebab utama. padahal masa parking di bank pada awal tadi, saya bersedekah dengan jayanya tetapi tidak di tempat parking ini, saya lupa pula untuk beramal jariah. diingatkan saya tidak kedekut ya cuma terlupa. tidak kedekut. tidak dan tidak dan tidak sama sekali!
nilaian 10 sen, 20 sen atau 50 sen terpaksa dibayar dengan RM 40. owh pelaburan yang merugikan lagi penuh dengan unsur riba (haa??? saja) moralnya, selalulah menderma pada tabung-tabung parking dan bayar zakat untuk ramadhan kali ni ya.
owh ini adalah nahas yang kedua menimpa saya sejak kepulangan dari bumi sana. kali pertama ayah yang bayarkan. kali kedua rasanya ayah lagi kot. :P
masih menunggu bila lah nak dapat saman dari polis mahupun jpj. asyik-asyik dari pembandaran je. :P
apa yang seronok dengan adanya kertas pink ini, selagi kertas ini berada di tangan kita (belum bayar), dapatlah parking bebas tanpa bersedekah untuk tempoh kurang dari 2 minggu. caranya mudah sahaja. parking kereta kemudian selitkan sahaja kertas pink tadi pada wiper. penguatkuasa yang datang mungkin akan merasakan bahawa kereta ini telah disaman walaupun pada hakikatnya kertas saman berkenaan adalah yang lama punya. erm bijak tak?? (tapi kalau kantoi, sendiri tanggung ya)
lupa. sila jelaskan sebelum 14 hari ya (pesanan kepada diri sendiri yang terkilan) kalau tak, masuk mahkamah. eerrrrr
to my abah : maaflah bulan ni ade kenaikan pembelanjaan sedikit. tolong jelaskan ya. tanak masuk lokap mahupun mahkamah.
bukan nak buat sengal.. suka tengok BAZAR RAMADHAN. meriah banget! best~!!! sah-sah ada masa bulan ramadhan je.. diumpama syurga makanan.. syaitan tak ada, nafsu still bergelora jadi AWAS~!!! diingatkan BAZAR bukan untuk BAZIR. Reti BEZE kan?? saja-saja lah mengomel. semalam aku tengok. ramai sangat berbondong-bondong beli.. semua nak. habis ke? oh nafsu. ingatlah orang yang tak mampu berbelanja yang makan sekadar ada dan lagi satu..buat peniaga yang bijak mencari pintu rezeki dan tak sengaja menipu sepatutnya rasa makanan tak banyak beze dengan bulan lain. tapi...uhu nak bagi makan anak orang lain wei~ walau bukan anak sendiri nak berniaga buat la makanan betul-betul. nak orang beli, jaga hati pelanggan memang hampeh r bila beli tapi rasa euwww~! ****~! tapi takkan sebab puasa, rasa makanan jadi lain. biasa berniaga ke tak? kalau tak yakin, silalah rasa makanan anda sebelum menjual. bukannya tak bole?! pegi mengaji bebetol. kerna aku pernah rasa ditipu di bulan mulia ini. aku tak kesa. ini aku tapi orang lain? berbaloikah menipu walaupun niat nak tambah rezeki?
MATA KU MENGATAKAN KAMU KETAHUAN PACARAN LAGI DENGAN DIRINYA TEMAN BAIKKU.. ( siapa mampu mentafsir madah romantis politikus ini.. sesuatu istimewa terkejut menanti badan bertuah empunya kerna aku sungguh sangat pasti ianya begitu extravaganza sulit lebih sulit dari kod sulit yang dirasakan sudah cukup disuliti padahal hakikatnya tidak langsung menyuliti kesukaran)
Aku dan Dia
Setulusnya jiwaku.. Kala ku bukakan mata.. Dirimu masih belumku punya.. Semahunya ku ingin selalu.. Ingin kusentuh pipi gebumu Meluahkan apa yang terendam di hatiku.. Ingin ku belai rambut lurusmu Mengatakan betapa cintaku padamu.. Ingin kuusap jemari lembutmu Menyatakan rasa teramat rinduku.. Ingin kukucup bibir manismu Manyalurkan sayangku padamu.. Ingin ku hangatkan telingamu Membisikkan madah-madah pujanggaku.. Ingin ku tatap kesempurnaan wajahmu Menghapuskan resah gundah gulanaku.. Ingin ku bergurau senda sepanjang waktu Melunaskan permasalahan hidupku.. Ingin ku selalu berdamping denganmu Yang mampu menenangkan kalbuku yang bergelora.. Ketahuilah.. Ku rindu bayangan matamu Ku rindu lirikan senyumanmu Ku rindu kejernihan air mukamu Ku rindu kelibat bayanganmu Ku rindu segalanya mengenai dirimu Kerna hanya dirmu.. Yang mampu menawan mataku Yang mampu mencairkan hatiku Yang mampu menundukkan egoku Yang mampu memukau jiwaku Hanya dirimu.. Mungkin pernah ku melukai hatimu Pernah ku sakiti perasaanmu Tapi..ketahuilah bahawa kau tetap di hatiku Aku terlalu ingin bersamamu.. Setiap detik..setiap waktu.. Namun apalah dayaku.. Antara kita..belum ada suatu ikatan yang sah YANG MENGHALALKAN SEGALANYA..BERSABARLAH!!
..........
...............
....................
.........................
..............................
Pesanan Penyajak : perkataan yang di’CAPITAL LETTER’kan itulah yang ingin disampaikan setulus hati penulis tanpa prasangka yang syak anggapan meliar melulu terhadap diriku tanpa kesalahan tafsiran
calm down everybody..
make sure your heart beat is around 72 beats/minute
already stabile?
enjoy da show..
kui3..Presario CQ20
wif its stuffs
genuine ok..tak main laa pirate
should i take off its cover plastic??
taadaaaa!!
owh..its functioning well
no more show k!!SHOW OFF
owh..forgot..with a cute mouse..probably mice
look like a lovely couple right
stay peacefully in there
Intel Core Duo P8400 (2.26 GHz) (2.2 jer..hmm okey laa..laju la tu) Genuine Windows Vista Home Basic Edition
12'1 Diagonal WXGA High Definition BrightView Widescreen Display (kecik..cute right) 160GB Hard Drive (tak cukup ni) 2GB DDR2 SDRAM
LightScribe Super Multi 8X DVD+RW with double layer support
802.11b/g WLAN & Bluetooth
ExpressCard/34 PC Card Slot
4 Cell Lithium-Ion Battery
Free DOS
HP Webcam (bersama insan tersayang)
paling penting..juz 1.6KG..ringan!!..hand carry yang sgt comel dan tak membebankan..tak menyusahkan pesawat Singapore Airlines nnti..;P
Masih ku ingat pertemuan kita yang pertama.. Setahun yang lalu..Entah bagaimana.. Aku terpikat denganmu.. Hanya dengan pandangan yang satu..sudah cukup buatku.. Walau ku tahu..Aku buta akan erti ungkapan itu.. Dan prinsip hidupku.. Tidak membenarkan aku hanyut dengan ungkapan indah itu.. Namun..denganmu aku tewas.. Aku tunduk..aku akur..padahal..rupamu ku akui.. Biasa saja..malah ada yang lebih..yang jauh lebih cantik darimu.. itu ungkapan ikhlas dariku.. tapi dirimu tampak menawan di mataku.. kerna itu aku ingin memilikimu.. namun keputusan itu berat bagiku..aku tidak mampu.. Memilikimu tanpa restu keluargaku.. Ku tanyakan bapaku.. Jawapannya..sudah ku duga..pasif!! Kerna katanya..dia sudah ada calon untukku.. Aku hampa! Aku sedih! Biarpun itu pilihan keluarga.. Tapi hati kecilku..Membantah! Memberontak! Kerna itu bukan kehendak hatiku..aku benar-benar kecewa.. Namun..aku masih berusaha Aku enggan berputus asa..Biarpun aku terpaksa! Terpaksa mengecewakan keluargaku.. Kerna ku sangat pasti..pilihanku ini jauh lebih tepat.. Benar-benar ku rasakan..yang aku akan dapat bahagia denganmu.. Aku mahu bersamamu.. Aku berterus terang terhadap ayahku akan pilihan hatiku.. Kedegilanku jelas sekali..terus dan terus berdegil! Akhirnya..Ayah aku terpaksa akur.. Tunduk dengan kehendakku..ayahku merestui pilihanku.. Mungkin..ya mungkin kerna keistimewaan yang ada pada dirimu.. Mungkin jauh lebih baik dari calon pilihan kedua orang tuaku.. Ibuku..ibuku hanya mampu bersetuju.. Kerna dia mengerti..ini untukku..pilihanku Mana mungkin boleh dipaksa.. Dan hanya aku yang mengerti keinginanku.. Aku bersyukur..aku gembira.. Aku mendapat restu..keizinan untuk memelihmuu.. Dan tidak lama selepas itu..aku melamarmu.. Walaupun di khalayak ramai..aku tidak kisah!..tidak ku peduli.. Ini masa depanku..dirimu pilihan hatiku.. Lamaranku..terjawab.. Aku bersyukur sekali lagi.. Kerna dapat memikatmu.. Sejak hari itu..hidupku ceria..dengan kehadiran dirimu Dan aku sanggup membelikanmu..perhiasan yang ku termampu.. Semata-mata utk memastikan dirimu sempurna..menawan di mataku.. Dan hari demi hari bersamamu..sungguh membahagiakan.. Yang lebih membahagiakan..aku dan dirimu dapat.. Dapat bersama ke satu destinasi yang..jauh di perlembahan nil.. Aku bersyukur..Kita masih lagi dapat bersama.. Dapat terus menuai kasih antara kita.. Membuahkan sayang yang tak terhingga.. Kehidupanku jauh dari keluarga.. Tapi kehadiranmu denganku disini mengubat kesedihan di hati.. Hari demi hari waktu demi waktu..cinta antara kita terus berputik.. Aku langsung tidak lokek berbelanja kernamu.. Ratusan genih masih tak ternilai berbanding kesetianmu padaku.. Dirimu peneman setiaku.. Hari-hari yang ku lalui..sangat bermakna bersamamu.. Tanpamu..belum tentu ku dapat bahagia.. Aku berterima kasih padamu.. Dirimu memahami perjalanan pengajianku.. Bidang yang ku ambil..menuntut kita untuk tidak selalu dapat bersama.. Aku juga sedikit terkilan..terpaksa meninggalkanmu.. Tapi itulah lumrah hidupku..Bergelar pelajar.. Perpisahan semestinya tuntutan.. Ada kalanya..aku dapat bersamamu.. Ada kalanya..aku hanya memandangmu dari jauh.. Bukan bermakna aku dingin terhadapmu.. Tapi kadangkala aku benar-benar sibuk.. Sibuk dengan urusan pembelajaranku.. Tapi yang membuatkan aku begitu terharu.. Dirimu tidak pernah merajuk..tidak pernah berkecil hati Tidak pernah kecewa dengan sikapku.. Dirimu sangat mengerti akan kehidupanku.. Aku sangat bersyukur..< Memiliki dirimu yang benar-benar memahami ku.. Masih ku terkenang..< Di saat aku keletihan pulang dari kuliah Memandang sahaja keceriaan wajahmu.. Lelahku terus pergi..hilang begitu saja Di saat aku sedih.. Dirimu datang untuk menghiburkanku.. Berjam-jam lamanya pun tidak mengapa.. Kamu setia menjadi penghiburku.. Paling aku terharu.. Kesudianmu mendengar masalahku.. Padamu ku luah..dirimu pendengar yang setia Dirimu juga..tidak pernah lalai mengingatkanku tentang amal ibadatku.. Di waktu subuh..dirimu tidak jemu mengejutkanku.. Hingga sempat aku berjemaah dek kerna usahamu.. Hanya lafaz syukur dapat ku ucapkan.. Bersamamu..pilihan yang nyata seungguh tepat.. Bukan itu sahaja.. Dirimu juga sudi membantuku memudahkan urusan pembelajaranku.. Aku senang mengadakan ulang kaji denganmu.. Terima kasih buatmu kerna sudi menjadi teman pengajianku.. Walaupun jauh dari tanah air tercinta..kehadiranmu pengubat kerinduan.. Aku akui..Lewat waktu dahulu..di saat musim peperiksaanku menjelma.. Aku jarang meluangkan masa denganmu.. Aku seakan-akan cuba menjauhkan dirimu.. Keperluanmu aku sediakan sambil lewa..kesihatanmu mula terjejas.. Tapi khidmatmu padaku tetap terjaga..dirimu tidak jemu melayanku.. Walau aku kadang-kadang tidak mengendahkanmu.. Mana tidaknya..peperiksaan mengcengkam diriku.. Namun ku bersyukur..dirimu mengerti akan itu.. Seusai musim peperiksaan.. Aku kembali cuba mengukuhkan hubungan antara kita.. Aku memohon maaf akan sikap dinginku dahulu.. Dirimu memaafkanku tanpa bicara..aku sungguh terharu.. Di saat kepulanganku ke Malaysia..dirimu juga sudi menemankanku.. Harapanmu agar dapat terus berbakti untukku.. Aku terharu sekali lagi..betapa ikhlasnya dirimu terhadapku.. Dan ini menjadikan aku dan dirimu tidak pernah.. Tidak pernah renggang lagi setakat ini.. Namun di Malaysia..cintaku padamu mulai pudar.. Entah mengapa aku juga tidak mengerti.. Aku selalu meninggalkan dirimu keseorangan.. Hubungan antara kita mulai dingin dek kerna sikapku Aku seolah-olah mulai curang.. Tapi hakikatnya aku tidak pernah mencintai yang lain.. Tetap padamu cuma cintaku kini mulai berkurang.. Masa bersamamu hari ke hari juga semakin pendek.. Kadangkala aku langsung..tidak menyentuhmu tidak membelaimu.. Memandang dirimu seolah-olah tiada apa erti bagiku.. Aku asyik sibuk dengan urusan lain.. Keperluan dan kesihatan dirimu..Langsung tidak ku ambil tahu.. Akhirnya..suatu hari..dirimu jatuh sakit.. Sakit yang begitu tenat sehinggakan dirimu koma.. Detik itu mencemaskanku..aku bingung..aku menyesal dengan sikapku.. Kerna tidak mengendahkanmu di akhir-akhir ini.. Aku sangat sedih..aku sangat bimbang.. Aku benar-benar takut..takut akan pemergianmu Aku tdk ingin kehilanganmu..aku menyesal dgn sikap dinginku dahulu.. Ya mungkin kerna aku manusia biasa yang tak dapat lari dari kesilapan.. Dan aku benar-benar berdosa padamu.. Aku lalai dalam menjaga hubungan antara kita.. Apa silapmu sampai aku menghukum kamu sebegini rupa.. Ohh aku memang kejam terhadapmu..huhh Kini hampir 3 minggu sudah..dirimu masih tidak sedarkan diri.. Aku sendirian Kini baru aku terasa benar-benar kesunyian Tanpamu aku resah..tanpamu aku tak tentu arah Aku butuh memerlukanmu Aku benar-benar terseksa..menyesal dengan tindakan bodohku.. Buat dirimu, maafkan aku!..aku benar2 memohon keampunan darimu.. Dan aku sanggup..sanggup menanggung kos rawatanmu.. biarlah mencecah ratusan ringgit sekali pun aku sanggup agar dosaku terhadapmu tertebus.. Aku terlalu inginkan dirimu pulih seperti biasa.. Aku begitu berharap.. Andai dirimu mendengar luahan hatiku saat ini.. Walau ku tahu itu tidak mungkin berlaku..tapi ketahuilah bahawa.. Andai aku punya peluang selepas ini.. Akanku menjagamu selama hidupku Aku ingin engkau menjadi milikku selamanya.. Dan aku kan berjanji..hanya kaulah yang kusayangi Ku akan setia menemani dirimu… Selama ku masih bisa bertahan..selama ku masih bisa bernafas.. Selama Tuhan masih mengizinkan..ku akan terus bersamamu.. Dan sebenar-benarnya aku akan selalu menjagamu Demi semua apa yang telah aku jalani bersamamu Maafkan aku atas apa yang berlaku terhadap dirimu.. Maafkan aku..aku benar-benar merayu.. Agar dirimu dapat kembali seperti dulu.. Aku akan terus menanti dan menanti biarpun penantian itu menyiksakan..aku sanggup! aku rela menunggumu hingga dirimu celik suatu saat nanti ...................
Esok dah merdeka..
Semua sekarang ni cibuk pasal ambang merdeka laa..
Perbarisan merdeka laa..
Iklan merdeka laa..
Tapi kan..
Aku masih lagi kabur apa itu erti merdeka bagi rakyat malaysia sebenarnya..
Merdeka..
Apa itu merdeka??
Situasi 1 Yeeaaaa..hari ini exam final dah abis..merdekanya aku rasa..weeeee~
Situasi 2 Hurm.. umur aku dah 19 thn.. bukan 18 thn lagi..aku dah besar..aku bebas nak buwat pe saje..bebas nak g jalan2 kat mana-mana..bebas nak balik pkul bape..sebab aku dh merdeka..yippiii~
Situasi 3 Blaja overc means jauh dari mak ayah..jadi aku nak buat apa pon suka hati aku laa..bukannya ada orang nak ambik tahu..kawan-kawan pon satu kepala ngan aku je..merdekanya aku rasa bila berjauhan…yiihaaaa~
Situasi 4 Hurm..hari ni mak ayah g kl..aku duk sorang2 je kat umah..bestnya..merdekaaa~
Situasi 5 5..4..3..2..1.. merdeka~..dah kali ke 51 rupanya malaysia medeka..tak sangka ler pulak..cepatnya masa berlalu..merdeka x3
Hurm..bagi aku, merdeka yang sebenar adalah.......
Situasi 1 laa…sangat-sangat la gumbira bila abes exam…memang betul2 merdeka rasanya..
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 51 buat negaraku terchenta..Malaysia
diingatkan bahawa sambutan konsert ambang merdeka, pesta antara lelaki dan bukan lelaki, pertunjukan bunga api (pembaziran) atau apa-apa yang sewaktu dengannya adalah secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam..
bukan aku nak tunjuk baik..
tapi asyik-asyik mende sama jer tiap kali nak merdeka..konsert3!
fedap aku!!!!!!!!!!~(melampau fedap sampai 10 tanda seru..nampak tak??)
biasa-biasa..
tengok orang bertunang..
macam best jer..
berseri-seri muka..
senyum panjang jer..
kadang terbawa-bawa dalam tidur..(yer ke??..aku teka je)
disebabkan indahnya saat itu..
itu belum masuk yang menikah..
(musim cuti ni ramai sangat mendaftar untuk hubungan yang halal)
aku tengok pon jeles..
tapi ada satu aku nak share..
PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN yang pertama..
(bagi yang bujang tak terlajak macam aku ni)
PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN yang kedua..
(bg yang dah nikah or tunang kali pertama le)
bukan bermaksud kawin dua yer..
(sensitif isu ni..takley main-main..haha)
hakikatnya PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN ini..
akan wajib dialami bagi semua insan..
yang bergelar makhlukNya..
PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN apakah itu..
jeng jeng jeng~ Pada suatu masa Kita pasti dirisik Pertunangan sejak azali Dihujung hidup berlangsung Perkahwinan dengan MAUT Hantarannya SAKIT dan NAZAK Tamu bertandang Menghadiahkan tangis Pengantin di MANDIkan Dipakaikan baju PUTIH Wangiannya gaharu dan cendana Menjadi pelamin Pengantin bersanding sendirian Diarak keliling kampung Berkompangkan azan Kalimah qudus Aqad nikah dgn talkin Berwalikan liang lahad Bersaksikan nisan- nisan Siraman mawar menjadi renjisan Malam pertama Bersama kekasih yang dindingnya tanah Menuntut janji perkahwinan "SAKARATUL MAUT"
sapa-sapa yang rasa dah sedia nak 'KAWIN'..pikir balik la yer..
(saja takutkan orang yang nak kawen..padahal aku jeles..tapi aku takutkan ni untuk peringatan bersama)
"setiap umat tu ada ketetapan matinya..bila tiba saat ajalnya, maka tidak akan dilewatkan sesaat dan tidak akan diawalkan walau sesaat"
AMEEN~
sama-sama lah persiapakn diri kita sebelum meniti gerbang perkahwinan yang 'indah' itu..allahu a'lam..adios~
masa dulu-dulu..sebelum setiap student yang apply scholar jpa untuk perubatan..diorang akan diberi exposure kerjaya sebenar seorang doctor..mana la tahu takut-takut ada yang tak sanggup nak jadi doctor bila tengok the real life as a doctorscary+miserable kot..haha..so aku pon tak terkecuali la daripada kursus ni..pergi la dengan calon-calon lain kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu..and di sini kitorang diberi peluang untuk bertanya direct kat para-para doctor tentang kerjaya sebenar seorang doctor dan mendengar nasihat dari mereka..
kitorang dibawa ke beberapa bahagian di hospital berkenaan antaranya emergency, orthopaedics, forensic, O&G n banyak lagi..paling best aku rasa forensic..tapi actually aku ni takut mayat..tapi entah macam mana laa aku ni ter'berani' hari tu..takkan sebab berlakon depan student2 pompuan lain kot..i guess not sebab aku ni tak suka berpura-pura..aku nak jadi diri aku yang sebenar jer..happy go lucky person..pawasan!! hakikatnya memang aku ni penakut..penakut dengan mayat actually..aku ingat lagi kalau ada upacara-upacara kematian aku akan cari alasan untuk tak pergi..kalau pergi pon aku takkan menghadap atau jeling-jeling tengok kat mayat..seram r tengok muka dengan sumbatan kapas tu..eeii..tak tahu la kenapa..aku selalu fikir yang bukan-bukan macam mayat terbangun ke, terbuka mata ke..maybe sebab terlampau banyak tengok cerita-cerita hantu+seram kot..huhu..teruknya la aku ni
fakta yang tak dapat nak elak..aku memang takut mayat..tapi tengok gambar-gambar yang real dari bahagian forensic hari tu langsung tak menakutkan aku..dan kebetulan takde mayat hari tu..selamattt..yang ada cuma bayi yang baru meninggal dunia..sedih jugak tengok si ibu di luar bilik jenazah..naluri keibuan memang jelas terpancar..yer la kan, sape yang tak sedih kehilangan anak..aku yang takda kaitan pon sedih tapi buat-buat control macho..
masa bahagian orthopaedics pulak..first patient yang kitorang tengok adalah patient yang kat bahagian pergelangan kaki dia 'belok'..tak tahu la terms medic yang sesuai nak guna sebab tak belajar lagi..tapi nampak agak tak sempurna..jalan pon senget-senget..sedih jugak tengok..then doctor yang rawat tu tanya kitorang our 1st impression, memang semua jawapan sama jer kitorang bagi..SYMPHATHY!!..then doc tu nak jawapan lain coz seseorang doc tidak hanya perlu kepada simpati..pening kitorang memikirkankannya..adeiii..last-last doctor tu bagitau pasal EMPHATY..doc bagitau yang cuba bayangkan kita berada pada situasi pesakit berkenaan..cube bayangkan?!!..that's why being as a doctor kita xley tau kasihan jer(simpati) tapi berusaha untuk tolong patients(emphaty)..waa, terharu jugak laa..ingat!! nanti-nanti dah jadi doctor, berbakti la kat masyarakat yer!! insyaAllah
masuk bahagian wad orthopaedic(tulang), tergaman seketika..terkesima pon ada..wad lelaki penuh dan padat tapi wad perempuan agak lengang..bila tanya doctor2 n nurse2 kat wad tersebut, baru laa tahu kenapa..petutla penuh sebab ramai sangat mat-mat rempit yag menyusahkan masyarakat ni..patah sana patah situ..ish3..dan dapat satu tips..doctor kat situ pesan bila dah jadi doctor nanti, jangan bagi muka kat mat-mat rempit ni..biar diorang meraung kesakitan lama-lama pastu barulaa pergi rawat..biar diorang seksa sikit..xserik2..nanti2 dah pulih lumba balik..hurm no komen laa..mungkin boleh pakai idea doctor ni..bukan niat nak menyeksa tapi sebagai pengajaran..kepada all 'rempit'ians, no special treatment waitin for you!! macam mana kamu menyusahkan orang..macam tu jugak la kami akan menyusahkan kamu..amaran ni!!
pastu dapat chance pergi O&G..bahagian sakit-sakit puan..dapat cakap dengan seorang patient yang kanser payu dara..dengar luahan dia..sayu dan pilu..plus pergi tengok camne scan perut ibu-ibu yang mengandung..nak tahu camna kesihatan dan kesakitan ibu, kesihatan bayi, anggaran bersalin dan macam-macam..kitorang siap di bawa ke dewan pembedahan bersalin lagi tapi tak dibenarkan untuk tengok macam mana proses kebersalinan itu berlaku..atas sebab privacy pesakit..it's okey..kami hormati privacy beliau
masa bahagian kecemasan..agak boring..sebab berharap sangat ada patients yang cedera agak parah tapi hampa..bukan mintak saja-saja agar ada orang accident tapi nak tengok camne 1st aid kat bilik kecemasan ni dijalankan jer..papepon syukur sebab ade jugak laa pesakit semalam yang agak parah..pesakit-pesakir asthma pon ade..dan ada sorang doctor pompuan yang masih lagi HO cakap tak tahan dengan tugas HO..perit sangat-sangat..mengeluh panjang dia tapi kitorang yakin dia masih komited pada tugas..biasa la manusia..mengeluh tu selalu ada..dan ini membuatkan aku semakin takut real life HO sebab banyak sangat cerita-cerita ngeri HO..
tak lupa..bahagian physiotheraphy..pulih-pulih anggota..ni yang aku nak bagitau sebenarnya..yang aku sembang-sembang awal-awal tu kosong jer..tapi takpe sekadar berkongsi pengalaman..pasal pulih-pulih anggota ni..aku ada cadangan bagi pihak hospital..bagi pesakit yang nak pulihkan pergerakan jari xpayah la guna plastisin khas tu..memang bagus tapi tak sophisticated..haha..gune r cara online..latih jari kat keyboard je..hehe..kalau xcaya klik kat bawah ni..kompem boley latih jari plus ada peluang dapat keyboard baru..jangan marah kalau keyboard rosak yer..;p
kalau keyboard rosak, beli baru yer..jangan salahkan aku pulak..lupe..cek-cek folder kat pc nih terjumpa lagi gambar-gambar masa exposure doctor's career hari tu..tengok la yang mana ada..sekian jer la..tak ada idea nak tulis apa..so cerita la pengalaman diri..sekian..wassalam
dis is my grup
where r u now guys
future docs..insyaAllah
da best sis ever!!
p/s: mana entah dak2 satu group aku dulu..ada yang still contact, ada yang dah menghilang camtu jer..papepon all da best untuk korang semua..jumpe kat hospital nanti yer..insyaAllah
hurm..bosan yang melampau di akhir2 ni menyebabkan aku terdetik untuk post bende ni..bukan tujuan pape tapi juz nak korang pikirkan sama..
aku ada r terbaca kat satu forum ni..pasal permasalahan remaja hari ini esp untuk yang gurls..kalau masalah social tu dah common sangat kan..tapi ni masalah yang aku rasa agak penting dan diambil kira masa korang nak kahwin nanti..seriously criteria ni aku titik beratkan jugak..hihi
dan bagi aku, pe yang aku nak bincang ni sangat2 penting untuk overc students..konpem korang akan hadapi konflik ni..tapi xtau r bagi sesiapa yang rasa2 dia kaya n scholar dia terlebih dapat, x perlu r pikirkan permasalahan aku nak bawak nih..tapi untuk yang study dalam negara tapi berjauhan dengan family, bende ni penting jugak
memang tak leh dinafikan bende ni act sangat2 penting r..kalau yang gurls tu konfem penting..bukan tahap sangat2 penting da..memang wajib terus..sape yang tak tahu tu boley dikatakan bukan gurls sejati r..tapi bagi yang laki, still penting jugak sebab takkan all da time korang nak bergantung pada orang yang bergelar perempuan @ wanita @ isteri @ ibu.. definitely korang yang bergelar lelaki sejati pon kene ambik tahu jugak
aku rasa mesti ramai yang x puas hati ngan aku sekarang..sampai sekarang aku x bagitau lagi apa yang nak dibincangkan sebenarnya..ilek2..tarik nafas dulu..tenangkan minda..act aku bukan nak bincang papepon tapi sekadar nak bagi pendapat jer pasal masalah2 remaja perempuan sekarang..
yer la..tapi masalah pe lukpi oiii!!(sorang ni daa bengang ngan aku ni)
kk la..aku mengalah r..xley nak intro lebey2..nanti sumua bising pulak..eiii..ok2..hurm permasalah memasak!!..(laa..ingat ke masalah pe td)..mesti korang pelik dan janggal lagi terkejut..pe laa lukpi ni..masalah camni pon nak dibincangkan..(jawapan aku senang je..ni blog aku..suka hati r nak cakap psl apa2 pon..agak rude jawapan aku..sorry!!)
terus kepada topik r..nanti jauh pulak aku melalut..hurmm berbalik pada persoalan yang aku bawa..agak2 korang esp gurl (nak lagi spesifik..gurl masa kini)..korang reti x bidang2 masak ni??..sebab aku pernah baca yang gurl ni dilahirkan memang akan tetap berbakat dalam dunia masakan ni..cume kene try je..lama2 jd biasa r..tapi tengok keadaan sekarang..macam tak ramai jer sudi meluangkan masa buat kerje2 macam ni..gurl sepatutnya bukan sekadar masak jer..kerje rumah yang lain korang kene tahu gak macam kemas rumah, basuh kain n etc..tapi memasak aku rase paling penting antara semua2 tu..(kalau masa nak pilih bini..akan ada tanya dan memang salah satu soalan wajib kot, pandai masak ke??..xde yang tanya pernah basuh baju ke, rajin kemas rumah k?..kalu ade pon, kebarangakalian nya sangat2 sidikit)
secara jujur..berdasarkan pemerhatian dan survey (sejak bila aku ni jadi pengkaji yang setia ni)..aku rasa even kalau korang pernah masak masa tinggal berjauhan dengan family..tapi bila balik rumah..masuk dapur je..nampak pulak ibu sedang bertungkus lumus nak masak..korang x berapa minat sangat nak tolong..dengan alas an mak kan dah ada..biar la dia masak..ish3..macam aku ni at least aku tolong la jugak mana-mana yang patut..terutama tolong abiskan lauk
sepatutnya, time korang kat rumah plus time ibu korang tengah masak..masa tu laa peluang terbaik untuk korang improve skill masak korang yang agak berkarat tu..bagi student overc..contoh mudah diri aku sendiri r..sebelum nak belajar jauh2 dulu..aku x pernah pon merelakan diri untuk belajar memasak..alasan paling mudah aku bagi..mak kan ade..lagipun masak ni leceh r..(xley independent r mamat ni..sempit betul pemikiran)..yer aku akui..tapi itu dulu..sekarang ni aku da berubah kot..masak tu antara reason yang utama aku balik ni..nak menuntut secebis ilmu memasak dari mak aku..
secara jujur..pengalaman masak dengan berbekalkan buku resepi atau cakap2 orang x menjadi mana r..xtahu laa..aku dah buat eksperimen masa kat mesir dulu..bak kata orang, gambar masakan dalam buku resepi tu indah rupa je..tapi bila nak masak sendiri..jadi ke sebijik macam lam buku tu??..i guess not..betol x??..
hurm pengalaman awal2 masak sepanjang duk mesir..agak2 kelakar..tak de istillah masukkan itu secukup rasa..masukkan ini sesudu..tunggu sampai naik bau laa..for me..simple je..masukkan apa2 yang patut sesuka hati..bukan secukup rasa..yang penting korang boley isi perut je..sakit perut lepas tu belakang kira..(so far xde ag sakit perut..alhamdulillah..mungkin cara aku serve makanan tu hygienically kot..pewasan!!) prinsip aku asal kenyang, perut x meragam n kita boley sambung aktiviti harian sudah memadai..kadang2 aku akui..apa yang aku masak seakan2 sama je color dengan mak aku masak..sedikit rasa bangga mula menyinari diri..tapi bila time rasa..malas r nak citer..malu2..alah laki masak biasa r..bukan ikut skema pon..lagipun mana pernah masak lauk masa kat umah dulu..masak air n maggi macam tu pernah r..huh
tapi lately..aku dah pandai r sikit2..alhamdulillah..n satu cara nak lepaskan tension kalau korang nak tau ialah memasak..try r kalau x caye..tu jer aku nak bagitau..aku nak korang realise @ aware terutama yang gurls bahawa masak tu salah satu bonus untuk make sure korang laku..setakat muka lawa tapi pegang senduk pon xreti..baik x payah..bukan niat aku hendak memperkecilkan gurls masa kini..aku akui ade yang terer bab2 masak ni( salute!!..bak sini no..nak approach)..dan ramai juga terer bab menghabiskan masakan ..terpulanglah..tapi bagi yang laki..anda tidak terkecuali..masa bini korang sarat mengandung, sanggup ke makan kat kedai sepanjang masa..kalau dah kaya melampau tu sila lah..tapi bak kata orang, air tangan sendiri lagi best..plus kalau makan yang bini sendiri ada jugak kasih sayang yang disalurkan melalui makanan yang diorang masak..xtahu laa..dengar2 je..xpenah rasa yang bini sendiri
nasihat aku..sama2 la kita terjah ruangan dapur rumah masing2 (esp gurls!!..lagi2 gurls..dah memang tugas korang..hihi) dengan masa yang ada sebelum korang masuk ke alam ‘perkongsian’..kumpul ilmu banyak2 lu..lagi bagus kalau kita dapat masak untuk family kita..nampak r gaya2 dah matang..n kalau yang mula2 belajar masak tu pastu kene kritik..jangan ambil hati..permulaan sesuatu tu kadang2 memang memeritkan..mana mungkin tup2 terus nak sesedap pe yang mak kita masak..kan2..juz go on n keep it up..peduli pe orang kata..pelan2 kita improve..pengalaman mamatangkan seseorang..mencuba tu rahsia kepada sebuah kejayaan..(even mentol yang korang guna sekarang ni..dekat2 1000 kali gak Thomas Edision try..baru la betul2 jadi)..masak pon camtu gak..cuba banyak kali..lama2 pandai r
jangan kerana memasak..hilang keayuan wajahmu
akhir kalam..aku cabar gurls2 semua untuk lawan chef no 1 kat mesia..laki tu!!..ish3..walaupun laki ni jarang masuk dapur..tapi bila masuk dapur..konfem!! (konfem pe??..konfem bersepah)..k r..till here..sama2 r pikir..esp utk overc students..life bila berjauhan dengan family plus xde barang2 macam kat malaysia ni memerlukan kekreatifan dan kesabaran kita..hanya yang ‘istimewa’ mampu mengubahnya..anda mampu mengubahnya!!..sekian..wassalam..adios~
sekadar penghargaan bagi sape2 yang dah menjalankan amanat dengan saksama nye.. amanat ape??..amanat wish mengewish..kuang3
semalam da dimaklumakan bufday aku kan..kat tv ngn paper pon ade kuar..tapi kat tv tu x betul..ade ke dia ubah bufday aku kepada bufday datuk dr sheikh muzaffar tu..pe la sangat dia tu..angkasawan je pon..aku pon boley per..cube r bagi peluang aku naik pesawat angkasa tu..ingat xley k??..bagi aku try dulu..dengan syarat sume ditanggung..hihihi..berbalik pada tajuk asal..aku tahu ramai yang jeles bila dapat tahu bufday aku sama ngan pak cik angkasawan tu..walaupun kitorang lahir sama tarikh..tahun berbeze k..ingat tu..aku lagi muda daripada dia..ini adalah hakikat dan bukan majaz..so jangan r jeles2..jeles x baik untuk kesihatan tau x??..memang ditetapkan dari azali ag..aku sebenarnya bukan nak sangat same tarikh ngn si muzaffar ni tapi dia yang beriya-riya nak sama dengan aku..aku on jer laa..tapi hakikatnya aku berbangga r kerana dengan adanya si muzaffar ni, terpahat sejarah baru buat malaysia dan membuka satu dimensi baru dalam dunia aeroangakasa negara..nanti r aku cuba bagi sumtin gak kat negara aku ni..tunggu je laa..biar orang semua tahu yang generasi yang lahir 2707 ni memang generasi 'pembakti'
so di kesempatan ni aku nak share r beberapa kata2 semangat dan kata2 yang agak kurang sopan aku terima..(sape yang x terpilih untuk kat bawah ni..cube lagi!! act aku random jer..jangan kecik hati ler..still kawan aku laa..tapi diharapkan cuba lagi tahun2 depan untuk cube masuk carta..insyaAllah)
salam pi,epy bday..semoga panjang umr,murah rezeki n selalu dalam rahmat-Nya k(oleh a......) (komen aku..aku mengameenkan saja..ameen~)
salam'alaik.slmt ulg thn ke19 P.Smge blh la jd d0c.Sng ak nk g jupe klu skt pah2 ni.X lupe jge smge bhgia dgn **.haha.Wslm(oleh s.........) (bagi aku..sorg ni memang nk ambik ksmpatan..kuwang asam..haha..dan doa2 yer tu aku ameen jugakk..hehe..ameennnnnnnn sgt2)
salam fi..aku xingt starang nk wish besday mg semlm..tau dh pdahal besday mg smlm..adoi..g jln ipoh ekpom..Gane2 pn..hepi 19th besday!haha..smoge mroh rezeki(leh lanje aku mkn)..pnjg umor(leh ak lepak ng mg)..cpat kawen(nk mkn free e!)..kah3 Sori lmbt pi..x sngje..ngeh3(oleh k........) (aku rase orang ni pon xley nk brape diharap..nk pow aje..boley die wak2 lupa plop tu..xpe2..aku gurau je..aku ameen gop doa kwn aku ni..tp pmintaan last tu aci dop tangguh lame2 ket..xde dlm pale hotak aku skrg..huh)
askm wak.hepi 19th buffday;p.dh tua.hihi.h0peflly m0ge pnjg um0,mrh rzeki,dpt jd d0c,trus ceria,snyum slalu n trus kwn ngn sy.keep in t0uch wak~(oleh s..........) (komen aku..yer memang aku akan terus menghiburkan org lain wpun jiwa tersiksa..psl perli ni..aku xheran sbb die lagi tue dr ak act..kuang3..dan aku ameen jgk doa2 die n aku akn kwn nye..dunt worry la)
Epy bEsDaY 19th!!Mu da tue.so sdr2 r ye.jgn brlgak mde.haha..Tp pling petim mga Allah sntiasa rhmati n sygi mu..sm0ga mndpt apa yg dhjati n sm0ga dpt mlakukn prubhn dlm khidupn..insya-Allah(oleh f..........) (komen aku..setua2 aku..act dia lagi tua..hihi..sbb tu mcm jeles..n nasihat2 die ni..memang sbhagian dari azam dnn hrpn aku..so aja aja fightin lukp..teruskan doa kat aku n aku jugak akan doa untuk korang..huh)
huh..mekacih banyak2 bagi mereka2 yang masih ingat aku..ukhuwah fillah abadan abada!!..luv u alls..kekadang aku sendiri x sempat nak wish kat kengkawan aku tapi diorang ingat pulak bufday ak..malu2..boley digelar kwn k aku ni??!..hrp2 aku dpt brubah..bagg yang doakan aku ni..thanx byk2..teruskan berdoa dan aku jugak xkan lupa unuk doakan sekalian..moga2 diperkenankanNya..harap2 dapat semangat baru sempena bufday ni untuk capai ape yang aku idamkan..be a doc!!..yeah!!.go lukp go!!..bukan itu saja..moga diri aku ni lebih dekat dengan Pencipta aku..papepon..mekaceh buat mak n ayah yang susah payah asuh dan didik aku sampai sekarang..luv u!!!..hapih janji akan buat yang terbaik untuk balas pengorbanan mak abah even hapih x mampu nak bagi sebijik macam mak abah bagi kat hapih..dan hapih doakan mak abah terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbhagia hendaknya da sumer yang baik2..xley nk taip semua..kam basah keyboard ni..huh..aku dah cannot g doh ni(xley nok g doh)..kene stop lu..etg kam jadi coretan rase, luahan hati n jejak kasih lop kam..bayer2..hilang keayuan aku etg..k r..g2g..thanx to alls..allahu'alam..wslm..adios~
p/s: sume teks msj kwn2 aku ni..aku x edit skit k..even huruf o dgn 0 pon aku x ejah..bilangan 'dot' pon aku ambik kire..kuang3..sape yg pwasan msj yer ade cni..syabas..penginapan 7h 7m d umah sendiri tajaan bank FaMa..sekian
aduii..kecewa betol aku khamis baru ni..nk taw??..meh nk story mory sikit..dalam pukul 5 patang..aku pergi la SMKA Sheikh Abdul Malek..jemput adik aku yang form 1 dari sekolah..dia bagitau balik pukul 5 petang..aku pun tunggu la..sebelum pukul 5 aku dah tunggu..bagusnya abang ni..kuang3..tunggu punya tunggu punya tunggu..dekat2 pukul 6 dah..solat asar pon belum lagi..aduii..selalu meremeh-remehkan solat lukpi ni..huk3..aku pon macam dah bangang r..oppss silap2..macam dah bengang r..letih menunggu..tetiba hp berbunyi..adik aku kat umah call..
"pih..tunggu nabihah k??..nabihah da balik dgn kawan dia tadi.."
hampeh betol..rase mcm nak bagi jer sebijik..punyalaa marah..membazir masa jer..yang aku lagi bengang tu..dia siap jalan2 agi dengan kawan dia n mak kawan dia pergi astaka...boley tahan jugak aku cakap..aku duk sini tunggu lama2..dia duk sane enjoy2..memang nak kene budak ni..rase macam dah taknak ambik lagi dia dari sekolah lepas ni..aku balik k rumah pon memang lam keadaan marah sangat2..bawak kete pon macam nak berlanggar jer..tapi nasib baik aku ingat kata nih..'ingatlah orang tersayang..anda mampu mengubahnya!!'..walaupun agak laju dan merbahaya tapi masih carefull lagi..camne tu??..pikir sendiri laa..tapi nasib baik kat rumah aku x marah2..terus masuk bilik mengerjakan apa yang x patut..huhu
(baru je ada artikel pasal sabar dan mengeluh entry aku sebelum2 ni..tapi banyak pula aku komen pasal kejadian adik aku yang x seberape nih..huhu..betapa lemahnya keimanan diri ni)
JUMAAT
dalam pukul 5.oo..lepas soalt asar n jemput adik aku dari tusyen..dapat la call dari insan bernama mi-g ni..dia ajak keluar temankan dia..aku yang tengah buntu giler campur bosan sangat2 duk umah setuju tanpa banyak soal..so ikutlaa dia keluar..1st keluar pergi stesen minyak..asal2 nk pergi stesen minyak petronas kat bukit besar tu..tapi entah macam mana duk sembang sampai terlajak..adeii..so terpaksalah pergi stesen minyak petronas jalan sekolah khairiah tu..nasib baik kereta leh jalan lagi walaupun signal minyak dah kelip2 tanda nak abis..selamatt..then pergi stesen bas beli tiket untuk dia..kebetulan sampai turn dia..kaunter tutp..kaung3..aku tolong gelak jer laa..pastu g bank Islam..rompak duit simpanan dia sendiri..pe lagi..pantang tengok kawan aku berduit..so aku paksa dia belanja..mula2 nak makan kat mcD tp xbanyak pilihan makanan kat mcD terengganu..then nak pergi KFC tapi boikot pulak..nak pergi PIZZA HUT tp xtaw nk pergi ke tak..last aku suruh pergi Giant jer..mula2 p beli barang2 dia dulu..then abis jer beli belah..aku pon mengungkit pasal belanja makan..so naikla 2nd floor..masa nak naik tu..nampak la kedai CHICKEN RICE SHOP, bukan sekadar nasi ayam!!..aku pon rekemen laa untuk try test rase..xpernah makan lagi sebelum ni..jadi terhidang laa menu macam pic kat atas tu..nampak macam best tapi xberapa sangat laa..memang laz time r nak makan kedai ni..tapi aku x kisah r walaupun x berapa nak sedap..asalkan ada orang belanja..aku on jer..berakhir la petang jumaat aku dengan perut yang kenyang tanpa duit keluar..hihi
SABTU
huh..memulakan hari dengan jam 9.30 pagi..tapi dah solat subuh k..cuma tertidur jer..dapat r mesej dari kawan aku sorang ni berbunyi..
salam..weh tdo ke??ak nk ajk mg g skoloh e..bangun rr..beng tdo2 r
aku pon dengan rela hati terpaksa menreply okeyh..reply tanpa berfikir panjang..tapi aku pon bosan gak duk umah..baik kuar jalan..so lam kol 12 baru pergi sekolah..waa bayang r..lama gak bermakeup..pkul 9.30 sampai pukul 12..tapi act bukan salah aku..aku pergi hantar kakak aku dulu..tu pasal yang lambat..then pergi r sekolah..jumpe kaunselor settlekan untuk program 29hb dan 5hb..da settle aku terus g skolah SKSS1..seingat aku kene jemput adik aku dari skeolah..tanggu punya tunggu..xdatang2 jugak adik2 aku ni..call ayah aku,,dia cakap dia dah ambik..ni laa akibatnya bila x dapat maklumat yang jelas..membazir jer pergi ke sekolah tunggu adik yang walhal dah sampai kat rumah..huh..then dalam pukul 1.30..pergi r makan kat restoran al hijrah oasis..tapi kali ni aku bayar makanan..kawan aku, ridhwuan bayar minuman..kenyang laa perut dengan suke hatinyer sambil bergaduh pasal sorang awek yang tengah makan dekat2 ngan meje kitorang..aku menang sebab awek tu order sama dengan aku..xde pekdah betul gaduh pasal ni..act lebih kepada gurau sebenarnya..then balik umah aku jap untuk solat2 dan rehat2 sekejap..
jam 2.15 kitorang keluar balik..kali ini pergi ke stesen bas nak jumpa seseorang..dah settle, so kawan aku plan laa nk pergi astaka..survey hp katanya..aku on jer..pergi laa..survey hp sony ericsson..tanya punya tanya..dapat r tiga pilihan..W890i, K660i ngan G900...adeiii..dilema betol!!boley x korang tolong rekemen yang mane patut diangkat olehku..tiap2 jenis ni ade kekurangan dan kelebihan tersendiri..poning eden..tunggu r kitorang decide betol2..pastu baru sapu..then pergi r bahagian makanan..aku pergi beli asam masin..rindu betol laa..da dekat setahun x makan..kat mesir mana ade bang oii..huh..then dalam pukul 3.30..aku baru ingat kene jemput adik aku balik dari tusyen pukul 4.30 coz parent aku pergi besut melawat adik aku form 5 yang belajar kat mrsm kota putra..so sbb xnk balik ke rumah, ak pon plan tuk lalu di sepanjang pantai..abis perlahan da aku bawak kete semata2 nak enjoy the view..then tetibe aku memberhentikan kereta kat sebuah kedai pakaian..kat situ melayang lagi duit aku sebab beli sehelai seluar jeans..pokai camtu jer..adeii..ingat2 nk window shopping jer..then terus pergi jemput adik aku kat permint jaya..sampai je kat rumah..solat2 sekejap n pastu p layan filem why me sweetie..da berapa kali aku tengok pon aku tak tahu..mungkin sebab heroin die cute dan kelakar kot..dahla hero dia stephen chow..lagi la kelakar..
layan punya layan..da pukul 6..ada lagi sorang adik aku tusyen yang kene aku p jemput..leteh3..tapi sebagai abang yang baik nak buat camne kan..layannn jer laa..then lepas antar adik aku kat rumah..aku keluar balik dengan si ridhwan ni untuk minum petang kat restoran selera timur sambil ajak sorang lagi kawan dipanggil din..amirudin nama dia..kitorang pon jumpa la kat restoran selera timur tu..restoran ni milik bapa kepada salah seorang kawan sekuliah aku..ingat ke boley dapat free tapi anak tokey ni takde pulak..melepass..so kitorang makan r sate n roti canai plus abc n bayar..lepas tu..balik la kat umah..duk diam2 seketika..n kebetulan ayah n mak aku da sampai dari lawat adik aku..
lepas solat magrib..p la antar n jemput adik aku dari mengaji..kebetulan dalam pukul 8 mak n ayah aku nak kene hantar kakak aku ke uitm kat dungun..awal2 plan nak pergi dengar kuliah magrib kat surau al ikhwan gelong bilal tp xde orang kat rumah coz parentz aku keluar..so terpaksalah aku menjadi abang yang baik sekali lagi dengan menengok adik2 aku kat rumah..sepanjang duk rumah, aku bersembang ngan ridhwan, dengar dia tasmi' hafalan, paksa adik2 aku study, kacaw ridhwan study plus men game fifa manager 2008..lepas tu kitorang pon solat la isya' berjemaah..then dalam kol 10..baru aku terkial2 nak pergi beli makanan..terpaksalah keluar meredah hujan renyai..yang peliknya x basah sikit pon..baru aku perasan kenapa coz aku naik kereta..mana nak kene..dalam kol 11..aku duk la umah sambil on9 sementara ridhwan pergi study..kesian kat dia study sorang2..kalu aku ada bersama ngan yer..duk kacow je la nampaknya..sebab tu aku membawa diri ke depan komputer..masa ni jugak r berderet2 mesej samapi wish bufday..thanx yer kerana ada jugak yang ingat..lupekan psl bufday coz aku x ambik kisah sangat pon walaupun aku tahu ramai yang jeles bufday aku sama ngan bufday datuk dr sheikh muzafar tu..angkasawan malaysia tu..bangga betol aku..boley ikut jejak langkah dia kot..jangan dengki2 lak....sambung balik..aku pon terus on9 sambil membaca artikel2..then hasilnya ni laa..aku mengupdate blog selepas itu..ok la da mengantuk..dan taipan aku ni tamat pada jam 1.55 pagi..sekian
sekadar kongsi aktiviti harian yang membosankan..sekian..wslm..adios~