penghujung fasa kedua..

salam ramadhan buat semua. semoga sihat-sihat sahaja khendaknya. hmm sedar tak sedar, perasan tak perasan, pejam celik pejam celik, pergi balik pergi balik bazar ramadhan, tunggang tunggik tunggang tunggik solat terawih, hari ini dah menjengah 18 ramadhan. seakan masa begitu cepat berlalu meninggalkan hari-hari yang kita lalui.

persoalannya? bagaimana pengabdian kita setakat ini? sejauh mana keikhlasan amalan kita? banyak mana air mata keinsafan yang telah kita alirkan mengenangkan dosa-dosa silam? berapa kerap kita panjatkan doa kepadaNya? adakah terdapat sekumit perbedaan antara ramadhan tahun ini dengan yang lepas-lepas? persoalan yang perlu kita jawab sendiri kerna hanya kita mengetahui akan pengamalan ramadhan kita kali ini

ya saya jawab. setakat ni adalah sikit saya abdikan diri. keihklasan tidak dapat saya ukur, cuma melakukan sehabis baik yang mungkin. air mata masih tak banyak mengalir cuma sebak jika imam menangis apabila membaca walaupun saya tak paham sangat makna. doa alhamdulillah selalu dipohon selepas solat. memang nyata perbedaan ramadhan kali ini berbanding yang lalu kerana kali ini di malaysia, yang lepas di mesir.

ramadhan yang kita ketahui di awalnya terdapat kerahmatan, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya pembebasan dari api neraka. fasa rahmah telah kita lepasi. fasa maghfirah pula menuju ke penghujungnya. fasa pembebasan dari api neraka pula akan menyusul. hmm terlalu cepat sangat rasanya. bagi mereka yang merasakan terlepas peluang merebut imbuhan dan bonus di fasa pertama, bersegeralah bangkit dan mengejar peluang di fasa kedua ini dan ketiga nanti.

sesungguhnya ramadhan sememangnya bulan ibadah dan bulan latihan pada diri. latihan hati untuk tunduk kepada Allah, latihan lidah untuk menahan omongan kosong dan banyakkan berzikrullah, latihan diri untuk bersedekah, latihan menudukkan pandangan dan mengawal nafsu, latihan untuk hati agar taat kepada suruhanNya dan pelbagai latihan lagi. penuh dengan tarbiyyah. ukurannya, adakah kita berjaya untuk melatih diri kita pada bulan mulia ini? tak lupa, ramadhan juga bulan pemperbanyakkan latihan bagi calon-calon spm dan pmr. ;P

alhamdulillah, ramadhan di malaysia disambut meriah. dengan bazar ramadhan, kebanjiran jemaah solat terawih, kuliah keagamaan, tadarus al quran, majlis berbuka puasa di masjid dan banyak lagi. tidak cukup dengan itu, turut meriah juga dengan bunyi-bunyi mercun yang mungkin tidak kedengaran di bulan lain sehinggakan para imam tersentak dan melatah dek dinganggu dikala khusyuk mengalunkan bacaan. promosi-promosi perayaan pula mula menggugat jiwa para ibu/perempuan dan sudah tentu memeningkan poket para bapa/lelaki. ditambah karenah anak-anak yang mula pandai menuntut hak mereka apbila tiba musim perayaan. ;P

namun agak mengecewakan, masjid kehilangan penyokong sebaik memasuki fasa kedua ini. ramai yang sudah berkejar-kejar dan berlari-lari anak membeli belah untuk persedian raya. ohh malang sekali. terkadang saya ter’wonder’ patutlah Allah menjanjikan 10 malam terakhir penuh dengan ganjaran, semata-mata untuk memastikan kita istiqomah dari mula hingga ke akhirnya.

apapun harapannya, semoga kita sama-sama meningkatkan dan menggandakan duakan amalan-amalan dan dapat besungguh-sungguh di sepuluh malam terakhir nanti insyaAllah.

suka juga untuk saya nyatakan, di bulan yang mulia ini, ada juga yang diuji dengan pemergian insan yang tersayang. permergian yang sudah pasti membuatkan pesta ramadhan dan syawal menjadi sedikit hambar dan tawar. pemergian di kalangan ahli keluarga, guru kesayangan, kenalan rapat, kenalan jauh, kenalan keluarga mahupun kenalan buat-buat kenal. sungguh berat ujian sebegini namun bagi yang menghadapinya, semoga Allah mengiringi ketabahan kalian. bersamalah kita mendoakan kesejahteraan roh-roh yang telah dikembalikan kepada penciptanya. takziah dan AL FATIHAH. mungkin gelaran kita pula menyusul selepas ini, siapa tahu?

cukup sekadar ini. kerana saya pasti penulisan yang bosan ditambah pula dengan penulisan berbentuk keagamaan (betulkah??) sebegini mengundang kebosanan di kalangan pembaca. betul tak? angguk sahajlah. tak mengapalah, sekadar memberi peringatan. bagi yang sedang mencuri makan tu, stop it!! Dia nampaklah. bagi yang sedang beribadat, keep it up!! Dia sangat-sangat menyukai.



akhir kalam, semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.


mood : sad..ramadhan bakal berlalu, mesir bakal datang..raya?lupakan!!

6 pandai kritik:

Unknown Thursday, September 18, 2008 6:04:00 PM  

alhamdulillah..saya amat tersentuh dgn entry saudara...
byk idea2 bernas yg mngusik jiwa..

yg plg best part bwh skali..
mood:sad..ramdadan pergi..mesir dtg...huhuhuhuhuhuhuhu...n yup~~!!! lupakan raye..tp tidak untuk duit raye...

lukpi Friday, September 19, 2008 2:07:00 PM  

a'ah..raya lupakannnnn
tp duit raya..
kne amek kalau dibagi..
nnti ade org terasa kalau x amek..

kerokimi Saturday, September 20, 2008 12:15:00 PM  

dah ekg aku g raye umoh mg..
mg kne bg ke aku duit raye gop ah..
ye koho beso koho kena banyak duit raya mg kena bg..haaa...
neh2..
kah3

lukpi Sunday, September 21, 2008 1:40:00 AM  

to kerokimi :
wah2..igt aku cop duit..duit rakyat nih..huhu

kerokimi Sunday, September 21, 2008 12:31:00 PM  

lorh..
bkn keje mg cop duit ke???
haha..

tp mg kne bg gp ah..
mg kan BANYAK DUIT..
haa..
stakat bg ke aku x jejah ane pn..
kah3

lukpi Tuesday, September 23, 2008 4:32:00 AM  

mate duitan betol!!
haishhh
pet..pet..pet

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,