Allah Maha Pengampun..

assalamualaikum..

Hmmm semua orang dah tahu kan nama2 Allah 'asmaaulhusna' ..dulu pon masa zaman sekolah selalu baca pagi2 kan..kt radio ikim pon selalu dimainkan..antara byk2 nama2 Allah yg indah2 nih..ada suatu yg ingin aku nak kongsikan ngan korang..mungkin ada yang dah tahu mungkin tidak..xkisahla tp yang penting, manfaatkanlah ia..

Salah satu dr nama2 Allah..'AR-RAHIM (Yang Maha Pengampun)'..inilah yang nak aku share
kali ni..

K guys..kita semua tahu kan, melakukan kesilapan yang mengundang dosa adalah perkara yang memang akan dilakukan oleh manusia(pasti akan berlaku!!)..xde siapa yang terkecuali melainkan Nabi Muhammad SAW
So disebabkan kita ni sgt2laa lemah..dosa pulak menggunung(bg dri sdri..huh) hanya satu penyelesaian bg kita iaitu 'TAUBAT'
[“Taubat ialah kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”]


Kita juga tahukan..manusia ni pelupa..jd x hairan laa klu kita asyik ulang kesilapan kita..
walau bagaimanapun..Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..disebabkan kelemahan pada manusia nih..Allah dah berjanji bahawa Dia akan sentiasa mengampunkan hambanya walaupun dosa itu diulang berkali-kali..tgk!! betapa sayang Allah pada makhlukNya..janji Allah nih benar seperti mana dlm hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud..

“Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dia berkata: Dari Nabi saw tentang yang beliau riwayatkan dari Tuhannya, beliau bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosaku". Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu, kerana Aku benar-benar telah mengampunimu. Abdul A'la berkata: Aku tidak mengetahui apakah Allah berfirman "berbuatlah sesukamu" pada yang ketiga kali atau keempat kali.” (Imam Muslim)

Janji Allah nih sepatutnya menjadi dorongan kat kita utk sentiasa memohon keampunanNya..
xkisah la sebesar mana dosa kita tp yakinlah Allah tetap akn memaafkannya..dosa seorang pembunuh yg bpuluh2 orang dibunuhnya pon Allah dpt ampunkan.inikan pula dosa kita
(bg yg x pernah membunuh laa..stkt membunuh nyamuk tu bkn pembunuh btol2 pn)
xpercaya ke??..igt aku tipu ke?? okehhh..buktinya..hadith riwayat Imam Muslim nih

"Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda: Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang.

Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang. Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang. kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk ulama.

Di Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. Maka bertengkarlah malaikat Rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat Rahmat, "orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat Rahmat."

Menurut hadith nih..taubat si pembunuh tadi diterima Allah disebabkan dia ni nk berhijrah menjadi seorang yang lebih baik..bertuah nya kan kalau kita pon ade kesedaran untuk berubah dan bertaubat ni..

Sedar tidak sedar, sebenarnya Allah menjanjikan banyak kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang bertaubat. Maka tidak syak lg bahawa, jalan keluar ke pintu kebaikan terbuka luas untuk mereka yg sedang bergelumang dalam dosa maksiat. Jangan laa berputus asa terhadap keampunan dan rahmat Allah. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa menyanyangi dan bersama orang-orang yang ingin mendekati-Nya..

p/s: grab dis chance b4 its too late!!..bertaubatlaa..

till now..wslm
adios~

(hasil ubahsuai dari www.iLuvislam.com artikel 'pintu taubat itu luas')

0 pandai kritik:

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,