tangan bersalaman (laki je), hati memaafkan..

assalamualaikum..
suke la tu pose dah abes..penuh ke??

erm sempena bulan syawal yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon sejuta ampun andai kata sepanjang perkenalan kita, ada sesuatu yang telah mengguris persahabatan kita. Terkadang, saya yang lemah ini terkasar bahasa, terkadang tersilap bicara, termarah yang tak kena, tertanya tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpinjam harta benda, terumpat sesame kita dan bermacam lagi. Nak buat cemana, saya ini insan biasa, tiada keistimewaan bahkan penuh kekurangan. Buat semua, di kesempatan ini juga, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..maaf zahir dan batin =)



sebelum terlupa, saya juga nak mintak maaf (amek ksmpatan time raya) kalau ramai yang tertanya-tanya or terasa tertipu pasal entry yang heart attack. Saya tak pernah kata laptop tu yang saya punya. Adapun saya masih setia dengan laptop travelmate 6291 yang telah di upgrade sebegitu macam banyak sejak berada di Malaysia ni. Sekali lagi nak gtau yang laptop tu bukan saya punya okay. Juz tolong belikan untuk kawan. Thats why lah saya cakap satu sen pon tak gune duit sendiri. Dan sebab itu jugaklah ade tulisan ‘unfortunately’ kat akhir entry itu. Ampun kalau ade yang rasa tertipu.

buat sape yang nak menjumpai saya (dengan kata lain rindukan saya :P) sebelum saya fly pulak 9hb nanti, or sesape yang rasa terhutang duit raya tahun lepas dengan saya, jemput r datang umah. Tapi, bagi r msj or call lau nak datang. Takut saya takde (saya je takde..family ade aje) kat umah sebab raya tahun ni pack sangat masa dia. Kekawan pulak semakin ramai (iya-iya je). Jadi pepaham je lah ya. Btw, my hos sentiasa terbuka kecuali 1st day raya (kampong oo yeaaa) dan pada waktu malam time nak tido.

“raya ini mungkin bukan yang terakhir untuk kita..tapi mungkin yang terakhir untuk kita bermaafan”


mood : pening wei..manyak balang mahu beli utk bawak balik..

salam lebaran..

Samekom (read : assalamualaikum wbt) Alhamdulillah. Tahun ini, jika tiada aral melintang, tiada ajal mendatang, penulis yakni saya aka aku dapatlah beraya bersama keluarga tercinta dan di kampungku. Oo yeahhh. Tahun lepas di perantauan dah. Tak best! Ngeee. Apepon, setinggi kesyukuran ku panjatkan kerana Dia masih memberi peluang untukku bersama keluarga, saudara mara-jpa-petronas-yayasan, rakan-rakan, guru-guru, serta seluruh warga Malaysia.

More AIDILFITRI graphics

Namun, ada beberapa kilanan (terkilan) walau dapat beraya di tanah air. (ada aje yang tak puas, oh Lukp! bersyukurlahh)

Kilanan first of all, adalah kerana merasa sedikit (sedikit je,okay!) cemburu berbau jeles, melihatkan kawan-kawan sekuliah (gurls only) berjaya menyelitkan muka tak malu derang ke dalam akhbar di sudut salam perantauan. Kenapa tak bagi gambar satu batch, kan lagi sweet :P Kadang-kadang tertanya, macam manalah derang ni terpilih. Hehe. Tapi, disebabkan tahun ni beraya di tanah air, maka saya dengan dengan penuh kesivikan tanaklah membazir ruang kat paper. Sedar diri ya, dah balik tanah air, takyahlah salam perantauan, salam tanah airlah pulak.

Kilanan secondly, mengenangkan nasib kawan-kawan overc’s’ yang terpaksa pulang lebih awal ke tempat belajar derang. Konon rajin lah tu :P Adapun inilah lumrah apabila galak sangat nak belajar jauh (tapi best kan) Heee. Ingat ke tahun ni dapatlah gathering sama-sama, konvoi sama-sama. Adapun perancangan Allah itu lebih teliti. Tak usah bersedih ya. Korang kan laki, macho-machokanlah diri. Buat yang perempuan, tak usah bazir banyak sangat air mata tu, coz korang kalau tak raya pon nangis jugak. Hahaha. Mulut takde insurans. XD

Kilanan thirdly, mengenangkan nasib diri yang tak lama lagi akan melarikan diri ke Mesir. Rasa macam sekejap la pulak duk kat Malaysia. Dulu bukan main kata bosan. Heee. Tapi, perpisahan yang bakal berlangsung pada 9hb Oct ni, benar-benar menduga jiwa ini. Kalau diberi pilihan, tak mahu rasanya, tapi malulah kat junior, nanti dikatakan aku ni manja pulak. Im not pampered okay! Apepon warga mesir, nantikan kedatangan aku. Aja-aja fighting for 2nd year Lukp!! Dahla barang satu habuk pon tak beli lagi. Nak balik ke idak Lukp weh??! ...

Kilanan forthly, memandangkan sekarang ni usia macam dah sangat besar, dah dua angka :P, jadi rasa-rasa tak dapat banyak sangat duit raya. Kepada yang nak bagi, tolonglah bagi sekali dengan yang tahun lepas coz aku tak ambil lagi yang tahun lepas punya XD. Aku rasa sepatutnya orang melayu ikut style Chinese, lagi besar lagi banyak. Kan best tu...

Kilanan last but not least, tahun ni tak dapatlah dengar takbir raya pak-pak arab, tak dapatlah solat kat su’ sayyarat. Takbir raya kat Mesir sangatlah tak best hahaha. Seiya sekata senada sechorus tapi dengar banyak-banyak kali, rasa best dan kelakar. Solat raya kat su’ sayyarat pulak, peluang bertemu dengan seluruh warga hayyu asyir dan dengar khutbah yang langsung aku tak paham XD. Tapikan silap-silap haribulan dapat tengok minah arab pakai niqob tapi mata biru. Lawa tu. Tapi penulis takdelah skodeng sesuka hati ya. Jangan salah sangka, tak baik. Cepat minta maaf!...

Sekian je lah. Ohh sebelum terlupa, buat yang akan pergi/kembali ke overc lepas raya ni macam aku, dia, awak, kamu dan anda, manfaatkanlah perayaan kali ini. Nak nangis pon okay. Mungkin kali terakhir, siapa tahu (minta-minta tak). Jadi, hargai betul-betul. Bersyukurlah dapat lagi bersama, mintak maaf setulusnya, rayalah sepuasnya tapi awas, jaga pemakanan ya! . Bagi yang belum prepare apa-apa macam aku, cepattt! cepattttt! Kang ade pulak yang tertinggal itu ini. Ingat, kapal terbang tak layan kalau kita suruh dia reverse tau even Malaysia Airlines atau Singapore Airlines sekali pon...

Nanti aku buat ucapan raya dan minta maaf. Bukan sekarang ya sebab aku rasa masih terlalu awal. (owh egonya awak..hahaha)

Buat anda, kamu, awak dan dia, Selamat beribadat semua. Selamat berhari raya. Kepada semua, tolonglah, I’m begging, jaga diri, pandu kete leklok, coz aku tanak kepulangan kita kali ini ditangisi dengan air mata kesedihan dek kehilangan orang tersayang mahupun beraya di hospital. Plizzz...
[iklan khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (bagi la can kat doc’s’ and doc to be nak rehat time raya ni..heeee)]

Lagu buat sahabat-sahabat di rantauan..aku bersama kalian (yucksss hahaha)



..di sini noktahku..


Mood : ada rindu, ada cemburu, ada senda, ada riang, ada resah, ada gelisah, ada takut, ada ada aja

solat terawih..

saje je..tade keje..

Solat terawih di rumah atau di masjid/surau?

memang setahu kita pahala orang berjemaah ni lagi banyak kan...tapi itu tak bermakna orang yang solat kat masjid lagi dapat banyak pahala..coz bab ibadah ni urusan Allah...orang yang solat kat rumah ada yang lebih baik dari yang solat kat masjid..sekiranya ibadah orang yang buat kat umah tu diterima, maka ianya lebih baik dari orang yang solat kat masjid tapi langsung Allah tak pandang...segalanya berbalik pada hati...bukanlah bermakna aku suruh korang tak payah datang masjid untuk solat terawih, tapi aku juz nak kita sama-sama ikhlaskan hati kita dalam berjemaah di masjid, moga-moga Allah terima...setakat datang masjid, pastu nak banding-banding dengan orang yang solat kat rumah, poorah!

Pandangan Kaca Mata Hitam Ber’power’ Penulis
solatlah kat masjid..dalam masa sama ikhlaskan hati. Kalau diizin Allah amalan kita diterima, lagi besar pahala kita dapat dari orang yang solat kat umah sendirian walaupun diterima Allah.

Solat 8 atau 20 rakaat?

memang kita tahu, sunnah Rasulullah buat 8, sunnah sahabat pulak buat 20...Rasulullah jugak penah cakap sunnah sahabat tu juga boleh kita amal...jadi 8 atau 20 bukan perbandingan ya...sama je... yang aku nak persoalkan sikap sesetengah orang yang bangga sangat buat 20...excuse me! even ko buat 20, ko ingat Allah terima semua ke?!! belum tentu satu rakaat Allah terimalah...dan kalau Allah izin, orang yang buat 8 tu kekadang lebih bagus kalaulah amalan dia diterima Allah...kita buat banyak-banyak pon kalau Allah tak pandang buat pe...buat sikit tapi Allah terima tu lebih baguslah...its better less than nothing...pulak tu, jangan ingat orang buat 8 tu malas beramal...siapa tahu dia buat 8 kat masjid, pastu sambung kat rumah...jadi, takyah lah nak bangga ya...dan takyah banding...ingat pepatah omputih ada menyebut, “kita bukan mahukan kuantiti, yang kita inginkan adalah kualiti”

Pandangan Kaca Mata Hitam Ber’power’ Penulis
aku pon kebanyakan buat 20..coz aku rasa inilah peluang..tapi even kita buat 20, janganlah compare dengan orang yang buat 8 rakaaat..juz give urself da best wat u have..all out lah orang cakap..pastu urusan Allah lah nak terima atau tak..jangan nak bangga sudah..kalau tak, awal-awal lagi Allah tak pandang.

***********************************************************************************

entah..sajalah nak bebel..kalau tak suka, aku tak kesa k!!..im fully authorize toward dis blog k..selamat beribadat..wassalam


mood : speechless..

bukan bengang..

asyik dengar lagu raya je.. jadi inilah hasilnya

bila raya menjelma. bermakna syawal tiba (memang lah wei..raya kan bulan syawal) dan itu juga bermakna ramadhan yang mulia akan mula membawa diri. tak ramai yang sedih (serius! jauh beze dgn alim ulama’). yang happy kompem ramai kan (kita lah tu). ya lah, bukan duk fikir sangat pasal puasa, tapi sibuk pikir sal raya. kan3. jangan tipulah.

bila raya menjelma je, pekerja-pekerja mula rajin. keje semua cepat je siap. yang bos bagi, semua siap buat. yang bos tak bagi lagi pon dah buat jugak(aikk). ye la kan, nak bodek bos untuk approve cuti raya. beruntunglah sapa yang jadi doctor, boleh bagi MC untuk diri sendiri :P

bila raya menjelma jugak, parent mesti pening. nak-nak si bapak. banyak betol permintaan yang mencabar poket derang. duit raya pon nak kene pikir. si anak pulak duk bodek je. but they mmg deserve pon. yang si ibu pulak lebih kurang je. sibuk bagitau promosi raya. sibuk demand macam-macam. “bang, langsir kita mcam dah usang je”. “ ayang tengok tadi jiran kita beli sofa baru,cantik sangat bang”(nama pon baru, mane tak cantik).”pesal gelang ayang ni cam pudar je bang”. persoalan yang penuh kesasteraan yang puitis bernada melankolik (erk?!). macam-macam. hmm nasib baik aku takde bini lagi. anak ade lah. i mean anak tekak ya.

tak kurang jugak. adegan gaduh manja suami isteri. berebut nak balik kampung masing-masing. its better kalau gilir-gilir. pandai-pandailah bincang ya. haishh. tanak lah aku masuk campur. tu lah, sape suruh kawen yang jauh-jauh. ambillah yang satu negeri ke, satu daerah ke, kan senang bole balik kampung sama-sama. ingat tu kawan-kawan. cari dekat-dekat udah. XD (tapi kalau yang jauh, baru rasa cam balik kampung kan)

bila raya menjelma, jalan raya mula sesak. semua sibuk nak balik kampung. mulalah mengaku berasal dari kampung, anak jati kampunglah. haishh. kalau tak kerana raya, susah betul nak balik kampung. haishh. sedih! sekali setahun je tok/nek dapat jumpe cucu. kesian! harap-harap kita tak camtu

raya yang menjelma juga bermakna pihak polis tak dapat duduk diam. gelisah semacam seolah-olah ade bisul. terpaksa mulakan ops sikap. ya la kan, semata-mata nak make sure yang drivers malaysia yang ‘tersangat budiman’ ni tak melakukan kesalahan yang mungkin membahayakan nyawa derang. to all malaysian drivers, bawak leklok ya. pandu cermat nyawa selamat. biar lambat asal sampai. btw cepat-cepat pon nevermind asal sampai sude (i mean selamat sampai..bukan sampai ajal ya..kalau sampai jugak,tak dapek den nak nolon eh). patuhi had laju. kalau nak bawa lebih pon, masa polis takde je. lau polis ade, berpura-pura lah ya (bijak punya tip). yang penting ingatlah orang tersayang yang sedang bersama kita (keluarga) dan orang yang sedang menanti kita (orang di kampung). nak cepat sangat pon tak guna kalau membahayakn nyawa. papepun mulakan perjalanan dengan doa, moga diberkati dan selamat tiba.

buat student-student yang belajar jauh dari halaman sendiri (dalam negara ya) mesti sibuk nak balik raya kan. nak jumpa family, kawan-kawan. konfem sibuk urus tiket bas lah, tiket kereta api, tiket flight, tiket wayang pon mungkin ada. bagi yang menggunakan perkhidmatan awam, gunakan hak anda sebetulnya untuk memastikan keselamatan. kalau nampak driver bas bawak laju giler dan merbahaya, dengan segediknya pegi depan kat driver tu, ask him “bang, ni betul ke bas nak ke Terengganu, pesal nampak cam nak gi kubur je?” tanya dia camni k. samaada dia jawab dengan kata-kata keinsafan, atau kamu yang kene halau keluar, nasiblah ya.

pulak tu, si ibu sibuk buat kuih raya. macam-macam jenis ade. kaler macam-macam. tapi biasanya kalau yang dijual tu, design lawa, kaler menggoda semacam, tapi rasa takde beze pon. indah rupa dari rasa. yang best kalau mak buat kuih sendiri. bolehlah tangan gatal kita join sama. bukan menyibuk, tapi nak tolong je walaupun kekadang tak membantu. lain disuruh, lain pulak jadinya. paling best bila main dengan acuan dia, dapat design macam-macam bentuk. maybe dak-dak designer utp belom tentu dapat lawan. heee. buat menara la, kereta la, bentuk-bentuk yang unik. best2! (masa aku kecik-kecik..design macam-macam tapi bila siap, tak makan pon. XD)

adoii. off topic pulak (knon). nak cakap sal malam 7 likur act. tersilap cakap bab raya yang masih awal sangat-sangat ni (tersilap??!). sedikit pengisahan pasal malam 7 likur. ini bukan malam sibuk pasang pelita k. sebenarnya nama ini diambil sempena 27 ramadhan. Hadith sohih yang diriwatakan oleh Imam Ahmad, Rasulullah bersabda, ”barang siapa yang hendak mencarinya (malam al qadr) maka carilah ia pada malam ke 27”



Inilah pendapat ramai ulama, yang mengatakan malam al qadr pada 27 ramadhan (orang kita panggil 7 likur). adapun bilakah malam mulia iu semua di bawah urusan Allah. kita sekadar terus istiqomah dalam beribadat dan moga-moga malam yang lebih baik dari seribu bulan itu (lebih baik ya, buka sama) menjadi milik kita. insyaAllah

sekian je lah. takde idea nak update sebenarnya. buat sape suh aku hapdet tu, nah,amek ko! moga baki hari-hari terakhir di bulan ramadhan ini diisi dengan amalan yang berlipat ganda. tak salah nak buat persiapan raya, tapi luangkan lebih masa untuk beribadat. dah amal banyak-banyak, barulah leh raya dengan syok. kan2.

tak lupa.. nanti aku buat entry khas untuk budak-budak raya kat overc.. yang kat Mesir, Jordan, France, Indon dan untuk bakal ke overc.. semualah.. dan entry khas ucapan raya aku (kerek nya mamat ni).. sape nak kad raya, bagi alamat k. bagi emel pon ok. tapi tengoklah aku bagi ke tak.kui3 (atas desakan masa lah ya). ok lah, nak tido lah pulak. esok nak sahur. nanti lau tido lewat-lewat, takut ade pulak mimpi pelik-pelik.
Hihi


mood : 50.1% happy 49.9% remuk redam..

bengang gila di bulan puasa..

hmm. adelah suatu hari tu. bosan sangat-sangat.so pegi la jalan-jalan dengan member.pulak tu baru teringat aku nak kene buat greeting card untuk kawan aku.so aku ajak lak member aku join sekali teman aku.alah paham-paham je lah.derang bukan suka buat keje leceh camni.so derang cakap nak blah dulu.pastu baru jumpa balik...

so aku beratur laa kat greeting card machine.tunggulah sampai turn aku.sampai la giliran aku.disebabkan aku dah biasa gune machine ni, sekejap je.bile aku nak blah je, ade la suatu suara manja panggil aku. “Hellooo cik”.ish dalam hati pun pikir.awek mana pulak ni.

aku pon pusing tengok.nampak kaki dia.fuhh sikit punya putih.pelan-pelan aku pandang atas.nampak je muka die, fuhh cun habes.terdiam aku. dia pon sekali lagi ucap “Hello”.aku terus je balas “Haiii” sambil senyum lebar.pulak tu dia cakap, “Hii, Im Lina Arliyana”.perghhh sikit punya sedap nama dia.dahla muka pon lawa.memang padan r.aku senyum je..

Lina : Awak,boleh mintak tolong tak? saya nak buat card tapi tak pandai guna machine ni.awak tolong buat boleh??
Aku : Ohh boleh je..takpe biar saya tolong awak..
Lina : Thanx awak.time kasih banyak-banyak

dalam hati aku.mase ni la nak tunjuk skill lagi-lagi depan awek cun ni.selesai je, dia ajak aku jalan-jalan.dia cakap dia baru balik dari Singapore.balik sini untuk shooting modelling.dia ni pon dari golongan berada.

aku bangga la jugak kan.sebab aku pon bukan lah handsome sangat.dapat kenal dengan model pon okeylah.jalan punya jalan dengan bangga.dia pon ade cakap suka orang cam aku sebab aku ni baik.tolong dia.padahal aku baik baik ada makna.hehe.dekat sejam setengah aku jejalan dengan dia teman dia shopping.barulah teringat kawan aku tengah tunggu..

Aku : Lina, Im really sorry.not everyday i have a pleasure to meet as beautiful girl as u.i admire ur kindness and softness and really want to spend more time with u.but i have to go now as my frens are waiting for me.thanx for everything n i hope i can meet u again and treat u for dinner someday.i hope u don’t mind.

fuulamakk.sikit punya power ayat aku.dalam BI tu.sebelum aku chow, dia bagi kad dia.pastu aku chow tinggalkan dia kat mall.punya lah tak sabar nak citer kat member-member aku.bila jumpe jer, muka aku sengih semacam.member aku sume pelik.aku pon citer lah.sikit punye hot derang.sume tak pecaya.

aku pon decide nak bawak member aku sume ni g kat mall tadi.nak cari balik awek cantik tadi.usha punya usha nampak lah dia tengah turun dari escalator.aku pon bgtau member aku

Aku : haa, tu pon dia yang pakai skirt hitam tengah turun tu.
Member : eleh..poyo r ko..cube ko tegur kitorg nak tengok..
Aku : ok..no hal..aku pergi..korang tengok ek..

dekat-dekat je dia nak turun dari escalator tu,aku pon pegi dekat dia.aku pon tegur r."Hai Lina".sekali dia pandang aku semacam.member-member aku duk gelak je.aku punyalah bengang.ade ke si Lina ni buat-buat tak kenal.sombong nak mampus.

member aku sound.”kenal konon, blah la weh.setakat muka cam ko,sepuluh dia boleh cari”.ak blur.aku tengok dia, dia langsung tak layan.dia tenung aku semacam je.fuhhh.hampeh punya orang.mentang-mentang lawa, tak pandang orang cam aku.bengang betol.dalam hati aku memang sume pompuan lawa camni ke ha??

sekali kuasa Allah tu, tak jauh dia jalan tinggalkan aku,dia terpeleot.jatuh.bertabur barang shopping dia.dia tersembam dan menjerit kesakitan.aku pon tetibe jadi baik pegi tolong.aku yang belajar medic ni buat-buat la concern.tengok-tengok la mana-mana patut nak tolong.aku pon tolong angkat beg shopping dia.

tetibe je dia jerit.”pencuri!pencuri!”pakcik guard pon cepat-cepat datang.ramai yang nampak aku tengah pegang beg shopping dia.aku pun cuak.member-member aku pon risau pasal aku.habislah aku kali ini.”Pap!”aku kene pegang di pak guard tuh.

Pe nih.aku nak tolong je.tak pasal-pasal kene pulak.check punya check, HP dia hilang.

Lina : Bang, HP saya takde.mesti dia yang ambik
Pak Guard : Cik,mana HP dia?
Aku : mana saya tahu.saya cuma tolong awak je lepas nampak awak jatuh.
Lina : Alah.mesti awak yang curi kan. Bang, camne ni?
Aku : Saya tak ambik lah.bulan-bulan pose ni buat pe saya nak curi.

Aku mula panic..

Aku : Tadi sikit punya baik saya tolong awak.jejalan dengan awak.tetibe je tuduh saya pencuri
Lina : Since when i jalan dengan u.i takkan keluar dengan orang muka cam u.muka cam pencuri je.
Aku : Aku pon bengang.dia cakap muka aku pencuri.panas-panas.aku keluarkan kad dia bagi tadi.then what is this?camne i ade kad u kalau u tak bagi
Lina : Haa, ni dapat mana kad i ni.amek dari beg tangan i kan.bang,i told u dia yang amek HP i.mesti ada tu

aduii terjerat beb.aku dibawak ke pejabat guard.member-member aku ikut sama.aku memang takut gila.dahla malu kene cekup depan orang ramai.sepanjang aku duk dalam tu, aku kene soal HP dia mana.aku cakap aku tak tahu.aku tak ambik.dia duk maki hamun aku.aku diam je.sebab bukti business card dia ada kat aku.memang naya betol aku.

dushh! aku kene tampar.tapi aku buat rilek je.aku cakap aku tak ambik.office tu dah kecoh.dia dah marah-marah kat aku.”hey,orang cam u ni tak layak jadi manusia tau tak.bang, saya tak kira.saya nak dia kene tahan polis.tak guna laki camni”

aku dah takut.aku dibiar je pastu.pak guard n awek tadi tu duk bincang-bincang.siap buat call.call polis kot.habeslah aku.then ade sorang laki cukup punya smart datang,seluar jeans,kemeja hitam.dia terus je pegi kat Lina tadi.dia pon cakap..

Laki : Pe yang kecoh-kecoh ni sampai call Abang.
Lina : Abang, HP Ina hilang.laki ni curi.
Laki : Betol awak ambik HP adik saya?
Aku : Mana ada.saya tak ambik lah.

Sesi soal jawab ni pon makan masa lama jugak.tapi aku still tak ngaku.sebab aku tak ambik.abang dia tadi sibuk call call orang.bape kali call pon tak tahu.sekali abang dia pegi kat Lina n bisik kat dia sesuatu.aku dah tak sedap badan.tido lokap la nampaknya bulan pose ni.

Then laki tu datang kat aku.dia pon slow-slow cakap.”cik,HP adik saya sebenarnya ade kat rumah.dia tak bawak pon.orang gaji kami cakap HP dia kat rumah.maaflah ya.salah paham”

Aku kelu.diam.tak tahu nak buat pe.aku pon terus bangun keluar camtu je.keluar je,member-member aku serbu.aku citer dengan marah-marah.pastu derang hasut aku.takkan nak lepas je camni.aku dah kene macam-macam.kene tampar, malu lagi, kene maki.aku pon pikir betul jugak.

Aku masuk balik.kali ini penuh dengan kejantanan.aku tengking kat pompuan tadi.sekarang ni aku tengok dia dah tak lawa langsung.semakin benci pon ade aku rasa.

Aku : Ooiii.aku tak kira.ko dah buat macam-macam kat aku.aku nak report polis.
Abang Lina : rilek bro, rilek.settle cara baik k.pe kata kitorang bagi ko rm300
Aku : Arghhhh

tapi dalam hati aku, banyak jugak tu.tapi..

Aku : excuse me.ko ingat aku takde maruah ke.aku tak kira.aku nak keadilan.
Abang Lina : ok ok.pe kata rm3000.dia pon bagi cek kat aku.
Aku : Woii.ko ingat aku ni boleh dibeli beli cam pemain bola ke.

aku koyak je cek tu.sorry r.aku ada maruah beb!si Lina tu pon mula cakap.

”eyh, u ni.tak sedar diri.dah bagi duit ambik je lah.kalau rasa nak call polis sangat,call r.i tak heran lah.nanti i bagitau papa.i tak takot.u nak call polis,sile r.nak saman pon saman r.tak heran”

tetiba abang dia pegi kat aku.ni rm10000 ribu.”ambik, pastu blah k”

aku lagi la marah.membuak-buak gila.menyampah betol pompuan tadi.tapi.pikir-pikir balik, duit banyak tu best jugak.Yayasan pon belum tentu bagi free.aku pon ambik je r.kebetulan je ak nak blah, si Lina tu bunyi.

"alah,muka cam u.tengok duit banyak sikit terus senyap.tak malu betul!

fuhhh.bengang gila aku.ingat ke dah settle.rupanya awek ni memang cari pasal.harap muka je cantik,tapi perangai busuk nak mampus.aku bengang sangat.aku terus campak je cek tadi.kali ini aku tak kira.aku tak pernah lagi berkasar dengan pompuan.tapi kali ini memang aku tak bagi can.pompuan ni memang patut kene.aku terus pegi kat dia.aku angkat je tangan aku, tetibe je ade orang tahan aku.....

....
....
....
....

Hapihhhh, bangunnnnn laaaa...bangun sahurrr..da lewat nii!!duk mengigau pulak..
(adik aku kejut aku untuk sahur)


mesti ramai tensen ni..
moral of da story ni : selawa mana pon seorang pompuan itu, sebanyak mana pon duit, sekaya mana pon kita..tak de gune kalau tak BANGUN SAHUR sebab itu sunnah(entah pape aku mengawot)

(sikit punya melampau drama ni.. :P)

Selamat Bersahur. Selamat Berpuasa. Selamat Berbuka dan Selamat Beribadah di sepuluh malam terakhir..:-)


mood : half-half / nus-nus

penghujung fasa kedua..

salam ramadhan buat semua. semoga sihat-sihat sahaja khendaknya. hmm sedar tak sedar, perasan tak perasan, pejam celik pejam celik, pergi balik pergi balik bazar ramadhan, tunggang tunggik tunggang tunggik solat terawih, hari ini dah menjengah 18 ramadhan. seakan masa begitu cepat berlalu meninggalkan hari-hari yang kita lalui.

persoalannya? bagaimana pengabdian kita setakat ini? sejauh mana keikhlasan amalan kita? banyak mana air mata keinsafan yang telah kita alirkan mengenangkan dosa-dosa silam? berapa kerap kita panjatkan doa kepadaNya? adakah terdapat sekumit perbedaan antara ramadhan tahun ini dengan yang lepas-lepas? persoalan yang perlu kita jawab sendiri kerna hanya kita mengetahui akan pengamalan ramadhan kita kali ini

ya saya jawab. setakat ni adalah sikit saya abdikan diri. keihklasan tidak dapat saya ukur, cuma melakukan sehabis baik yang mungkin. air mata masih tak banyak mengalir cuma sebak jika imam menangis apabila membaca walaupun saya tak paham sangat makna. doa alhamdulillah selalu dipohon selepas solat. memang nyata perbedaan ramadhan kali ini berbanding yang lalu kerana kali ini di malaysia, yang lepas di mesir.

ramadhan yang kita ketahui di awalnya terdapat kerahmatan, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya pembebasan dari api neraka. fasa rahmah telah kita lepasi. fasa maghfirah pula menuju ke penghujungnya. fasa pembebasan dari api neraka pula akan menyusul. hmm terlalu cepat sangat rasanya. bagi mereka yang merasakan terlepas peluang merebut imbuhan dan bonus di fasa pertama, bersegeralah bangkit dan mengejar peluang di fasa kedua ini dan ketiga nanti.

sesungguhnya ramadhan sememangnya bulan ibadah dan bulan latihan pada diri. latihan hati untuk tunduk kepada Allah, latihan lidah untuk menahan omongan kosong dan banyakkan berzikrullah, latihan diri untuk bersedekah, latihan menudukkan pandangan dan mengawal nafsu, latihan untuk hati agar taat kepada suruhanNya dan pelbagai latihan lagi. penuh dengan tarbiyyah. ukurannya, adakah kita berjaya untuk melatih diri kita pada bulan mulia ini? tak lupa, ramadhan juga bulan pemperbanyakkan latihan bagi calon-calon spm dan pmr. ;P

alhamdulillah, ramadhan di malaysia disambut meriah. dengan bazar ramadhan, kebanjiran jemaah solat terawih, kuliah keagamaan, tadarus al quran, majlis berbuka puasa di masjid dan banyak lagi. tidak cukup dengan itu, turut meriah juga dengan bunyi-bunyi mercun yang mungkin tidak kedengaran di bulan lain sehinggakan para imam tersentak dan melatah dek dinganggu dikala khusyuk mengalunkan bacaan. promosi-promosi perayaan pula mula menggugat jiwa para ibu/perempuan dan sudah tentu memeningkan poket para bapa/lelaki. ditambah karenah anak-anak yang mula pandai menuntut hak mereka apbila tiba musim perayaan. ;P

namun agak mengecewakan, masjid kehilangan penyokong sebaik memasuki fasa kedua ini. ramai yang sudah berkejar-kejar dan berlari-lari anak membeli belah untuk persedian raya. ohh malang sekali. terkadang saya ter’wonder’ patutlah Allah menjanjikan 10 malam terakhir penuh dengan ganjaran, semata-mata untuk memastikan kita istiqomah dari mula hingga ke akhirnya.

apapun harapannya, semoga kita sama-sama meningkatkan dan menggandakan duakan amalan-amalan dan dapat besungguh-sungguh di sepuluh malam terakhir nanti insyaAllah.

suka juga untuk saya nyatakan, di bulan yang mulia ini, ada juga yang diuji dengan pemergian insan yang tersayang. permergian yang sudah pasti membuatkan pesta ramadhan dan syawal menjadi sedikit hambar dan tawar. pemergian di kalangan ahli keluarga, guru kesayangan, kenalan rapat, kenalan jauh, kenalan keluarga mahupun kenalan buat-buat kenal. sungguh berat ujian sebegini namun bagi yang menghadapinya, semoga Allah mengiringi ketabahan kalian. bersamalah kita mendoakan kesejahteraan roh-roh yang telah dikembalikan kepada penciptanya. takziah dan AL FATIHAH. mungkin gelaran kita pula menyusul selepas ini, siapa tahu?

cukup sekadar ini. kerana saya pasti penulisan yang bosan ditambah pula dengan penulisan berbentuk keagamaan (betulkah??) sebegini mengundang kebosanan di kalangan pembaca. betul tak? angguk sahajlah. tak mengapalah, sekadar memberi peringatan. bagi yang sedang mencuri makan tu, stop it!! Dia nampaklah. bagi yang sedang beribadat, keep it up!! Dia sangat-sangat menyukai.



akhir kalam, semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.


mood : sad..ramadhan bakal berlalu, mesir bakal datang..raya?lupakan!!

menabung..

keluar hari ini lebih tepat pagi ini bersama si mi-g. banyak destinasi’s’. Mulanya merantau ke Tokyo semata-mata hendak mencuci gambar empunya diri yang skema, kemudian balik semula ke bandar Terengganu terchenta untuk ke Bank Islam dan Bank HSBC. seterusnya menyelesaikan urusan visa yang sangat menjengkelkan. yaawrks!!

tak cukup dengan itu, masih belum kepenatan (ditegaskan saya puasa ya tapi saya kuat). teringatkan diri yang akan membawa diri (merajuk)ke Mesir tak lama lagi. ingin lah jugak membeli ole-ole untuk diri sendiri. Kedai ARENA dan KASUT AWAK (translate awak ke dalam BI ya) menjadi pilihan. berulang-alik entah berapa kali. semata-mata untuk mendapat harga yang cute dan tidak merasa ditipu. tidak mahu kalau ada yang mengambil kesempatan ke atas kesucian diri ini. hajat ingin window shopping sahaja tapi nafsu yang meliar bijak memujuk dompet mengeluarkan wang secuma RM200.

kasut adidas yang biasa sahaja. sungguh susah membuat pilihan untuk memujuk kasut itu menerima empunya diri seadanya. bayangkanlah ini baru pilihan kasut, sudah susah. bagaimanalah agaknya membuat pilihan “ehem” nanti. hampir satu jam untuk sepasang kasut. Kesian pulak si adik cumell tadi melayan karenah pembeli budiman ini. tiba di kaunter, tiada masalah kerana duit terlebih. keluar dari kedai dengan senyuman lebar tapi berpada. namun terperasan sesuatu dari kejauhan.

“apa tu kertas pink (awww!)diselitkan pada wiper kerete tu??”

pelbagai andaian dibuat. adakah surat cinta? surat peminat? kad raya? kertas iklan kurma YUSOF TAYYOUB? cabutan bertuah? surat layang? ataupun mungkin kertas yang tak sengaja singgah berehat menumpang kasih. sungguh teruja untuk mengetahui..

dengan perasaan yang cemas... ya Allah ‘duit raya’ free buat MBKT!!


sejuta penghargaan saya tujukan khasnya buat pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. sejujurnya saya mengakui saya bersalah di atas apa yang telah berlaku. sebegitu mudah duit melayang. ohh sungguh sadis sekali.

keterlupaan untuk memasukkan duit kedalam 'tabung' menjadi sebab utama. padahal masa parking di bank pada awal tadi, saya bersedekah dengan jayanya tetapi tidak di tempat parking ini, saya lupa pula untuk beramal jariah. diingatkan saya tidak kedekut ya cuma terlupa. tidak kedekut. tidak dan tidak dan tidak sama sekali!

nilaian 10 sen, 20 sen atau 50 sen terpaksa dibayar dengan RM 40. owh pelaburan yang merugikan lagi penuh dengan unsur riba (haa??? saja) moralnya, selalulah menderma pada tabung-tabung parking dan bayar zakat untuk ramadhan kali ni ya.

owh ini adalah nahas yang kedua menimpa saya sejak kepulangan dari bumi sana. kali pertama ayah yang bayarkan. kali kedua rasanya ayah lagi kot. :P

masih menunggu bila lah nak dapat saman dari polis mahupun jpj. asyik-asyik dari pembandaran je. :P

************************************************************************************

cetusan idea ku:

apa yang seronok dengan adanya kertas pink ini, selagi kertas ini berada di tangan kita (belum bayar), dapatlah parking bebas tanpa bersedekah untuk tempoh kurang dari 2 minggu. caranya mudah sahaja. parking kereta kemudian selitkan sahaja kertas pink tadi pada wiper. penguatkuasa yang datang mungkin akan merasakan bahawa kereta ini telah disaman walaupun pada hakikatnya kertas saman berkenaan adalah yang lama punya. erm bijak tak?? (tapi kalau kantoi, sendiri tanggung ya)

lupa. sila jelaskan sebelum 14 hari ya (pesanan kepada diri sendiri yang terkilan)
kalau tak, masuk mahkamah. eerrrrr

to my abah : maaflah bulan ni ade kenaikan pembelanjaan sedikit. tolong jelaskan ya. tanak masuk lokap mahupun mahkamah.

yang benar :
anak mithali :d


mood : suka dalam duka, tangis dalam sebak

menipu ke tak sengaja..

bukan nak buat sengal.. suka tengok BAZAR RAMADHAN. meriah banget! best~!!!
sah-sah ada masa bulan ramadhan je.. diumpama syurga makanan..
syaitan tak ada, nafsu still bergelora jadi AWAS~!!!
diingatkan BAZAR bukan untuk BAZIR. Reti BEZE kan??
saja-saja lah mengomel. semalam aku tengok. ramai sangat berbondong-bondong beli..
semua nak. habis ke? oh nafsu. ingatlah orang yang tak mampu berbelanja yang makan sekadar ada
dan lagi satu..buat peniaga yang bijak mencari pintu rezeki dan tak sengaja menipu
sepatutnya rasa makanan tak banyak beze dengan bulan lain. tapi...uhu
nak bagi makan anak orang lain wei~ walau bukan anak sendiri
nak berniaga buat la makanan betul-betul. nak orang beli, jaga hati pelanggan
memang hampeh r bila beli tapi rasa euwww~! ****~!
tapi takkan sebab puasa, rasa makanan jadi lain. biasa berniaga ke tak?
kalau tak yakin, silalah rasa makanan anda sebelum menjual. bukannya tak bole?!
pegi mengaji bebetol. kerna aku pernah rasa ditipu di bulan mulia ini. aku tak kesa.
ini aku tapi orang lain? berbaloikah menipu walaupun niat nak tambah rezeki?

*****************************************************************************

Ingat!
Orang memberi, kita merasa..
Orang nak beli, make sure makanan ko ade rasa!!


mood : blank blink-blink~

pesanan buat kakashi (naruto)..

MATA KU MENGATAKAN KAMU KETAHUAN PACARAN LAGI DENGAN DIRINYA TEMAN BAIKKU..
( siapa mampu mentafsir madah romantis politikus ini.. sesuatu istimewa terkejut menanti badan bertuah empunya kerna aku sungguh sangat pasti ianya begitu extravaganza sulit lebih sulit dari kod sulit yang dirasakan sudah cukup disuliti padahal hakikatnya tidak langsung menyuliti kesukaran)

Aku dan Dia

Setulusnya jiwaku..
Kala ku bukakan mata..
Dirimu masih belumku punya..
Semahunya ku ingin selalu..
Ingin kusentuh pipi gebumu
Meluahkan apa yang terendam di hatiku..
Ingin ku belai rambut lurusmu
Mengatakan betapa cintaku padamu..
Ingin kuusap jemari lembutmu
Menyatakan rasa teramat rinduku..
Ingin kukucup bibir manismu
Manyalurkan sayangku padamu..
Ingin ku hangatkan telingamu
Membisikkan madah-madah pujanggaku..
Ingin ku tatap kesempurnaan wajahmu
Menghapuskan resah gundah gulanaku..
Ingin ku bergurau senda sepanjang waktu
Melunaskan permasalahan hidupku..
Ingin ku selalu berdamping denganmu
Yang mampu menenangkan kalbuku yang bergelora..
Ketahuilah..
Ku rindu bayangan matamu
Ku rindu lirikan senyumanmu
Ku rindu kejernihan air mukamu
Ku rindu kelibat bayanganmu
Ku rindu segalanya mengenai dirimu
Kerna hanya dirmu..
Yang mampu menawan mataku
Yang mampu mencairkan hatiku
Yang mampu menundukkan egoku
Yang mampu memukau jiwaku
Hanya dirimu..
Mungkin pernah ku melukai hatimu
Pernah ku sakiti perasaanmu
Tapi..ketahuilah bahawa kau tetap di hatiku
Aku terlalu ingin bersamamu..
Setiap detik..setiap waktu..
Namun apalah dayaku..
Antara kita..belum ada suatu ikatan yang sah
YANG MENGHALALKAN SEGALANYA..BERSABARLAH!!

..........

...............

....................

.........................

..............................

Pesanan Penyajak : perkataan yang di’CAPITAL LETTER’kan itulah yang ingin disampaikan setulus hati penulis tanpa prasangka yang syak anggapan meliar melulu terhadap diriku tanpa kesalahan tafsiran

mood : moody

adik baru..

assalamualaikum..pose x?

Hmm..semalam..best nya.. Dapat join bekas-bekas students SBPI Batu Rakit.. Derang buat program motivasi (a moment to share) untuk pelajar form 3 yang bakal sit pmr lagi 3 minggu.. Jadi aku pon seperti biasa la terhegeh-hegeh nak join..sebab aku suke program2 cenggini.. Maksud aku aku suka join kalau aku jadi faci.. Kalau ak jadi peserta, sorry r..tak hengen aku!!

Jadi program tu ade 4 slot.. 3 slot diadakan dalam group..

First of all, let me introduce you the best group i ever handled..
Saya – Faci yang baik SAYA/ABANG (euww..menyampah)
Mohd Khairul Nizam Mat Nawi -nak jd arkitek- NIZAM
Mohd Fairuz Mohd Zaid -nak jd jurutera- FAIRUZ
Ahmad Faiz Anwar -nak jd doctor- FAIZ
Nur Sa’adah Abdul Rahman -nak jd pensyarah- SA’ADAH
Nur Nadhirah Atiqah Johari –nak jd pensyarah-NADHIRAH
Nur Izzatul Amni Adnan -nak jd doctor- AMNI (tesilap panggil amin masa mula2..sebab suara pelan sangat)




Slot 1..Introduction kepada Mesir dan Jordan
Mesir by Kak Sal..(senior)
Jordan by Wani..

Slot 2..Ice Breaking..

Memang bersyukur sangat2 sebab my group ni sporting.. masing-masing dapat keluarkan suara emas derang.. Thanx adik-adik.. Dapat tahu serba sikir biodata derang dan derang pon dapat tahu pasal aku.. Yang laki, ketiga-tiga wakil bola sekolah (sorang wakil daerah).. Yang pompuan aku tanya wakil main congkak ek..derang gelak2 angguk..betol la kot..kan kan kan.. Overall, aku rasa derang ni hebat, bijak, aktif, rajin, berdikari, berkeyakinan.. memang vice versa gila r dengan aku.. respek r

Slot 3..Time management..

Time ni..derang diarahkan untuk plan pe yang derang akan buat utk 3 upcoming weeks dan setiap faci perlu komen pe yang sepatutnya derang buat sebetulnya..menarik lah jugak.. Pengurusan masa yang hebat..Derang bijak merancang.. Jauh beze dengan aku dulu..Disebabkan itu aku tak komen pape pon.. Juz add and bagi nasihat mana-mana yang patut je..coz aku ni bukan lah terbaik untuk dijadikan contoh..sejujurnya, aku jauh lebih teruk dari derang kalau dibandingkan dengan aku masa form 3.. papepon korang memang ‘abang’ kagumi


nizam punye perancangan


yang sa'adah pulak..


amni pon nak share jugak..

Pesanan ‘abang’
Tingkatkan amalan kerohanian..(doa, solat hajat, al quran, dzikir, solat malam, etc)
Sihatkan jasmani..(jaga pemakanan, tidur, bersukan, etc)
Gandakan usaha.. (ulangkaji, kesan dan betulkan kelemahan, etc)
Groupingkan study..(study group)
Tanyakan guru.. (face to face lebih berkesan)
Tolong sesame kawan.. (berjaya sama-sama)
Selamatkan diri..(jaga keselamtan diri..pliz sangat2)
Mintak keampunan.. (parent, adik beradik, guru2, kawan2, mak/pak cik sekolah, etc)

Papepon abang yakin korang boleh handle masa dengan baik..tengok perancangan pon semua okey je..respek!! papepon minggu raya nanti(insyaAllah), janganlah muram-muram..raya je lah..tapi jangan lupekan buku pulak..

Slot 4..stress management

Time ni..untuk enjoy-enjoy pulak.. suruh derang belakon.. waa, syoknya.. aku jadi director tuu.. Mula-mula derang macam berat.. tapi lama-lama Alhamdulillah..masing-masing bagi komitmen yang baik.. kelakar gile tengok derang berlakon secara spontan.. takde lirik, tapi ok je..lawak2..aku duk gelak je sampai kekadang nak tecabut usus..

Tapi bukan niat nak kenekan adik-adik ek, juz nak bagi enjoy je supaya derang tak tensen sangat pasal exam walaupun ianya sangat2 penting sebenarnya..

Fairuz..(wakil sekolah bahagian sketsa)
Kene belakon watak suami pujuk isteri (Nizam)..hahaha..tapi aku tengok bukan macam pujuk..hahaha..jiwang la jugak

Nizam..
Kene jadi pemberita..tapi tak bape jadi..last2 aku suruh jadi cikgu yang ajar kanak-kanak2 tadika..haha..kelakar2..kanak2 degil giler..cikgu suruh bace doa masuk kelas pon budak-budak tak ingat..last2 bila cikgu baca, baca doa makan pulak..pe kes??..ahhaha

Faiz..
Penyanyi..lagu negeri..senang la jugak..tapi mula-mula dia tak ingat lirik..hahaha..nasib baik backup singer ade (Nizam and Fairuz)..boleh la ingat balik.. Tapi sejujurnya, aku pon tak ingat dah lagu negeri..lame sangat tak nyanyi..

Amni..(bukan amin taw)
Adegan jiwang..sebagai pakwe yang bagi bunga kat makwe(Sa’adah)..disebabkan batang ranting dianggap sebagai bunga, jadi kelakar laa.. pulak tu, Sa’adah siap tanya lagi, pesal tinggal batang je, bunga takde..berpeluh Amni cari alas an..hahahaha..klakar laa

Saa’dah..
Berlakon jadi peniaga yang tarik pelanggan kat pasar..gune loghat negeri..jadi klakar.. Tapi tak sesuai sebab muke comel jadi peniaga..dak2 lagi kata camtu..haishh pe lah derang ni..papepon menjadi la Sa’adah buat..ade bakat ni..hahaha..aku gelak je

Nadhirah..
Cakap dalam bahasa lain..mula-mula cakap Cina, sedap mula2 pastu blurr.. Lepas tu dia cakap France, sekat-sekat.. Last2 cakap dialek Kelantan, boleh tahan..tapi macam pelik la jugak..hehe

Lakonan tambahan..
Fairuz pujuk isteri (kali ini Faiz)..yang kelakarnya..time ni isteri (Faiz) siap mintak cerai..hahaha..kesnya sebab suami(Fairuz) cakap masakan tak best..advance nya lah..korang ni betolla..kelakar pulak jadinya

Plus..Sa’adah berlakon jadi ibu yang memarahi anak (Amni dan Nadhirah)..ade bakat la Sa’adah..menjadi la..mesti selalu kene leter di ibu kan..haha..takde..kiddin~ je

Lagi..aku suruh derang cakap bahasa pilihan derang memandangkan SBPI kan belajar bahasa antarabangsa..aku menganga buat-buat paham..dan sudah pasti aku jeles..huhu
Fairuz dan Nadhirah (bahasa Cina)..Sa’adah, Amni dan Nizam (bahasa France)..Faiz (bahasa Jepun)

Sa’adah dan Amni sudi memperdengarkan bahasa France kat aku..thanx sis~..nanti2 kalau senang aja la abang ek..boleh chellenge duan shukor..hihi

Secara keseluruhan..korang memang best..harapan semoga permainan kali ini dapat melegakan stress korang..dan nak mintak sangat-sangat korang dapat buat yang terbaik nanti..insyaAllah

Kita dan janji kan..ingat tu..ingat pe abang bagitau walaupun abang bukan nya orang terbaik tapi juz bagi sekadar termampu je..adik2 dah dapat kontek abang, kalau ade pape, silekan je lah..abang cube r menreply atau membalas pe yang adik2 hantar whether kut hp, email, fs, blog or surat layang ..dan janji kita, ‘korang akan inform result kat abang’..walaupun masa tu abang mungkin tak ada dah kat mesia..papepon all da best untuk korang.. seronok dapat berkenalan.. secara tak rasmi, abang anggap macam adik sendri..adik angkat? Berat tu..harap adik2 dapat buat terbaik dan lagi baik dari abang ni..tak kisah..huhu..pertemuan yang sekejap meninggalkan kesan yang mendalam..takleh taip dah..sob ni..disini noktah ku..

pesal muke aku jadi camtu..seriusnya..itu adalah fake semata-mata

rujuk site sekola derang..SBPI Batu Rakit

heart attack..


calm down everybody..
make sure your heart beat is around 72 beats/minute
already stabile?
enjoy da show..

kui3..Presario CQ20


wif its stuffs


genuine ok..tak main laa pirate


should i take off its cover plastic??


taadaaaa!!


owh..its functioning well


no more show k!!SHOW OFF


owh..forgot..with a cute mouse..probably mice


look like a lovely couple right


stay peacefully in there



Intel Core Duo P8400 (2.26 GHz) (2.2 jer..hmm okey laa..laju la tu)
Genuine Windows Vista Home Basic Edition
12'1 Diagonal WXGA High Definition BrightView Widescreen Display (kecik..cute right)
160GB Hard Drive (tak cukup ni)
2GB DDR2 SDRAM
LightScribe Super Multi 8X DVD+RW with double layer support
802.11b/g WLAN & Bluetooth
ExpressCard/34 PC Card Slot
4 Cell Lithium-Ion Battery
Free DOS
HP Webcam (bersama insan tersayang)

paling penting..juz 1.6KG..ringan!!..hand carry yang sgt comel dan tak membebankan..tak menyusahkan pesawat Singapore Airlines nnti..;P

That's all..
unfortunately...=(

panggilan best...

Hafiz : Erm Lutfi, awk tahu tak berapa kali Allah panggil kita sepanjang kita hidup ni..

Lutfi : Mmm setahu saya sekali je kan..panggilan Ilahi untuk menjemput kita ke alam kubur kan..tu je yang saya tahu..

(tu laa..suruh pegi mengaji..tanak!!)

Hafiz : Pe yang awak bagitau tu betul..tapi kan Lutfi, bukan sekali je Allah panggil kita..sebenarnya banyak..cuma kita jer yang kekadang menyahut, kekadang tidak..

Lutfi : Ohh iyer ke..maaflah saya memang tak tahu.. boleh hafiz terangkan tak..saya nak jugak tahu..

Hafiz : Boleh aje..tapi kene bayar lah

Lutfi : Ehh, macam lah ilmu tu awak yang punya..Allah bagi pinjam je sampai awak dapat tahu ilmu tu.. sesuka hati jer nak mitak bayaran.. tak kuasa ahh!!

Hafiz : Ololo..memarah pulak Lutfi ni.. memain je lah.. ok lah..takyah bayar.. kita kongsi bersama ilmu ni..

Lutfi : Yeaaaa.. haa, cepatlah cerita..nak tahu sesangat ni

Hafiz : Okey2.. erm, sebenarnya Allah panggil kita 3 kali sepanjang kita hidup ni..nampak macam sikit tapi sebenarnya panggilan Allah ni banyak..

Lutfi : Haa..pe nih..sekejap sikit..sekejap banyak..pe kes??

Hafiz : Sabarlah..nanti hafiz bagitau sebab pe..tak sabarnya Lutfi ni..gedik semacam

arghhhhh..tencen aku taip macam dialoq ni..buang masa..dahla merimaskan..aku sambung sini je lah..

hati aku tak bergetar pon lagi..macam mana nih..huhuhuhu

Okey..sebenarnya Allah buat panggilan kepada setiap makhlukNya sebanyak 3 kali sepanjang hayat kita..adapun ini bukan talian hayat k.. Haa!!mesti kening korang berkerut kan.. Apa yang 3 kali tu? Bila? Kenapa sikit sangat? Sedangkan kita buat panggilan lagi banyak dari Allah buat, pulak tu sekarang ni memacam promosi talian ade..celcom, digi, hotlink..semua menawarkan kadar rendah..kan3.. Aiyaa..udah jauh ni..sambung balik.. Ya, 3 kali je panggilan Allah..

Call yang pertama..adalah AZAN

Call dari Allah ini sangat jelas didengar tapi hanya sedikit yang menyahut.. Cuba kita kira bape kali Allah panggil kita dalam sehari? 5 kali bukan.. Seminggu? 35 kali.. Sebulan pulak? 150 kali.. Dah kalau setahun?? Kira sendiri r..muak laa kalau aku jer yang kira.. Hmm cuba bayangkan..azan adalah call pertama Allah kepada kita untuk kita mengadap diri kepadaNya..bagi yang menjawab call dari Allah tu, bermakna dia pergi merebahkan diri untuk sujud (solat) kepadaNya..

Adapun walaupun sungguhpun kekadang kita menyahut call dari Allah agak lambat (solat lambat macam aku) atau tak menyahut langsung (tak solat terus macam si Bush dan rakan sejawatnya), Allah tidak pernah pun amek hati kat kita..bahkan nikmat dan rahmatNya tetap terus dikurniakan.. Namun, bagi sesiapa yang segera menyahut call dari Allah ni, menanti ia di sana nanti akan balasan baik dan ganjaran yang tak ternilai

Kesimpulan bagi call dari Allah ni..ada 3 je
Menjawab call cepat (solat awal) – Received call..
Tidak menjawab call (tak solat)– Missed call..
Menjawab call lambat (solat dilewat-lewatkan) – Voice Mail Box..
Huehehehe


Then..call yang kedua..iaitu HAJI @ UMRAH

Call dari Allah kali ini bersifat halus dan bergiliran.. Setiap hamba mendapat kesempatan yang berbeza.. Jalan untuk mengerjakannya pula berbeza-beza.. Yang tak punya wang tetibe ada wang, Yang tak merancang tetibe je boleh pergi, Yang merancang tak jadi, Yang ada duit tak sempat pergi..memacam laa..

Ketika kita melafazkan niat haji/umrah, memakai pakaian ihram sambil melafazkan Laibaikallah..sesungguhnya kita telah dijemput menjadi tetamu Allah dan secara tidak langsung telah menyahut call dari Allah. Hurm, harap-harap aku punya kesempatan suatu saat nanti..ameen~


Lastly..call yang ketiga..iaitu panggilan MAUT / AJAL

Mengerikan, menyeramkan, menakutkan, mendebarkan, menyedihkan dan me-kan yang sama waktu dengannya.. Adapun panggilan kali ini tidak dapat diketahui detik dan ketikanya.. Hanya amalan kita yang dapat menentukan jawapan panggilan kali ini.. Andai kata amalan kita tinggi dan diterima Allah, maka call ini dapat dijawab dengan sempurna..andai sebaliknya, nauzubillah.. Dengan itu, saya (tukar kata ganti diri pulak) menyeru kalian semua supaya meningkatkan ketaqwaan dalam diri dan mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan dan merebut ganjaran yang telah disediakan..

Semoga kita dapat menjawab kesemua panggilan ini dengan sebaik-baiknya.. bukan macam panggilan hangit hot.fm mahupun panggilan kejutan sinar.fm ataupun gotcha call hitz.fm.. Wassalam.. Adios

p/s: jangan asyik ingat jawab call dari pakwe or makwe je..tak menyumbang langsung

sebuah kisah di sebalik malam..

Asemekom sume (read : assalamualaikum wbt)
Erm pose tak??..nak citer sikit je


Semalam owp.. Aku tak leyh tido.. Menci jugak ler..*mengeluh* Pejam mata abis doh.. Tak boleh-boleh jugop.. ..Tencennyeee

Pastu aku on la radio.. Bulan-bulan pose ni kene r dengor ikim.fm.. kan3.. knon nak jadi baik..*menjelir lidah*

Dahtu pulak..tengah ada segmen apa ntah.. tapi boleh bagi ucapan ramadhan atopon kenangan ramadhan.. aku pn nak join etek.. nak jugak sore masuk radio.. nak masuk tv susah nk mapus (bkn mengidam sgt pon).. nak kene aku buat jahat dulu gamoknya baru masuk tv kot.. huh



Aku pon try r usha-usha line ikim.fm tu..
Sape nak no ikim.fm angkat tangan ??!
(uishhh..punyelah ramai angkat tangan…mekaceh- dah mule syok sendiri -*blush* )
Nah, amek ko! no cute giler.. 03 62046204
Ni lah line yang paling senang nak tembus..tu pon kalau koreng usha kol 2-3 pagi r..;P


Dan semalam aku byk kali dah boleh tembus.. Kat dalam telinga aku asyik dengar deringan jer.. Tapi takde yang sudi jawab.. sungguh sadis rasanya diperlakukan sebegini!!..seksa aku tunggu.. dah lah takleh tido.. ikim pulak bagi layanan 1 bintang jer..*ati mengecut*

Dan each time dj tu nak amek caller baru, masa tu jugak la talian aku putus. Yer la kan, tak terjawab lama sangat, putus sndri r.. hampeh!!*sob3*

Dri kol 1.15pg sampai pkul 2pg.. usehe aku macam tak dihargai jer*majok*.. Apa tak nye, bkn aku sorang je kipas susah mati ikim*muka cute*..berjuta lagi kat luar.. Takkan la ikim nak layan aku sorang je..pewasan nak mampus aku ni..

Lukp 0n air.amr -


Kpda DJ Nazri n DJ Aidil smlm..takpe-takpe, gua try lagi nx week.. mlm ni pon ak nak usha lagi..tu pon kalau takleh tido.. Kalau lah dapat, aku nak sembang puas-puas mcm sembang ngan kawan-kawan..tengok laa *innocent*

Laz time aku call ikim ialah tahun lepas, malam sebelum aku fly *oo yeaaah*.. Tak tido aku malam tu sebab sebak giler nak tinggalkan Malaysia *in love*..konon laa

Pe yang best.. panggilan aku waktu tu dirakam oleh seseorang..sgt tidak kuduga..tapi tak penuh laa.. Papepon, thanx kpd junior aku tu.. Dapat la aku dengar suara terketaq-ketaq aku lam radio *blush*..(aku ketaq sebab sedih tu..*muka macho*)

Moga pas ni..aku dapat perdengarkan suara lunak aku ni kat radio..hihi..Go go Lukpi.. Dunt & neber givap!!(mintak-mintak ada orang rakam lagi ek..:P)

k lah..ak nak mandi dulu..coz bangun tido tadi teros ngadap komputer pasal tak puas hati sangat semalam..

Pose leklok yer..Jangan curi-curi makan plak
..Daaa~

luahan hatiku..

Masih ku ingat pertemuan kita yang pertama..
Setahun yang lalu..Entah bagaimana..
Aku terpikat denganmu..
Hanya dengan pandangan yang satu..sudah cukup buatku..
Walau ku tahu..Aku buta akan erti ungkapan itu..
Dan prinsip hidupku..
Tidak membenarkan aku hanyut dengan ungkapan indah itu..
Namun..denganmu aku tewas..
Aku tunduk..aku akur..padahal..rupamu ku akui..
Biasa saja..malah ada yang lebih..yang jauh lebih cantik darimu..
itu ungkapan ikhlas dariku..
tapi dirimu tampak menawan di mataku..
kerna itu aku ingin memilikimu..
namun keputusan itu berat bagiku..aku tidak mampu..
Memilikimu tanpa restu keluargaku..
Ku tanyakan bapaku..
Jawapannya..sudah ku duga..pasif!!
Kerna katanya..dia sudah ada calon untukku..
Aku hampa! Aku sedih!
Biarpun itu pilihan keluarga..
Tapi hati kecilku..Membantah! Memberontak!
Kerna itu bukan kehendak hatiku..aku benar-benar kecewa..
Namun..aku masih berusaha
Aku enggan berputus asa..Biarpun aku terpaksa!
Terpaksa mengecewakan keluargaku..
Kerna ku sangat pasti..pilihanku ini jauh lebih tepat..
Benar-benar ku rasakan..yang aku akan dapat bahagia denganmu..
Aku mahu bersamamu..
Aku berterus terang terhadap ayahku akan pilihan hatiku..
Kedegilanku jelas sekali..terus dan terus berdegil!
Akhirnya..Ayah aku terpaksa akur..
Tunduk dengan kehendakku..ayahku merestui pilihanku..
Mungkin..ya mungkin kerna keistimewaan yang ada pada dirimu..
Mungkin jauh lebih baik dari calon pilihan kedua orang tuaku..
Ibuku..ibuku hanya mampu bersetuju..
Kerna dia mengerti..ini untukku..pilihanku
Mana mungkin boleh dipaksa..
Dan hanya aku yang mengerti keinginanku..
Aku bersyukur..aku gembira..
Aku mendapat restu..keizinan untuk memelihmuu..
Dan tidak lama selepas itu..aku melamarmu..
Walaupun di khalayak ramai..aku tidak kisah!..tidak ku peduli..
Ini masa depanku..dirimu pilihan hatiku..
Lamaranku..terjawab..
Aku bersyukur sekali lagi..
Kerna dapat memikatmu..
Sejak hari itu..hidupku ceria..dengan kehadiran dirimu
Dan aku sanggup membelikanmu..perhiasan yang ku termampu..
Semata-mata utk memastikan dirimu sempurna..menawan di mataku..
Dan hari demi hari bersamamu..sungguh membahagiakan..
Yang lebih membahagiakan..aku dan dirimu dapat..
Dapat bersama ke satu destinasi yang..jauh di perlembahan nil..
Aku bersyukur..Kita masih lagi dapat bersama..
Dapat terus menuai kasih antara kita..
Membuahkan sayang yang tak terhingga..
Kehidupanku jauh dari keluarga..
Tapi kehadiranmu denganku disini mengubat kesedihan di hati..
Hari demi hari waktu demi waktu..cinta antara kita terus berputik..
Aku langsung tidak lokek berbelanja kernamu..
Ratusan genih masih tak ternilai berbanding kesetianmu padaku..
Dirimu peneman setiaku..
Hari-hari yang ku lalui..sangat bermakna bersamamu..
Tanpamu..belum tentu ku dapat bahagia..
Aku berterima kasih padamu..
Dirimu memahami perjalanan pengajianku..
Bidang yang ku ambil..menuntut kita untuk tidak selalu dapat bersama..
Aku juga sedikit terkilan..terpaksa meninggalkanmu..
Tapi itulah lumrah hidupku..Bergelar pelajar..
Perpisahan semestinya tuntutan..
Ada kalanya..aku dapat bersamamu..
Ada kalanya..aku hanya memandangmu dari jauh..
Bukan bermakna aku dingin terhadapmu..
Tapi kadangkala aku benar-benar sibuk..
Sibuk dengan urusan pembelajaranku..
Tapi yang membuatkan aku begitu terharu..
Dirimu tidak pernah merajuk..tidak pernah berkecil hati
Tidak pernah kecewa dengan sikapku..
Dirimu sangat mengerti akan kehidupanku..
Aku sangat bersyukur..<
Memiliki dirimu yang benar-benar memahami ku..
Masih ku terkenang..<
Di saat aku keletihan pulang dari kuliah
Memandang sahaja keceriaan wajahmu..
Lelahku terus pergi..hilang begitu saja
Di saat aku sedih..
Dirimu datang untuk menghiburkanku..
Berjam-jam lamanya pun tidak mengapa..
Kamu setia menjadi penghiburku..
Paling aku terharu..
Kesudianmu mendengar masalahku..
Padamu ku luah..dirimu pendengar yang setia
Dirimu juga..tidak pernah lalai mengingatkanku tentang amal ibadatku..
Di waktu subuh..dirimu tidak jemu mengejutkanku..
Hingga sempat aku berjemaah dek kerna usahamu..
Hanya lafaz syukur dapat ku ucapkan..
Bersamamu..pilihan yang nyata seungguh tepat..
Bukan itu sahaja..
Dirimu juga sudi membantuku memudahkan urusan pembelajaranku..
Aku senang mengadakan ulang kaji denganmu..
Terima kasih buatmu kerna sudi menjadi teman pengajianku..
Walaupun jauh dari tanah air tercinta..kehadiranmu pengubat kerinduan..
Aku akui..Lewat waktu dahulu..di saat musim peperiksaanku menjelma..
Aku jarang meluangkan masa denganmu..
Aku seakan-akan cuba menjauhkan dirimu..
Keperluanmu aku sediakan sambil lewa..kesihatanmu mula terjejas..
Tapi khidmatmu padaku tetap terjaga..dirimu tidak jemu melayanku..
Walau aku kadang-kadang tidak mengendahkanmu..
Mana tidaknya..peperiksaan mengcengkam diriku..
Namun ku bersyukur..dirimu mengerti akan itu..
Seusai musim peperiksaan..
Aku kembali cuba mengukuhkan hubungan antara kita..
Aku memohon maaf akan sikap dinginku dahulu..
Dirimu memaafkanku tanpa bicara..aku sungguh terharu..
Di saat kepulanganku ke Malaysia..dirimu juga sudi menemankanku..
Harapanmu agar dapat terus berbakti untukku..
Aku terharu sekali lagi..betapa ikhlasnya dirimu terhadapku..
Dan ini menjadikan aku dan dirimu tidak pernah..
Tidak pernah renggang lagi setakat ini..
Namun di Malaysia..cintaku padamu mulai pudar..
Entah mengapa aku juga tidak mengerti..
Aku selalu meninggalkan dirimu keseorangan..
Hubungan antara kita mulai dingin dek kerna sikapku
Aku seolah-olah mulai curang..
Tapi hakikatnya aku tidak pernah mencintai yang lain..
Tetap padamu cuma cintaku kini mulai berkurang..
Masa bersamamu hari ke hari juga semakin pendek..
Kadangkala aku langsung..tidak menyentuhmu tidak membelaimu..
Memandang dirimu seolah-olah tiada apa erti bagiku..
Aku asyik sibuk dengan urusan lain..
Keperluan dan kesihatan dirimu..Langsung tidak ku ambil tahu..
Akhirnya..suatu hari..dirimu jatuh sakit..
Sakit yang begitu tenat sehinggakan dirimu koma..
Detik itu mencemaskanku..aku bingung..aku menyesal dengan sikapku..
Kerna tidak mengendahkanmu di akhir-akhir ini..
Aku sangat sedih..aku sangat bimbang..
Aku benar-benar takut..takut akan pemergianmu
Aku tdk ingin kehilanganmu..aku menyesal dgn sikap dinginku dahulu..
Ya mungkin kerna aku manusia biasa yang tak dapat lari dari kesilapan..
Dan aku benar-benar berdosa padamu..
Aku lalai dalam menjaga hubungan antara kita..
Apa silapmu sampai aku menghukum kamu sebegini rupa..
Ohh aku memang kejam terhadapmu..huhh
Kini hampir 3 minggu sudah..dirimu masih tidak sedarkan diri..
Aku sendirian
Kini baru aku terasa benar-benar kesunyian
Tanpamu aku resah..tanpamu aku tak tentu arah
Aku butuh memerlukanmu
Aku benar-benar terseksa..menyesal dengan tindakan bodohku..
Buat dirimu, maafkan aku!..aku benar2 memohon keampunan darimu..
Dan aku sanggup..sanggup menanggung kos rawatanmu..
biarlah mencecah ratusan ringgit sekali pun
aku sanggup agar dosaku terhadapmu tertebus..
Aku terlalu inginkan dirimu pulih seperti biasa..
Aku begitu berharap..
Andai dirimu mendengar luahan hatiku saat ini..
Walau ku tahu itu tidak mungkin berlaku..tapi ketahuilah bahawa..
Andai aku punya peluang selepas ini..
Akanku menjagamu selama hidupku
Aku ingin engkau menjadi milikku selamanya..
Dan aku kan berjanji..hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia menemani dirimu…
Selama ku masih bisa bertahan..selama ku masih bisa bernafas..
Selama Tuhan masih mengizinkan..ku akan terus bersamamu..
Dan sebenar-benarnya aku akan selalu menjagamu
Demi semua apa yang telah aku jalani bersamamu
Maafkan aku atas apa yang berlaku terhadap dirimu..
Maafkan aku..aku benar-benar merayu..
Agar dirimu dapat kembali seperti dulu..
Aku akan terus menanti dan menanti
biarpun penantian itu menyiksakan..aku sanggup!
aku rela menunggumu hingga dirimu celik suatu saat nanti ...................




........................................................................................................................................



buat dirimu, laptopku..pulihlah segera..aku merinduimu..

yeaa..dia datang lagi

Alhamdulillah..bersama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang, masih punya kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini..segala-galanya adalah kerana dengan nikmat dan inayah dariNya..tak lupa juga kita ucapkan lafaz kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya atas nikmat yang paling besar bagi seorang hamba iaitu nikmat Iman dan Islam..dan yang paling kita syukuri adalah kita masih diberi ruang dan peluang, masa dan waktu, dipilih menjadi tetamu di bulan yang sungguh mulia ini..bulan Ramadhan Al Mubarak..alhamdulillah~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan kini menjelma lagi..
Bersyukur kita bertemunya kembali..
Dapat beribadat di bulan suci..
Bersama-samalah ikhlaskan hati..
Saling bermaafan di bulan ini..
Moga segala amal kan diberkati..

diriwayatkan bahawa Rasulullah dan para sahabat menangis kegembiraan menyambut kedatangan bulan yang membawa kelebihan dan kerahmatan melebihi 1000 bulan ini..masing-masing berebut dan bersaing meningkatkan amalan ibadah semaksima yang boleh..sementara pemergian Ramadhan ditangisi kerana terlampau takut akan ketidak sempatan untuk bertemu di masa akan datang..

berbanding dengan kita..ada yang mengeluh panjang dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini..puasa laa..terawih laa..segalanya seolah-olah terbatas..padahal Rasulullah dan sahabat siap berperang menegakkan kalimah Islam di bulan puasa..nak perang banyak guna tenaga tapi diorang boleh je buat..betapa lemahnya iman kita..suruh puasa je pon dah mengeluh..kalau suruh berperang, mesti bantahan beramai-ramai nanti kan atau mungkin mogok lapar...
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

diceritakan juga Rasulullah dan para sahabat beribadat terawih dan bermunajat di waktu malam di bulan Ramadhan sehingga hampir masuk waktu subuh..menandakan begitu lamanya mereka menghambakan diri di hadapan Allah di bulan yang penuh mulia ini..sehinggakan para-para isteri mereka terpaksa pergi membawa bekalan sahur ke masjid-masjid bagi membolehkan suami-suami mereka tidak meninggalakan bersahur..bayangkan!!

kalau kita..dahla kalau terawih tu nak kalau boleh abis cepat..lagi cepat sesebuah surau atau masjid tu abis, lagi ramai jemaah..kompem!!..kalau nak bangun bermunajat malam tu..makin la susah..beberapa kerat je sanggup bangun..padahal boleh sangat nak bangun..musim bola eropah yang perlawanan di tengah-tengah malam tu, boleh pulak bangun..tapi bangun untuk beribadat sangatlah payah.
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

fadhilat Ramadhan..segalanya amalan kebajikan dan amal ibadah digandakan pahala berkali-kali ganda..hakikatnya ramai yang mengerti..namun berapa ramai yang merebut apa yang telah dijanjikan Allah ini..

Misalnya..di bulan Ramadhan..setiap amalan anak Adam itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda..tetapi kenapa masih ramai yang tidak melakukannya..apakah nilaian gandaan pahala itu lebih rendah jika berbanding dengan wang yang digandakan..kalau melibatkan duit semua berebut..yer la kan! duit tu benda yang nampak..bende duniawi..sama dengan kemahuan nafsu..sementara pahala ni benda ghaib..benda ukhrawi..berlawanan dengan kehendak nafsu..sebab tu macam nak tak nak je..
-peringatan bagi diri sendiri khasnya dan sekalian amnya-

Bersama-sama..mempertingkatkan amalan..banyakkan dzikir..teruskan berdoa..dan harapan kita semoga Ramadhan kali ini dapat ditempuhi jauh lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu..bersama-sama lah merebut ganjaran yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan sementara masih diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkannya..andai kata tahun depan tiada lagi kesempatan dan ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita, bagaimanakah kesudahan kita agaknya..renung-renungkanlah dan selamat beramal!!

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

spill out!

mid year dtg dgn lenggang lenggoknye..
mid year dtg dgn lenggang lenggoknye...

Lutfi, Terengganu 27 July 1989 Ain Shams University, Cairo,