susah


assalamualaikum wbt.

hurm, dulu time sekolah menengah, time ade program kerjaya or motivasi or apa-apa je lah, selalu dengar pemotivasi tu (betul ke?) or motivator tu cakap, SPM adalah segalanya. Dia cakap SPM ni penentu masa depan, kena jawab betul-betul. Dia siap cakap yang SPM lah exam paling susah, salah teknik, kita tak dapat apa yang kita nak. Dia menambah lagi, bila dah masuk U nanti, semuanya mudah. tak de susah-susah lagi. cuma ikut track je, tercapailah cita-cita kita tuh.

itu apa yang aku dengar dulu, time tu tak masuk U lagi. Bila dah masuk U, aku baru perasan yang kebanyakan motivator tu cakap adalah TIPU semata-mata. tipu aku bulat-bulat tuh. haha. bila masuk U, tak mudah pon macam dia cakap. lagi susah ada la. benci betul aku. dan aku baru rasa yang SPM tu tak sesusah final exam kat U. memang hampeh la penceramah tuh. kalo aku jumpa, nak je aku sekeh kepala. mentang-mentang time tuh aku sekola lagi, bulat-bulat dia tipu aku. Eee geramnyer!!

hurm, aku pon tak faham apa kes aku nak geram dengan motivator nih. mungkin sebab kesusahan pembelajaran di peringkat U yang dikatakan mudah dari sekola menengah, dem! aku rasa blaja kat U lagi kena rajin dari sekola dulu. huh!

apa-apa je lah. malas aku nak fikir. otak masih letih gile duk kuliah dari 9 pagi sampai 5 petang tolak rehat setengah jam. ni pon baru balik dari epot antar sorang ustaz balik mesia, dah tamat dah blaja dia, jeles betul aku. hurm bilalah turn aku pulak..lambat betul!

***************************************

baru-baru ni, charger hp aku rosak. dahla tak bawak spare dari mesia. ditambah ketidak yakinan terhadap berangan elektrik mesir.  waaa susah betul.

solutionnya, aku dan sorang lagi kawan aku pegi la ke CS. sebab kat CS banyak pilihan kedai, dan kedai-kedai dia agak ternama dan bole dipercayai. survey lah harga charger ori, around 115LE. mak ai, bole tahan menipu. haha. pastu macam tak puas hati. g kat radioshack, usha-usha harga lebih kurang je. ok2. kedai mula-mula tu tak menipu.

tiba-tiba,  terfikir idea yang lagi bernas. kat kedai no dua ni (radioshack), ade jugak jual hp. fikir-fikir, kalo beli hp baru, mesti dapat charger baru yang pasti ori. kan kan. so kami apa pun lagi. mengangkut lah sebijik/sebuah/sebutir hp. amek yang murah je sebab matlamat asal nak charger tu. hihihi.

kenapa kami beli hp baru tu? sebabnya harga dia cume kena tambah 50LE dari harga charger. maknanya 165LE sahaja.

kalo dibandingkan
115 = charger ori
165 = hp plus charger ori

tengok tengok! berbaloi tak? aku tahu sume akan jawab berbaloi. itulah cara membeli yang bijak. hahaha. sampai tuan kedai tu pon naik heran bila kami cerita tujuan kami beli hp tu. hihihik
nak charger, hp pon dapat.

****************************************

aku tade motif nak update actually. tu pasal mengarut. tapi takde la mengarut sangat kan?
saje hilangkan stress. lusa ade exam microb. omg, aku memang tak prepare. sebab aku yakin tak sempat. hahaha

dahla, aku nak tido. penat2!!
okla. saya adios dulu.
wassalam.

p/s I : macam dah tade idea nak update blog. patut delete je kan? kan2?
p/s II : doakan kami yang nak exam MICROBIoLOLGY & IMMUNOLOGY. sengal nye subjek nih. huhu
p/s III : saya mitak maaf. memang salah saya. sorry!

don't find fault, find a remedy!

bingo!

Assalamualaikum..
erm, tade apa menarik nak share..
err nak bagitau, ASU (ain shams univ) dah nak adakan mid year exam next week!
mid year exam next week! miD yeEr ExaM neXt WeEk! MID YEAR EXAM NEXT WEEK!
sile cuak! sile study!
hukhuk..

baru je blaja almost a month..tup tup nak mid year! kalo mid sem tadelah nak angina pectoris. sebab secara ‘physiology’nya (normalnya), mid year exam besenya bulan 1. time nak cuti winter (cuti..oh bestnye) alasan ASU, tak dengar sangat. ada kaitan dengan h1n1 eh? ke apa? sebab tak berapa dengar masa prof tu explain.

persediaan diri?
not so well prepared!
apa perlu buat?
be prepared!
permintaan terakhir?
do pray for me, and us!

hukhuk...takot. selama ni memang ada je quiz, dan memang aku amek remeh bila prof cakap quiz. sebab marks tade di carry tuk final exam. jadi baca cincai-cincai pon boleh (bad side of me). bole jawab tu tadelah. hikhik. tapi bolelah nak survive sikit bagi ada idea nak jawab quiz.

hurm kalo ma abah tahu, mahu tak mengamuk ni? mati mati!

ritu ma abah pesan siap-siap. tanak dah dengar laz minit study! (peselam – pstuan study laz minit)
abah siap tanya kenapa marks final 2nd year RENDAH SANGAT! (LOWEST among dak teganu)
huh. abah tahu la marks aku. ni la susah bila penaja tahu result. adoii (eh eh, mestila derang nak tahu, penat-penat bagi duit, takkan nak biar je, ape la ko ni lukpi, itu pun takle pikir)

okla, cakap banyak tak guna. masa sangat berkurang.
sebelum berpisah, nak share satu cerita. baru jumpa time blog walking. best sangat!
setiap siri mesti ada nasihat. dan banyak kut boleh dipraktikkan bila dah k*wen nanti haha.
seriyes! sedap sangat! nih aku copy cikit dari dia punya part menarik bagi aku, yang lain, baca sendiri. nanti aku letak link ok!

*********************************************

“Ridhu..” panggil Madihah lembut.

Apa la Ridhu ni. Dah la tengok cite ala-ala zaman napoleon, pastu sikitla punya kusyuk. Wife yang sikit punya cantik.. erkk..? okay, Ridhu pernah cakap dia cantik hari tu..hurm wife yang baik punya terlentok sebelah dia pon tak hirau.

“Ridhu..” Madi panggil lagi.

“Hurm.. You nak apa, Madi?” jawab Ridhu sambil usap kepala Madi yang dah elok je landing atas riba dia.

“Have u fall in love before?”

Ridhu pandang Madi sekilas.
“Ni soalan syllabus mana keluar tiba-tiba ni Madi?”soal Ridhu. Kali ni dah tak usap dah kepala Madi, diketuk perlahan.

“Apa ni, main ketuk-ketuk kepala orang? Tak sayang bini ke?”rungut Madihah.

Ridhu tersenyum. She love talking very much!
“Sayang la. Ingat orang tak sayang bini ke?”

Madihah cuma tersengih. Eleh Ridhu ni, usik sikit pon nak sentap ke.
“I tanya tadi, you tak jawab lagi,”ujar Madi lembut.

Ridhu tarik nafas dalam. Dihembus perlahan.
“Never.”

Ringkas jawapan Ridhu, tapi bermakna.
“Iye ke, Ridhu?”soal Madihah nakal.

Ridhu tarik hidung Madihah.
“Ouch” Madihah terjerit kecil sambil usap hidung yang baru lepas kena tarik. Sakit jugak la.
“Tu denda sebab meragui statement I.”

“Kenapa never?”

“You, Madi?”soalan Madihah dibiarkan tak bersambut.

“Tak juga. Same. Never.”

“Haa. Cakap orang. Dia pon sama. I pon nak tanya la. Kenapa never? Jangan kata you tak minat lelaki. Risau i.”

Madihah dah tergelak besar.

“Entahla. I just feel that it’s not proper. Maksud I, I tak minat la semua tu. Having a boyfriend, out for a date, holding hands..semua-semua tu topup sebelah kiri yang dah sedia banyak je. And I don’t think that people yang buat semua tu atas tiket cinta. Bagi I, semua tu nafsu je.”

“What makes you think in that way, Madi?”

“Learn from people around me. Makes me scared. And I do have think, if at the moment im going out for a date, holding hands, suddenly Izrail tarik nyawa I, sia-sia mak bertarung nyawa lahirkan I, sebab at the end, I didn’t do something good yang boleh ringankan mak kat akhirat, but I do burden her with my fault. Nanti mesti Tuhan akan soal mak kenapa tak boleh didik I jadi muslim. Semua salah tu nanti akan jatuh kat bahu mak, dengan abah,”tutur Madihah perlahan.

“I’m proud of you, Madi. You tahu tak apa yang I rasa sekarang? I’m really grateful to have you as my wife.”

“Grateful?”

“Yeah. Being a husband, it is full of responsibility. Apa saja perlakuan you, I yang tanggung. Just now you cakap, semua salah tu jadi beban kat bahu mak dengan abah. Dan once I terima nikah you, semua beban tu dah jadi kat bahu i. That’s why orang cakap tanggungjawab ayah lepas bila anak perempuan dah get married. But people todays didn’t understand the meaning of tanggungjawab yang lepas. Dia orang ingat,tanggungjawab tu dalam konteks bagi makan pakai.Tapi yang sebenarnya, tanggungjawab tu means, orang yang akan tanggung dan soal jawab dengan Tuhan nanti segala perlakuan isteri atau anak.”

Madihah terkesima. Macam dengar rancangan Halaqah. Baru hari ni, dia belajar sikit lagi pasal Ahmad Ridhuan.

No wonder abah really trusts him.

“That’s why I’m really grateful to have you as my wife. Tak banyak I nak kena lentur you. I just hope that we can topup each other. Mana I salah, you boleh tegur. Doesn’t mean that I’m a husband, I had perfect enough. You kena ingat tu. I pun manusia. I bukan nabi yang maksum. Selagi you rasa tindakan I dah langgar batas sepatutnya, you boleh tegur I. Tu tandanya you sayang I sebab you mesti tak nak I hanyut kan, Madi?”

Madi angguk perlahan. Ketap bibir.

“Ridhu, kenapa you tak pernah bercinta?”

Ridhu tarik senyum segaris. Diusap kepala Madihah perlahan.
“I nak corak kehidupan I, keluarga I, yang terbaik. Just say that, kalau I bercinta, last-last nanti I mesti kawin kan. Dah kawin, dapat anak. Semua orang yang ada anak, mesti harap anak jadi orang baik-baik kan. Tapi, macam mana Tuhan nak bagi kalau permulaan mendapatkan anak tu pon dah tak elok. Macam you kata tadi la, dating, holding hands, pastu kawin. The beginning pon dah langgar hukum Tuhan, how can He repay us with something good at the end?”tutur Ridhu lembut.
Madihah angguk. Kata-kata Ridhu dah meresap dalam kepala.

*********************************************

best x? best kan(cakap la best..beSt..BEST plezzz)
kalolah ditanyakan sebegitu, aku pun tak mampu nak jawab sesedap camtu (eceh berangan dapat yang romantik haha)
ungkin ini cerpen, bolehlah nak karang sedap-sedap kan (kot la)

erm bawah ni dia punya episod..klik la ek. sedap do!

tu je..dan last sekali, nak tukar template blog.tak best ah yang ni.
(‘sanggup berblogging tuh, exam esok lusa dah’)
(“alar manusia, hati tak tetap, mudah puas dengan sumtin. exam? takpe insyaAllah sempat.ngee”)

entry agak panjang kan. yang gatal taip luppyrules tu kenapa? heh

satu lagi, yang cerpen bawah tu korang baca la sambungan dekat iluvislam.(klik!)


okla. nak usha cerpen buku medic plak.
take care!
wassalam.

be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind!

malam pathology

salam
lama tak update
meh nak update sikit

da almost 2 weeks kat mesir
alhamdulillah demam demam sikit je
semua okay setakat ni
rumah..okay!
kuliah..okay!
persekitaran..okay!
pelajaran..KIV dulu
hihi

ermm pagi tadi dah ada 'sub'exam
exam pathology..baru 3 minggu belajar..dah exam woo
mesti ada yang tertanya-tanya kan..
camne exam?
"bolehlaa"
dapat jawab tak?
"jawab cincai-cincai je"

tapi apa yang aku nak share kali ni berkisarkan apa yang berlaku malam tadi
malam sebelum exam

semalam, tengah aku duk syok study (syok la sangat)
ada la 2 orang kawan aku datang kacau aku..menagih kasih sayang kut haha
pulak tu, ada benda pelik dia buat dalam bilik aku,
sampaikan aku tutup buku, layan derang..haha
nak tahu apa derang buat,
jemput-jemput tengok apa yang aku rakamkan malam tadi,
zasssssssss layannn..
*saje share untuk suka-suka yer*



(lepas video ni, mereka bukan kawan aku dah..haha..malu malu)

ni lah punca tak berapa nak boleh jawab pagi tadi (alasan kukuh semacam!)
bape kali rakaman ni nak boleh ke jadi..tu pon tak sempurna
takpe takpe..best jugak layan sesama sendiri bila berjauhan ni

mak abah, nanti-nanti hapih call ek..demam dah kebah, alhamdulillah. bolehlah nak call pasni. kang kalau call time demam-demam batuk-batuk, risau berlebihan pulak mak abah nanti. apapun, buat teman-teman, selamat berjuang di tahun 3. moga kejayaan milik kita bersama, insyaAllah. ameen~

wassalam

(video akan menyusul di youtube..maaf audio kurang memuaskan)

tonight's gonna be a good bye

......
that tonight’s gonna be a good bye
that tonight’s gonna be a good good bye ooh hoo
(this isn't good at all la)

Sambungan cerpen entry sebelum ni...

“boleh kita jumpa sekejap?” soal wanita tersebut. Setelah di beri alamat, Anis bergegas ke tempat yang dijanji. Dia terpaksa melanggar kehendak Lutfi agar tidak memandu jika hendak ke mana-mana. Maafkan sayang abang, bisiknya dalam hati. Hatinya berdegup kencang, siapakah wanita tersebut. Soalannya sahaja sudah cukup membuatkan Anis terasa ingin jatuh rebah ke bumi. Sungguh tegas nada suaranya.

“maafkan saya menyusahkan Puan,” ucapnya sebaik sahaja Anis sampai di meja. Anis tersenyum dalam payah kerana membawa si kecil di dalam perut.
Di kiri wanita tersebut ada seorang kanak-kanak kecil berusia tiga tahun. Comel dengan tudung ikat di kepala. Tersenyum ke arah Anis. Lantas Anis menghulur tangan, kanak-kanak itu pantas mencium tangan Anis mesra. Moga anakku juga seorang yang menghormati orang tua.
“sepatutnya saya datang ke rumah Puan, tetapi disebabkan tugas saya sebagai ejen insurans membataskan saya ke sana, sekali lagi maafkan saya,” tutur wanita tersebut. Kali ini kedengaran agak mesra.
“puan, kita pesan makanan dulu,” lembut tuturnya. masyaAllah, cantiknya dia dalam busana muslimah dilengkapi tudung labuh. Aku hanya mengenakan pakaian biasa-biasa sahaja. Terasa kerdil diri ini.
“boleh akak tau nama?” soal Anis yang membahasakan dirinya sebagai akak. Melihatkan wanita ini tampak lebih anggun dan menarik.
“eh, saya rasa umur kita lebih kurang. Panggil nama je lah. Sue. Nurul Syuhaidah Suhaimi,” tuturnya tersenyum manis.
“panggil saya Anis je,” balasku.

“macam mana Sue tahu nama suami saya?” soal Anis sebaik sahaja mereka habis menikmati makanan.
“masa saya pergi ke hospital, zauj Anis yang rawat saya. Masa tu migraine saya teruk sangat. Saya nampak gambar akak dan akh di bilik dia,” jujur jawapannya. Namun seperti ada yang tidak lengkap, Anis menutupnya dengan istighfar. Ini pintu syaitan untuk merosakkan ukhwah yang baru ingin dibina.
“Anis, boleh saya ke rumah Anis nanti,” tutur Sue lambat-lambat.
“ eh boleh. Boleh sangat. Lagipun saya dengan suami bercadangnak beli insurans,” Anis menyambutnya dengan mesra.
“Anis, akh Lutfi dah belikan satu pakej insurans yang lengkap untuk Anis sekeluarga. Sebab tu saya minta Anis datang jumpa. Lepas ada appointment dengan client lagi. Maaflah Anis, saya tak boleh lama-lama. Nanti bila saya nak ke rumah saya call,” ucap Sue sambil jemarinya pantas mengemas buku-buku di atas meja. Pertemuan kami berakhir dengan berlaga pipi.

Anis masih dalam keadaan tertanya-tanya. Lagaknya seperti siswi baru pulang dari tanah arab. Akh Lutfi? Kenapa tidak Dr. Lutfi? Ahh, ada-ada saja aku fakir. Mungkin memang itu caranya.

*****
“sayang, malam ni kita makan luar ya,” ajak Lutfi sebaik sahaja aku ingin melangkah ke dapur.
“takpelah bang, kita masak je. Yang simple-simple pun takpe,” pujuk Anis. Tanpa banyak bicara Lutfi menarik lembut tangan isterinya ke dalam bilik dan memilih baju yang sepadan buat isteri tercinta. Anis akur dalam keharuan. Sebenarnya dia merasa tidak sedap badan malam ini. Mungkin kerana due datenya yang semakin hampir.

Belum sempat Anis melangkah keluar dari perut kereta, dia terasa sesuatu yang kurang enak. Perutnya perlahan-lahan sakit. Dia tidak mampu melangkah keluar keringat dingin memercik di dahi. Lutfi yang menyedari perubahan tersebut, “sayang, ok ke?”
“abang, Sayang sakit…” Anis tidak dapat meneruskan tuturnya. Tangannya memicit-micit pinggang yang kian terasa sakitnya. Tanpa banyak bicara, Lutfi terus meluncur laju ke hospital berdekatan. Di dalam perjalanan lagi air ketuban Anis sudah pecah. Lutfi tetap cemas dalam tenang. Mulutnya terkumat-kamit berdoa. Memohon keselamatan dan kemudahan dari-Nya.

Tepat jam 8 malam, tangis bayi kedengaran dari labor room Hospital Tawakkal. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki yang amat comel. Lutfi terus mengazankan puteranya itu engan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, Anis dimudahkan bersalin. Kesemua ahli keluarga mengangkat tangan tanda syukur ke hadrat Ilahi. Seorang bayi selamat dilahirkan.
“assalamualaikum sayang,” itulah ucapan pertama Lutfi kepada Anis.
“waalaikumussalam abang,” jawab Anislemah. Namun dia tetap gagahmegukir sebuah senyuman.
“terima kasih kerana sudi melahirkan anak kita. insyaAllah kita akan sama-sama mendidiknya dengan sibghatullah,” tutur Lutfi lembut. Lantas dikucup ubun-ubun isterinya. Lenyap segala kesakitan sebentar tadi. Lutfi mengelus lembut jemari isteri kesayangannya. Tidak pernah terbayang yang dia akan mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia. Hamdan lillah.

*****
Ibu dan ibu mertuanya akan menjaga Anis sepanjang pantang secara bergilir-gilir. Pantang pada peringkat awal dipantau oleh ibu Anis sendiri. Kesemua ibunya sediakan bagimenjamin kesihatan anak dan cucunya. Lutfi senang dengankehadiran ibumertuanya, sekurang-kurangnya dapat menemani Anis. Kadang dia berasa bersalah kerana bebanan kerja di hospital mencuri ruang untukya bermesra bersama keluarga terutama Muhammad Al-Fateh. Puteranya itu.

*****
“assalamualaikum,” kedengaran suara orang memberi salam. Tika ituhanya Anis dan Muhammad Al-fateh sahaja berada di rumah. Kebetulan ibunya ke kedai berdekatan bagi membeli herba untuk direbus buat Anis.
(bersambung)

_______________________________________________



hurm..
hari ini 18/10/09..tiket balik aku 19/10/09
Jadi hari ni kena bergerak ke kuala lumpur. Bermalam sehari
Malam esok, akan ku tinggalakan lantai tumpahnya darah masa aku lahir dahulu (tataula btol ke x)
yang tak sukanya, mak tanak hantar KLIA sebab letih..adik2 pulak konon tanak ponteng sekolah 2 hari..budak2 sekola skang sengal btol! org dulu nak sangat cuti tak sengaja..!

actually, nak gunakan peluang yang ada ni
...nak ambil kesempatan (ayat macam jahat) ingin memohon maaf kepada semua kenalan-kenalan..eh lupa, kepada ahli keluarga dan saudara mara yang utamanya..kang lupa, kecik hati mereka yaang cukup-cukup berjasa dalam hidup aku

MAK, ABAH, ALONG, NAQID, CAH, NABIHAH, HAZIM & BABY..
hapih mohon maaf kalau pernah menyakiti hati kalian semua..tapi dalam lubuk hati ni, hapih sayangggg sangat kat semua. tanak kalau ada diantara kita dipisahkan. hapih nak jumpa lagi lepas ni...hapih doakan moga ada lebih banyak lagi masa untuk bersama..thanx 4 everything! doakan hapih dan kawan-kawan di sini..

Buat teman-teman,
mungkin sepanjang keberadaan aku di sini (owh aku tak berada ok!), aku tak sempat nak jumpa, tak sempat nak bagi hadiah yang korang kirim (jenis ni banyak haha), gurau lebih-lebey, me'mapuh', mengumpat, MENIPU, atau apa-apa je lah yang boleh melonggarkan ikatan silaturrahim kita..maafkan aku!

Aku tak sempurna, jenis aku suke cakap lepas, dengan niat bergurau semata-mata.betul! tak tipu..aku suka loyar buruk (langsung takde faedah), aku nak tengok kawan-kawan aku gembira..walaupun dalaman aku menangis..

Buat semua, andai Allah dah takdirkan kita bole bertemu lepas ni, jangan bimbang. kita pasti dapat bertentang mata semula..kerana itu janjiNya. Andai sebaliknya, moga pertemuan kita sebelum ini mendapat keredhaanNya.

Pohon sama-sama doakan semoga segalanya berjalan dengan baik,sampai destnasi dengan selamat
dan yang paling penting, DOAKAN KEJAYAAN kami pelajar-pelajar tahun 3 perubatan
(best student aku cakap tahun ni susah, aku bad student ni camnelah?)

p/s: harap-harap Mesir ada perubahan..harap sangat! (walaupun mustahil)
p/s: kawan-kawan, tolong la aku tuk catch up balik apa yang aku TERPONTENG..aku tak bijak nak blaja sorang-sorang. baca buku pato kat mesia, macam nak gila sampai layan novel jadinya.ngee~

-wassalam-

tolonglah baca..tak rugi!

salam wbt
tiada apa nak update
cuma nak share satu cerpen
honestly aku jatuh ahti dengan cerpen nih
sebab watak dia ada kaitan......erm korang baca la dulu
memang panjang tu pon bukan ending lagi
tak paksa baca hihi tapi rugi au kalau tak baca


ok..here!
proudly present: SAYANGI DIA

“Anis, boleh la,”pujuk ibu. “Anis taknak lah ibu,ibu tengoklah dia tu, tak semenggah je,” balas Anis perlahan. “dia kan baru balik pejabat, mesti letih. Anis pergilah berbual dulu dengan dia,” ibu masih tidak mengalah.
“Assalamualaikum,” sapa Anis
“waalaikumussalam Anis,”jawabnya sambil tersenyum. “Anis sihat?” soalnya.
“Alhamdulillah,” jawabnya acuh tak acuh. Kalau tak kerana ibu dah lama dia tinggalkan makhluk ni.
Suasana sepi tanpa bicara. Lutfi menunggu butir bicara dari gadis itu, namun seperti tiada apa-apa yang hendak dibualkan. Lima minit berlalu, “Anis takda apa-apa rancangan lepas ni?” soalnya.
“rancangan apa?” tiada nada lemah-lembut langsung sebagai seorang perempuan.
“Anis kan baru habis belajar, tak rasa nak cari kerja ke?” soal Lutfi ingin mencari ruang keserasian antara mereka.
“semua ni rancangan ibu. Anis dah cakap yang Anis belum bersedia nak kahwin, tapi ibu yang pandai-pandai cari calon untuk Anis. Lebih baik awak cari je perempuan lain yang lebih baik,” entah mana dia dapat kekuatan untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kelakuan ibunya. Dia rimas setiap kali ibu memperkenalkan seseorang untuk dibuat menantunya, sedangkan dia belum terfikir ke arah itu.
Lutfi terkesima. MasyaAllah. Lantas dia beristighfar.
“saya balik dulu,” ucap Lutfi setelah Anis seolah tidak memberi respons terhadap perbualan yang ingin diciptanya.
“lepas ni pastikan kita tak berjumpa lagi. Cakap je kat ibu yang awak tak berkenan dengan saya ya,” pesan Anis sebelum lelaki itu melangkah ke dalam perut kereta. Lutfi hanya tersenyum nipis sebelum meninggalkan perkarangan rumah kayu yang sudah usang.
Dalam hatinya terdetik, kenapalah gadis itu tidak mengerti maksud ibunya yang sebenar. Sayang, belajar tinggi sampai Perancis tapi susah mengerti naluri ibu sendiri. Astaghfirullah.

“Ibu, dah la. Anis tak suka ibu aturkan jodoh Anis la. Anis baru balik dah suruh nikah. Ishh, lelaki sekarang ni bukan baik pun,” rungut Anis setelah Lutfi pulang. Ibu hanya tersenyum mendengar leteran anak perempuannya itu. Dia mengerti hati anaknya itu, namun dia harus mengorbankan pengertian ini. “Ya Allah, lembutkan hati anakku. Berikan dia kekuatan menghadapi hari mendatang,” doa sang ibu di dalam hati.

***************
“Anis sayang, hari ni teman ibu ke pasar ya. Ibu nak masak makaroni bakar. Anis suka kan?” lembut tutur seorang ibu terhadap anaknya.
“macaroni bakar? Hah,jom ibu,” melompat Anis mencapai kunci kereta. Enjin dihidupkan. Tiba-tiba hon kereta kedengaran. Anis ni, tunggulah kejap. Tak sabar-sabar budak ni. Sangka ibu itu hon kereta dari anaknya, namun Anis yang sudah bersedia untuk mengeluarkan kereta terkejut dengan hon tersebut. Hantu mana pulak ni hon aku, aku rasa takda buat salah pun. Gerutu Anis dalam hati.
“Assalamualaikum Anis,” sapa seorang pemuda berkaca mata hitam. Ishh, mamat mana pulak ni. Macam lalat gila je aku tengok.
“Waalaikumussalam, siap…” belum pun habis ayat yang dituturkan dia sudah dapat mengagak siapa yang menegurnya. Cermin mata hitam ditanggalkan pemuda itu. “Awak nak pergi mana?” soalnya.
“yang sibuk hal orang apehal. Sukatilah,” jawab Anis sambil berlalu pergi.
“sabar Lutfi. Dia perempuan yang baik, cuma keadaan yang menjadikan dia begitu,” pujuk Lutfi dalam hatinya.
“Bu, tak jadi pergilah,” ucap Anis sebaik sahaja Puan Mariah tergesa-gesa keluar bersama bakul pasar.
“makcik nak pergi pasar ya?” tegur Lutfi dari jauh.
“Eh, Lutfi! Bila sampai?” soal Puan Mariah tersenyum meleret memandang Anis. Anis hanya menghadiahkan jelingan tajam kepada Lutfi.
“Tak paham bahase, orang cakap taknak, taknaklah. Ape sebal sangat mamat ni,” rungut Anis perlahan.
“Anis tak baik cakap macam tu,” pujuk ibu.
“Alah bu, dia tu macam jantan lain jugak. Suka ambil kesempatan. Ibu tengoklah muka miang dia tu,” balas Anis. Bukan ingin melawan kata-kata ibunya, tetapi meluatnya kepada Lutfi tak dapat dibendung lagi.
“Anis!” tegur ibu.

***************
“Anak ibu belum tidur lagi?” soal ibu sebaik sahaja melangkah masuk ke kamarku.
“Belum mengantuk lagi. Ibu nak tidur dengan Anis ke?” soalnya menyeringai.
“Cakap je lah yang Anis nak tidur dengan ibu kan?” soal ibunya kembali sambil mencubit pipi anaknya yang gebu itu.
“Anis sayang...,” panggil ibunya lembut.
“Ya bu, ada apa?” balas Anis sambil menutup novel Inggeris ’P/s I Love You’ yang dibacanya sebentar tadi. Puan Mariah memandang sayu tepat ke wajah redup anak tunggalnya itu. setelah pemergian arwah suamniya, Encik Zainol hanya Anis yang dia ada. Wajah anak tunggalnya itu saling tak tumpah seperti arwah abahnya. Kadang, dia merindui arwah suaminya tatkala memandang wajah Anis.

“Ibu sayang, kenapa termenung ni? Teringat kat siapa? Orang ada depan ibu pun, sempat lagi ibu layan jiwang ibu,” rungut Anis manja.
Sememangnya Anis anak yang manja, dan mempunyai jiwa yang lembut. Walaupun dia cuba berlagak kuat, namun dia tahu naluri anaknya itu sangat halus.
Puan Mariah tersenyum cuba menutup kerinduan yang bersarang di hati, “Taklah, ibu tengok anak dara ibu ni makin cantik,” pujinya
“Haa ibu ni, mulalah tu. Nak suruh Anis kahwin. Ibu, Anis tak nak bu. Tolonglah faham,” Anis cuba sedaya upaya berlembut dengan ibu kesayangannya.
“Anis tau tak kenapa ibu susah payah cari bakal suami untuk Anis?” soal ibunya kembali
“Tak tahu dan tak nak tahu,” jawabnya sambil menarik selimut berpura-pura mahu tidur.
“Sebab ibu taknak Anis ’hidup’ macam dulu,” tegas ayat yang dituturkan. Anis tak jadi tidur, dia tergamam dengan ayat itu. Ibu pernah janji takkan ulang ayat itu lagi, tapi kenapa hari ini ibu ungkit kembali kata-kata tu.
Tiba-tiba mata Anis terasa panas, “Bu, kita tidur ya. Anis mengantuk sangat,” ujarnya setelah kolam matanya hampir penuh. Takut-takut kalau dilihat ibu, hatinya kembali terluka. Lampu ditutup. Hanya lampu tidur sahaja yang menyala. Air matanya membasahi pipi. Dia gagal menahan air matanya dari terus keluar.
“Ibu, kenapa ibu ulang ayat tu lagi? Tahukah ibu yang anakmu ini sedaya upaya melupakan kenangan tersebut?” monolognya didalam hati. Tangisnya mengeluarkan esakan kecil. Hatinya kembali terguris kerana peristiwa semalam yang tidak pernah padam. Walau dia cuba, dia kalah dalam pertarungan itu.

Pagi itu dia bangun seperti biasa, cuma ada sedikit kelainan pada wajahnya.
“Hari ni Lutfi datang jemput Anis,” ujar Puan Mariah sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Anis. Anis tersenyum nipis, dia tidak bertanya ke mana Lutfi ingin membawanya, yang pasti hari ini bukan seperti semalam lagi. Sepanjang perjalanan ke rumah Lutfi, Anis hanya mendiamkan diri melawan perasaan. Sesekali air matanya merembes keluar, dia harap yang Lutfi tidak melihat keadaan itu.
“Kita berhenti makan tengahari dulu ya,” itulah ayat pertama yang diucap Lutfi setelah hampir sejam perjalanan. Dia membelokkan kereta ke kiri dan terdapat beberapa buah gerai di situ. Anis turun mendahului Lutfi dan duduk di bangku gerai paling hujung sekali. Lutfi terpaksa mengikut rentak gadis itu. Sedari tadi dia memikirkan mengapa Anis bertingkah sebegitu. Tiba-tiba sahaja dia bersetuju untuk menemui ibu bapanya tanpa banyak soal seperti biasa. Pelik.
“Awak nak makan apa?” tanya Lutfi sebaik sahaja pelayan gerai itu datang untuk mengambil order.
“Jus Tembikai Susu dan Nasi Goreng,” pesan Anis kepada pelayan tersebut. "Nasi goreng apa kak?" soal pelayan itu. "Ape-apelah. Nasi Goreng Bangla pun takpa," balasnya agak kasar. walaupun riak mukanya membendung sesuatu yg berat. Lutfi mencelah, “Samalah dik,”. Tiba-tiba gadis dihadapannya tersenyum nipis ke arahnya. Dia tahu senyuman itu tidak ikhlas. Mungkin ingin cuba menutup kekasarannya sebentar tadi.
“Anis,” seru Lutfi.
“Ada apa?” soal Anis menyedari yang Lutfi memanggilnya. Baru kali ini Lutfi dapat melihat wajah gadis itu secara dekat. Astaghfirullah. Bukan ini yang aku belajar bertahun-tahun di Mesir dahulu. Walaupun kini dia bergelar doktor, tidak semestinya dia harus melupakan syariat. lantas dia melupakan niat untuk bertanya sesuatu. Persoalan tinggal persoalan. Benaknya diasak pertanyaan mengapa Anis tiba-tiba bersetuju untuk menerimanya dan dia seolah sedang menahan perasaan. Matanya bengkak. Adakah tangisnya kerana aku? Ya Allah berdosanya aku kiranya aku yang membuat dia terpaksa menerima aku.
Selesai menjamu selera, “Anis, saya hantar awak pulang,” tiba-tiba Lutfi bersuara. Anis langsung tidak terkejut dengan ujaran Lutfi, namun “Dengan syarat,” jawab Anis. Berkerut dahi Lutfi, “Bawa saya jumpa mak ayah awak dulu, baru boleh hantar saya balik,” jelas Anis. Lutfi akhirnya akur dalam paksa. Adakah Anis mempunyai agenda tersendiri? Astaghfirullah, tak baik su’zhon dengan orang).

“Dengan syarat,” jawab Anis. Berkerut dahi Lutfi, “Bawa saya jumpa mak ayah awak dulu, baru boleh hantar saya balik,” jelas Anis. Lutfi akhirnya akur dalam paksa. Adakah Anis mempunyai agenda tersendiri? Astaghfirullah, tak baik su’zhon dengan orang.

***************
“Assalamualaikum umi, abi,” sapa Lutfi tatkala melihat kelibat Puan Marina dan Encik Khairuddin di perkarangan rumah mereka. Ternyata Lutfi bukan sembarangan orang. Rumahnya sudah cukup memberitahu yang dia anak orang berada dan terhormat. Anis keluar dari perut kereta bersama senyuman. Dia perlu mengukir senyuman paling ikhlas buat bakal mertuanya ini.
“Masuklah Anis,” sapa Puan Marina. Anis tersenyum, masih seperti tadi. Lagaknya agak kaku, mungkin segan.
“kenapa lambat sampai Lutfi?” soal Puan Marina sewaktu mereka berkumpul di ruang tamu.
“berhenti solat dan makan umi. Hampir tengahari baru kami bertolak,” jujur jawapan Lutfi.
“Anis mesti letih, pergilah berehat dulu. Nanti umi panggil kita makan malam sekali,” tutur Puan Marina. Umi? Lidahnya kelu seketika. Begitu cepat dia membahasakan diri sebagai umi, sedangkan aku masih belum bersedia sepenuhnya. Ya Allah. Melihatkan ketidakselesaan Anis, “Anis kenalah belajar panggil umi dari sekarang, nanti taklah kekok,” sambung ’umi’ lagi. Anis hanya tersenyum.
“Takpalah umi, tak penat sangat pun. Biar Anis tolong umi sediakan makan malam,” ujar Anis lambat-lambat.

Akhirnya dia berkesempatan untuk merehatkan diri. Usai solat Isya’ dan berwirid, dia mengambil keputusan untuk mengambil angin di balkoni. Mujur penghuni lain sudah tidur, dan Lutfi ada on call di hospital tadi. Kesian dia, kerja tak tentu masa.
“Hmm, bestnye dapat menikmati angin malam sorang diri,” ujarnya di dalam hati. Apa khabar ibu agaknya? Ibu dah tidur ke? Baik aku call ibu. Aiseh, bateri kong plak. Buathal betullah. Ibu, moga ibu dalam lindungan rahmat Allah sentiasa, doanya di dalam hati.

Sedang asyik menikmati angin malam, telinganya mendengar derap kaki dari jauh. Alamak, siapa pulak tu? Takkan hantu kot. Telinganya dapat menangkap semakin dekat derap kaki tersebut ke arahnya. Ya Allah selamatkanlah aku dari segala bala bencana. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan doa serta ayat-ayat suci Al-Qur’an. Dia mendengar desah nafas seseorang semakin dekat, terasa seperti ada lembaga berdiri di belakangnya. Tubuhnya menggigil ketakutan. Ya Allah, apa yang ada kat belakang aku ni. Selamatkan aku ya Allah.

Tiba-tiba

Mulutnya ditekup dengan kain. Anis cuba meronta-ronta melepaskan diri. Namun apalah kudratnya seorang insan yang lemah berbanding ’seseorang’ itu. Dalam keadaan samar-samar Anis cuba mempertahankan dirinya. Dia hampir lemas dengan tekupan itu. Tangannya digenggam kuat, kakinya cuba memijak-mijak kaki ’seseorang’ itu. Ternyata ’seseorang’ itu adalah lelaki yang berbadan sasa dan tinggi. Anis cuba menjerit, tetapi sayang jeritannya terlalu perlahan. Setelah lima minit bergelut, akhirnya Anis pengsan akibat terhidu sesuatu dari kain yang ditekup. Dia terkulai lemah.
Lelaki tersebut meneruskan niatnya untuk merompak seberapa harta yang boleh dirompaknya. Selang beberapa langkah, dia undur semula.
“Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari,” ujar perompak itu tersenyum penuh makna. Dia mendukung Anis ke dalam biliknya bersedia untuk menjadi mangsa.

“Dummm,” bunyi dentuman yang kuat memecah sunyi. Perompak itu tumbang, “Arghh,”. Badan Anis terhempas jatuh ke lantai.
“Anis..Anis,” Lutfi memanggil-manggil Anis. Cuba untuk menyedarkannya. Perompak itu pengsan setelah mengena hentakan pasu di kepalanya. Sewaktu pulang ke rumah, dia merasakan seolah ada sesuatu yang berlaku. Hatinya tidak enak. Fikirannya tertumpu kepada Anis walaupun cuba dielakkan degan memperbanyakkan istighfar, jiwanya masih lagi tidak tenteram. Sangkaannya benar setelah dia melihat pintu rumahnya terkuak sedikit dan menyaksikan seorang gadis terkulai layu. Dia yakin itu adalah Anis. Dia perlu berhati-hati berdepan dengan perompak, takut-takut kalau dia mempunyai senjata dan keselamatannya melayang.
“Lutfi, ada apa ni?” soal umi dan abi. Mereka terjaga dari tidur apabila terdengar dentuman yang kuat dan suara Lutfi memanggil-manggil Anis. Belum sempat Lutfi membuka mulut, “Ya Allah, apa dah jadi ni?” soal umi melihatkan keadaan tersebut.
“Lutfi tak tahu umi, abi. Tapi Lutfi yakin lelaki ni perompak dan dia cuba melakukan sesuatu kat Anis. Mujur Lutfi sampai pada waktunya. Abi, boleh tolong telefon polis,” pinta Lutfi. Dalam waktu yang sama, dia memeriksa Anis. Mungkin ada kecedaraan atau tidak. Lutfi terpaksa mengalihkan Anis ke atas katil, baginya ini darurat. Bola mata Anis bergerak-gerak, jemarinya juga menunjukkan reaksi yang sama. Perlahan-lahan matanya dibuka, terasa kepala amat berat sekali. “Arghhhh...arghhhhhhh,” tiba-tiba Anis menjerit. Meronta-ronta seolah trauma dengan kejadian sebentar tadi. Lutfi cuba menenangkannya, tetapi ditepis hebat.
“Anis, mengucap Anis. Ini umi,Anis. Umi sayang,” Puan Marina cuba memujuk bakal menantunya, air mata Anis mengalir deras. Wajahnya pucat, tangannya menggigil. Puan Marina memeluk Anis erat. Esak tangisnya jelas kedengaran, butir bicaranya kabur. MasyaAllah, kesian Anis. Dia seorang wanita yang amat halus perasaannya. Astaghfirullah, apa yang aku cakap ni. Ujar Lutfi dalam hati. Dia beristighfar berkali-kali, takut ia menjadi fitnah di dalam hatinya.

***************
Anis menuruni anak tangga perlahan-lahan, kepalanya masih terasa berat. Tekaknya kering, terasa dahaga. Setelah membasahkan tekaknya dengan dua gelas air kosong, dia berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Terdapat kolam ikan yang dibina disebelah kiri taman mini rumah itu. Empat ekor ikan kaloi berenang bebas, Anis tersenyum. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Senyumannya manis sekali. Matanya yang bundar kelihatan sepet sedikit. Dia leka bermain-main dengan ikan-ikan tersebut sehingga tidak perasan yang dirinya diperhati. Anis masih leka menilik setiap pokok yang ditanam di taman tersebut. Ada pelbagai jenis Orkid dan Ros, Kaktus dan macam-macam lagi. Dia terasa bebas.
“Anis,” sapa seseorang. Terkejut Anis apabila bahunya dipegang dari belakang. Satu senyuman dihadiahkan buatnya. Kuus semangat.
“Umi,” Anis mengurut dadanya sambil menarik nafas.
“Khusyu’nya bakal menantu umi ni, minat ke?” soal umi tersenyum. Patutlah umi nampak muda dari usia yang sebenar.
“Takdalah umi, saje tengok-tengok. Umi minat menanam ya?” soal Anis ramah.
“Ikutkan dah tua-tua camni, malas juga. Tapi Lutfi yang beria-ia suruh umi tanam. Umi tanam je, dia yang jaga semua ni. Tak larat dah umi nak membelek,” terang Umi.
Lutfi?
“Apa sebut-sebut nama orang ni?” soal satu suara dari belakang. Di tangannya terdapat dulang berisi teko dan cawan. Lutfi buat air? Rajin juga dia ni. Alah, semua lelaki baik depan mak. Pijak agar-agar pun tak hancur. Astaghfirullah apa aku cakap ni, jangan rosakkan harapan ibu. Bu, Anis rindu kat ibu. Kenapa ibu buat Anis camni? Hatinya merintih sendiri. Fikirannya menerawang jauh teringat akan ibunya.
“Anis,” seru Lutfi.
“Hah,apa umi?” dia seolah baru tersedar dari lamunan. Ketawa Lutfi berderai, “suara macho camni awak kata umi. Anis..Anis. tak baik mengelamun depan bakal suami,” usiknya. Ketawanya masih bersisa. Mana umi? Laa, aku tak sedar pun yang umi dah takda. Kalau umi bangun tadi, aku ikut sekali. Tak kuasa aku duduk dengan makhluk Allah ni. Sabar je lah.
“dah sihat?” soal Lutfi mesra. Dia tengok aku ni sakit terbaring lagi ke? Cerdik betul soalan. Anis membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang, ibu taknak Anis hidup macam dulu. Ya Allah. Dia bangun dan kembali membelek pokok-pokok yang terdapat di situ. Malas melayan Lutfi.

***************
“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin rm80 tunai,” lafaz Lutfi dengan penuh lancar dan tegas.
Air matanya berucucran. Dia tidak tahu sama ada air mata itu penuh kegembiraan atau kedukaan. Ingin katakan dia gembira, sedih juga bercampur. Sedaya upaya dia cuba mempamerkan riak wajah terharu dan gembira. Bibirnya mengukir senyum. Setelah upacara pembatalan air sembahyang dan menyerah mas kahwin selesai, pengantin dirai di kediaman pihak perempuan. Tentunya orang yang paling sibuk di hari tersebut adalah ibunya, Puan Mariah. Seharian mereka melayan tetamu yang tak putus-putus datang. Akhirnya mereka berkesempatan untuk merehatkan diri setelah lewat malam.

Dia duduk berteleku di tepi katil. Menunggu seseorang. Matanya tertancap pada dua gelas susu segar yang dicampur dengan madu. Apalah yang dia buat kat luar, dah lewat ni, tak letih ke dia? Bisiknya dalam hati. Entah ke berapa kali dia menguap, menahan kantuk. Matanya semakin mengecil, tapi di tahan juga. Dia harus menunggu insan itu. Itu kewajipannya setelah akad di lafaz. Akhirnya dia tewas dengan rasa mengantuknya, kepalanya terlentok di bahu katil tanpa sedar.
Pintu bilik terkuak perlahan, dia tahu isterinya sudah berada di alam mimpi. Sengaja dia biarkan Anis tidur dahulu, dia tahu yang Anis belum bisa menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Lantas dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri dahulu. Sebelum itu, dia tersenyum melihat dua gelas susu yang belum terusik.

“awak pergi mana?” soal Anis kepada Lutfi. Dia terpisat-pisat bangun setelah menyedari ada orang di dalam biliknya. Dia masih menggunakan panggilan ’awak’, biarpun terasa juga janggalnya namun dia belum bersedia untuk memanggil suaminya dengan panggilan istimewa. Lutfi yang baru beberapa langkah keluar dari bilik air tersenyum kepada isteri yang terlalu dicintainya. “abang tolong orang kampung kemas kat luar tadi. Ada apa sayang?” soal Lutfi lembut. Malah suaranya sedikit romantis. Merona merah wajah Anis, dia tertunduk tersipu malu. Malah dia tidak terasa ingin bertanya apa-apa lagi. Tiba-tiba tangannya ditarik, “jom! Teman abang. Kita tengok bulan sama-sama,” ajak Lutfi. Anis hanya menurut tanpa bantahan. Genggaman Lutfi erat, dia terasa dirinya benar-benar disayangi oleh lelaki itu. Inilah kali pertama tangannya disentuh lelaki setelah arwah ayahnya. Hatinya senang, tidak sedikit pun Lutfi menunjukkan riak tidak senang. Selepas akad dilafazkan, mata Lutfi mencari-cari kelibat ’orang baru’ dalam hidupnya. Matanya tepat memandang Anis yang anggun dalam busana putih gading sedondon dengannya. Anis tersenyum, perasaannya lega. Lega kerana senyuman itu cukup membuatkan yang Anis ikhlas menerimanya walaupun air mata isterinya bercucuran. Kini, Anis amanahnya.

Anis menghulurkan segelas susu. Dia tersenyum lagi.
“sayang minum dulu,” pintanya.
Anis minum dua teguk dari gelasnya. Setelah itu Lutfi mengambil gelas yang sama dan minum sehingga habis. Diulang perkara yang sama pada gelas yang kedua. Cuma Lutfi yang minum dahulu, setelah itu baru Anis menghabiskan nya. Anis yang kehairanan menurut tanpa bantahan, walaupun benaknya penuh persoalan. Lutfi masih tersenyum.
“kan Nabi Muhammad minum dari gelas dan tempat yang sama dengan Aisyah,” terangnya seolah memahami apa yang membelenggu benak isterinya. Anis mengangguk tanda faham.
“awak, boleh janji dengan saya?” tutur Anis perlahan.
“janji yang awak takkan sia-siakan saya,” sambung Anis. Lutfi tersenyum, tangan isterinya digenggam erat.
“abang akan jaga Anis. Abang akan hapuskan air mata Anis. Rasa sakit dulu abang akan hilangkan, insyaAllah,” jujur tutur suaminya. Tapi, dia tahu ke apa yang berlaku pada aku dulu? Anis terdiam. Bungkam.
“saya bukan perempuan yang baik. Sanggup awak terima saya? ” soal Anis.
“sayang, abang dah tahu semuanya. Dan abang tak salahkan sayang, sikit pun abang tak pandang serong pada sayang,” matanya mencari kejujuran dalam diri lelaki dihadapannya. Matanya tidak menipu. Sungguh dia ikhlas. Benarkah?
“sayang ingat lagi tak pada lelaki yang selalu berkunjung ke pub dulu? Dan dia pernah selamtkan sayang dari menjadi mangsa kawannya, Ben. Lelaki itu adalah abang. Abang tak kisah siapa sayang dulu,” jelas suaminya. Mulut Anis ternganga. Dia tidak percaya pada apa yang dituturkan suaminya sebentar tadi. Lelaki itu adalah Lutfi? Mustahil.

***************
Dulu, sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia[SPM], Anis bekerja secara rahsia di pub ibu kota. Dahulunya, keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Ayahnya seorang ahli perniagaan terkenal dan sentiasa sibuk. Ibunya aktif dengan persatuan itu dan ini. Dan dia, mencari arah hidup sendiri tanpa pedoman. Hatinya pernah ditarbiyyah oleh senior di sekolah, namun sekejap sahaja hatinya terlekat pada tarbiyyah. Tiada bimbingan susulan. Sekadar usrah sebulan sekali, cukupkah? Dia perlukan lebih dari itu. Anis mengambil keputusan untuk bekerja part-time di pub yang agak exclusive, bukan tiada duit, tetapi dia bosan duduk di rumah seorang diri tanpa teman.

Dua bulan dia kerja disitu, tiada masalah. Cuma ada satu hari dia berselisih faham dengan seorang pelanggan barunya. Kebetulan pada hari itu ada sebuah party yang dihadiri anak-anak orang ternama. Bercampur gaul lelaki perempuan. Baginya itu pemandangan yang biasa, tidak ada yang aneh pun. Kebetulan dia diminta untuk menghidangkan sebotol minuman keras bersama ais. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul oleh seorang pemuda tanpa segan-silu, dia terdorong untuk terduduk disebelah lelaki itu.
“eh, apa ni?” soal Anis kasar menepis sentuhan lelaki itu yang semakin berani.
“you ni mengancamlah. So sweet,” ujar lelaki itu berani. Tangannya masih tidak diam mengusap-usap rambut Anis. Memang tidak dinafikan Anis mempunyai pesona yang akan membuatkan setiap mata tidak terlepas memandangnya. Mewarisi darah kacukan Belanda-Arab dari arwah ayahnya, dia memiliki mata bundar yang cukup cantik. Hidung yang mancung serta kulitnya mulus. Dia memiliki paras yang boleh dikatakan agak sempurna. Tidak hairanlah dia menjadi rebutan anak-anak orang ternama. Tapi sayang, dia dahagakan tarbiyyah yang bisa menyempurnakan dia sebagai seorang makhluk terindah.
“teman I tidur malam ni nak?” soal lelaki itu yang semakin berani mendekatkan wajahnya. Satu tamparan hinggap di pipi lelaki tersebut. Walaupun dia suka dipuja, namun dia bukan perempuan murahan yang mudah disentuh sesuka hati. Dia masih mempunyai harga diri.
“hey, what’s the hell? Berani you tampar dia. You tau dia siapa?” soal salah seorang yang turut berada di situ.
“I don’t care dia siapa. Kenapa? Hebat sangat ke?” teriaknya kuat. Dia benar-benar dikuasai amarah. Lelaki ni memang kurang ajar, dia ingat aku ni pelacur? Suka hati dia nak buat apa. Huh!
Pemuda yang baru ditamparnya tadi bangun, menghayun tangan ingin membalas dendam. Sedikit gentar pun tiada dalam benaknya. Malah dia makin menunjukkan lagak berani melawan pemuda itu. Tiba-tiba tangan pemuda itu dihalang oleh seorang temannya, “hey, kau sedar tak ni?” tuturnya kasar.
“kau tak nampak ke dia tampar aku. She deserves it,” balasnya sambil menjeling tajam ke arah Anis. Egonya tercabar, dia mendapat malu di partynya sendiri. Ahh!
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Anis dengan pantas. Ia berlaku dalam sekelip mata. Badannya terdorong ke kiri lalu jatuh menyembah bumi. Pipinya berdarah. Semua yang berada di situ terkejut. Sempat pemuda itu tersenyum sinis ke arahnya. Puas hati aku! Berlagak sangat perempuan ni.
“jangan cabar anak Dato’ Bakhtiar. Ingat!” pemuda itu memberi amaran sebelum berlalu.
“kau ingat kau anak Dato’,kau boleh buat sesuka hati?” teriak Anis berani. Sakit hatinya melihat lelaki itu berjaya membalas dendam.
“hey pompuan, kau nak kena lagi dengan aku ni?” soalnya kembali. Anak Dato’ Bakhtiar itu baru beberapa langkah meninggalkannya.
“geng, kau heret pompuan ni masuk kereta aku. Dan bagi dia senyap,”arahnya kepada kawan-kawannya. Badan Anis ditarik oleh sekumpulan lelaki yang bertubuh tegap. Dia meronta-ronta bagai orang gila untuk melepaskan dirinya. Tetapi rontanya langsung tak dilayan. Malah dia lebih disakiti lagi. Dia dicampakkan ke dalam kereta model ferrari terbaru. Tangannya diikat, mulutnya ditutup dengan selotep besar.
Sementara itu, “Ben, lepaskan budak tu. Kau jangan buat dia jadi mangsa kau. Bende kecik je beb,” pujuk kawannya. Sungguh, kawannya itu tak suka jika wanita disakiti. Dia tidak sanggup.
“wey, kau pehal? Aku bengang gaban ngan budak tu. Apa kata, kita sama-sama kerjakan budak tu? Kita sewa mana-mana hotel malam ni,” ujarnya memberinya cadangan.
“Ben, kau jangan buat kerja gila,” luah kawannya memberi amaran. Nadanya serius.
“i don’t care,” katanya sambil berlalu pergi.

***************
“hey pompuan, siap lah kau malam ni,” katanya sambil menarik rambut Anis dengan kuat. Anis meronta kesakitan. Sesampainya Ben di sebuah hotel terkemuka, dia mengheret Anis dengan lagak selambanya. Semua mata tertumpu ke arah mereka, namun disebabkan Ben dikenali ramai kerana anak Dato’ Bakhtiar, maka hal itu mereka tidak endahkan. Bilik 206 milik Ben kini. Dia menghempaskan badan Anis ke atas katil. dia bersiap-siap untuk mendera Anis secara mental dan fizikal. Pintu terkuak secara tiba-tiba..
“Ben..” jerkah seseorang. Satu tumbukan hinggap di muka Ben.
“Aku dah warned kau, tapi kau tak dengar. Dik, keluar cepat,” tutur teman kepada Ben.
Dia mencari-cari kelibat wanita itu. Ternyata dia termangu-mangu di lobi hotel tersebut, lalu dia mendapatkan wnaita tersebut.
“mari saya hantar balik,” ujarnya seraya menarik lengan wanita itu tanpa sempat wanita itu berkata apa-apa.
“awak ni degil. Dah tau Ben macam tu, yang awak cabar dia lagi apesal,” tutur lelaki itu dalam perjalanan menghantar wanita itu pulang. Belum sempat Anis membalas, telefon lelaki itu berbunyi.
“helo. Ya, Hakim ni. Ada apa?” soalnya serius. Ouh, nama dia Hakim. Getus hati Anis. Dia sebenarnya menyesal akan perbuatannya. Mujur Hakim datang awal, kalau tidak entah apa yang akan terjadi padanya. Dalam hatinya berbisik, terima kasih Hakim. Hakim membuka cermin tingkap keretanya, lalu membaling handphone yang baru diputuskan talian sebentar tadi. Anis terkejut melihat perlakuan itu. Membazir! Dia tidak sukakan pembaziran walaupun dia tahu pemuda itu bisa membeli baru yang lebih baik lagi. Lelaki disebelahnya mendengus kasar, “tak guna punya Ben,”. Anis disisinya hanya mendiamkan diri. Dia dapat menghidu sesuatu terjadi, sehingga lelaki di sebelahnya memuntahkan amarah tanpa menghiraukan orang sekeliling.
“ni nak hantar kat mana?” tinggi nada suaranya. Ya Allah, aku pun kena marah. Kecut perut dia mendengar herdikan itu. apa akan terjadi lepas ni? Dia sendiri tak tahu.

***************
Dia dibuang kerja. Ini semua gara-gara anak Dato’ Bakhtiar. Tauke pub tersebut lebih mementingkan kepuasan hati pelanggannya terutama Ben. Tanpa dia ketahui, pub itu sebenarnya milik Ben. Dato’ Bakhtiar yang menyumbang modal dan dia menggajikan orang untuk menguruskannya. Dia hanya tahu duit masuk tiap bulan. Anis tidak kisah, lebih baik dia diberhentikan kerja dari menghadap lelaki ego seperti itu. Namun tidak dinafikan pub milik Ben sering dikunjungi ramai orang sejak Anis bekerja di situ, mungkin daya tarikan yang ada padanya menyebabkan pub itu sentiasa dipenuhi orang.
Hari ni Anis ingin ke Shopping Mall, meredakan segala tekanan. Sejak akhir-akhir ini Ben selalu mengacaunya. Biarpun dia sudah berhenti, namun lelaki buaya darat itu masih tidak henti-henti mengacaunya. Lagaknya seperti orang gila bayang. Seharian dia keluar masuk butik-butik berjenama di situ. Hidupnya mewah. Tubuhnya tidak pernah kenal pakaian yang murah dan sederhana, hanya kenal pakain yang berjenama antarabangsa sepertu Gucci,Dolce&Gabbana,Guess dan sebagainya. Kad kredit platinum pemberian ayahnya dimanfaatkan sepenuhnya. Ayah dan ibunya sikit tidak merungut, malah bangga anak kesayangan mereka berpakaian mengikut aliran fesyen.
”hai sayang,” tiba-tiba tangannya dikucup mesra oleh seseorang. Cermin mata pemuda itu dibuka. Ben! Anis menarik tangannya kasar lantas meninggalkan Ben. Beg shoppingnya yang banyak menyukarkan dia untuk meloloskan diri dengan pantas.

”Anis,” laung Ben sambil mengejar Anis. Anis cepat-cepat mengatur langkah. Akhirnya dia sampai ke kereta miliknya. Dia tercungap-cungap. Anis mencari-cari kelibat Ben, takut-takut kalau pemuda itu dapat mengekorinya. Dia cepat-cepat menghidupkan enjin kereta meninggalkan perkarangan Shopping Mall sebaik sahaja terlihat kelibat Ben. Ben masih berdegil, mengekorinya dengan kereta. Tiada apa yang mampu Anis lakukan, melainkan pecut selaju yang mungkin. Kehebatan kereta Ben juga tiada tandingnya, Ben masih boleh mengekori Anis dengan dekat. Kejadian kejar-mengejar meresahkan Anis. Dia tidak punya pengalaman dalam perlumbaan, lainlah Ben. Dia tidak cekap untuk cilok-mencilok seperti Ben yang sudah berada di sebelahnya. Anis idkuasai cemas. Apa yang harus dia buat. Tiba-tiba dia mengambil selekoh ke kiri, smentara kereta Ben di sebelah kanan juga mengekorinya. Proton Gen2 yang berada di belakang Anis terpelanting di bahu jalan berlanggar dengan kereta Ben. Satu dentuman kuat kedengaran. Anis menekan brek kecemasan. Apa yang dia lihat, pemandu kereta Proton Gen2 pengsan dengan limpahan darah di seluruh kepalanya. Ben juga tidak menyedarkan diri. Keretanya remuk teruk akibat perlanggaran yang kuat. Kereta Ben tercampak di sebelah kanan bahu jalan sebelum berpusing beberapa kali. Ya Allah!

***************
Tidak lama kemudian ambulans datang membawa Ben dan pemandu Gen2 itu ke hospital. Pemandu Gen2 disahkan meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Manakala Ben pula, masih berada di dalam bilik rawatan kecemasan. Sudah 2 jam dia dirawat, Anis masih tetap setia menunggu. Walaupun dia menyampah dengan Ben, tapi dia terasa itu tanggungjawabnya. Keluarga Ben pula berada di luar negara atas urusan kerja. Hanya Hakim rakannnya yang datang menunggu Ben. Namun mereka tidak berbual, yang ada hanyalah desah nafas yang menghembus. Anis hanya risaukan keadaan Ben. Sudah tentu dia dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu ke atasnya. Harap-harap tidak!
”macam mana boleh eksiden?” soal Hakim setelah mereka menunggu Ben dirawat agak lama. Emosi Anis masih belum stabil, dia masih dibayangi kejadian tadi.
”awak diam boleh tak? Membebel tak tentu pasal,” marah Anis tanpa sebab. Hakim akhirnya mendiamkan diri. Tak sepatutnya dia bertanya dalam keadaan begini.

Keluarga Anis disaman USD3juta akibat kecacatan yang ditanggung Ben semasa eksiden tempoh hari. Mereka mengupah peguam terhandal bagi memenangi kes tersebut. Sedangkan bukan salah Anis eksiden tersebut berlaku. Kebetulan waktu mereka disaman, perniagaan Encik Zainal sedang merosot teruk akibat ekonomi global yang tidak menentu. Akhirnya mereka diumum sebagai muflis. Segala harta kekayaan mereka dirampas, yang tinggal hanyalah sehelai sepinggan. Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Encik Zainal rebah ketika menghadiri pembicaraan mahkamah dan disahkan meninggal dunia. Serangan jantungnya yang tiba-tiba kerana masalah yang bertimpa-timpa membuatkan Encik Zainal kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Ibunya menghalau Anis pergi. Anis dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Hal ini diketahui oleh Ben dan rakan baiknya Hakim. Tetapi Ben tidak menghiraukan derita yang ditanggung Anis. Dendamnya kian membara. Kerana Anis, dia terpaksa berkerusi roda. Hakim mencari jalan untuk membantu Anis, tetapi sayangnya Anis membawa diri ke Perancis untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni lukis. Mujurlah keputusan SPMnya cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa. Ibunya membwa diri entah ke ceruk mana. Merayu-rayu Anis melutut di kaki ibunya sewaktu pengebumian arwah ayahnya, tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Puan Mariah. Dia menyambung pengajian dengan hati yang sangat terluka. Dia tiada sesiapa lagi. Dia sangat kecewa dengan semua yang berlaku. Terduduk dengan ujian yang menimpa. Anis juga bukan kuat, namun baginya itu semua ketetapan Allah yang Maha Esa. Dia harus kuat di negara orang.

***************
”tapi yang kawan Ben tu nama Hakim,” tutur Anis kehairanan.
“sayang, nama abang Muhammad Lutfi Hakim bin Abdul Muiz. Sayang tak dengar masa akad siang tadi?” soal Lutfi lembut. Anis tertunduk malu. Alahai, macam mana nama suami pun aku tak ingat.
”maaf awak, saya tak perasan,” tutur Anis perlahan. Matanya sudah mula membuahkan bibit-bibit untuk terlelap. Lutfi yang perasan akan keadaan isterinya turut berasa mengantuk. Keletihan melayan tetamu baru kini terasa.
Anis tiba-tiba tersenyum memandang Lutfi, dia berasa lucu.
”kenapa sayang?” soal Lutfi juga tersenyum.
”tak da apa-apa lah,” jawab Anis bersahaja membuatkan Lutfi turut tersenyum. Terserlah keayuan Anis apabila dia tersenyum manis seperti itu.

***************
Suatu pagi Anis kelam-kabut menyediakan sarapan. Dia menyediakan nasi goreng, tetapi dapur berselerak macam kapal pecah. Sungguh dia tidak punya pengalaman dalam bidang memasak, tetapi jika disuruh melukis atau melakarkan sesuatu di atas kanvas dia bisa. Demi Lutfi, dia sanggup belajar. Prraaaangg! Tiba-tiba bunyi pinggan pecah, Lutfi cepat-cepat ke dapur. Dia tersenyum ke arah isterinya,” maafkan saya, saya tak perasan tadi,” tutur Anis serba salah. Bau hangit memenuhi segenap ruang. Ya Allah, bawangnya hangus di dalam kuali. Cepat-cepat dia mematikan gas. Akhirnya Anis menyerah. Wajahnya kecewa, dia tidak dapat menyediakan sarapan istimewa buat Lutfi. Perlahan-lahan Lutfi memimpin tangan Anis membawa ke suatu tempat. Lutfi mengajaknya keluar, rupa-rupanya untuk membeli sarapan pagi buat mereka di rumah.
”maafkan saya,” tutur Anis perlahan sambil jemarinya masih dalam genggaman Lutfi. Mereka berjalan kaki sambil menikmati pemandangan petang. Kejadian pagi tadi sungguh memalukan.
”it’s ok sayang, abang tak marah,” lembut tutur sang suami. Anis mengangguk dalam menahan perasaan bersalah teramat. mereka masih dalam cuti perkahwinan. Lutfi mengambil cuti lebih kurang tiga minggu, sama seperti Anis.

***************
Anis melakarkan sesuatu ke atas kanvas miliknya. Sambil memerhatikan sang suami yang nyenyak dibuai mimpi. Dia sedang melakarkan sesuatu. Pejam celik sudah lima bulan usia perkahwinan mereka. Panggilan ’abang’ juga sudah mula meniti di bibirnya. Lutfi seorang suami yang sangat baik, dia tidak pernah menghampakan harapan Anis. Dia mempunyai bakat memasak yang tidak boleh ditanding Anis. Pernah suatu ketika, ketika Anis terpaksa pulang lewat malam kerana galerinya mengadakan pameran, Lutfi menyediakan makan malam yang sangat istimewa. Baunya saja sudah cukup membuat Anis terasa lapar. Kadang, Anis berasa rendah diri dengan kekurangannya, namun Lutfi tidak lokek untuk mengajarnya dengan sabar. Lutfi suami yang sangat penyabar. Melayan karenah Anis yang kadang bagai kanak-kanak kecil.

Tangannya ligat melakarkan sebuah pemandangan indah, buat suami tersayang. Lutfi amat menyukai lukisan pemandangan katanya. Lima bulan dia terasa cukup bahagia. Dia amat bertuah disisi Lutfi. Kerjaya Lutfi sebagai doctor kadang menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan Lutfi selama beberapa hari. dia pasrah walaupun pada hakikatnya dia tidak bisa berjauhan dengan Lutfi. Dia pasti rindu akan alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an sebelum dia lena dibuai mimpi. Dia pasti rindu akan munajat Lutfi apabila tiba sepertiga malam, mereka akan melakukan tahajud bersama-sama. Hidupnya lebih terarah sejak Lutfi hadir sebagai seorang suami dalam hidupnya. Dia tidak bisa menafikan kebahagiaan ini lagi. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Mengusap janin yang kian membesar dalam perutnya. Usianya sudah mencecah empat bulan. Cepat besar ye anak mama, ujarnya perlahan.

***************
Sebaik sahaja bangun dari tidur, dia terbau satu aroma yang sangat istimewa.
“emm, sedapnya bau,” tegur Lutfi. Anis sudah siap sedia menunggu Lutfi di meja makan untuk bersarapan bersama-sama. Dia mencedukkan sesenduk nasi goring ke dalam pinggan untuk suaminya.
“sayang masak?” soal Lutfi tersenyum. anis mengangguk. Dia berdebar-debar.....
Lutfi yang sedari tadi tidak sabar-sabar untuk merasa masakan pertama isterinya itu terus menghabiskannya, siap tambah sehingga tinggal sisa sahaja. Lalu dia ke tempat kerja dengan senyuman melebar pada hari ini. Sedap ke? Soal Anis dalam hati. Gembiranya Anis bukan kepalang kerana masakan pertamanya disukai oleh suami tercinta. Ketika ingin membasuh kuali dan pingganmangkuk, hatinya terdetik untuk menjamah sisa yang terdapat di kuali tersebut.

Belum sempat ditelan dia memuntahkannya semula. Lori garam tumpah rupanya. Macam mana Lutfi boleh menghabiskannya dengan selera. masyaAllah, malunya dia pada Lutfi. Sedangkan Lutfi lebih handal memasak berbandingnya selama ini. Tiba-tiba handphonenya berirama menandakan sebuah message masuk:
Assalamualaikum sayang,
masyaAllah sedapnya sayang masak. Abang balik tengahari ni sayang masak yea. Tapi kurangkan sikit garam, kesian abang kena darah tinggi nanti. Luv and miss u both always

wajah Anis merona kemerahan. Walaupun Lutfi memberitahu secara berhikmah, perasaan malu tetap menyelubungi dirinya. Dia berazam untuk melakukan yang terbaik untuk masakan tengahari nanti.

Anis buntu. Dia tidak mempunyai sebarang idea untuk memasak, tiba-tiba loceng pintu rumahnya berbunyi. Dia menjenguk dari luar seorang anak dara terjenguk-jenguk ke dalam. Di tangannya penuh plastic yang bermacam-macam. Cepat Anis mencapai tudung dan membuka pintu.
“kak, akak ni isteri Dr. Lutfi ke?” soal remaja tersebut.
“ya saya,” jawabnya kehairanan. Mana dia kenal suami aku, kawan sekerja agaknya.
“ni pesanan Dr. Lutfi. Dia minta saya hantar, dia tak sempat hantar tadi ada patient kat emergency,” ujar remaja perempuantersebut sambilmenghulur beberapa buah berg plastic.di dalamnya terdapat sayur-sayuran dan pelbagai lagi bahan masakn. masyaAllah suamiku, nampaknya beria sungguh dia nak aku masak.

***************
“abang, warna hijau ni cantik tak?” soalku ketika memilih pakaian kepada anak sulung kami yang tidak lama lagi akan melihat dunia ciptaan Ilahi ini.
“hijau?” soalnya mengangkat kening.
“ye abang sayang, kita tak tahu lagi jantina anak kita. Hijau kan boleh semua,” ujarku tersenyum. Matanya tertumpah pada perutku yang kian sarat. Usia anak kami sudah mencecah 7 bulan lantas dia tersenyum. Tiba-tiba tangan Lutfi mencapai sepasang kasut kait yang comel. Lalu mencapai tangan Anis terus ke kaunter untuk membayarnya.

“kenapa abang beli kasut, yang lain-lain?”soal Anis kehairanan.
“yang lain-lain dah ada kat rumah,” jawabnya tersenyum meleret. Anis mengerutkan dahinya, bila masa dia beli?
“abang baru teringat, umi beritahu kat abang yang dia dah beli macam-macam kelengkapan untuk cucu sulung dia,”
“masyaAllah umi,” Anis tersenyum memandang suaminya.
“ibu pun ada call semalam. Pesan jaga anak dia baik-baik, juga cucunya,” sambung Lutfi lagi.
“ibu call abang? Sampai hati tak call Anis,” tiba-tiba rajuknya bertamu.
“ibu call sayang tapi tak dapat, jangan monyok-monyok macam ni. Tak sweet zaujah abang ni,” pujuk Lutfi.

Anis membelek-belek kelengkapan untukmenyambut anaknya di ruang tamu. Terlalu banyak yang ibu mertuanya beli. Segala macam jenis dari A sampai Z. Ibu pun sama. Masing-masing tak sabar menanti kehadiran si kecil ini. Telefon bimbit Anis berirama, dia mengangkat dengan suara yang manja, biasanya Lutfi yang akanmenelefonnya bertanya khabar.
“assalamualaikum, ini zaujah akh Lutfi ke?” soal suara seorang wanita di hujung talian. Amboi, tanpa muqaddimah terus soalan. Anis terpana seketika.
“waalakumussalam, ya saya,” jawab Anis sopan.
“boleh kita jumpa sekejap?” soal wanita tersebut. Setelah di beri alamat, Anis bergegas ke tempat yang dijanji. Dia terpaksa melanggar kehendak Lutfi agar tidak memandu jika hendak ke mana-mana. Maafkan sayang abang, bisiknya dalam hati. Hatinya berdegup kencang, siapakah wanita tersebut. Soalannya sahaja sudah cukup membuatkan Anis terasa ingin jatuh rebah ke bumi. Sungguh tegas nada suaranya.

*******************
(bersambung lagi..)

lutfi pun tengah cemas. apa yang akan jadi lepas ni. siapa perempuan yang call tu. kepada author, cepatlah sambung. lutfi tak sabar ni
(eceh tetiba bahasakan diri lutfi..konon angau lah tu..berangan masuk dalam watak atas)

sesiapa yang baca..best kan..jiwang islamik gitu haha


apapun credit tuk pengarang dia
ini tempat asal cerita ni..aku copy paste je..(klik sini)
ini blog pengarang dia..(klik sini)
ini watak cerita dalam tu..(klik sini)
haha

okla..c u later..gotta go..wassalam~

raya yang...

Assalamualaikum

Pertamanya bersama-sama kita panjatkan syukur kerana kita telah dipilih menjadi mahasiswa/wi ramadhan kali ini dan alhamdulillah telah berjaya melaluinya. Sejauh mana kejayaan ujian yang telah kita tempuhi, hanya Dia sahaja yang tahu. moga kita berjaya menjadi graduan ramadhan yang cemerlang. Harapannya juga moga segala amalan yang telah kita lakukan diterimaNya.
(series aku tak suke ayat skema..haha)

Ok. Rase abnormal pulak cakap skema. Seterusnya, aku rasa masih belum terlambat lah untuk mengucapkan selamat hari raya kan. Jadi nak ambil kesempatan ni...eh eh tak jadila. Macam tak senonoh je ambil kesempatan kan. Haha kena ubah ayat. Aku nak ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada family yang tercinta pertamanya, saudara mara, guru-guru, sahabat handai serta semua kenalan yang pernah mengenal diri ini. Aku tahu aku jenis cakap direct, suke sound, loyar buruk..jadi aku rasa mesti ada yang terkecik hati dengan aku. Huhu. Kalau korang nak suh aku buat sesuatu untuk membolehkan korang maafkan aku, bagitau la. Terjun bangunan pon aku sanggup. (tapi sediakan tilam lah kat bawah ek) .

Lupa pulak. Aku ingin jugak menjemput sesiapa sahaja (cewah sesiapa sahaja..macam rumah terbuka PM je) ke rumah aku untuk beraya. Takut-takutla aku dah berubah kan lepas duk negara orang selama 2 tahun ni. Jadi nak tengok aku berubah ke tak, nak dapat cenderahati ke, jemput-jemputla datang. Nak kenal umah, message YM je la ek. kan promot nombor kat sini, publisiti murahan pulak. Tak suka u!

Akhir sekali, nak ucap tahniah kat ust alif dan bakal zaujahnya yang insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan hari ini. Moga berkekalanlah hendaknya. Semua dah men kawen-kawen ni, hmm ape kes?
Ok2..lupakan. Lukpi, sila focus belaja dulu. Quote diri sendiri, “stay away from Juliet”
Haha. Konon la kan..

Hurm tu jelah. Harini dah raya ketiga. Puasa enam tak mula lagi nih. Nak ingatkan jugak supaya kamu-kamu semua dapatlah berpuasa enam ye. Puasa sebulan boleh, takkan tambah 6 hari lagi tak bole. Ingat apa nabi cakap, barangsiapa berpuasa sebulan di bulan ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari di bulan syawal, dia seolah-olah telah berpuasa selama setahun. Besar kan ganjarannya. Jangan wat-wat lupa k!

p/s: malam raya hp rosak
p/s 2: malam raya pertama laptop rosak
p/s 3: malam raya kedua, akhlak rosak kot..sebab asyik kenakan orang je.haha
p/s 4: agak2 apa yang rosak ni? Ish3

jemput semua xSHAMS ke jamuan raya alumni SHAMS hari ni. Sekian wassalam~

keliru

Mengapa...
Seringkali aku tertanya-tanya
Pertama kali mataku bertentang matanya
Aku kehilangan kata-kata
Untuk berbicara dengannya

Bagaimana...
Haruskah aku memulakannya
Sedangkan aku tidak terdaya
Meluahkan segala yang kurasa
Yang terpendam sekian lama

Apa...
Perlukah aku memendam saja
Perasaanku terhadapnya
Yang semakin membara
Meronta-ronta dijiwa

Jika...
Aku berdiam saja
Tidakkah aku kecewa
Kerana setiap masa
Aku hanya mengingatinya saja

Namun...
Segalanya tidak terduga
Sekiranya dia tidak suka
Walaupun semuanya kulakukan untuknya
Hanya untuknya saja

Dan...
Berdosakah aku kerana menyayanginya?
Berbahagiakah pula jika aku menyintainya?
Aku tersepit antara kekeliruan
Aku terhukum kerana perasaan

andai dteruskan...
apakah kesudahannya???

_____________________________________

da ada kat mesia
almost a week dah
kekawan, bila bole jumpa ni
uni kat mesia tak reti bagi cuti awal ke..eheh

******

hurm
'megasale' ramadhan dah nak abis..
dah banyak ke kita borong..
baki yang ada, jangan disiakan..
masih ada waktu lagi..
moga terus istiqomah..
SELAMAT BERIBADAT..~

allahumma ja'alni min abna'i ramadhan~




jangan tanya lagi ok

Hari ni 7 ramadhan kan. Betul3 (upin dan ipin best doo). Sekejap je dah seminggu. Bangun tido sahur bangun tido terus bukak pose. Yup, aku tipu je. Tade la sampai camtu sekalikan macam jahat sangat je pose camtu. Tak logik la aku pose camtu sebab aku kan kategori budak baik yang suka beramal cewahhh hahaha. Ishkk paa aku cakap ni, astagfirullah. ishkk

Penatlah.
Penat sangat-sangat
Penat pose?
Ohh apa jenis laki ni pose pun penat. Ini lukpilah haha

Tadelah aku penat pose.

Aku penat nak jawab soalan pasal umrah actually (melampau betul sampai penat). The real answer is, I cannot go la weh. Yerlah, ritu beria-ria. Gaya macam dah konfem jadi. Sebab aku pun tersangat-sangat nak pegi sana, dosa bertimbun-timbun ni aduiih

lukpi, bila bertolak?

Aku reply laa “tak jadila..sob3”

bakpe? (aka kenapa or ‘leh’)

Ni yang aku malas sikit. Setakat tanya bila nak berangkat, boleh lah nak jawab. Tapi bila kawan2 nak tahu details kenapa takleh pegi, aku penat lah nak taip. Berbelit siki citernya. Nak taip pun, asyik teringat je. Sedih tul.

Dan aku baru dapat rasa betapa sedihnya hati apabila sesuatu yang almost nak dapat, tapi akhirnya tak kesampaian. Jadi kesimpulan, bila bercinta jangan tabur janji manis-manis sangat. Tak semena-mena diabetis kang. Eh eh ape aku mengarut ni. beselah nak nampak medic sikit la tu. ecece

Visa? Ni lah prob yang utama dan pertama. Tak dapat lah. Ada salah faham and masalah sikit.
Takpelah, Allah nak uji tu, mana tahu pasni boleh terus pegi haji ke. Kan kan sape tahu. Aaminn. Eh eh tak reti-reti ke aminkan sama hee paksa-paksa pulak. Ish3

Next plan?
DUBAI, UAE…

Wah bulan pose pun nak melencong-lencong haha. Tadelah, pas fikir-fikir sekali listkan baik buruk pegi sana (wah, tipu bulat-bulat ni), better balik Malaysia lah. Tau ramai yang rindu tu haha sengal. Jimatkan duit lagi bagus bole simpan tuk kawen *tuuut* haha.

Tarikh? Tatau lagilah. Kalau boleh nak secepatnya. Tapi, banyak dah penuh.

MAS tak reti ke adakan perjanjian untuk flight mesir mesia. Untung lah weh. Berjuta rakyat mesia sini tau (hehe tipu lagi). Apelaa.

Tahun ni,
Pose kat perantauan. Best jugak walaupun tanpa keluarga. Nantilah nak buat salam perantauan.
Hurm apa yang istimewa puasa tahun ni? meh aku listkan

s.a.t.u
Sahur tak penah miss weh (attention! Setakat 7 hari puasa ni je, pasni tataula). Tapi record dunia lah jugak. Bukan senang laki-laki bujang nak bangun pagi-pagi masak (fakta sebenar kitorang tak tido sampai pagi, tu pasal boleh masak sahur hehe kantoi)
d.u.a
Pose tahun ni lama. Dalam 14 jam setengah. Kalau mesia maybe 13 jam je kan. Haha berkira betul mamat ni padahal beza 1 jam setengah je.
t.i.g.a
Kalau masak tuk berbuka, konfem orang dah azan, takleh berbuka makan nasi lagi. Alasannya lauk tak siap sebab kitorang yang expert masak ni kena masak sambil rasa. Baru tahu jadi ke tak. Sedap tu konfem lah takyah nak cakap lagi lah kan ;P
e.m.p.a.t
Kalau malas masak tuk bukak, jangan segan-segan pegi mana-mana masjid. Seminit sebelum berbuka pun sempat lagi. InsyaAllah ada orang-orang mulia (barakkalhualaik/kum)yang akan memberi (menyedekahkan) makanan kat para jemaah tuk berbuka. Lauk tak kalah weh, ayam atau kambing je. Nyum2
l.i.m.a
Terawih, best best. Sini kebanyakan 8 je. Tak tak, bukan jumlah yang aku maksudkan. Tapi entah,aku dapat rasa best sebab bacaan imam maintain je sampai abis satu juzu’ macam tak penat je. (makmum ni haa pulak penat dengar. sapelah makmum tu? ;P) maksud maintain tu, bersemangat dan syahdu sekali

Dah dah. 5 cukup.nak lebih-lebih senarai sendiri. Bagi betis nak peha. Bagi penampar baru tahu haha. Gurau je. bulan pose takleh kejam sangat kan?

Bila pose perantauan ni, baru terasa ke’berdikari’an tu. Yerla tahun lepas puasa mesia, semua mak siapkan. Bukak pose or sahur, tunggu makan je. Wah, nampak macam jahat je aku tak tolong apa-apa. Adalah tolong sikit-sikit buat serabut kat dapur. Tapi lau bab sahur tu, aku surrender lah. aku pass kat mak je haha. aku just tunggu alarm bunyi tuk sahur. Macam nilah bunyi alarm tu

‘hapihh, bangunnn. sahurrr. Lewat doh ni’

Owh rindunya ma. Ma, nantikan hapih pulang tolong makan masakan mak haha. Rindu jugak nak dengar alarm tu huhu

Emm pikir-pikir balik, tade ke dalam dunia alarm yang boleh bunyikan suara, bagi reminder apa yang kite patut buat. Bukan sekadar bunyi tenenet, tenenet tu (apasal pelik je bunyi ni haha)
kan best ada alarm macam ‘bangunn, siap-siap g kuliah, dah lewat ni”. baru semangat sikit.
Ok ok aku mengarut. Saje je nak mengubat hati.

Dahlah, malas nak ngarut panjang-panjang. Mengarut ke? Ha’ah lah, tade satu pun nasihat or tazkirah.

Ok ok jap meh nak nasihat sikit biar nampak ada bagusnya entry aku ni hehe, emm bulan pose ni, banyakkan bertaddarus, bersedekah dan sume amalan-amalan mahmudah. Cewah mahmudah gitu

Cubalah khatam quran sekali kalau bole. Kalau tabole sangat, 4 5 kali pon ok. Ishhk apekah?

Kesimpulan entry ni, aku tak jadi g umrah. Kesian kan. Takpe lukpi, sabar-sabar. Ada hikmah
Pasni jangan tanya lagi bila aku ber’angkat’. ada aku ‘angkat’ penampar pulak kang haha.

Pose betul betul ya. Jangan curi-curi makan. Orang tak nampak tapi pencipta orang boleh nampak ye. Ingatttt!


p/s ; pasni aku nak taip siap-siap details pasal kenapa tadapat pegi umrah kat notepad, nanti ada orang tanya, aku copy paste je lah. Bijak tak? So clever kan. Baru terpikir ni. tapi better takyah tanyalah. huhu

p/s/s ; geram baca paper. Bulan pose pun nak khlawat. Agak-agak lah weh. Owh rakyat mesiaku tercinta, insaflah. Huhu

p/s/s/s ; tengok buku pathology tuk tahun 3 yang baru dibeli, wah wah macam susah je. takpe takpe yakinkan diri. Tak belajar memang susah. Eceh sedapkan hati

p/s/s/s/s ; maaflah invi YM, tak sanggup jawab soalan cepumas. kadang-kadang saje tak jawab orang tegur. honestly, aku tak berniat camtu pon. Sori sangat-sangat. Skype aku on9 lah sebab kawan tak ramai, jadi takde sangat nak tanya

p/s/s/s/s/s ; bape banyak p/s daa? hehe

teringat entry tahun lepas pasal pose hahaha klik-klik

marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

rangkuman update ni..huhu

Pertamanya,
Jagalah kesihatan. Sejujurnya aku sayang warga-warga Malaysia. Bimbang jugak pasal h1n1 ni. Tu sebab malas balik (ecece..). betulla Allah cakap bab* ni memudaratkan. Baru selesema, dah kecoh satu dunia, bayangkan kalau bab* hepatitis ke, kanser ke..entah apalah jadinya dunia ni. Apapun semua ini ada hikmahnya. Allah takkan saje-saje nak uji, di sebalik ujian, mesti ada kelebihan dan hikmahnya yang tersendiri, sekurang-kurangnya baru manusia nak ingat Allah, mintak doa, solat hajat, macam-macam lagi..hurm manusia. Apapun, berjaga-jagalah semua. semakin hari, kematian bertambah. Bimbang btol. Pesal kerajaan mesia tanak hapuskan haiwan tu. Hari tu kerajaan mesir slumber je hapuskan bab* secara hidup-hidup, beratas-ratus ribu pulak tu, padahal baru suspek je pon, bukan h1n1 btol-btol. (sumtime kerajaan Mesir ni ada bagusnya jugak dalam certain perkara). dan Alhamdulillah, tak banyak kes lagi kat sini. Jadi seronok duk sini, takyah pakai mask! Harap-harap mesia boleh buat apa yang patut…apapun kita sebagai hambaNya, hanya kepadaNya tempat kita mengadu, moga ujian yang sedikit ini boleh menginsafkan manusia yang banyak (ape punya ayat ni.fail btol bm!) teruslah berdoa dan memohon dariNya :-




Keduanya, masih berdebar-debar pasal kepastian nak pergi ke sana. Hurm, harap-harap dipermudahkan jalan. Dengar-dengar kata maybe 5 or 6 or 7 ramadhan. Tak lama dah tu. Lagi cepat lagi elok. Harap-harap takda masalah. Tolong doakan aku dan sahabat-sahabat yang lain. Tak sabar dan sangat teruja untuk sampai ke sana. Persediaan? adalah sikit-sikit (bole tahan la..tak sikit sangat). Huhu harap sangat takde masalah. *kembara mencari Yang Satu*

Ketiganya, nak ambil kesempatan untuk mitak maaf kat sesiapa saja. Diri ni tak mungkin dan tak akan pernah sempurna. Dan dengan sebab tu kena selalu mintak maaf kat pencipta mahupun makhluk-makhluk. Untuk hidup dalam masyarkat, pelbagai lapisan masyarakat kita hadapi. Begitu juga aku. Dan aku tak dapat nak elak dari buat salah kat sesape samada sengaja mahupun tak. So, jika selama ni aku ada penah wat salah or silap, termakan terminum yang tak dibayar mahupun tak termintak izin (err haha), terambil barang yang bukan hak milik, terpinjam mana-mana sampai masih tak pulangkan, mengenakan orang (banyak ni), mengejek sesape, menipu yang sengaja mahupun tidak, bergurau berlebih-lebih (banyak jgak) or apa-apa perlakuan yang tak sewajarnya aku buat sehingga ada yang berkecil hati dan “terkesok”, ampun dan maaf aku pohonkan. Jika ada yang dihutang mahupun yang berhutang, yang dihutang tu bagitaula (rasa takde), bagi yang berhutang, takde2..bayar jugak!!..hahaha. yang kecik-kecik aku ‘ala beralal’ lah. Kesimpulan, aku mitak maaf banyak-banyak..kat semua.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah,tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan, dia tidak melakukan hal-hal yg berikut, *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),*Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,*Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang di sekitarnya*.


Dan yang terakhir dan paling penting
Selamat beramal ibadat untuk semua. Madrasah Ramadhan dan tiba. Bersyukurlah sebab Allah masih bagi kesempatan untuk kita mengumpul pahala di bulan Ramadhan yang mulia ni dimana setiap amalan digandakan ganjarannya (bulan ni je ada ganda-ganda). Memang mega sale lah orang cakap. Bulan Ramadhan ni memang sangat istimewa sebab penuh dengan peristiwa sejarah, penuh dengan kelebihan dan kemuliaan dan ia juga penghulu segala bulan. Jadi sama-sama kita perbanyakkan amalan. Perbaharui dan letakkan azam dan sasaran agar kita ada matlamat yang ingin dicapai di bulan ni.



InsyaAllah tahun ni puasa kat Mesir sikit, kat sana sikit (amen27x), kat mesia sikit (erk..no komen). Setakat pengalaman yang ada, puasa kat Mesir sangat jauh beza dengan Malaysia. Lagi seronok. Masyarakat diorang sangat memuliakan bulan ini. Boleh nampak mana-mana orang bawa dan baca quran dan kita pon semangat sama. Solat terawih pon best. Kalau dekat-dekat waktu berbuka, takyah beli makanan sebab konfem ada yang sedekahkan makanan. Iftor jama’e pon banyak yang anjurkan (rindu bazar Malaysia..makanan mesia best-best..huhu) dan yang paling best, time solat tahajjud. Berlainan sangat. Kehadiran memang sangat-sangat menajubkan. Muda, tua, kecik, besar, itam, putih..semua ada. Seronok dan kita yang datang pon tak mengantuk. Lagi bersemangat adala. Best sangat-sangat puasa di bumi anbiya’ ni.

Sebagai kesimpulan, nak menyeru dan mengajak sahabat-sahabiah semua tuk sama-sama memperbayakkan amal di bulan yang sarat dengan kelebihan kerana kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Bersyukurlah dan bergembiralah kerana Allah memilih kita menjadi tetamu di bulan Ramadhan kali ini. Lakukan yang terbaik, moga Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Dengan kudrat yang Allah pinjamkan untuk kita, manfaatkanlah dan gunalah sebaiknya untuk lebih dekat denganNya agar tidak sia-sia di bulan mulia ini. Beramallah sebanyaknya kerana siapa tahu mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Marhaban ya Ramadhan. Ramadhan Kareem~

Wassalam =)


(nak kongsikan sesuatu klik sini ..best2!!)

syuhada

“Syu, Syu pernah bercinta tak?”

“Pernah.. Cinta kepada Allah dan Rasul yang utamanya, cinta kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita…dan cinta kepada bangsa dan tanah air..dan yang paling penting sekali, cinta kepada diri sendiri agar kita ni sentiasa redha dengan qada’ dan qadar…”

Emm bukan, maksud saya, “Syu pernah tak mencintai seseorang?”

“Ohh yang tu..cinta antara lelaki dengan perempuan emm belum pernah lagi..sebab bagi Syu…cinta tu adalah permulaan jodoh dan atuk pernah cakap jodoh tu terbahagi kepada tiga”

‘Tiga?’

****************************************************************************************

Yang pertamanya dikatakan jodoh dari syaitan.
“Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya Syuhada mengandung..baru kamu bernikah”

Yang keduanya..jodoh dari jin
“Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu, dan kamu berdua bernikah”

Dan yang ketiganya..jodoh dari Allah.
“Kamu berdua berpandangan mata..terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan…SYURGA CINTA”

****************************************************************************************

‘Assalamualaikum’

“Waalaikumussalam..”

‘Syu, maafkan saya Syu..saya tak berniat pun buat awak macam tu..’
‘just saya er..’

“Mintak maaflan cik Am, saya mintak diri dulu..”

Saya mintak satu je lagi peluang Syu..
‘Maafkan saya, ampunkan salah silap saya..’

“Cik irham, saya takde hak pon nak berikan awak peluang..sebaliknya awak mintaklah dengan Allah kerana Dia Maha Pengampun”

‘Kalau Allah boleh ampunkan hambaNya Syu, kenapa tidak awak..?’

“Baiklah…saya maafkan awak walupun awak langsung tak bersalah pada saya”

‘Syu, please Syu, maafkan saya…’

“Cinta dan hati saya adalah hanyalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya,
bukan untuk dipersendakan”
“Assalamualaikum..”



Personally, agak best movie ni..yer, memang ada yang akan cakap 'takkan lah baru tengok movie ni..dah lama keluar kat malaysia laa' (ya, aku baru tengok, kenapa ada masalah?)

Tak kisah laa kan, dah dapat tengok movie ni. Ada sesetengah part macam agak keterlaluan..mendedahkan betapa sosialnya dan rapuhnya pengetahuan agama anak-anak muda hari ini..yerla tak dapa dinafikan lagi. Masyarakat kita sekarang tatau lah nak cakap apa. Anyway kredit bagi pengarah filem syurga cinta ni. At least dapatlah sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat tentang makna cinta itu sendiri (aku pon baru tersedar..ecece)

Apapun watak budak kecik si Ikmal tu best. kelakar sangat hahahaha
lakonan heliza pon quite okay even baru 1st time berlakon filem (pebret tuh)

Saranan buat yang tak tengok lagi movie ni, silalah download di mana-mana website (torrent) ataupun copy dari hard disk kawan-kawan dan tontonlah sepuas-puasnya..tak perlulah ke panggung wayang yer..ngee~ (lagipun cerita melayu takkan ada kat cinema mesir)


1st p/s: selamat menantikan kedatangan bulan Ramadhan untuk semua..yang tak ganti-ganti lagi pose tahun lepas tu, cepa-cepat ganti ;P

2nd p/s: penat salin dialog dari movie kepada perkataan..tu la, sape suruh rajin sangat

welcome to the 3rd year!

Salam wbt

Waaaa, rasanya macam dah lama tak jenguk blog. Nak jenguk sangatlah malas, nak update lagilah (bistu watpe buat blog). Ni semua angkara final exam tahun 2 yang mula sejak bulan 4 haritu sampailah 2 minggu yang lepas. Lama semacam exam. Nasib baik gap antara satu paper tu lama-lama. Boleh main-main dan santai-santai ckit. hehe

dan Alhamdulillah, semalam result dah keluar. Pada asalnya, keyakinan untuk berjaya tahun ini langsung takde, seriyes!!(hahaha giler ah), tup-tup bila tengok result semalam, wallaweh, alhamdulillah, terkedu kejap. ni lah kot orang cakap keajaiban kat mesir. Takleh predict apa yang akan berlaku. Seriyes tak percaya sebab time jawab final exam ritu entah apa-apa. marks dari awal tahun teruk. last-last Alhamdulillah sangat-sangat bila tengok result. Terima kasih Allah. Terima kasih lecturers. Terima kasih mak ayah, adik beradik, kawan-kawan dan semua yang mendoakan.

Tahun ini sangatlah impressive. Ramai sangat cemerlang. Pulak tu budak senegeri, satu batch, satu tajaan, satu kompleks pulak yang ramai cemerlang. Aku jugak tertinggal kat belakang. Aiseyhh. Harap-harap tahun depan boleh bangkit bersaing dengan derang yang hebat-hebat ni. Tahun 1 banyak santai, tahun 2 lagi banyak pulak santai. Tahun 3 cemanalah gamaknya.

Dengan result yang bocor semalam, maka kami secara rasminya telah menamatkan tahun 2 perubatan. Selamat datang tahun 3!! (ada 4 tahun lagi..cepat2). Selamat datang juga tahun yang paling membunuh dengan subjek-subjek yang ‘killer’ (pharmacology, microbiology,pathology, parasitolgy). Hoho ngeri ngeri. Harap-harap ada kesedaran untuk study awal-awal dan maintain sampai final (ayat gini sokmo, last-last dop sedor pulok etgi). Sebab pengalaman sebelum ni, study dah awal dah, tapi bertahan 2 minggu je muehehe. Kantoi-kantoi

Apapun, kenangan belajar selama 2 tahun ini tetap takleh dilupakan dengan subjek-subjek basic yang agak best (ayat memuja sahaja) bersama prof-prof dan doctor-doctor pengajar yang sangat sportim, baik hati, hensem, cantik, stylo dan macam2 lagi (ayat ikhlas ni). Terharu sangat sebab lecturers kesemuanya melayan kami dengan sebaiknya, macam anak mereka sendiri mungkin disebabkan kami ni orang luar. Dan orang arab sememangnya sangat-sangatlah memuliakan tetamu. Sebab itulah kami dilayan sangat special. Tenkiu2.

Yang pasti pasni orang ramai (dah) mula tanya, dah najah tu, bila nak balik malaysia? soklan ni pun mak sendiri dah tanya. ma’alish semua. Soklan tu tak dapat dijawab. Sebab perancangan asal nak buat umrah di bulan Ramadhan nanti, insyaAllah. nak jugak sampai kat sana, tempat semua orang Islam idam-idamkan nak pergi. Harap-harap dipermudahkan segala urusan. Doa-doa lah yer. Pasal raya, tak pasti sama ada kat sana, Mesir atau Malaysia (harap-harap yang pilihan last tu :P)

Ala kullihal, mabruk buat rakan-rakan seperjuangan. Berjumpa lagi di tahun 3 insyaAllah. walaupun muka sama dah 2 tahun dan tahun depan akan bersama lagi, honestly aku tak penah bosan (nampak sangat tak honest tu haha). Buat yang kurang bernasib baik, itu semua ujian dari Allah, banyak bersabar dan teruskan berusaha. Oklah. Aku tinggalkan tahun 2 dengan pic kenangan last day exam kat bawah. Sape-sape berkenan kat mana-mana mamat or minah dalam pic nih, jangan segan-segan bagitahu kat aku. Okeyh!!

sebelum terlupa, hepi holiday sume!!
(3 bulan beb, dah macam cuti bersalin je hahaha)





spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,