hepi anniversary

merdeka??

Esok dah merdeka..
Semua sekarang ni cibuk pasal ambang merdeka laa..
Perbarisan merdeka laa..
Iklan merdeka laa..
Tapi kan..
Aku masih lagi kabur apa itu erti merdeka bagi rakyat malaysia sebenarnya..
Merdeka..
Apa itu merdeka??

Situasi 1
Yeeaaaa..hari ini exam final dah abis..merdekanya aku rasa..weeeee~

Situasi 2
Hurm.. umur aku dah 19 thn.. bukan 18 thn lagi..aku dah besar..aku bebas nak buwat pe saje..bebas nak g jalan2 kat mana-mana..bebas nak balik pkul bape..sebab aku dh merdeka..yippiii~

Situasi 3
Blaja overc means jauh dari mak ayah..jadi aku nak buat apa pon suka hati aku laa..bukannya ada orang nak ambik tahu..kawan-kawan pon satu kepala ngan aku je..merdekanya aku rasa bila berjauhan…yiihaaaa~

Situasi 4
Hurm..hari ni mak ayah g kl..aku duk sorang2 je kat umah..bestnya..merdekaaa~

Situasi 5
5..4..3..2..1.. merdeka~..dah kali ke 51 rupanya malaysia medeka..tak sangka ler pulak..cepatnya masa berlalu..merdeka x3

Hurm..bagi aku, merdeka yang sebenar adalah.......

.................
.................
.................
.................
.................
.................
.................
.................
.................
.........................
.....................
.................
.............
.........
.....
...
.

Situasi 1 laa…sangat-sangat la gumbira bila abes exam…memang betul2 merdeka rasanya..

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 51 buat negaraku terchenta..Malaysia

diingatkan bahawa sambutan konsert ambang merdeka, pesta antara lelaki dan bukan lelaki, pertunjukan bunga api (pembaziran) atau apa-apa yang sewaktu dengannya adalah secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam..

bukan aku nak tunjuk baik..
tapi asyik-asyik mende sama jer tiap kali nak merdeka..konsert3!
fedap aku!!!!!!!!!!~(melampau fedap sampai 10 tanda seru..nampak tak??)

saya sangat sengal..

-nak menyengalkan diri dengan berbahasa budak sekolah-

Hari ini saya sangat gembira kerana saya dapat bermain badminton. Saya pergi bermain bersama 3 rakan saya yang lain. 2 daripadanya rakan seperjuangan saya di Mesir iaitu dr aiman dan ustaz marwan. Seorang lagi kawan saya ialah dr syukri. Beliau merupakan pelajar pergigian di sebuah universiti di Jordan.

Saya berasa sangat seronok. Ini merupakan kali pertama saya bermain badminton selepas kali terakhir bermain setahun setengah yang lalu. Walaupun saya tidak sehebat mana, saya tetap datang sekadar mengisi masa lapang di samping merapatkan ukhwah antara kami.

Kami memulakan aksi lebih kurang jam 9.30 pagi. Namun hakikatnya kami merancang untuk bermain pada jam 9.00 pagi. Tapi paham-paham sajalah janji orang melayu. Hanya ustaz marwan yang datang tepat pada masanya. Mungkin disebabkan beliau merupakan pelajar Al Azhar, menyebabkan beliau lebih memahami persoalan janji menurut agama Islam. Saya menyusuli beliau diikuti dengan dr syukri dan dr aiman.

Tapi apa yang sedihnya, saya seorang sahaja yang berpakaian seperti bukan seorang ahli sukan. Saya bert-shirt, berseluar jeans dan memakai selipar. Seperti mahu ke bandar dan bukannya hendak pergi bermain.
Bukan niat dihati saya hendak berpakaian seperti itu. Saya sudah cuba sedaya upaya mencari seluar track dan kasut yang sesuai. Namun hampa. Kebanyakan pakaian sukan saya ditinggalkan nun jauh di mesir. Keadaan yang terdesak ini menyebabkan saya pergi ke gelanggang badminton dalam keadaan bersahaja.

Ditambah dengan stamina yang lemah dan gaya permainan yang tidak bermutu. Bayangkanlah setelah sekian lama tidak memegang raket dan menebah bola badminton. Rasanya seperti orang yang baru hendak mengenali dunia badminton rasanya. Rasa malu pula kerana banyak sangat mengkritik Lee Chong Wei tempoh hari sedangkan diri saya ini jauh lebih teruk. Di mesir, saya tidak pernah bermain badminton dek kerana kemudahan yang sangatlah terhad dan uzur. Harga tempahan juga agak mahal. Ini membataskan saya.

Pada mulanya kami sekadar memanaskan badan. Seterusnya kami memulakan perlawanan regu. Saya dipasangkan dengan dr shukri manakala dr aiman bersama dengan ustaz marwan. Agak memalukan perlawanan itu kerana kami tewas dengan mudah. Rasanya saya sudah memberi yang terbaik tapi apakan daya, masih banyak kekurangan yang ada. Seusai sahaja 2 game, saya terus mendapatkan setin air 100Plus dan setin air LemonTea. Letih sangat rasanya. Apakah yang berlaku pada tenaga saya kerana baru bermain sekejap tapi sudah penat. Memalukan je. Tapi itulah hakikat yang terpaksa saya akui kerana sudah lama tidak bersukan.

Seusai melepaskan rehat, saya dan dr syukri berentap. Permainan single yang berlangsung kali ini amat memalukan kami jika disiarkan secara live di espn mahupun starsport. Walaupun saya berjaya menewaskan beliau, tapi seolah-olah beliau bermain bukan pada kemampuan sebenar. Beliau juga sudah lama tidak bermain badminton seperti saya. Kelihatan saya menang disebabkan nasib semata-mata. Sadisnya dirasai apabila diperbuatkan seperti ini. Huhu

Tamat sahaja 2 game, kami berehat panjang sekali lagi memandangkan masa tempahan kami hampir tamat iaitu tepat jam 11 pagi. Kalau bermain di tempat lain, kami tidak akan punctual dan bebas berhenti bila-bila masa walaupun masa tempahan sudah tamat tapi di dewan ini, lampu akan ditutup sebaik sahaja masa habis menandakan menghalau keluar. Untuk makluman, sebenarnya nama kami dan beberapa kawan yang lain telah disenarai hitamkan di kompleks belia dan sukan kuala terengganu dek kerana selalu melebihkan masa permainan tanpa membayar. Nakalnya kami ni. bukannya apa, kelihatan kompleks belia tersebut seolah-olah tidak ramai yang menggunakannya. Membazir sahaja kan. Sebab itulah kami selalu melebihkan masa permainan kami. Hihi. Itu sejarah dahulu. Tapi rasa-rasanya itu semua sudah berlalu agaknya.

Walaupun sempat bermain sekejap sahaja tapi kepenatan yang saya alami sangatlah dasyat. Teruknya stamina dan gaya permainan saya kali ini. Tapi tak mengapalah, sekadar melepaskan rindu bermain badminton bersama kawan-kawan memandangkan selepas ini bulan Ramadhan menjelma. Jadi tak dapat la hendak bermain lagi kerana terpaksa menyimpan tenaga di bulan Ramadhan.

Lebih kurang jam 11.30, sekumpulan pelajar dari UMT datang ke dewan badminton berkenaan. Ramai jugakla pakcik-pakcik dan gadis-gadis dari universiti berkenaan. Mereka telah menempah keseluruhan gelangang dalam dewan berkenaan iaitu sebanyak 5 gelanggang. Bunyinya agak tamak tapi tak mengapalah. Mungkin hendak mengadakan latihan agaknya.

Disebabkan hendak menjaga ‘siqoh’, kami perlahan-lahan mengorak langkah keluar. Sebenarnya niat di hati, hendak sangat menonton anak-anak remaja yang kiut miut ini beraksi. Tapi tak mengapalah, apa pulak kata orang nanti. Sangatlah hipokrit diri saya ini.

Selepas itu, kami melepak di kafe yang terletak di luar dewan badminton berkenaan untuk melepaskan penat. Banyak rehat pula rasanya berbanding bermain. Entahlah, saya memang sangat-sangat letih kali ini. Mungkin selepas ini saya terpaksa meningkatkan lagi stamina saya. Saya akan berusaha. Doakan saya. Go go Lukpi. Malaysia boleh Lukpi boleh!!. Begitulah bunyi sorakan pon-pon gurl terhadap saya.

Hurm, lusa insyaAllah bulan Ramadhan akan menjelma. Takkan lah hendak bermain di bulan puasa. Tentu letih. Lebih baik duduk di rumah sahaja dan meningkatkan amalan. Bukankah itu yang lebih dituntut. Nampaknya ini mungkin kali terakhir bermain badminton di bumi Malaysia kerana pada bulan syawal nanti saya insyaAllah akan berangkat pulang ke Mesir untuk meneruskan pengajian setelah sekian lama cuti bersalin di Malaysia. Sangat sedih rasanya. Tapi itulah lumrah orang yang galak sangat nak merantau.

Esok pula (ahad), jika anak bulan malu untuk memperlihatkan dirnya, ini bermakna belum puasa. Dan insyaAllah ex-pelajar batch shams 2006 akan mengadakan reunion. Tak sabar rasanya bertemu kawan-kawan lama setelah sekian lama membawa diri dan mengikut haluan masing-masing. Bagaimakah rupa mereka agaknya, adakah ada yang semakin montel, semakin tinggi, semakin gelap atau bagaimana. Adakah yang sudah berkahwin atau bertunang. Tunggu dan lihat sajalah.

Apapun pesanan saya, janganlah makan banyak sangat ya kerana di malamnya pula insyaAllah kita akan mengadakan solat terawih yang pertama. Jika terlampau kenyang, akan malas pulak rasanya. Tak usahlah begitu. Saya turut mengingatkan diri saya juga. Huhu

Apa-apa pun, saya sangat gembira hari ini. Tapi agak keletihan. Badan pun sakit-sakit rasanya. Plantar kaki saya juga agak kesakitan. Maklum sahajalah berkaki ayam ketika bermain. Huhu. Saya rasa saya hendak berehat sekejap. Perut pun lapar. Saya hendak berhenti dahululah. Izinkan saya ya. Maafkan saya kerana saya menulis seperti karangan budak darjah 4. Saya harap adik saya yang kini di darjah 4 dapat membaca penulisan abangnya yang sangat sengal ini.

Sebenarnya bukannya apa, saya amat rindu untuk kembali ke zaman itu. Mahu jadi muda kembali walaupun saya mengerti itu semua tidak mungkin berlaku. Lagipun saya dapat rasakan yang saya ini masih muda. Hehe. Saya rindu awak semua, kawan-kawanku. Kemanakah kamu menghilang. Kepada ex SKSS1 batch 96-01, janganlah main sembunyi-sembunyi. Kita main lah polis entry ke atau main kawin-kawin ke atau masak-masak. Huhu

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak kisah berulang
Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanam cintaku dan kasihku
Agar ku bahagia
Huhu..windunyaaa!!

Tak lupa..salam Ramdahan Al Mubarak ya. Nak raya, kene puasa tau. Tahun ni azam saya nak puasa penuh. Tahun lepas dah penuh. Tahun lepas-lepas dah penuh. Tahun lepas-lepas-lepas penuh juga. Takkan lah tahun ni tanak teruskan. Hihi. Nak lawan dengan adik saya lah. Nak tengok siapa yang puasa penuh. Apa kejadahnya abang seperti saya ni. Aiyaa. Diharapkan juga saya dapat meningkatkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini. Rebutlah sebelum terlambat kerana Ramadhan yang akan datang(tahun depan) belum tentu milik kita. Malahan Ramadhan kali ini pun belum tentu milik kita. Mana lah tahu sebaik sahaja membaca entry ini, terus dijemput Ilahi. Doakanlah semoga dipanjangkan umur ya. Huhu

More RAMADHAN graphics
yea yea.. ramadhan dah datang


Sekian dahulu. Wabillahi taufeq wal hidayah, wassalamu‘alaikum warahmatullah..adios~

p/s : saya tidak menyangka pembebelan saya kali ini mencecah 4 helaian Microsoft Word. Macam cerpen pulak rasanya. Boleh lah nak masuk pertandingan selepas ini. Kepada sesiapa yang menghabiskan bacaan entry kali ini, ternyata anda memang pembazir masa yang sejati. Maafkan saya ya.

ulat buku or kulat buku

Sejak mutakhir ini (recently laa), entah kat mana silap (silap ke?) aku dah jadi addicted dengan dunia buku ni(bukan drug's addict yer). Nak2 buku-buku novel islamic or buku-buku agama..(komik pon layan act..huhu) Buku-buku medic minat jugak tapi kurang r :P Haishhh. Kene masuk pusat pemulihan ni supaya ak minat balik kat buku medic..huhu

Ni gara-gara cuti bersalin r nih. Lama sangat. Sampai banyak dah aku lupa medical terms n medical knowledge yang aku dah belajar..sob3

pesal la cuti lama sangat..walaupun best laa jugak tapi takut otak ni berkarat jer (ade ke elemen2 besi lam otak sampai boleh berkarat??..adaaa!! “zat besi”)..huhu

Sepanjang aku cuti ni. Boleh tahan banyak jugak la buku yang aku baca. Novel tak banyak tapi buku tentang keagamaan banyak r. Cewah konon bagus.. Wekkk!!ahahaha..(jama’ in arabic apabila lebih atau sama dengan 3.. sebab tu aku consider aku baca banyak..ngehehe)

Buku-buku medic yang bawak balik tak bukak2 pon lagi.. Dah berdebu & bersawang kot :P.. Mesti buku2 tu merajuk nanti. “takpe, lepas ni kita honeymoon sama-sama ek"

Disebabkan malas nak taip panjang-panjang, nak share gambar-gambar buku yang aku baca je lah..[pemalasnya aku ni..:(..ish3..berubah laa!!]

bagus untuk sapa2 nak blaja medic..cara nak berurusan ngan patients..byk aku blaja..bagus betul persatuan PERUBATAN..mabruk!!-beli masa seminar perubatan kat mesir dulu-


versi english..(versi melayu dah baca tp saja nk baca lagi..xde kerja)..hmm tak abes lg baca buku ni..yer la..baca sikit pastu tgk kamus..alahai sabar2..selain dapat ilmu dapat jgk vocab..ok r..-beli time ma'rod kutub kt mesir-


baca buku ni insaf sekejap..pastu buat balik..huehehe..tp buku ni mmg best..tiptop!!-kebas dari my mum..im innoccent-


terjumpa buku ni..nak cari dress code untuk laki..tapi takde..huehehe..gurls skang kene baca buku ni..huhu-beli kt ma'rod kutub kat mesir-


buku hadis-hadis pilihan ni..tak sangka jugak jumpe buku bahasa melayu kat mesir..tp ciput sangat buku bahasa melayu yang ada..terus tibai beli..huehehe..bagus utk dbaca..boleh cari idea nak bagi tazkirah..hihi-beli ma'rod kutub kat mesir-


novel ni dah lama aku siap baca..best!!..nak sangat ada novel baru habiburrahman..plesss~..huhu-beli kat PSI tganu-


banyak ni je..act banyak lagi..kalau letak komik tak terscan pulak aku utk bawa masuk lam ni..huehehe..lepas-lepas ni kalau malas nak tulis..aku post pic-pic buku dah ek..:P sng citer..sebab pic kan lebih org suke tengok dari tulisan ntah pape..huhu

nak kawin

assalamu'alaikum wbt

biasa-biasa..
tengok orang bertunang..
macam best jer..
berseri-seri muka..
senyum panjang jer..
kadang terbawa-bawa dalam tidur..(yer ke??..aku teka je)
disebabkan indahnya saat itu..
itu belum masuk yang menikah..
(musim cuti ni ramai sangat mendaftar untuk hubungan yang halal)
aku tengok pon jeles..
tapi ada satu aku nak share..
PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN yang pertama..
(bagi yang bujang tak terlajak macam aku ni)
PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN yang kedua..
(bg yang dah nikah or tunang kali pertama le)
bukan bermaksud kawin dua yer..
(sensitif isu ni..takley main-main..haha)
hakikatnya PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN ini..
akan wajib dialami bagi semua insan..
yang bergelar makhlukNya..
PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN apakah itu..
jeng jeng jeng~


Pada suatu masa
Kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali
Dihujung hidup berlangsung
Perkahwinan dengan MAUT
Hantarannya SAKIT dan NAZAK
Tamu bertandang
Menghadiahkan tangis
Pengantin di MANDIkan
Dipakaikan baju PUTIH
Wangiannya gaharu dan cendana
Menjadi pelamin
Pengantin bersanding sendirian
Diarak keliling kampung
Berkompangkan azan
Kalimah qudus
Aqad nikah dgn talkin
Berwalikan liang lahad
Bersaksikan nisan- nisan
Siraman mawar menjadi renjisan
Malam pertama
Bersama kekasih yang dindingnya tanah
Menuntut janji perkahwinan
"SAKARATUL MAUT"

sapa-sapa yang rasa dah sedia nak 'KAWIN'..pikir balik la yer..
(saja takutkan orang yang nak kawen..padahal aku jeles..tapi aku takutkan ni untuk peringatan bersama)

"setiap umat tu ada ketetapan matinya..bila tiba saat ajalnya, maka tidak akan dilewatkan sesaat dan tidak akan diawalkan walau sesaat"

AMEEN~


sama-sama lah persiapakn diri kita sebelum meniti gerbang perkahwinan yang 'indah' itu..allahu a'lam..adios~

latih jari..

salam 'alaik..
tak tahu nak citer apa..
share pengalaman lepas dh yer..

masa dulu-dulu..sebelum setiap student yang apply scholar jpa untuk perubatan..diorang akan diberi exposure kerjaya sebenar seorang doctor..mana la tahu takut-takut ada yang tak sanggup nak jadi doctor bila tengok the real life as a doctorscary+miserable kot..haha..so aku pon tak terkecuali la daripada kursus ni..pergi la dengan calon-calon lain kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu..and di sini kitorang diberi peluang untuk bertanya direct kat para-para doctor tentang kerjaya sebenar seorang doctor dan mendengar nasihat dari mereka..

kitorang dibawa ke beberapa bahagian di hospital berkenaan antaranya emergency, orthopaedics, forensic, O&G n banyak lagi..paling best aku rasa forensic..tapi actually aku ni takut mayat..tapi entah macam mana laa aku ni ter'berani' hari tu..takkan sebab berlakon depan student2 pompuan lain kot..i guess not sebab aku ni tak suka berpura-pura..aku nak jadi diri aku yang sebenar jer..happy go lucky person..pawasan!! hakikatnya memang aku ni penakut..penakut dengan mayat actually..aku ingat lagi kalau ada upacara-upacara kematian aku akan cari alasan untuk tak pergi..kalau pergi pon aku takkan menghadap atau jeling-jeling tengok kat mayat..seram r tengok muka dengan sumbatan kapas tu..eeii..tak tahu la kenapa..aku selalu fikir yang bukan-bukan macam mayat terbangun ke, terbuka mata ke..maybe sebab terlampau banyak tengok cerita-cerita hantu+seram kot..huhu..teruknya la aku ni

fakta yang tak dapat nak elak..aku memang takut mayat..tapi tengok gambar-gambar yang real dari bahagian forensic hari tu langsung tak menakutkan aku..dan kebetulan takde mayat hari tu..selamattt..yang ada cuma bayi yang baru meninggal dunia..sedih jugak tengok si ibu di luar bilik jenazah..naluri keibuan memang jelas terpancar..yer la kan, sape yang tak sedih kehilangan anak..aku yang takda kaitan pon sedih tapi buat-buat control macho..

masa bahagian orthopaedics pulak..first patient yang kitorang tengok adalah patient yang kat bahagian pergelangan kaki dia 'belok'..tak tahu la terms medic yang sesuai nak guna sebab tak belajar lagi..tapi nampak agak tak sempurna..jalan pon senget-senget..sedih jugak tengok..then doctor yang rawat tu tanya kitorang our 1st impression, memang semua jawapan sama jer kitorang bagi..SYMPHATHY!!..then doc tu nak jawapan lain coz seseorang doc tidak hanya perlu kepada simpati..pening kitorang memikirkankannya..adeiii..last-last doctor tu bagitau pasal EMPHATY..doc bagitau yang cuba bayangkan kita berada pada situasi pesakit berkenaan..cube bayangkan?!!..that's why being as a doctor kita xley tau kasihan jer(simpati) tapi berusaha untuk tolong patients(emphaty)..waa, terharu jugak laa..ingat!! nanti-nanti dah jadi doctor, berbakti la kat masyarakat yer!! insyaAllah

masuk bahagian wad orthopaedic(tulang), tergaman seketika..terkesima pon ada..wad lelaki penuh dan padat tapi wad perempuan agak lengang..bila tanya doctor2 n nurse2 kat wad tersebut, baru laa tahu kenapa..petutla penuh sebab ramai sangat mat-mat rempit yag menyusahkan masyarakat ni..patah sana patah situ..ish3..dan dapat satu tips..doctor kat situ pesan bila dah jadi doctor nanti, jangan bagi muka kat mat-mat rempit ni..biar diorang meraung kesakitan lama-lama pastu barulaa pergi rawat..biar diorang seksa sikit..xserik2..nanti2 dah pulih lumba balik..hurm no komen laa..mungkin boleh pakai idea doctor ni..bukan niat nak menyeksa tapi sebagai pengajaran..kepada all 'rempit'ians, no special treatment waitin for you!! macam mana kamu menyusahkan orang..macam tu jugak la kami akan menyusahkan kamu..amaran ni!!

pastu dapat chance pergi O&G..bahagian sakit-sakit puan..dapat cakap dengan seorang patient yang kanser payu dara..dengar luahan dia..sayu dan pilu..plus pergi tengok camne scan perut ibu-ibu yang mengandung..nak tahu camna kesihatan dan kesakitan ibu, kesihatan bayi, anggaran bersalin dan macam-macam..kitorang siap di bawa ke dewan pembedahan bersalin lagi tapi tak dibenarkan untuk tengok macam mana proses kebersalinan itu berlaku..atas sebab privacy pesakit..it's okey..kami hormati privacy beliau

masa bahagian kecemasan..agak boring..sebab berharap sangat ada patients yang cedera agak parah tapi hampa..bukan mintak saja-saja agar ada orang accident tapi nak tengok camne 1st aid kat bilik kecemasan ni dijalankan jer..papepon syukur sebab ade jugak laa pesakit semalam yang agak parah..pesakit-pesakir asthma pon ade..dan ada sorang doctor pompuan yang masih lagi HO cakap tak tahan dengan tugas HO..perit sangat-sangat..mengeluh panjang dia tapi kitorang yakin dia masih komited pada tugas..biasa la manusia..mengeluh tu selalu ada..dan ini membuatkan aku semakin takut real life HO sebab banyak sangat cerita-cerita ngeri HO..

tak lupa..bahagian physiotheraphy..pulih-pulih anggota..ni yang aku nak bagitau sebenarnya..yang aku sembang-sembang awal-awal tu kosong jer..tapi takpe sekadar berkongsi pengalaman..pasal pulih-pulih anggota ni..aku ada cadangan bagi pihak hospital..bagi pesakit yang nak pulihkan pergerakan jari xpayah la guna plastisin khas tu..memang bagus tapi tak sophisticated..haha..gune r cara online..latih jari kat keyboard je..hehe..kalau xcaya klik kat bawah ni..kompem boley latih jari plus ada peluang dapat keyboard baru..jangan marah kalau keyboard rosak yer..;p

Physiotheraphy Jari Anda

kalau keyboard rosak, beli baru yer..jangan salahkan aku pulak..lupe..cek-cek folder kat pc nih terjumpa lagi gambar-gambar masa exposure doctor's career hari tu..tengok la yang mana ada..sekian jer la..tak ada idea nak tulis apa..so cerita la pengalaman diri..sekian..wassalam

dis is my grup


where r u now guys


future docs..insyaAllah


da best sis ever!!


p/s: mana entah dak2 satu group aku dulu..ada yang still contact, ada yang dah menghilang camtu jer..papepon all da best untuk korang semua..jumpe kat hospital nanti yer..insyaAllah


on demand..



6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi

Tanpa..
CintaMu aku resah
Tanpa..
KasihMu aku hampa
Tanpa..
DiriMu aku mati
Hooo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpaMu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh cari Dirimu
Kan Kau tinggalkan aku sendiri
TanpaMu ku mati
Hooo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti


Maaf ler..sebab aku ubah jadi versi nasyid sikit (video jer yang ori sebab malas nak edit)..lirik lagu ni pon okey jer untuk hiburan mendidik jiwa..kalau ikut asal lagu ni tuju ke makwe..tapi aku tengok macam tak kene jer sebab takkan la mati sebab makwe..nonsense r!!..ni laa lagu zaman sekarang..cintan cintun jer sumer..terlampau cintakan makhluk..yang Maha Agung takde pulak cinta setinggi sampai camni..aduii xpaham laa!..~aku kata kat diri sendiri nih~..aku nak share yang ni jer sebab malas nak taip kali ini..post lagu ‘nasyid’ dah r..papepon hayati lirik yang aku dah ubah tu..bukan bila baca lirik ingat kat awek tapi ingat yang Satu k!!..tapi kan..aku takut gak sebab aku edit lirik ni tanpa kebenaran..abes la kalau kene saman..(T_T)

p/s : ada bakat x jadi pengubah lirik?? (read: bukan penulis lirik taw)

kunun berubah

kempen solat berjemaah di masjid/surau


Assalamualaikum..

Biar betull.. Cam tak caya jer.. Kunun-kunun dah berubah.. Haish pelik jugak ni.. Kalau yer pon jangan la mengejut sangat.. Aku pon pelik dengan pe yang berlaku..

Ha!! Mesti ada yang tertanya-tanya ek..(kalau ada yang tertanya-tanya apa semua ni, maknanya aku berjaya menyelitkan unsur suspens yang telah diplejari berkurun lama dahulu..hehe..sedikit rasa bangga mula menyinari diri)


Actually takde papepon.. meh aku story sikit tapi panjang laa..Malam tadi aku tidur awal.. Belum sembahyang isya’ terus tertidur..Nak cakap letih takde la sangat sebab bukan buat papepon semalam..Buat-buat sibuk jer..Mungkin sebab kekenyangan kot sampai tertidur.. Hehe

Tup-tup bangun-bangun dah pukul 4.. Aiseyyh!! Cepat-cepat la membangunkan diri mengerjakan apa yang patut dan menambah munajat kepadaNya..Alhamdulillah

Pastu pulak, perut buat hal.. Merengek laa.. Merintih la.. Merajuk la.. Adeii mana ada makanan pagi-pagi buta ni.. Nak goreng sumtin pon rasa cam malas jer.. Buat la air teh untuk alas perut.. Apa yang spesyelnya pasal ‘syai’ yang aku buat ni adalah aku praktikkan apa yang orang arab buat.. satu cawan satu uncang.. Waa kelat jugak yer rasanya.. Rindu lak nak minum syai orang arab.. Huhu..(tapi ibu-ibu kita buat act lebih sedap dari diorang buat..hakikatnya!!)

Then dengar mak aku keluar dari bilik untuk prepare apa yang patut subuh-subuh buta ni.. Tengok-tengok jam, patut r! dah dekat nak subuh.. Bila nak subuh ni, mulalah timbul satu konflik.. Nak pergi ke tidak??! Pergi ke tidak??!.. tanpa disedari mencapai tuala dan terus mensiapkan diri lagi sekali.. Tapi hati ni masih berbolak balik nak pergi ke tidak??!

Yer la.. pergi mana?? (adeii..sorang ni dah bengang ngan aku..rilek-rilek!!..satu persatu r gua cerita..sabar yer!!)

Actually aku tengah berkira-kira nak pergi surau ke tidak.. Bukan nak tunjuk baik tapi nak bagitau yang aku lama dah tak jejakkan kaki kat surau subuh-subuh..Teruknya.. Kalau malam-malam rajin jugak laa aku pergi.. Tapi bab subuh ni selalu macam buat-buat tak dengar laa..(sebab biasa2 parent aku kejut suruh pergi surau dengan diorang, nak-nak kalau pagi jumaat..tapi aku selalu jawab..”yer la, yer la..nak bangun r ni!!”..tapi tak bangun-bangun pon..last-last tertido balik and perent aku pon pergi je meninggalkan aku..pastu mulalah lewat subuh sebab tertido..pukul 6 lebih baru nak solat..kalau pergi surau kan bagus boley sembahyang awal..kadang-kadang tu, adik2 aku pergi sekali ngan parent aku tapi aku tak pergi..teruk laa aku ni..baik bagi title abang tu kat adik-adik aku jer sebab aku ni tak menunjukkan contoh terbaik pon..abang ke tu??!!)

Dan pagi tadi.. Pergi jugak laa menunjukkan muka yang lama tak datang subuh.. Drive sorang-sorang agak menakutkan tapi radio ikim jadi peneman.. Huhu.. Plus apa yang menarik hari ini ustaz faveret yang dijadualkan bagi kuliah subuh.. Ustaz Azhar Idrus!! Kompem time dia bagi tazkirah, penuh surau tu! Pagi tadi pon ramai jugak datang.. Tapi kalau malam-malam, lagi ramai yang datang..

Selain dapat solat berjemaah subuh, dapat dengan kuliah subuh pulak..best2!! Sebenarnya aku pon pelik kenapalah aku tetiba je ada hati nak pergi surau tadi..ni ke tanda sebelum 40 hari yang ‘ehem’ tu.. Mintak-mintak jangan.. Amalan ciput dosa menggunung.. Huhu.. Kalau kat Mesir dulu, berebut-rebut jugak pergi solat berjemaah subuh terutamanya.. Jalan sorang-sorang pagi-pagi buta pon tak takut sebab suasana sana yang agak selamat.. Tak pernah jumpa kutu malam yang ganas atau pon makhluk-makhluk pelik (hantu laa)..Time rajin, pergi masjid, time tak berapa nak rajin, pergi surau satu kompleks jer.. Tapi balik Malaysia ni mood nak solat berjemaah subuh kat surau/masjid berkurang laa.. Tapi pagi tadi Alhamdulillah Allah izin untuk bersama orang-orang yang berjaya melawan hasutan syaitan yang selalu suruh kita pekakkan telinga dengan azan subuh dan selimutkan diri dengan selimut..

Akhirnya jawapan bagi soalan dalam diri aku tadi terjawab.. Nak pergi ke tidak??!! Pergi jugak akhirnya.. Alhamdulillah.. Plus dapat munajat di tengah malam yang lama aku tak buat.. Alhamdulillah!! Berubah jugak la walaupun setapak jer.. Tapi aku ni teruk lagi!! Banyak ni baru, dah kepoh.. Orang lain buat hari-hari tak bagitau pon.. Yer la, aku harap hari ini menjadi titik tolak bagi aku untuk terus berubah.. insyaAllah..

Tapi agak kecewa jugak laa.. Pagi tadi Ustaz Azhar takde.. Ada kat kemaman kata imam surau.. Ramai yang datang kecewa jugak tapi itu bukan niat utama pergi surau semata-mata nak dengar ceramah beliau.. Tak betul tu!! Tapi yang paling utama dapat solat berjemaah dan rasa lebih dekat denganNya.. Kuliah subuh tu niat sampingan je sebagai peringatan di permulaan hari.. Jadi perasaan kecewa tu takda la sangat.. Kuliah hari ini diganti dengan bacaan tafsir surah At Takwir

Surah At Takwir..mengandungi 29 ayat surah ke 81 juzu’ 30 muka surat 586(Al Quran)..)Apa yang kelakarnya adalah masa nak cari page surat ni kat Quran terutama sekumpulan pakcik-pakcik yang duduk dekat dengan aku.. Maklum laa nombor page Al Quran dalam bahasa arab.. For me, Alhamdulillah dapat cari cepat jer.. Bagi pakcik-pakcik ni, bermasalah sikit.. Ada la aku dengar macam ni cara diorang ingat..586..no 5 bentuk macam huruf ‘O’..yang no 8 bentuk V terbalik.. no 6 lawan bentuk ngan no 2 arab.. Macam tu diorang nak ingat.. Kelakar jugak yer!! Tergelak sorang aku macam tengok raja lawak je.. Tapi Alhamdulillah diorang ada inisiatif sendiri.. Bagus r tu.. Tak la buta arab sangat.. Dan tak payah la aku tunjuk terer nak tolong mereka.. Cuma agak kelakar laa.. Hahaha

Berbalik pada surah tadi.. Sedikit pengisian aku nak share walaupun ramai yang dah tahu apa makna di sebalik ayat-ayat surah ni.. Penceritaan tentang sebahagian peristiwa yang akan berlaku di hari kiamat kelak... Selamat membaca!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ apabila matahari dilingkari cahayanya
وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ dan apabila bintang-bintang gugur berselerak
وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ dan apabila gunung ganang diterbangkan ke angkasa (setelah hancur menjadi debu)
وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ dan apabila unta-unta bunting terbiar
وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan
وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ dan apabila lautan meluap-luap bercampur baur
وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya
وَإِذَا الْمَوْؤُودَةُ سُئِلَتْ dan apabila anak perempuan ditanam hidup-hidup ditanya
بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ dengan dosa apakah ia dibunuh?
وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ dan apabila surat-surat amal dibentangkan
وَإِذَا السَّمَاء كُشِطَتْ dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya
وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ dan apabila neraka dinyalakan menjulang
وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ dan apabila syurga didekatkan

Sampai ayat 13 je r..Sorry..Rujuk tafsir sendiri k..Rujuk sini.. Apa-apa pon nak kata sini pelbagai peristiwa dahsyat akan berlaku di hari kiamat kelak.. tak takutkah??.. Ramai yang sanggup nak mati dahulu kalau diberi pilihan untuk berhadapan dengan peristiwa hari kiamat kelak sebab terlalu dahsyat gambarannya.. Waa.. Nak mati tapi cukup kah amalan-amalan yang dibawa.. Renungkan bersama.. Agak panjang entry kali ni tapi hope u guys dapat sumtin yerp.. Sekian wassalam.. Adios~

awek ni la yang selalu tarik aku untuk ke a&w


p/s : jumpa ustaz azhar kat a&w hari tu.. tak boikot r maknanya..hehe..nak makan sana selalu r..satu lagi, selamat belajar bagi my mum yang baru nak terkebil-kebil belajar bahasa arab..hehe..chaiyok2!! aku pulak jadi sumber pertanyaan beliau..macam la aku ni mahir sangat..aduii)

today is only we have


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hurm..Tatkala mengenangkan nasib diri..Walaupun x dapat apa aku nak..Tambah pulak laptop yang kene format..Adeii..Memang malang sangat2 laa..Tapi aku pasti nasib aku ni tak r seteruk mana lagi..Maybe ada orang yang nasib dia lebih tragis lagi..’Kalau nak tahu erti syukur, lihatlah orang yang lebih rendah(kurang bernasib baik) dari kamu’..Jadi berbekalkan kata2 ni aku taknak r sedih2 dan emo2 lagi.. Lupakan jer r masalah yang kecik tu..Life must go on..Bab kata orang china, hidup memang tala salalunya celah (sbb malam ada..memang r x selalu cerah)

Hari ni aku nak kongsi sikit r pasal bersyukur kot..Tapi bukan spesifik betul2 r..Cuma ada kaitan sikit2 r..Ramai yang dah tahu erti syukur ni..Dan ramai jugak yang nak ingatkan diri supaya selalu bersyukur sampai letak nama syukur atau atau syukriah..Watever laa..Janji tahu apa makna kalimah syukur tu..



Korang rasa korang banyak kali x mensyukuri sumtin..maksud aku benda2 yang selalu kita x perasan..Contoh, macam dapat makan, dapat kelip mata, dapat bernafas lagi, dapat lihat lagi, mcm2 r..Benda2 yang simple2 je tapi benda2 ni la yang membuatkan hidup kita lebih bermakna kerana nikmat dan kasih saying Allah yang x putus2 ni..

Erm, when we wake up in the morning, do not expect to see the evening..ingat!! sebab dah boleh bangun pagi tu dah kira syukur da sebab Allah masih bagi lagi peluang..Sebab today is all that we have..Dan yang lepas2 tu biarkanlah.. Takyah r bersedih pasal yang lepas (ni ayat untuk tenangkan diri aku jer..huhu) Kalau sedih2, berguna ke..

Bagi aku..’the past that has departed and gone, i will not cry over you..you will not see me remembering you, not even for a moment, because you have travelled away from me and never to return’ (kadang2 aku tangisi r jugak masa2 lampau..tapi bukan untuk dikembalikan semula, tapi untuk memberi pengajaran je..ecece)

Do you think yang kita ni dapat return the sun to its place of rising, baby to its mother’s womb ataupun tears to the eye..Takley weh!!..Jangan harap..Takyah r tangisi masa2 lampau lagi

Remember!! Today is all what we have..sama ada kita ni terus hidup sepanjang hari ini atau will die at the end of it..Yang lepas2 telas lepas dengan its good and evils..nak harapkan future belum tentu sebab tomorrow has not yet arrived.. so, be grateful that you are still alive today..

Alang2 dah diberi peluang hidup tu, pakat2 r beribadat dengan wakeful heart, recite Quran with understanding ke..Takpon ingat Allah dengan penuh sincerity..Kalau boley organize masa hari ini leklok..bab kata orang kampung aku..make sure that you can make years out of minutes and months out of seconds..paham x??..alah sume orang bijak bi sini..tak lupa kesempatan yang Allah bagi untuk terus bernafas hari ini, kita syukurinya dengan seek forgiveness dengan our Lord, remember Him and prepare untuk final parting from this world (peringatan untuk diri sendiri jugak)

Mesti ramai yang pernah dengar, macam ni r lebih kurang ayat dia..’Bekerjalah seolah-olah kamu nak hidup sampai bila2 dan beramallah seolah-olah kamu ni nak mati esok..Renung2kan dan selamat beramal!!..(bukan ak abis sini tau..banyak lagi nak membebel ni)

Jadi ingatlah yang lepas2 takyah r ditangisi..Yang akan datang pon xpasti lagi..Be not hasty and rushed dengan apa yang have yet to come to pass..Perbandingan untuk future ni ibarat sebiji buah yang nak masak..Korang ingat it is wise to pick the fruits before they become ripe??..Mesti korang nak makan buah-buahan yang masak ranum dah kan..tomorrow ni non existent, jadi buat pe nak busy yourself with it..xyah r nak engrossed dengan angan2 kita, since kita tak tahu whether kita will even see tomorrow..Dan ade orang pernah cakap yang takyah r obsessed sangat dengan our dreams sebab future is nothing and not yet been created for us..Betul x??(walupun aku selalu berangan life as doctor esok2..tapi sekadar angan2 je r..belum pasti..belajar pon lambat lagi nak abes..lukpi2)

‘The important thing to know is that tomorrow is from the world of the unseen, a bridge that we do not cross until it comes. Who knows, perhaps we might never reach the bridge, or the bridge might collapse before we reach it, or we may actually reach it and cross it safely’

Pikir r sama2..Yang lepas usah dikenang, yang akan datang hadapi dengan cemerlang..Takyah berangan lebih2..tapi menyuarakan impian itu penting..Impian x sama dengan angan2 k!! Tapi pe yang aku nak bagitau, life kita setakat apa yang kita lalui hari ini..bersyukurlah dengan apa yang dah kita lalui dan sedang lalui dengan keizinan Allah bagi tu..

The past is gone forever, today is all what we have..dan leave the future until it comes…remember yang everything on earth marches forward..jadi persiapkanlah diri untuk menghadapi apa yang mendatang dan tak lupa untuk prepare diri kita untuk ke destinasi yang masih jauh..

Dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hingga hari ini..Peluang2 yang Allah masih kurniakan gunakan ia sebaiknya..

Dan (ingatlah juga), "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih"
(Surah Ibrahim [14]:7)

Dan Allah bagitau yang ramai di antara kita ni tak reti bersyukur

“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang pandai bersyukur.”(Surah Saba’ [34]:13)

Nak ke kita dari golongan yang kacang lupakan kulit..Jadi..kalau nak dapat redha Allah senang jer..Bersyukurlah..
Syukur..syukur..syukur ya Allah..syukur Alhamdulillah..(lagu raihan ni..baris ni jer aku ingat)

Bersyukur ya sebab kita ni terus diberi peluang menyedut udara yang bermacam2 gas dan bau ni sampai hari ini..Dan tak lupa yang sudah berlalu usah ditangisi tapi jadikan ia pengalaman yang mengajar dan mendidik kita..Dan yang akan datang belum pasti dan pastikan yang mendatang hadapi dengan penuh cemerlang dan ketaqwaan..Dan yang paling penting ingatlah bahawa kita punyai hari ini..

‘Today is my only day’..lakukan hari ini sehabis baik bagi sesape yang nak life dia ni full with splendor and brilliance..manfaatkan masa yang masih ada ni k!! (aku pon nanak dah tangisi yang lepas2..Cuma nak sedih2 sikit2 je..eheh)

Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan jika ada kesempatan untuk esok, pastikan ia lebih baik dari hari ini..tapi hari ini ialah apa yang kita sedang lalui..Macam malaysia hari ini la pulak

Haa..dah macam2 aku membebel..today is my only day la..syukur la..future laa..past laa..sume dah macam rojak campur je..huehehe..sorry2..sekian je ekk..moga dapat ambik sumtin..bubuy..wassalam..adios~

sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani..setitk peluh tu sama tak ngan setitik air??..huehehee


p/s: Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika (Ya Allah, tolonglah aku agar selalu ingat kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan baik ibadahku kepadaMu).

aku memang x guna..

Setakat aku balik ni..xpernah lagi aku rasa memberontak sebegini rupa..walaupun kadang2 pe yang aku nak buat parents aku x kasi..aku terima jer..ya!! mungkin diorang lebih arif apa yang diorang lakukan kat aku..

Memang aku bersyukur dapat balik..dapat jenguk parents, adik beradik, sanak saudara dan kawan2..dan dapat menjenguk Malaysia r senang citer..memang aku bersyukur sangat2..dipanjangkan umur dan dipertemukan Allah dengan insan2 yang penting dalam hidup aku ni..thanx God!!



Tapi aku nak jugak kebebasan..huh..kalaulah sebelum ni, aku boleh tahan lagi dengan rutin harian aku..dah sebijik macam driver..housewife pon ada gak..boley sabar lagi..dan kekadang aku minta nak cuti dari kerja2 yang agak membosankan ni..parents aku bagi..tapi cuti aku setakat sekitar Kuala Terengganu je r..bukan cuti pon act..buat prog..xcuti pon..komitmen dah makin banyak..tapi buat kerja macam handle program ni lebih best dari aktiviti2 rumah..

Bukan nya aku ni tak bosan..bosan la jugak doing da same things jer..tapi diam je..aku ni jenis x suka lawan cakap parents..lawan2 mulut ni aku x minat..jenis aku memberontak jer..tapi tetap buat pe yang parent aku suruh..walaupun kadang2 aku buat sumtin tu mcm tak rela hati(x ikhlas)..aku tetap buat kerja tu walaupun hati aku berat snagat2..even aku tahu x dapat pape(pahala) dgn pe aku buat ni..tapi nak buat camne..memberontak secara dalaman je..huh

Aku jugak pernah request nak jalan2 sekitar Malaysia ni..sebab boleh balik pon bukan selalu..mula2 request nak pergi KL, ayah aku x bagi..nak pergi Kelantan, xbagi jugak!..nak pergi Dungun..xleh jugak!!..nak pergi Sekayu, xbagi jugak!!..yang terbaru nak pergi Besut n Pulau Perhentian..xdapat jugak!!!..aiii macam dah xde kebebasan jer..sebelum aku belajar oversea dulu, boleh sangat nak keluar jalan2 camni dengan kengkawan..tapi lepas balik ni, xboley terus jalan2!!..plus jalan2 bukan ngan kengkawan pon, tapi bawah persatuan or bawah program..dan program yang aku nak pergi ni ada kaitan gak ngan medical course aku ambik..tapi still parents aku x kasi..macam dah takde kepercayaan kat aku jer..sedihnyee

Memang nampak macam kurang ajar je aku ni..entah r..dan sekarang aku dah mula congak2 untuk balik awal..tapi xtahu r..buat ke x..mungkin ada yang akan kata aku ni x bersyukur dapat balik..dan mungkin ada yang akan kata aku ni xpandai balas jasa mak ayah..dan mungkin juga ada orang akan kata aku ni macam dah derhaka jer..dan mungkin ada mulut2 yang kata aku ni xpandai hargai peluang yang Allah bagi untuk bersama mereka2 yang istimewa ni.dan pelbagai kemungkinan lain

Ya!! Korang cakap r pe korang nak cakap..aku boley terima..maybe sebab jiwa dan akal yang x berapa matang lagi ni menyebabkan aku berfikiran sebegini..memang jiwa remaja ni berbolak balik..dan remaja(lelaki esp) memang suka try sumtin yang baru n tak suka sangat kalau kemahuannya ditentang..mungkin itulah yang aku alami sekarang..derhakakah aku??huh

Aku bukannya pe..nak jugak guna masa yang sedikit ni untuk mengenali Malaysia..nak jalan2 lepas tension..nak rasa gak erti kebebasan..dan aku tahu batas2 kebebasan sebagai seorang Islam..dan insyaAllah aku xkan melanggar batas2 yang syariat tetapkan..tapi tak adakah peluang bagi aku nak rasa nikmat keluar jalan2 dengan kawan2 yang dah lama terpisah..kalau dapat keluar dari KT pon xpe wpun masih dalam Terengganu..takpe!!..sanggup!!…asalkan leh keluar sikit n spend time ngn kawan2..

Entah r..rasa bengang pon ada..menyesal pon ada..sedih pon ada..takut pon ade..memang dah nampak sangat kebiadapan aku ni walaupun aku tahu parents aku xkan baca apa yang aku tulis ni..dan untuk parent aku, bukan niat di hati nak melawan kata kerana aku tahu balasan yang Allah janjikan tetapi memohon sedikit belas kasihan agar memahami jiwaku..mintak maaf sangat2!!..lepas geram la katakan..nampak sangat x matang kan..huhu..Ya Allah..tenangkanlah hati hambaMu ini, berikanlah daku keampunan dan kasih sayangMu ya Rabb..

Kepada yang telah bagi nasihat kat aku ni..thanx a lot...dan jangan risau r sebab aku xkan pergi panjat bangunan tinggi2 dan cuba buat terjunan bebas tu..nauzubillah..huh..sorry mcm emo sikit..bukan sikit tapi dah lebih2..dah la password laptop x ingat2..huhu..bertambah pulak tension aku..choww

p/s: aku malu dengan entry aku kali ni..memang nampak sangat x berguna..huhuhu..Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku ini..

say no to tension

assalamualaikum..

hurm..sekarang ni dah macam nak mula musim peperiksaan jer kan..dengan PMR tengah trial..yang UPSR pulak xsampai 3 minggu lagi..so kalau nak tulis artikel panjang2 tu, rasa-rasa tak berapa bagus masa ini..mesti students nak sumtin yang sempoi jer..yang boleh rilekkan minda kot..so aku post r sumtin yang aku jumpe kat blog senior2 aku dulu2..mungkin ada yang pernah buat..mungkin ada yang taknak buat pon..tapi saranan aku tolong la buat sebab sekurang-kurangnya dapat release tension..dan mungkin ada yang akan tergelak sorang-sorang nanti..(kalau ada yang gelak sorang2 tu, cepat2 r jauhkan diri darinya dan cepat2 tempah wad2 di hospital 'berkenaan'..takut merebak pulak..eheh)

Mesti Click Dengan The Click Five

p/s: jangan baca je apa yang ada kat permainan ni..harap2 tunaikan..hehe

nak buat maksiat ke..

salam 'alaik..

Hurm.. Dah lama x post sumtin yang bermanfaat kan.. Asyik cerita pasal peribadi jer.. Mana perginya peranan sebagai khalifah di muka bumi ni.. Mana perginya title sebagai hamba kepada yang satu.. Islam kan menggalakkan kita supaya selalu nasihat-menasihati, ingat-mengingati sesama sendiri..

hadis Rasulullah SAW..

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه, أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ» قلنا: لمن؟ قال: «لله, ولكتابه, ولرسوله, لأئمة المسلمين وعامتهم». رواه مسلم

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)

Nak bagitau kat sini bahawa siapa2 yang bergelar muslimin tu, menjadi hak ke atas dirinya untuk menasihati sesama muslim yang lain..

Plus.. Mesti korang pernah dengar ayat Quran ni..

Fadzakkir, fainna dzikra tanfaul mu’miniin

Maka berilah peringatan sesungguhNya peringatan itu sangat berguna untuk orang-orang yang beriman..

Jadi senang cerita.. Kalau nak jadi seorang muslim yang mukmin, salinglah ingat-mengingati sesama saudara seagama kita



so aku nak ambil kesempatan kali ini untuk bagi sedikit peringatan yang maybe korang dah pernah baca tapi mungkin tak ramai yang ingat dan beramal dengannya..
Aku post r sekali lagi agar korang leh refresh balik, beringat dan beramal dengan penuh yakin..

suatu penceritaan..

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"

sekadar penceritaan yang boleh memberi peringatan kat kita bahawa kita ni sebenarnya milik siapa dan untuk apa kita diutuskan ke dunia dan ke manakah arah tujuan hidup kita selepas ni dan bermacam-macam persoalan lain lagi.. Diharapkan sedikit pembacaan yang x seberapa ni dapat menghasilkan perubahan yang besar.. Sama-samalah bermuhasabah diri kita.. InsyaAllah.. Allahu 'alam.. Wassalam.. Adios~

kembalilah bertaubat kepadaNya


hilang nikmat, baru merinduiNya..

assalamualaikum..

memulakan bicara dengan kesedihan..kini ku terasa betapa siksanya bila nikmat dihilangkan..mungkin untuk selamanya atau sementara..siapa tahu??..hurm dulu tidak mensyukurinya..kini terasa kehilangannya..mungkin benar manusia ni pelupa..lupa bila dihadiahkan kesenangan, lupa untuk berterima kasih padaNya..bila diuji, barulah hendak kembali dan mendekatkan diri denganNya..

ya, mungkin ada yang tertanya2 kenapa ku seolah-olah sedang berduka lara..segala-galanya akan terjawab pabila anda membaca entry ni..(pandai nya la nok suh org bace..publisiti murahan betul)



kelmarin, pada waktu pagi, lebih kurang pukul 9.15 pagi, bersama beberapa teman seperjuangan dari bumi Mesir dan UIA..kitorang pergi la bermain futsal..5 lwn 5..cukup2 r..kitorang pon memulakan perlawanan tanpa wisel..kedebak,kedebuk,kedebush(rembat kne org),ketingg(bile kne tiang),eshhh(kne jaring tepi)..begitula keadaannya bermain futsal..result akhir..team kitorang meraikan kejayaan..dibarisi oleh sued, uzer, talhah, duan dan aku dengan pungutan mata 20-17..dop sempat main rubber game..(futsal ade rubber game gop k..wonder~)..memang agak sengit dan masing2 berbau tengik..game kali ni just untuk suka2 dan gelak2 jer..nop gathering kawan2 je sebenarnya..

tapi tu bukan yang aku nak citer..begini sebenarnya..di permulaan permainan..aku dipaksa menjadi goalkeeper..biasa la kan..naluri penyerang pasukan lawan..kalau xley masuk goal, tuju ke keeper pon jadi..aku pon menjadi mangsa..dengan tiba2 jer, seseorang yang dikenali merembat..dibabkan bola itu agak laju dan sedikit tinggi..aku x sempat nak mengagak..kedebusshh!! bola tu hinggap ke pipi sebelah kanan..nasib baik sempat aku pusingkan muka..kalau kene tepat2 atas muka, memang tenggelam r hidung..memang sakit r!!..tapi boley tahan ag..tetap meneruskan permainan dan aku memaafkan orang tu..xsampai 15 mnit lepas tu, kaki dominant aku, kaki kanan ter’gelecoh’ disebabkan terlebih semangat..memang sakit sangat2 r..tapi tengok kat kaki, adop inflammation pon..ilmu kedoktoran ciput aku ni pon membenarkan aku untuk terus bermain..tak lama lepas tu..ter’gelecoh’ sekali lagi..kaki sama lagi..adeii sakit sekali lagi..cuba menguatkan diri untuk terus bermain tapi lebih berhati2..xley nok sepak kuat2..boleh main passing jer n lebih guna kaki kiri..memang seksa r main bola gini..akhirnya kedegilan aku membuahkan hasil..”tau doh xley nk rembat, g buat gop”..aku melakuakn rembatan walaupun mengetahui kaki kanan ku x mampu..rembatan terakhir aku tidak menghasilkan goal sebaliknya menghasilkan kesakitan yang begitu dahsyat dan kebengkakan yang agak nyata..barulah terhincut2 jalan keluar padang..padan muka!! Tu la degil sangat lukpi oi..memang menyesal r..

then pergi la makan ngan kengkawan lepas main, nak masuk jer makanan dalam mulut..terasa sakit sangat2..mulut xley nak buka luas..nak kunyah makanan pon sakit..maybe disebabkan bola yang tersilap hinggap kat pipi tadi kot..yang peliknya area kanan yang sakit sedangkan sebelah kiri yang kene..adeiii sakit2..memang terseksa r nak makan..buka mulut ciput jer..baru tau perasaan bila nikmat ditarik..nak makan pon susoh..takut gak kalu rahang gigi ni lari dari posisi yer..tanye student dentistry kat Jordan menerusi YM, dia pon xpasti n suh check-up kat klinik..nanak r, malas r, kalaulah di diagnosis pelik2, nyusoh jer..coz lepas tu kne prognosis lop..susah tu..tahan jer la sendirian..tapi masa tulis entry ni, rasa cam okey doh sikit..

huh..kaki pon sakit jugak..pengalaman mengurut masa kecik2 dulu semasa tangan terseliuh menyebabkan aku jadi serik..rela tahan sakit dari disakiti oleh pengurut tu..sorry r!!..disebabkan itu aku tak sanggup nop kabo parents aku pasal kaki yang terhincut-hincut ni walaupun aku sedar inflammation semakin membesar..tapi biarkanlah aku terseksa..n biarlah baik sendirinya..huhu..seksa gop bila kaki ni xley nk buat gaya2 lentuk..xley nk belok2 la..xley nk lentuk sini, lentuk sana..xley r nak jadi macam ahli gimnastik..sakit sangat2!!..huh..even nak solat masa duduk tahyatul pon susah dan sakit..(tapi tu xley dijadikan alasan untuk tak solat..Islam kan dah bagi ruhksah)..tapi so far dapat tahan lagi..setakat aku tulis entry ni, bengkak kat kaki tak surut2 ag..

act ni jer aku nak kabo..nikmat yang Allah kurniakan ni, Allah boley ambik bila2 masa..mungkin selamanya, atau sementara, xtahu laa..doakan kesihatan kaki dan rahang aku..barulah aku rasa nak bersyukur n menyesali kehilangan nikmat ni..seksanya bila nikmat Allah ditarikNya..syafakallah~

and malam semalam jugak, sued, uzer, talhah, duan n aku g tengok bola Terengganu vs Perlis Suku Akhir Piala Malaysia..bertempat di stadium baru..bestnyer..(nampaknya aku masih menyokong industri bola sepak Terengganu ni, cuma x sokong Malaysia jer..sokong MAN UTD n ARGENTINA..go go go!!)

berbekalkan tiket berharga rm10..masuk la dalam stadium baru yang begitu gah dan lawa..memandangkan harga tiket rm10, kami berharap result mlalam tu at least 1-0..coz 1+0=rm10..(matematik zaman modern)..dengan hujan nya, dengan kaki aku terhincut-hincut, tetap gak nak pergi..degil betul la..sebelum tu, pergi la beli keropok n kacang sebagai penyelera perut sepanjang perlawanan..(tapi tak smapai 1st half pon dah abis sume makanan..hihi)

tapi pe yang kitorang bengang..match semalam memang tak adil..kalau boley nak jumpa gak pengadil..asyik2 bagi kad je kat players Terengganu..aiii melmpua betul!!..salah sikit jer, tiup wisel terus layang kad..nasib baik xde kerusi or botol2 dilayangkan oleh penonton coz memang mustahil nak kene sebab jarak padang dengan penonton punya seat agak jauh..macam sia2 gak r kalau baling mende2 ni

1st half memang agak setara jer..bosan gak r..tapi 2nd half memang best..terengganu bangkit..boley dikatakan berjuta peluang..tapi counter attack perlis power gak..yang tambah bangang tu..oopppss silap2..yang menambah kebengangan kitorang tu, peluang depan goal sia2 jer..finishing hancur!!..ade ke depan goal rembat macam passing..boley bayang x??..macam podan r pulak!!..semua penonton marah ngan bengang..ngan kitorang2 pon bertempik sama mengeluarkan suara2 emas ni..dah la pengadil xley harap, penyerang n pertahanan pon xley harap gak..tapi kredit aku bagi untuk goalkeeper Terengganu..mantap giler!!..rasa2 mungkin ada kelab luar EPL nak beli nanti..power siot!!..overall match aku boleh kata memang merugikan jer..kepada players Terengganu, boley blah r kalau main cam semalam..stamina ke mana, energy ke mana, tactic ke mana..memang semua tak menjadi..patutnya boleh sangat2 nak menang tapi….huh..malas r nk kutuk...papepon aku tetap sokong Terengganu!!..chaiyok2

Episode suka dan duka semalam berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh mlm..lepas p stadium, g makan2 n borak2 kat restoran jap..barulah pulang..perjalanan pulang kitorang dihiasi dnegan cerita2 seram..memang jadi takut gak coz aku terpaksa drive sorang2 lepas hantar kwn2 aku..tapi cuba memberanikan diri dan me’laki’kan diri..papepon puas gak sebab dapat jumpe kwn2..tapi sedikit seksa sebab mendapat kecederaan yang dah lama aku tak dapat..papepon doakan kesihatan aku ya..sekian..wassalam..adios~

hujan menjunam, pnonton merudum


the war begins!!


unite!!


p/s: sepanjang aku tengok bola, aku ley nampak begitu ramai yang boley jadi coach..komen macam bagus jer..tapi try r masuk atas padang tu n main sekali..huh..banyak sangat laa komen..tu x masuk yang 'komen negatif' ag..ish3..teruk2!!

pengalaman 290708

assalamualaikum..

sedikit penceritaan masa lampau tapi x melampau..

agak2 mesti ada yang nak tahu ape yang aku bazirkan sepanjag aku holiday sejak due menjak tige menjak nih..maklum la kan tengah cuti sakan masa ni ( 3 bulan tu..bese2 orang sudah bersalin jer dapat cuti lame2..tapi aku pon dapat jugak..bersalin bila pulak aku ni)..hmm agak2 pe aku buat ek???..cepat2 meh la agak2..hurm aku tahu korang xley agak nyer..lagipun ambik masa pulak kalu nak men agak2 ni..plus kalau korang agak tu betul, aku memang x teragak2 terpaksa nak kene bagi hadiah pulak..nak senang biar aku story je la aktiviti pe aku buat..jimat masa, jimat duit aku..kan3..erm xtiviti pe ek aku buat nih??



act banyak’s’..kalu nak list satu2 tu..boley jer tapi kam x terbaca pulak nanti..mula dari aktiviti angkut pergi balik adik2 ke sekolah or tusyen, bermain game laa, tido(aktiviti kegemaran tapi kalau ayah aku ade, automatic jadi aktiviti paling aku benci), jalan2 membazir minyak laa..memang banyak r..so aku xnak r cerita aktiviti2 harian ni..nak citer yang ‘grand’ dah ler..tapi kali ni, satu aktiviti grand jer aku citer k..next time yang lain pulak

okeyh3..sepanjang aku ade kat bumi Malaysia amnya dan Terengganu khasnya..aku sokmo berulang alik ke sekolah..bukan ke sekolah memandu k..i mean sekolah menengah aku dulu..SHAMS r senang..agak2 kenapa ulang alik banyak kali ni?? mesti ade yang agak aku ni jadi cikgu ganti kot..(adeiii die ni, men agak2 lagi...penat r camni..agak2 r kalu nak agak2 pon) okeyh la..aku bagitau r..ulang alik banyak2 ni sebenornya sebab nak jumpe cikgu2 kesayangan..plus cikgu2 ni mintak buat program untuk form 4 dan form 5..so sebab tu r macam nak gila khinzir pergi sana pergi sini..bincang gerak kerja la katakan

ni maklumat program 'grand' yang aku join..(grand la sangat..kat mana grand pon xtahu)

Peserta - sume student's' kelas 4A6, 4A7, 4A8..
Faci's' - sume budak2 overc (mesir n france)..dalam 20 org's'
Masa - 29hb Julai..kat bilik mesyuarat baru (bestnyerrr)
Program - Terjahan Minda..(paham betul2..bukan kitorang g sepak terajang minda diorang..juz nak bagi buka minda jer)
Tujuan – nak bagi diorang bersemangat untuk belajar..dan sedarkan tentang kedudukan umat Islam zaman sekarang..(nampak macam bagus jer..kerek jer)

so alhamdulillah..kehadiran agak2 memuaskan..overall program berjalan ngan smoothnya..dan bagi program ni, aku dan ridhwan ditugaskan untuk mengemudi mic2 yang ade dan diberi peluang untuk membalasah jer nak cakap pe pun..mula2 agak x puas hati sebab kami yang 'dipaksakan' bercakap..aku ni mane la penah handle n cakap2 depan student2 ramai ni..plus alasan diorang lantik kami memang xley pakai dan xley blah..diorang cakap kami ni ade chemistry untuk buat lawak..(kalau camtu, baik ambik cikgu2 kimia jer..lagi chemistry pe)..memang walepak* sungguh la alasan diorang..lawak majlis ilmiah bukan senang wei...(*=bahasa kamus dewan akan datang)

memang tidak dapat dinafikan dan x dapat aku nak sembunyikan dan x dapat aku nak tipu r memang aku berpeluh giler2 khinzir masa mula2, tapi kat last2 jadi cam biasa lak..rasa cam nak cakap lagi banyak lak(act bila dah dapat kawal keadaan memang seronok r..syok sendri pon ade kadang2)..bagi sesape yang duk dekat ngan aku masa aku tengah membebel tu, memang akan nampak jelas kecuakan dan ketakutan serta kedebaran tambahan kegigilan tak lupa keresahan last but not least kepucatan suara…huh..memang ade cam terpewasan..tapi aku buat rilek dan muke selamba badak jer..memang sympathetic giler r..adrenaline memang mcm abis terus jer..plus rasa cam nak statorhea je..(pebende la aku gune istilah medic yang x berkait nih)

kepada peserta2 program hari tu, ‘abang’ mintak maaf kalau pe yang ‘abang’ cakap tu macam nonsense jer..sekejap masuk topic sekejap keluar topic..coz kekadang jadi blank nak cakap pe walaupun kat rumah dah training fill in da blank untuk cakap pe..tapi tu r..nervous melampau sampai lupe skrip..xley nak salahkan 'abang' r..salahkan nervous tu..n kalau ade yang bosan tu, memang patut r (buat lawak pon macam jadi x jadi jer..tapi masih dapat mendengar gelak2 ketawa seperti digeletek..so boley nak dibanggakan r..sedikit rasa bangga mula terpancar)..dan di kesempatan ni, ‘abang’ harap korang dapat sumtin yang berguna dari prog tu n ada semangat untuk berusaha n najah..korang boley sangat2 sebenarnya..terus berusaha dan mintak kat Allah..bak kate orang kampung 'abang'..’do the best, let Allah do the rest’

so tu je la entry pasal prog 29hb julai baru2 ni..alhamdulillah..kerjasama yang baik dari semua pihak plus perbincangan gerak kerja yang agak menarik kerana diadakan di pantai batu burok..best tu..memang angin sepoi2 x reti bahasa r..banyak mana aku makan angin pon xtahu r..tapi harap2 x kene angin ahmar..silap2 naik angin pulak nanti..ok la..memang da mengawot ni..nak bagitau ni jer..untuk aktiviti2 'grand' yang lain..entry lepas2 ni r pulak..sebab malas bebenor nak menaip ni..sape nak jadi PA aku boley gak..(bagi no..make sure korang macam peserta2 rancangan pencarian gadis melayu kat tv9..then terus boley mula khidmat kalau aku berkenan..gaji boley bincang)..alamak da melalut..got 2 stop..sekian jer..wassalam..adios~


dak2 junior pompuan yang buat2 dengar kot..xbaik la aku suuzon


pic junior pompuan lagi


apabila aku membebel



p/s: gambo dak pompuan lagi banyak kan..xtahu la kenapa aku tangkap peserta pompuan jer..pelik jugak yer..camne tu..agak2 kenapa yer..(agak2 lagi..memang lepas ni dah x teragak2 r nak bagi pelempang sebijik)..haishh

masalah jugak nih...

assalamualaikum WBT..

hurm..bosan yang melampau di akhir2 ni menyebabkan aku terdetik untuk post bende ni..bukan tujuan pape tapi juz nak korang pikirkan sama..

aku ada r terbaca kat satu forum ni..pasal permasalahan remaja hari ini esp untuk yang gurls..kalau masalah social tu dah common sangat kan..tapi ni masalah yang aku rasa agak penting dan diambil kira masa korang nak kahwin nanti..seriously criteria ni aku titik beratkan jugak..hihi

dan bagi aku, pe yang aku nak bincang ni sangat2 penting untuk overc students..konpem korang akan hadapi konflik ni..tapi xtau r bagi sesiapa yang rasa2 dia kaya n scholar dia terlebih dapat, x perlu r pikirkan permasalahan aku nak bawak nih..tapi untuk yang study dalam negara tapi berjauhan dengan family, bende ni penting jugak

memang tak leh dinafikan bende ni act sangat2 penting r..kalau yang gurls tu konfem penting..bukan tahap sangat2 penting da..memang wajib terus..sape yang tak tahu tu boley dikatakan bukan gurls sejati r..tapi bagi yang laki, still penting jugak sebab takkan all da time korang nak bergantung pada orang yang bergelar perempuan @ wanita @ isteri @ ibu.. definitely korang yang bergelar lelaki sejati pon kene ambik tahu jugak

aku rasa mesti ramai yang x puas hati ngan aku sekarang..sampai sekarang aku x bagitau lagi apa yang nak dibincangkan sebenarnya..ilek2..tarik nafas dulu..tenangkan minda..act aku bukan nak bincang papepon tapi sekadar nak bagi pendapat jer pasal masalah2 remaja perempuan sekarang..

yer la..tapi masalah pe lukpi oiii!!(sorang ni daa bengang ngan aku ni)



kk la..aku mengalah r..xley nak intro lebey2..nanti sumua bising pulak..eiii..ok2..hurm permasalah memasak!!..(laa..ingat ke masalah pe td)..mesti korang pelik dan janggal lagi terkejut..pe laa lukpi ni..masalah camni pon nak dibincangkan..(jawapan aku senang je..ni blog aku..suka hati r nak cakap psl apa2 pon..agak rude jawapan aku..sorry!!)

terus kepada topik r..nanti jauh pulak aku melalut..hurmm berbalik pada persoalan yang aku bawa..agak2 korang esp gurl (nak lagi spesifik..gurl masa kini)..korang reti x bidang2 masak ni??..sebab aku pernah baca yang gurl ni dilahirkan memang akan tetap berbakat dalam dunia masakan ni..cume kene try je..lama2 jd biasa r..tapi tengok keadaan sekarang..macam tak ramai jer sudi meluangkan masa buat kerje2 macam ni..gurl sepatutnya bukan sekadar masak jer..kerje rumah yang lain korang kene tahu gak macam kemas rumah, basuh kain n etc..tapi memasak aku rase paling penting antara semua2 tu..(kalau masa nak pilih bini..akan ada tanya dan memang salah satu soalan wajib kot, pandai masak ke??..xde yang tanya pernah basuh baju ke, rajin kemas rumah k?..kalu ade pon, kebarangakalian nya sangat2 sidikit)

secara jujur..berdasarkan pemerhatian dan survey (sejak bila aku ni jadi pengkaji yang setia ni)..aku rasa even kalau korang pernah masak masa tinggal berjauhan dengan family..tapi bila balik rumah..masuk dapur je..nampak pulak ibu sedang bertungkus lumus nak masak..korang x berapa minat sangat nak tolong..dengan alas an mak kan dah ada..biar la dia masak..ish3..macam aku ni at least aku tolong la jugak mana-mana yang patut..terutama tolong abiskan lauk

sepatutnya, time korang kat rumah plus time ibu korang tengah masak..masa tu laa peluang terbaik untuk korang improve skill masak korang yang agak berkarat tu..bagi student overc..contoh mudah diri aku sendiri r..sebelum nak belajar jauh2 dulu..aku x pernah pon merelakan diri untuk belajar memasak..alasan paling mudah aku bagi..mak kan ade..lagipun masak ni leceh r..(xley independent r mamat ni..sempit betul pemikiran)..yer aku akui..tapi itu dulu..sekarang ni aku da berubah kot..masak tu antara reason yang utama aku balik ni..nak menuntut secebis ilmu memasak dari mak aku..

secara jujur..pengalaman masak dengan berbekalkan buku resepi atau cakap2 orang x menjadi mana r..xtahu laa..aku dah buat eksperimen masa kat mesir dulu..bak kata orang, gambar masakan dalam buku resepi tu indah rupa je..tapi bila nak masak sendiri..jadi ke sebijik macam lam buku tu??..i guess not..betol x??..

hurm pengalaman awal2 masak sepanjang duk mesir..agak2 kelakar..tak de istillah masukkan itu secukup rasa..masukkan ini sesudu..tunggu sampai naik bau laa..for me..simple je..masukkan apa2 yang patut sesuka hati..bukan secukup rasa..yang penting korang boley isi perut je..sakit perut lepas tu belakang kira..(so far xde ag sakit perut..alhamdulillah..mungkin cara aku serve makanan tu hygienically kot..pewasan!!) prinsip aku asal kenyang, perut x meragam n kita boley sambung aktiviti harian sudah memadai..kadang2 aku akui..apa yang aku masak seakan2 sama je color dengan mak aku masak..sedikit rasa bangga mula menyinari diri..tapi bila time rasa..malas r nak citer..malu2..alah laki masak biasa r..bukan ikut skema pon..lagipun mana pernah masak lauk masa kat umah dulu..masak air n maggi macam tu pernah r..huh

tapi lately..aku dah pandai r sikit2..alhamdulillah..n satu cara nak lepaskan tension kalau korang nak tau ialah memasak..try r kalau x caye..tu jer aku nak bagitau..aku nak korang realise @ aware terutama yang gurls bahawa masak tu salah satu bonus untuk make sure korang laku..setakat muka lawa tapi pegang senduk pon xreti..baik x payah..bukan niat aku hendak memperkecilkan gurls masa kini..aku akui ade yang terer bab2 masak ni( salute!!..bak sini no..nak approach)..dan ramai juga terer bab menghabiskan masakan ..terpulanglah..tapi bagi yang laki..anda tidak terkecuali..masa bini korang sarat mengandung, sanggup ke makan kat kedai sepanjang masa..kalau dah kaya melampau tu sila lah..tapi bak kata orang, air tangan sendiri lagi best..plus kalau makan yang bini sendiri ada jugak kasih sayang yang disalurkan melalui makanan yang diorang masak..xtahu laa..dengar2 je..xpenah rasa yang bini sendiri

nasihat aku..sama2 la kita terjah ruangan dapur rumah masing2 (esp gurls!!..lagi2 gurls..dah memang tugas korang..hihi) dengan masa yang ada sebelum korang masuk ke alam ‘perkongsian’..kumpul ilmu banyak2 lu..lagi bagus kalau kita dapat masak untuk family kita..nampak r gaya2 dah matang..n kalau yang mula2 belajar masak tu pastu kene kritik..jangan ambil hati..permulaan sesuatu tu kadang2 memang memeritkan..mana mungkin tup2 terus nak sesedap pe yang mak kita masak..kan2..juz go on n keep it up..peduli pe orang kata..pelan2 kita improve..pengalaman mamatangkan seseorang..mencuba tu rahsia kepada sebuah kejayaan..(even mentol yang korang guna sekarang ni..dekat2 1000 kali gak Thomas Edision try..baru la betul2 jadi)..masak pon camtu gak..cuba banyak kali..lama2 pandai r

jangan kerana memasak..hilang keayuan wajahmu


akhir kalam..aku cabar gurls2 semua untuk lawan chef no 1 kat mesia..laki tu!!..ish3..walaupun laki ni jarang masuk dapur..tapi bila masuk dapur..konfem!! (konfem pe??..konfem bersepah)..k r..till here..sama2 r pikir..esp utk overc students..life bila berjauhan dengan family plus xde barang2 macam kat malaysia ni memerlukan kekreatifan dan kesabaran kita..hanya yang ‘istimewa’ mampu mengubahnya..anda mampu mengubahnya!!..sekian..wassalam..adios~

Alf Mabruk!!!..Jutaan Tahniah!!!

assalamualaikum..

sekadar mencoret coz lately rase macam aku ni dah malas nak update..tu la galak sangat nak berblog..

hurm..btw alf mabruk untuk abang kadir n kak zaatil yang baru je melangsungkan perkahwinan pagi tadi..aku doakan semoga ikatan yang mereka bina terus berkekalan dan terus dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah SWT..tengah hari tadi aku sempat r menyibuk kat rumah pengantin perempuan(kak zaatil) untuk makan makanan free..teringat lagi ustaz zaidi tanya kitorang masa sekolah dulu..makanan apa paling best??..macam2 kitorang jawab..makanan itu la, ini laa...last2 ustaz zaidi bagi jawapan paling simple tapi bernas iaitu MAKANAN FREE laa paling best..boley tahan jugak lawak ustaz zaidi ni..so berbekalkan ilmu yang ustaz zaidi perturunkan ni, aku beramal la dengan penuh yakin tengah hari tadi..pergi menjamu selera sekenyang-kenyangnya sambil memenuhi jemputan walimah..alang2 free, terpaksa r datang kan..

kedatangan aku bukan berseorangan tapi turut ditemani kawan2 seperjuangan dari mesir iaitu pok gad, duan n ezaan..aku ni bukan ape kalau majlis2 macam ni malu sikit nak pergi n makan sorang2 walaupun tahu rezeki free..ish3..patut ke malu?? xbertempat laa malu aku ni..setelah bermacam2 halangan terpaksa ditempuhi untuk mendapatkan masa free, lebih kurang pukul 2 lebey barulah dapat pergi ke majlis tersebut..dalam pukul 2.15 tibalah muka2 penyibuk yang reti nak makan je kat rumah pengantin perempuan ni (nanti masa majlis 9hb kat rumah pengantin lelaki, terpaksa r menyibuk sekali lagi..abg kadir dah bagi kad jemputan..sukenyer!!)



selepas bersalaman dengan tuan rumah, terus kami menyerbu hidangan yang disediakan..tapi nasib baik masih sempat mengalunkan bacaan doa makan dan basmalah secara sendirian sebelum nak suap nasi tadi..sambil aku mengunyah sambil tengok keadaan sekeliling..sambil tengok keadaan sekeliling sambil aku mengunyah..kunyah punya kunyah punya kunyah baru la telan (xde kerje..bende macam ni pon nak kene bagitau..ish3) sepanjang 'pemakanan' aku, terserempak gak r dengan beberapa orang guru dan senior seangkatan2 dengan abg kadir n kak zaatil..walaupun diorang x kenal aku, tapi memori aku yang ciput2 ni masih boley ingat wajah2 diorang..waa, sume dah lain..sume da segak2, lawa sumenyer..cayalah senior shams aku..mantoop!!

seusai jer makan..terserempak laa dengan cikgu razak (sape yang kenal boley anggukkan kepala sambil berkata yer, aku kenal jugak!!)..aku penah tuisyen dengan dia dulu2 masa form 4 n form 5..so sembang laa sikit2 n aku cerita r kehidupan dan pembelajaran aku sekarang..

then dia bagi pandangan pasal tempat yang aku belajar sekarang..iaitu mesir..dia cakap dia penah ke sana..n dia cakap kehidupan kat sana agak tak tersusun..aku akui, betol cikgu!!..n dia cakap gak pasal perangai2 pak arab yang pengotor n penjijik ni..dia cakap Islam sarankan kita untuk menjaga kebersihan coz korang sume dah tahu kan yang kebersihan sebahagian dari iman..tapi kenapa kita x beramal dengannya..sebab sikap orang Islam macam ni r cikgu razak cakap umat Islam terus dipandang rendah..yer, aku setuju jugak!!

sembang punya sembang sampai laa dia bagi pandangan pasal medic di mesir..dia cakap medic mesir ni x standard n baik study dalam negara je coz nanti bila balik malaysia susah nak handle alat2 yang x de kat mesir dulu2..
pasal pendapat ni, aku agak x setuju (tapi aku berpura2 angguk jer depan dia nanti..xnak r berdebat depan orang ramai..huh) aku x setuju sebab aku rasa sepatutnya perubatan kat malaysia patut belajar macam mana mesir ni boleh maju dalam perubatan dengan alatan2 yang langsung x standard..meaning? memaksimumkan kepakaran dengan peralatan minimum!!hurmm kat malaysia alat bukan main canggih tapi mutu perubatan masih kurang berbanding mesir..mesir ni boley dikatakan setiap u yang meng'offer'kan medic mempunyai kepakaran2 tertentu dalam bidang medic..meaning satu u, satu kepakaran berbeza!!..bayangkan..pasal itulaa kerajaan still hantar student2 kita belajar kat sini..(pe yang aku bagitau ni datang dari senior2 medic gak..papepon, blaja medic kat mana2 pon mesti ade kelebihannya..aku x cakap kat malaysia x bagus k!!..jangan silap paham lak) dan bagi pandangan aku sendiri, belajar di sebuah negara yang agak 'mundur' ni lebih mengajar kita cara 'berdikari'..xley r nak demand2 macam kat malaysia..bersyukur n redha je dengan apa yang ada..lagipun enjoy pe duk kat mesir ni walaupun kadang2 tu macam tertekan dengan layanan dan sistem2 diorang amal..(sape suh ko gatal2 belajar kat cni..rasekan laa..banyak songeh pulak!!)

then kami mitak izin dengan cikgu razak coz nak jumpe pengantin pulak..'sedang molep' abang kadir berada x jauh dari kitorang..terus kitorang serbu, bersalaman, mengucap tahniah dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga beliau..act kalau korang nak tau, abang kadir ni merupakan senior aku di shams dulu n senior pada aku kat universiti sekarang ni..dia dah nak tahun last, aku pulak baru nak masuk tahun dua..huh..jauhnya beze..malangnya aku x sempat nak bergambar dengan pengantin coz langsung x terlintas di fikiran masa tu..aduiii..bukan senang nak tengok abang kadir pakai segak macam tu..so kesimpulan nya, len kali buat reminder awal2 kat handphone untuk make sure boley bergambar dengan pengantin..pasal pengantin perempuan lak..senior shams aku gak n kakak kepada sorang student batch aku..xsempat jugak nak berjumpa untuk ucap tahniah tadi coz masa tu beliau tengah solat..so hari ni, aku x sempat nak manfaatkan peluang yang ada..rugi betol..bukan senang nak bergambar dengan diorang dengan baju2 pengantin..kan3..huh..padan muka!! (takpe..majlis 9hb kat umah pengantin laki ni..siap r..akan aku manfaatkan peluang sebaiknya..hihi..tu pon kalau dapat datang..insyaAllah)

pasal pernikahan ni jugak..aku sebenarnya dari akt mesir ag 'usha' abang kadir..usik dia..aku selalu tanya bila nak kawin?? dengar kata nk kawin laa..macam2 aku tanya..abang kadir selalu mengelak n malu2..last2 alhamdulillah hari ni, terjawab segala persoalan..nampaknya xley r nak usik2 abang kadir lepas ni coz dah xde soalan aku nak tanya

so demikianlah berlalunya peristiwa bersejarah bagi presiden perubatan mesir abang kadir dan akak zaatil..tahniah sekali lagi..alf mabruk!!..memang pinang dibelah-belah..secocok sangat2..dan diharap berkekalan ke anak cucu hendaknya..ameen~

kami pon mintak diri la nak balik..tapi ada sumtin yang bermain di fikiran aku..coz masa nak balik tadi..masuk jer dalam kereta..baru je beberapa putaran roda kereta aku putarkan..masih lagi di gear 2 kalu x silap..ade salah seorang kawan aku bertanya soalan yang aku sendiri x dapat nak jawab..(padahal soalan ni tiada kaitan pun dengan sains mahupun sastera..susah sangat ke nak jawab!!)..berbunyi begini:

best ke kawen?? napok best jer tengok orang kawen..

oopppss..killer punyer soklan ni..agak2 sape yang bertanya sedemikian rupa ek..teke2..hmm bagi aku, aku xmampu nak jawab persoalan ni coz belum sampai lagi tahap tu..tapi nampak gaya dari penanya soalan ni, ade peluang aku nak makan nasi minyak sekali lagi..harap2 dipercepatkan..sekian sahaja..xde masa nak taip panjang2 (rasa macam da terlebih panjang je) coz aku banyak ag nak kene pikir pasal program yang kitorang nak buat untuk junior2 form 5 shams nanti..adeiii..peningg kepala aku..sape nak tulun picit??..huh..ok la..sekian dulu..wslm..adios~

Ya Allah

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,